Isnin, 20 Jun 2016
Isra' Mi'raj: Antara Keagungan Mu'jizat Dan Penyelewengan Hikayat 2
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
رب اشرح لي صدري ويسر لي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي وبعد
Segala puji bagi Allah Swt., Pencipta sekelian alam.
Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera
ke atas para Ahlul Bait, para Sahabat Radhiallahu’anhuma, Tabi'in, Tabi'ut
Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta orang-orang yang mengikut mereka
dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma ba'du.
..........
sambungan
Quraisy mendustakan Rasulullah Saw dan diperlihatkan
Baitul Maqdis :
Ia diceritakan oleh Ibn Abbas rhu, Abu Hurairah rhu dan
Jabir bin Abdullah rhu dengan jalur-jalur yang sahih (lihat takhrij perjalanan
ke Baitul Maqdis). Hadis Ibnu Abbas rhu adalah seperti berikut :
(( لَمَّا كَانَ
لَيْلَةُ أُسْرِيَ بِي، وَأَصْبَحْتُ بِمَكَّةَ، فَظِعْتُ بِأَمْرِي، وَعَرَفْتُ
أَنَّ النَّاسَ مُكَذِّبِيَّ فَقَعَدَ مُعْتَزِلًا حَزِينًا، قَالَ: فَمَرَّ بِهِ
عَدُوُّ اللهِ أَبُو جَهْلٍ، فَجَاءَ حَتَّى جَلَسَ إِلَيْهِ، فَقَالَ لَهُ
كَالْمُسْتَهْزِئِ: هَلْ كَانَ مِنْ شَيْءٍ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: نَعَمْ قَالَ: مَا هُوَ؟ قَالَ: إِنَّهُ أُسْرِيَ بِي
اللَّيْلَةَ قَالَ: إِلَى أَيْنَ؟ قَالَ: إِلَى بَيْتِ الْمَقْدِسِ؟ قَالَ: ثُمَّ
أَصْبَحْتَ بَيْنَ ظَهْرَانَيْنَا؟ قَالَ: نَعَمْ قَالَ: فَلَمْ يُرِه أَنَّهُ
يُكَذِّبُهُ، مَخَافَةَ أَنْ يَجْحَدَهُ الْحَدِيثَ إِنْ دَعَا قَوْمَهُ إِلَيْهِ،
قَالَ: أَرَأَيْتَ إِنْ دَعَوْتُ قَوْمَكَ تُحَدِّثُهُمْ مَا حَدَّثْتَنِي؟
فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: نَعَمْ. فَقَالَ: هَيَّا
مَعْشَرَ بَنِي كَعْبِ بْنِ لُؤَيٍّ حَتَّى قَالَ: فَانْتَفَضَتْ إِلَيْهِ
الْمَجَالِسُ، وَجَاءُوا حَتَّى جَلَسُوا إِلَيْهِمَا، قَالَ: حَدِّثْ قَوْمَكَ
بِمَا حَدَّثْتَنِي. فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
إِنِّي أُسْرِيَ بِي اللَّيْلَةَ، قَالُوا: إِلَى أَيْنَ؟ قَالَ: إِلَى بَيْتِ
الْمَقْدِسِ، قَالُوا: ثُمَّ أَصْبَحْتَ بَيْنَ ظَهْرَانَيْنَا؟ قَالَ: نَعَمْ
قَالَ: فَمِنْ بَيْنِ مُصَفِّقٍ، وَمِنْ بَيْنِ وَاضِعٍ يَدَهُ عَلَى رَأْسِهِ،
مُتَعَجِّبًا لِلكَذِبِ زَعَمَ، قَالُوا: وَهَلْ تَسْتَطِيعُ أَنْ تَنْعَتَ لَنَا
الْمَسْجِدَ؟ وَفِي الْقَوْمِ مَنْ قَدْ سَافَرَ إِلَى ذَلِكَ الْبَلَدِ، وَرَأَى
الْمَسْجِدَ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فَذَهَبْتُ
أَنْعَتُ، فَمَا زِلْتُ أَنْعَتُ حَتَّى الْتَبَسَ عَلَيَّ بَعْضُ النَّعْتِ،
قَالَ: " فَجِيءَ بِالْمَسْجِدِ وَأَنَا أَنْظُرُ حَتَّى وُضِعَ دُونَ دَارِ
عِقَالٍ أَوْ عُقَيْلٍ فَنَعَتُّهُ، وَأَنَا أَنْظُرُ إِلَيْهِ، قَالَ: وَكَانَ
مَعَ هَذَا نَعْتٌ لَمْ أَحْفَظْهُ قَالَ: فَقَالَ الْقَوْمُ: أَمَّا النَّعْتُ
فَوَاللهِ لَقَدْ أَصَابَ )).
RIWAYAT-RIWAYAT GANJIL TENTANG ISRAK MIKRAJ
Hadis Abu Sa`id Al-Khudri r.a[1]:
((....فَبَيْنَمَا
أَنَا أَسِيرُ عَلَيْهِ إِذْ دَعَانِي دَاعٍ عَنْ يَمِينِي: يَا مُحَمَّدُ
أَنْظِرْنِي أَسْأَلْكَ يَا مُحَمَّدُ أَنْظِرْنِي أَسْأَلْكَ، فَلَمْ أُجِبْهُ،
وَلَمْ أَقِمْ عَلَيْهِ، فَبَيْنَمَا أَنَا أَسِيرُ عَلَيْهِ إِذْ دَعَانِي دَاعٍ
عَنْ يَسَارِي: يَا مُحَمَّدُ أَنْظِرْنِي أَسْأَلْكَ يَا مُحَمَّدُ أَنْظِرْنِي
أَسْأَلْكَ فَلَمْ أُجِبْهُ، وَلَمْ أَقِمْ عَلَيْهِ وَبَيْنَمَا أَنَا أَسِيرُ
عَلَيْهِ إِذَا أَنَا بِامْرَأَةٍ حَاسِرَةٍ عَنْ ذِرَاعَيْهَا وَعَلَيْهَا مِنْ
كُلِّ زِينَةٍ خَلَقَهَا اللهُ، فَقَالَتْ: يَا مُحَمَّدُ أَنْظِرْنِي أَسْأَلْكَ،
فَلَمْ أَلْتَفِتُ إِلَيْهَا وَلَمْ أَقِمْ عَلَيْهَا حَتَّى أَتَيْتُ بَيْتَ
الْمَقْدِسِ....))
[Al-Baihaqi, Dalail An-Nubuwwah 2/390]
Pada jalurnya terdapat Abu Harun Al-Abdiy Umarah bin Juwain. Ibn Hajar Al
Atsqolany mensifatkan beliau sebagai matruk, seorang syi`ah, sebahagian ulamak
mensifatkannya sebagai pendusta [At-Taqrib 4840] lihat sebagai contoh :
Al-Mizzi, Tahzibul Kamal 21/232, no: 4178.
Hadis Abu Hurairah r.a[2]:
((...ثم أتاه بفرس
فحمل عليه كلّ خطوة منه منتهى طرفه وأقصى بصره، قال: فسار وسار معه جبرائيل عليه
السلام، فأتى على قوم يزرعون في يوم ويحصدون في يوم، كلما حصدوا عاد كما كان، فقال
النبيّ صلى الله عليه وسلم: يا جبْرَائيلُ ما هَذَا؟ قال: هؤلاء المجاهدون في سبيل
الله، تُضاعف لهم الحسنة بسبعمائة ضعف، وما أنفقوا من شيء فهو يخلفه وهو خير
الرازقين.... ))
Hadis di atas telah dilaporkan oleh imam Ibnu Jarir dalam
Tafsirnya (jilid 17, hal 336) dalam huraian ayat (1) surah Al-Israk, Al-Bazzar
dalam Musnadnya (jilid 17, hal 5, no 9518 ), Al-Baihaqi dalam Dalail
An-Nubuwwah (jilid 2, hal 397) daripada Abu Hurairah rhu.
Kesemua mereka melaporkannya melalui jalur Abu Ja`far
ar-Razi, daripada Ar-Rabi` bin Anas, daripada Abu Al-`Aliah, daripada Abu
Hurairah rhu.
Abu Ja`far Ar-Razi telah dipertikaikan riwayatnya. Imam
Ahmad menyifatkan riwayatnya sebagai bercelaru (mudtharibul hadith). Abu Zur`ah
menyifatkannya banyak melakukan kesalahan dalam periwayatan (yahimu fil hadith
kathiran). Ibnu Kathir menyimpulkan kesemua komentar ahli Jarh dan Ta`dil
dengan mengatakan beliau memiliki hafalan yang teruk (sayyi`ul hifzh) [lihat:
Ibn Kathir, tafsir, 5/38]
Imam Ibn Hibban menyebut namanya dalam Al-Majruhin dan
menyatakan beliau sering meriwayatkan khabar-khabar munkar daripada nama-nama
yang masyhur. Hadisnya tidak boleh dijadikan hujah melainkan jika selari dengan
riwayat golongan yang thiqah. Ia juga tidak boleh dinilai sebagai sokongan
melainkan jika tidak bercanggah dengan riwayat golongan yang thiqah. [lihat:
Ibn Hibban, al-Majruhin 2/120, no:706]
Berikut adalah komentar ulamak tentang hadis di atas :
Al-Bazzar berkata selepas meriwayatkannya :
"
وهذا لاَ نَعْلَمْهُ يُرْوَى إِلا بِهَذَا الإِسْنَاد مِنْ هَذَا الْوَجْه "
Ibn Kathir berkata dalam Tafsirnya (5/38 ):
"
وَهَذَا الْحَدِيثُ فِي بَعْضِ أَلْفَاظِهِ غَرَابَةٌ وَنَكَارَةٌ شَدِيدَةٌ،
وَفِيهِ شَيْءٌ مِنْ حَدِيثِ الْمَنَامِ مِنْ رِوَايَةِ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدُبٍ
فِي الْمَنَامِ الطَّوِيلِ عِنْدَ الْبُخَارِيِّ، وَيُشْبِهُ أَنْ يَكُونَ
مَجْمُوعًا مِنْ أَحَادِيثَ شَتَّى، أَوْ مَنَامٍ أَوْ قِصَّةٍ أُخْرَى غَيْرِ
الْإِسْرَاءِ، وَاللَّهُ أَعْلَمُ "
Hadis Samurah bin Jundub rhu tentang mimpi Rasulullah Saw.
telah dikeluarkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih (jilid 2, hal 52, no 1143), (jilid
2, hal 100, no 1386), (jilid 3, hal 59, no 2085), (jilid 6, hal 69, no 4674 ),
(jilid 8, hal 25, no 6096), (jilid 9, hal 44, no 7047) dan Imam Ahmad dalam
Musnad (jilid 33, hal 284, no 20094) dan (jilid 33, hal 293, no 20101).
Dalam setengah riwayat Imam Ahmad disebut
kejadian-kejadian yang dilihat oleh Rasulullah Saw. itu berlaku pada malam
Israk. Namun pada jalur riwayat tersebut ada perawi bernama Abdul Wahhab bin
Ata`. Beliau salah seorang rijal Imam Muslim. Tetapi sebahagian ahli Jarh wa
Ta`dil melemahkan riwayatnya seperti Imam Bukhari, Imam Nasa`I, Abu Hatim dan
lain-lain [lihat sebagai contoh: Al-Mizzi, Tahzibul Kamal 18/513]. Justeru
Al-Hafiz Ibn Hajar [taqrib at-Tahzib: 4262] menyimpulkan komentar-komentar
mereka dengan ungkapan :
"صدوق
ربما أخطأ أنكروا عليه حديثا في فضل العباس يقال دلسه عن ثور"
Dalam hadis Samurah riwayat beliau telah bercanggah
dengan riwayat Muhammad bin Basyar dan Ismail bin Ulaiyah yang mana kesemua
mereka meriwayatkannya daripada Auf bin Abu Jamilah, daripada Abu Raja` Imran
bin Milhan. Selain riwayat Muhammad bin Basyar dan Ibn Ulaiyah menyokong antara
satu sama lain, riwayat mereka turut mendapat sokongan jauh daripada riwayat
Jarir bin Hazim yang meriwayatkan hadis di atas daripada Abu Raja`. Oleh itu,
keganjilan pada riwayat Abdul Wahhab menunjukkan illah pada riwayatnya. Wallahu
a`lam.
Hadis Ali bin Abu Thalib r.a:
(( فَرَكِبَهَا
حَتَّى انْتَهَى إِلَى الْحِجَابِ الَّذِي يَلِي الرَّحْمَنَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى
قَالَ: فَبَيْنَمَا هُوَ كَذَلِكَ إِذْ خَرَجَ مَلَكٌ مِنَ الْحِجَابِ، فَقَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا جِبْرِيلُ مَنْ هَذَا؟
قَالَ: وَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ إِنِّي لَأَقْرَبُ الْخَلْقِ مَكَانًا
وَإِنَّ هَذَا الْمَلَكُ مَا رَأَيْتُهُ مُنْذُ خُلِقْتُ قَبْلَ سَاعَتِي هَذِهِ،
فَقَالَ الْمَلَكُ: اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ، قَالَ: فَقِيلَ لَهُ مِنْ
وَرَاءِ الْحِجَابِ: صَدَقَ عَبْدِي أَنَا أَكْبَرُ أَنَا أَكْبَرُ....))
Hadis di atas telah
dilaporkan oleh Al-Bazzar dalam Musnadnya (jilid 2, hal 146, no 508) melalui
jalur Ziyad bin Al-Munzir. Beliau disifatkan sebagai pendusta, ditolak riwayat
dan lain-lain sifat yang bermaksud hadisnya terlalu lemah. [lihat sebagai
contoh: Al-Mizzi, tahzib Al-Kamal jil 9, hal 517, no 2070].
Hadis pensyariatan Azan
pada malam Israk juga dilaporkan oleh Imam At-Tobarani dalam Al-Mu`jam
Al-Awsath (jilid 9, hal 100, no 9247) daripada
Abdullah bin Umar rhu. Pada jalurnya terdapat perawi bernama Talhah bin Zaid.
beliau disifatkan sebagai matruk iaitu tertolak riwayatnya. Bahkan sebahagian
ulamak mensifatkannya sebagai pemalsu hadis (lihat Majma` Az-Zawaid 1/329).
Hadis Anas bin Malik rhu. :
((....وَسَارَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا هُوَ بِعَجُوزٍ عَلَى
جَانِبِ الطَّرِيقِ فَقَالَ: «مَا هَذِهِ يَا جِبْرِيلُ؟» قَالَ: سِرْ يَا
مُحَمَّدُ، فَسَارَ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ يَسِيرَ فَإِذَا شَيْءٌ يَدْعُوهُ
مُتَنَحِّيًا عَنِ الطَّرِيقِ يَقُولُ: هَلُمَّ يَا مُحَمَّدُ، فَقَالَ لَهُ
جِبْرِيلُ: سِرْ يَا مُحَمَّدُ، فَسَارَ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ يَسِيرَ قَالَ:
فَلَقِيَهُ خَلْقٌ مِنَ الْخَلْقِ، فَقَالُوا: السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا أَوَّلُ،
السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا آخِرُ، السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا حَاشِرُ، فَقَالَ لَهُ
جِبْرِيلُ: ارْدُدِ السَّلَامَ يَا مُحَمَّدُ، فَرَدَّ السَّلَامَ، ثُمَّ لَقِيَهُ
الثَّانِيَةَ، فَقَالَ لَهُ: مِثْلَ مَقَالَتِهِ الْأُولَى، ثُمَّ الثَّالِثَةَ
كَذَلِكَ حَتَّى انْتَهَى إِلَى بَيْتِ الْمَقْدِسِ....))
Hadis di atas
telah dilaporkan oleh Ibn Jarir seperti yang dinukilkan oleh Ibn Kathir dalam
Tafsirnya (jilid 5, hal 11), Ibnu Marduyah dalam tafsirnya seperti yang
dinukilkan oleh imam As-Suyuti dalam Al-Khashaish ( jilid 1, hal 258) dan
Al-Baihaqi dalam Dalail An-Nubuwwah ( jil 2, hal 361 ) daripada Anas rhu.
Pada jalurnya
terdapat perawi bernama Abdul Rahman bin Hasyim. Beliau tidak diketahui
statusnya.
Ibn Kathir
dalam tafsirnya (5/11) menyatakan : "Pada sebahagian lafaznya terdapat
kejanggalan".
((.....فَرَكِبْتُ
وَمَعِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ فَسِرْتُ فَقَالَ: انْزِلْ فَصَلِّ
فَفَعَلْتُ. فَقَالَ: أَتَدْرِي أَيْنَ صَلَّيْتَ؟ صَلَّيْتَ بِطَيْبَةَ
وَإِلَيْهَا الْمُهَاجَرُ، ثُمَّ قَالَ: انْزِلْ فَصَلِّ فَصَلَّيْتُ، فَقَالَ:
أَتَدْرِي أَيْنَ صَلَّيْتَ؟ صَلَّيْتَ بِطُورِ سَيْنَاءَ حَيْثُ كَلَّمَ اللَّهُ
عَزَّ وَجَلَّ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ، ثُمَّ قَالَ: انْزِلْ فَصَلِّ
فَنَزَلْتُ فَصَلَّيْتُ. فَقَالَ: أَتَدْرِي أَيْنَ صَلَّيْتَ؟ صَلَّيْتَ بِبَيْتِ
لَحْمٍ حَيْثُ وُلِدَ عِيسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ....... ))
Hadis di atas telah
dilaporkan oleh Nasa`i dalam Sunannya (jilid 1, hal 221, no 450) daripada Anas
rhu. Pada jalurnya terdapat perawi bernama Sai`d bin Abdul Aziz. Ingatan beliau
telah berubah pada akhir usia. Tidak dapat dipastikan adakah Makhlad bin Yazid
meriwayatkan hadis ini daripadanya sebelum atau selepas ingatannya berubah.
Selain itu, Yazid bin Abu
Malik, perawi hadis ini daripada Anas telah dinilai sebagai mudallis pada
darjat yang ketiga (Ibn Hajar, Tabaqat Al-Mudallisin hal 48) dan meriwayatkan
secara irsal (Az-Zahabi, Al-Mizan 7/261). Walaupun beliau terlepas daripada
andaian melakukan tadlis disebabkan telah meriwayatkan dengan sighah tahdith
seperti dalam Sunan Nasa`i. Namun, ulamak menegaskan, antara beliau dengan anas
terdapat perawi yang disembunyikan [lihat Al-Ala`I, Jami` At-Tahsil hal: 302;
Al-Mizzi, Tuhfah Al-Asyraf 1/439].
Ibnu kathir dalam
tafsirnya (5/12) menyatakan terdapat kejanggalan pada matannya. Hal ini
disebabkan jalur-jalur yang sahih bagi hadis Anas rhu. tidak menyebut tambahan
seperti dalam hadis Yazid bin Abu Malik.
((
....فَلَمَّا بَلَغَ بَيْتَ الْمَقْدِسِ وَبَلَغَ الْمَكَانَ الَّذِي يُقَالُ
لَهُ: "بَابُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ" أَتَى إِلَى
الْحَجَرِ الَّذِي ثَمَّةَ، فَغَمَزَهُ جِبْرِيلُ بِأُصْبُعِهِ فَثَقَبَهُ، ثُمَّ
رَبَطَهَا. ثُمَّ صَعِدَ فَلَمَّا اسْتَوَيَا فِي صَرْحَة الْمَسْجِدِ، قَالَ
جِبْرِيلُ: يَا مُحَمَّدُ، هَلْ سَأَلْتَ رَبَّكَ أَنْ يُرِيَكَ الْحُورَ
الْعِينَ؟ فَقَالَ: نَعَمْ. فَقَالَ: فَانْطَلِقْ إِلَى أُولَئِكَ النِّسْوَةِ، فَسَلِّمْ
عَلَيْهِنَّ وَهُنَّ جُلُوسٌ عَنْ يَسَارِ الصَّخْرَةِ، قَالَ: فَأَتَيْتُهُنَّ
فَسَلَّمْتُ عَلَيْهِنَّ، فَرَدَدْنَ عَلَيَّ السَّلَامَ، فَقُلْتُ: مَنْ
أَنْتَنَّ؟ فَقُلْنَ: نَحْنُ خَيْرَاتٌ حِسَانٌ، نِسَاءُ قَوْمٍ أَبْرَارٍ،
نُقُّوا فَلَمْ يَدْرَنُوا، وَأَقَامُوا فَلَمْ يَظْعَنُوا، وَخُلِّدُوا فَلَمْ
يَمُوتُوا. قَالَ: "ثُمَّ انْصَرَفْتُ، فَلَمْ أَلْبَثْ إِلَّا يَسِيرًا
حَتَّى اجْتَمَعَ نَاسٌ كَثِيرٌ، ثُمَّ أَذَّنَ مُؤَذِّنٌ وَأُقِيمَتِ الصَّلَاةُ.
قَالَ: "فَقُمْنَا صُفُوفًا نَنْتَظِرُ مَنْ يَؤُمُّنَا، فَأَخَذَ بِيَدِي
جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ، فَقَدَّمَنِي فَصَلَّيْتُ بِهِمْ. فَلَمَّا
انْصَرَفْتُ قَالَ جِبْرِيلُ: يَا مُحَمَّدُ، أَتَدْرِي مَنْ صَلَّى خَلْفَكَ؟
" قَالَ: "قُلْتُ: لَا. قَالَ: صَلَّى خَلْفَكَ كُلُّ نَبِيٍّ بَعَثَهُ
اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ"......))
Hadis di atas
telah dilaporkan oleh Ibn Abu Hatim seperti
yang dinukilkan oleh Ibn Kathir dalam tafsirnya (5/12) daripada Anas rhu.
Hadis ini juga telah dilaporkan oleh
Yazid bin Abu Malik (lihat hadis sebelum ini) daripada Anas bin Malik rhu. Juga.
Perawi yang
meriwayatkan hadis ini daripada Yazid bin Abu Malik ialah anak beliau iaitu
Khalid bin Yazid. Beliau disifatkan sebagai lemah. Ibn Kathir menyatakan pada
lafaz hadis ini terdapat kejanggalan yang pelik.
Tambahan yang
dibawakan oleh Yazid bin Abu Malik dalam hadis di atas juga tidak terdapat
dalam jalur-jalur yang sahih daripada Anas bin Malik rhu.
Wallahu ta’ala a’lam
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Insya’Allah, semoga hasil usaha amat kerdil ini, seqadar
yang termampu saya nukilkan dan khabarkan, dapat membantu para sahabat jamaah
yang dikasihi dan ummat Muslimin seluruhnya, yang mencintai ilmu dan kebenaran,
akan beroleh munafaat dan mengenal yang haq disebalik kisah Israk Mikraj.
Sesungguhnya kebenaran itu datangnya dari Allah Ta’ala dan sekali kali takkan
dapat ia dikelamkan oleh rekaciptaan manusia dan bisikan syaithan.
Saya yang faqir,
Helimy Aris
Sikamat, Seremban
20 Mei 2016 / 13 Sya’ban 1437
Orang memangil dari arah
kanan, kiri yang dijelaskan oleh Jibril a.s sebagai yahudi dan nasrani.
Perempuan berhias dalam
keadaan menyingkap lengannya yang dijelaskan sebagai dunia.
Malaikat penjaga langit
pertama bernama Ismail yang memimpin 70,000 malaikat. Setiap satu malaikat itu
memimpin 100,000 malaikat yang lain.
Kejadian-kejadian di langit
pertama:
Hidangan daging yang elok
tetapi dibiarkan di samping hidangan daging yang busuk tetapi dimakan oleh
sekumpulan manusia. Mereka ditafsirkan sebagai golongan yang meninggalkan yang
halal dan mengambil yang haram.
Manusia yang memiliki perut
sebesar rumah dan dipijak oleh sekumpulan manusia yang melintasinya. Mereka
dijelaskan sebagai pemakan riba.
Manusia yang memiliki mulut
seperti unta. Setiap kali mereka mengagakan mulut, akan disumbatkan dengan batu
sehingga ia keluar dari dubur mereka. Mereka ditafsirkan sebagai pemakan harta
anak yatim.
Wanita yang digantung payu
dara mereka. Mereka ditafsirkan sebagai
penzina.
Manusia diberi makan daging
sendiri yang ditafsirkan sebagai penyebar fitnah.
Kejadian-kejadian di langit
ketujuh:
Nabi dikatakan melihat
sebilangan umatnya yang memakai pakaian berwarna putih seperti kertas dan
sebilangan yang lain memakai pakaian berwarna kelabu. Baginda dikatakan masuk
dan solat di dalam Baitul Makmur bersama golongan yang berbaju putih sementara
golongan yang berbaju kelabu dihalang daripada memasukinya.
Rasululah s.a.w dikatakan
mandi di sungai rahmah yang mengalir di bawah sidratul Muntaha yang menyebabkan
segala dosa-dosa baginda diampunkan oleh Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w bertemu
dengan bidadari kepunyaan Zaid bin Harithah r.a di dalam syurga.
Rasulullah s.a.w melihat
neraka yang jika dicampak ke dalamnya batu dan besi, nescara kedua-duanya akan
terbakar.
Rasulullah s.a.w melihat
kafilah quraisy semasa israk.
Kejadian-kejadian sebelum
sampai ke Baitul Maqdis:
Kaum yang dipecahkan kepala
mereka dengan batu. Jibril a.s mentafsirkannya sebagai golongan yang berat
untuk mendirikan solat.
Golongan yang menutup
kemaluan mereka dengan potongan kain sambil memakan buah berduri dan buah
Zaqqum dari api neraka. Dikatakan mereka adalah golongan yang tidak membayar
zakat harta.
Golongan yang memakan daging
busuk dan membiarkan daging elok.
Kayu yang mengoyakkan setiap
baju yang melaluinya. Dikatakan ia adalah perumpamaan bagi perompak jalanan.
Orang yang cuba memikul kayu
api yang tidak mampu dipikul. Dikatakan ia adalah perumpamaan bagi orang yang
tidak mampu melaksanakan amanah tetapi tetap mahu menyandangnya.
Golongan yang digunting lidah
dan bibir mereka dengan gunting besi. Dikatakan mereka adalah pemidato yang
tidak melakukan apa yang disampaikan dan selalu menimbulkan fitnah.
Lubang kecil yang keluar
daripadanya lembu yang besar. Ia tidak mampu masuk kembali setelah keluar
daripadanya. Dikatakan ia adalah perumpamaan orang yang mengucapkan sesuatu
yang besar. Walaupun dia telah menyesalinya tetap tidak dapat menarik semula
kata-katanya.
Lembah yang dingin, berbau
harum dan kembah yang panas berbau busuk. Dikatakan ia adalah dari syurga dan
neraka.
Kejadian-kejadian di langit
ketujuh:
Kaum berwajah putih dan kaum
lain yang berwajah gelap. Lalu kaum yang berwajah gelap memasuki tiga sungai
sehingga warna mereka menjadi putih. Dikatakan mereka adalah golongan yang
bertaubat.
Dialog Allah s.w.t dengan
Rasulullah s.a.w dan kurniaan kekasih Allah s.w.t, sungai kauthar, surah
Al-Fatihah, umat pertengahan dan lain-lain.
Rabu, 15 Jun 2016
Isra' Mi'raj : Antara Keagungan Mu'jizat dan Penyelewangan, Hikayat 1
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
رب اشرح لي صدري ويسر لي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي وبعد,
Segala puji bagi Allah Swt., Pencipta sekelian alam.
Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera
ke atas para Ahlul Bait, para Sahabat Radhiallahu’anhuma, Tabi'in, Tabi'ut
Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta orang-orang yang mengikut mereka
dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma ba'du.
Dengan
kebenaran daripada Al Fadhil Ustaz Helimy Aris sendiri, saya masukkan kertas
kerja beliau ke dalam media ini. Bicara ilmiyah ini telah dibentangkan oleh
beliau pada hari Ahad, 22 Mei 2016 di Surau Jalan Syaikh Yusof, Ayer Itam,
Pulau Pinang anjuran Persatuan Muhammadiyah Pulau Pinang.
Kepada
para pembaca, beberapa perkara asas ingin dimaklumkan :
1.
Teks teks Arab tidak disertakan terjemahan ke Bahasa Melayu
2.
Pembentangan dimulakan dengan beberapa hadits sohih, kemudian diikuti
penjelasan beberapa hadits diragui dan pelik.
3.
Terdapat juga penilaian terhadap beberapa kisah yang benar berlaku, tetapi
bukan di dalam peristiwa isra’ mi’raj
4.
Terdapat sesi soal jawab yang agak panjang dengan peserta, tetapi isi
kandungannya tidak dicatatkan disini.
5.
Intipati hasrat kuliyah ini adalah bagi menjelaskan kepada masyarakat umum
kisah dan keadaan sebenar berlaku dalam peristiwa Isra’ Mi’raj berbanding
sebegitu banyak kisah rekaan berunsurkan israiliyat dan palsu yang tersebar
luas.
Insya’Allah,
usaha kecil ini akan dapat membantu masyarakat umum.
Hadis-hadis sahih tentang
Isra’ Mi’raj
Kejadian belah dada :
Kejadian ini telah dilaporkan
daripada Abu Zarr rhu., Malik Bin So`so`ah rhu. dan Anas bin Malik rhu. Hadis
Abu Zarr rhu. telah dilaporkan oleh imam Bukhari ( jil 4, hal 135, no 3342 )
dan imam Muslim ( jil 1, hal 148, no 163 ) dengan lafaz berikut :
(( فُرِجَ سَقْفُ بَيْتِي[1]
وَأَنَا بِمَكَّةَ، فَنَزَلَ جِبْرِيلُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَفَرَجَ
صَدْرِي، ثُمَّ غَسَلَهُ مِنْ مَاءِ زَمْزَمَ، ثُمَّ جَاءَ بِطَسْتٍ مِنْ ذَهَبٍ
مُمْتَلِئٍ حِكْمَةً وَإِيمَانًا فَأَفْرَغَهَا فِي صَدْرِي، ثُمَّ أَطْبَقَهُ،
ثُمَّ أَخَذَ بِيَدِي فَعَرَجَ بِي إِلَى السَّمَاء ))
Hadis Malik bin So`so`ah
rhu. telah dilaporkan oleh imam Bukhari (jil 5, hal 52, no 3887) dan imam
Muslim ( jil 1, hal 149, no 164). Menurut riwayat Malik rhu., ketika kejadian
Rasulullah Saw. sedang tidur di sisi Hijr.
Hadis Anas rhu. pula
telah dilaporkan oleh Imam Muslim ( jil 1, hal 147, no 162 ). Menurut riwayat
Anas rhu., Baginda telah dibawa ke telaga Zamzam dan dibelah dadanya.
Buraq dan sifat-sifatnya:
Kisah dibawa Buraq sebagai tunggangan Rasulullah Saw.
telah diceritakan oleh Malik bin So`so`ah rhu, Abdullah bin Mas`ud rhu, dan
Anas bin Malik rhu. Hadis Malik bin So`so`ah rhu telah dilaporkan oleh imam Bukhari
dan imam Muslim seperti sebelum ini.
Hadis Ibn Mas`ud rhu telah dilaporkan oleh Hasan bin
Arafah dalam Juz`nya (hal 80, no 69). Jalur dari riwayat
Hasan bin Arafah ini terputus disebabkan Abu Ubaidah (salah seorang perawinya)
tidak pernah mendengar riwayat daripada bapanya Ibn Mas`ud rhu seperti yang
dinyatakan oleh Abu Hatim (lihat Tuhfah At-Tahsil hal: 165).
Seorang lagi
perawinya iaitu Qanan bin Abdullah An-Nahami diperselisihkan statusnya. Ibn
Ma`in menilainya thiqah. Sementara An-Nasa`i menilanya laisa bil qawiy. Selain
itu terdapat keganjilan pada lafaz ini seperti yang disebut oleh Ibn Kathir
dalam Tafsirnya ( jil 5, hal 30 ) iaitu :
-
Rasul-rasul
yang ditemu Rasulullah Saw. bertanya dahulu tentang Rasulullah. Dalam riwayat
yang sahih, Jibril ahs terlebih dahulu memaklumkan kepada Rasulullah Saw.
tentang mereka, lalu Baginda memberi salam kepada mereka sebagai orang yang
sudah mengenali.
-
Baginda bertemu
dengan mereka sebelum memasuki Masjid Al-Aqsa. Dalam riwayat yang sahih
menyatakan tempat pertemuan mereka adalah di langit.
Hadis Anas rhu. telah
dilaporkan oleh imam Ahmad (jilid 19, hal 485, no 12505) dan imam Muslim (jilid
1, hal 145, no 162). Lafaz hadis Anas seperti berikut :
(( أُتِيتُ بِالْبُرَاقِ، وَهُوَ دَابَّةٌ أَبْيَضُ طَوِيلٌ فَوْقَ
الْحِمَارِ، وَدُونَ الْبَغْلِ، يَضَعُ حَافِرَهُ عِنْدَ مُنْتَهَى طَرْفِهِ،
قَالَ: فَرَكِبْتُهُ حَتَّى أَتَيْتُ بَيْتَ الْمَقْدِسِ، قَالَ: فَرَبَطْتُهُ
بِالْحَلْقَةِ الَّتِي يَرْبِطُ بِهِ الْأَنْبِيَاءُ))
Dalam hadis Anas rhu yang
dilaporkan oleh imam Ahmad (jilid 20 hal 107 no 12672) dan imam Thirmizi dalam
Sunan (jilid 5 hal 152 no 3131 ), dinyatakan Buraq dibawa dalam keadaan
dikekang dengan tali dan diletakkan pelana di belakangnya. Lafaznya seperti
berikut:
(( أُتِيَ بِالبُرَاقِ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِهِ مُلْجَمًا
مُسْرَجًا، فَاسْتَصْعَبَ عَلَيْهِ، فَقَالَ لَهُ جِبْرِيلُ: أَبِمُحَمَّدٍ
تَفْعَلُ هَذَا؟ فَمَا رَكِبَكَ أَحَدٌ أَكْرَمُ عَلَى اللهِ مِنْهُ، قَالَ:
فَارْفَضَّ عَرَقًا ))
Jalur riwayat Tirmizi
adalah sahih dan beliau berkata: "Hadis ini hasan gharib".
Dalam hadis Malik bin
So`so`ah rhu tidak dinyatakan perjalanan ke Baitul Maqdis. Seolah-olah
Rasulullah Saw. dibawa terus ke langit menaiki Buraq. Mungkin sebahagian
perawinya tidak menyebut perjalanan tersebut dengan tujuan meringkaskan cerita.
Perjalanan ke Baitul Maqdis :
Ia diceritakan oleh Anas bin Malik rhu, Abdullah bin
Abbas rhu, Abdullah bin Mas`ud rhu, Abu Hurairah rhu, Jabir bin Abdullah rhu.
Hadis Anas rhu adalah berdasarkan laporan imam Ahmad dan imam Muslim yang lalu.
Lafaznya seperti berikut :
(( ... قَالَ: ثُمَّ دَخَلْتُ الْمَسْجِدَ، فَصَلَّيْتُ فِيهِ
رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ خَرَجْتُ فَجَاءَنِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ بِإِنَاءٍ
مِنْ خَمْرٍ، وَإِنَاءٍ مِنْ لَبَنٍ، فَاخْتَرْتُ اللَّبَنَ، فَقَالَ جِبْرِيلُ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اخْتَرْتَ الْفِطْرَةَ ))
Hadis Ibn Abbas rhu telah dilaporkan oleh imam Ahmad (jilid 5, hal 28, no 2819) dengan jalurnya sahih. Hadis Ibn Mas`ud rhu. telah dilaporkan oleh Hasan bin
Arafah dalam Juz`nya dengan jalur yang lemah (lihat sebelumnya). Hadis Abu
Hurairah rhu telah dilaporkan oleh imam Muslim (jilid 1, hal 156, no 172).
Hadis Jabir bin Abdullah rhu telah dilaporkan oleh imam Bukhari (jilid 6, hal
83, no 4710) dan imam Muslim (jilid 1, hal 156, no 170).
Dihidangkan dengan dua atau tiga jenis minuman:
Ia telah diceritakan oleh Malik bin So`so`ah rhu, Anas
bin Malik rhu, Abu Hurairah rhu dan Abdullah bin Abbas rhu. Hadis Malik bin
So`so`ah rhu telah dilaporkan oleh imam Bukhari dan imam Muslim (lihat takhrij hadis
dalam kejadian belah dada). Menurut hadis Malik bin So`so`ah, Rasulullah Saw.
dihidangkan dilangit ketujuh dengan tiga jenis minum iaitu arak, madu dan susu.
Hadis Anas rhu telah dilaporkan oleh imam Bukhari (jilid
7, hal 109, no 5610), imam Muslim dan imam Ahmad (lihat takhrij hadis
perjalanan ke Baitul Maqdis). Hadis Anas rhu riwayat imam Bukhari selari dengan
hadis Malik bin So`so`ah rhu.
Hadis Abu Hurairah r.a telah dilaporkan oleh Imam Bukhari
(jilid 4, hal 152, no 3394) dan Imam Muslim (jilid 1, hal 154, no 168).
Hadis Ibnu Abbas rhu telah dilaporkan oleh imam Ahmad dalam
Musnad (jilid 4, hal 166, no 2324). Jalurnya sedikit lemah disebabkan oleh
Qabus bin Abu Dzibyan. Namun sebahagian ulamak mensahihkan hadisnya. Menurut
hadis Ibn Abbas rhu, Rasulullah Saw. dihidangkan dengan dua bekas minuman iaitu
madu dan susu semasa di Baitul Maqdis.
Naik ke langit-langit, menziarahi baitul Makmur, Sidratul
Muntaha, sungai-sungai dan pensyariatan solat lima waktu:
Ia diceritakan oleh Anas bin Malik rhu, Abu Zarr rhu dan
Malik bin So`so`ah rhu (Lihat Takhrij hadis belah dada). Lafaz hadis Anas rhu.
adalah seperti berikut :
(( ثُمَّ عُرِجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ، فَاسْتَفْتَحَ
جِبْرِيلُ، فَقِيلَ: مَنَ أَنْتَ؟ قَالَ: جِبْرِيلُ، قِيلَ: وَمَنْ مَعَكَ؟ قَالَ:
مُحَمَّدٌ، قِيلَ: وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ؟ قَالَ: َ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ،
فَفُتِحَ لَنَا، فَإِذَا أَنَا بِآدَمَ، فَرَحَّبَ بِي، وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ،
ثُمَّ عُرِجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الثَّانِيَةِ، فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ
عَلَيْهِ السَّلَامُ، فَقِيلَ: مَنَ أَنْتَ؟ قَالَ: جِبْرِيلُ، قِيلَ: وَمَنْ
مَعَكَ؟ قَالَ: مُحَمَّدٌ، قِيلَ: وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ؟ قَالَ: قَدْ بُعِثَ
إِلَيْهِ، فَفُتِحَ لَنَا، فَإِذَا أَنَا بِابْنَيْ الْخَالَةِ عِيسَى ابْنِ
مَرْيَمَ، وَيَحْيَى بْنِ زَكَرِيَّاءَ، صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْهِمَا، فَرَحَّبَا
وَدَعَوَا لِي بِخَيْرٍ، ثُمَّ عَرَجَ بِي إِلَى السَّمَاءِ الثَّالِثَةِ،
فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ، فَقِيلَ: مَنَ أَنْتَ؟ قَالَ: جِبْرِيلُ، قِيلَ: وَمَنْ
مَعَكَ؟ قَالَ: مُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قِيلَ: وَقَدْ بُعِثَ
إِلَيْهِ؟ قَالَ: قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ، فَفُتِحَ لَنَا، فَإِذَا أَنَا بِيُوسُفَ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، إِذَا هُوَ قَدِ اُعْطِيَ شَطْرَ الْحُسْنِ،
فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ، ثُمَّ عُرِجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ
الرَّابِعَةِ، فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ، قِيلَ: مَنْ هَذَا؟
قَالَ: جِبْرِيلُ، قِيلَ: وَمَنْ مَعَكَ؟ قَالَ: مُحَمَّدٌ، قَالَ: وَقَدْ بُعِثَ
إِلَيْهِ؟ قَالَ: قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ، فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا
بِإِدْرِيسَ، فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ، قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ:
{وَرَفَعْنَاهُ مَكَانًا عَلِيًّا} [مريم: 57]، ثُمَّ عُرِجَ بِنَا إِلَى
السَّمَاءِ الْخَامِسَةِ، فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ، قِيلَ: مَنْ هَذَا؟ فَقَالَ:
جِبْرِيلُ، قِيلَ: وَمَنْ مَعَكَ؟ قَالَ: مُحَمَّدٌ، قِيلَ: وَقَدْ بُعِثَ
إِلَيْهِ؟ قَالَ: قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ، فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِهَارُونَ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَرَحَّبَ، وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ، ثُمَّ عُرِجَ
بِنَا إِلَى السَّمَاءِ السَّادِسَةِ، فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ
السَّلَامُ، قِيلَ: مَنْ هَذَا؟ قَالَ: جِبْرِيلُ، قِيلَ: وَمَنْ مَعَكَ؟ قَالَ:
مُحَمَّدٌ، قِيلَ: وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ؟ قَالَ: قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ، فَفُتِحَ
لَنَا، فَإِذَا أَنَا بِمُوسَى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَرَحَّبَ
وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ، ثُمَّ عُرِجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ السَّابِعَةِ،
فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ، فَقِيلَ: مَنْ هَذَا؟ قَالَ: جِبْرِيلُ، قِيلَ: وَمَنْ
مَعَكَ؟ قَالَ: مُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قِيلَ: وَقَدْ بُعِثَ
إِلَيْهِ؟ قَالَ: قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ، فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا
بِإِبْرَاهِيمَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُسْنِدًا ظَهْرَهُ إِلَى
الْبَيْتِ الْمَعْمُورِ، وَإِذَا هُوَ يَدْخُلُهُ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعُونَ أَلْفَ
مَلَكٍ لَا يَعُودُونَ إِلَيْهِ، ثُمَّ ذَهَبَ بِي إِلَى السِّدْرَةِ
الْمُنْتَهَى، وَإِذَا وَرَقُهَا كَآذَانِ الْفِيَلَةِ، وَإِذَا ثَمَرُهَا
كَالْقِلَالِ، قَالَ: فَلَمَّا غَشِيَهَا مِنْ أَمْرِ اللهِ مَا غَشِيَ تَغَيَّرَتْ،
فَمَا أَحَدٌ مِنْ خَلْقِ اللهِ يَسْتَطِيعُ أَنْ يَنْعَتَهَا مِنْ حُسْنِهَا،
فَأَوْحَى اللهُ إِلَيَّ مَا أَوْحَى، فَفَرَضَ عَلَيَّ خَمْسِينَ صَلَاةً فِي
كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ، فَنَزَلْتُ إِلَى مُوسَى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ، فَقَالَ: مَا فَرَضَ رَبُّكَ عَلَى أُمَّتِكَ؟ قُلْتُ: خَمْسِينَ
صَلَاةً، قَالَ: ارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ، فَإِنَّ
أُمَّتَكَ لَا يُطِيقُونَ ذَلِكَ، فَإِنِّي قَدْ بَلَوْتُ بَنِي إِسْرَائِيلَ
وَخَبَرْتُهُمْ، قَالَ: فَرَجَعْتُ إِلَى رَبِّي، فَقُلْتُ: يَا رَبِّ، خَفِّفْ
عَلَى أُمَّتِي، فَحَطَّ عَنِّي خَمْسًا، فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى، فَقُلْتُ:
حَطَّ عَنِّي خَمْسًا، قَالَ: إِنَّ أُمَّتَكَ لَا يُطِيقُونَ ذَلِكَ، فَارْجِعْ
إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ، قَالَ: فَلَمْ أَزَلْ أَرْجِعُ بَيْنَ
رَبِّي تَبَارَكَ وَتَعَالَى، وَبَيْنَ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ حَتَّى قَالَ:
يَا مُحَمَّدُ، إِنَّهُنَّ خَمْسُ صَلَوَاتٍ كُلَّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ، لِكُلِّ
صَلَاةٍ عَشْرٌ، فَذَلِكَ خَمْسُونَ صَلَاةً، وَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ
يَعْمَلْهَا كُتِبَتْ لَهُ حَسَنَةً، فَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَتْ لَهُ عَشْرًا،
وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا لَمْ تُكْتَبْ شَيْئًا، فَإِنْ
عَمِلَهَا كُتِبَتْ سَيِّئَةً وَاحِدَةً، قَالَ: فَنَزَلْتُ حَتَّى انْتَهَيْتُ
إِلَى مُوسَى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَخْبَرْتُهُ، فَقَالَ: ارْجِعْ
إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فَقُلْتُ: قَدْ رَجَعْتُ إِلَى رَبِّي حَتَّى اسْتَحْيَيْتُ
مِنْهُ ))
Dianugerahkan tiga perkara : solat lima waktu, akhir
surah Al-Baqarah, diampunkan dosa-dosa besar umat Muhammad Saw :
Ia diceritakan oleh Ibn Mas`ud rhu seperti yang
dilaporkan oleh imam Muslim (jilid 1, hal 157, no 173). Lafaz hadisnya seperti
berikut :
(( لَمَّا أُسْرِيَ بِرَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ، انْتُهِيَ بِهِ إِلَى سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى، وَهِيَ فِي السَّمَاءِ
السَّادِسَةِ، إِلَيْهَا يَنْتَهِي مَا يُعْرَجُ بِهِ مِنَ الْأَرْضِ فَيُقْبَضُ
مِنْهَا، وَإِلَيْهَا يَنْتَهِي مَا يُهْبَطُ بِهِ مِنْ فَوْقِهَا فَيُقْبَضُ
مِنْهَا، قَالَ: " {إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَى } [النجم: 16] ،
قَالَ: فَرَاشٌ مِنْ ذَهَبٍ، قَالَ: فَأُعْطِيَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثًا: أُعْطِيَ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسَ، وَأُعْطِيَ
خَوَاتِيمَ سُورَةِ الْبَقَرَةِ، وَغُفِرَ لِمَنْ لَمْ يُشْرِكْ بِاللهِ مِنْ
أُمَّتِهِ شَيْئًا، الْمُقْحِمَاتُ )).
Melihat syurga :
Ia diceritakan oleh Abu Zarr rhu seperti yang dilaporkan
oleh imam Bukhari dan imam Muslim (lihat takhrij hadis kejadian belah dada).
Lafadz hadisnya adalah seperti berikut :
(( ثُمَّ أُدْخِلْتُ الجَنَّةَ، فَإِذَا فِيهَا جَنَابِذُ
اللُّؤْلُؤِ، وَإِذَا تُرَابُهَا المِسْكُ ))
Solat bersama para nabi a.s:
Ia telah diceritakan oleh Abu Hurairah rhu seperti yang
dilaporkan oleh Imam Muslim (lihat takhrij perjalanan ke Baitul Maqdis). Lafaz
hadis Abu Hurairah rhu. adalah seperti berikut :
(( لَقَدْ رَأَيْتُنِي فِي الْحِجْرِ وَقُرَيْشٌ تَسْأَلُنِي عَنْ
مَسْرَايَ، فَسَأَلَتْنِي عَنْ أَشْيَاءَ مِنْ بَيْتِ الْمَقْدِسِ لَمْ
أُثْبِتْهَا، فَكُرِبْتُ كُرْبَةً مَا كُرِبْتُ مِثْلَهُ قَطُّ»، قَالَ: "
فَرَفَعَهُ اللهُ لِي أَنْظُرُ إِلَيْهِ، مَا يَسْأَلُونِي عَنْ شَيْءٍ إِلَّا
أَنْبَأْتُهُمْ بِهِ، وَقَدْ رَأَيْتُنِي فِي جَمَاعَةٍ مِنَ الْأَنْبِيَاءِ،
فَإِذَا مُوسَى قَائِمٌ يُصَلِّي، فَإِذَا رَجُلٌ ضَرْبٌ، جَعْدٌ كَأَنَّهُ مِنْ
رِجَالِ شَنُوءَةَ، وَإِذَا عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ عَلَيْهِ السَّلَامُ قَائِمٌ
يُصَلِّي، أَقْرَبُ النَّاسِ بِهِ شَبَهًا عُرْوَةُ بْنُ مَسْعُودٍ الثَّقَفِيُّ،
وَإِذَا إِبْرَاهِيمُ عَلَيْهِ السَّلَامُ قَائِمٌ يُصَلِّي، أَشْبَهُ النَّاسِ
بِهِ صَاحِبُكُمْ - يَعْنِي نَفْسَهُ - فَحَانَتِ الصَّلَاةُ فَأَمَمْتُهُمْ، فَلَمَّا
فَرَغْتُ مِنَ الصَّلَاةِ قَالَ قَائِلٌ: يَا مُحَمَّدُ، هَذَا مَالِكٌ صَاحِبُ
النَّارِ، فَسَلِّمْ عَلَيْهِ، فَالْتَفَتُّ إِلَيْهِ، فَبَدَأَنِي بِالسَّلَام ))
Melihat Jibril
a.s:
Ia diceritakan
oleh Abdullah bin Mas`ud rhu seperti yang dilaporkan oleh imam Muslim (jilid 1, hal 157-158, no 174). Lafaznya
seperti berikut :
(( أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى
جِبْرِيلَ في صورته لَهُ سِتُّمِائَةِ جَنَاح ))
Dalam riwayat
lain daripada Ibn Mas`ud rhu, terdapat tambahan berikut:
(( يُنْثَرُ
مِنْ رِيشِهِ تَهَاوِيلَ الدُّرِّ وَالْيَاقُوتِ ))
Tambahan ini
dilaporkan oleh imam Ahmad dalam Musnad (jilid 7, hal 31, no 3915) dan imam Ibn
Hibban dalam As-Sahih (jilid 14, hal 337, no: 6428) daripada Ibn Mas`ud rhu.
jalur ini dinilai sebagai hasan disebabkan adanya Ashim.
Melihat Malik
penjaga neraka:
Lihat hadis Abu
Hurairah rhu dalam solat bersama para nabi.
Menghidu bau
harum kubur penjaga anak Firaun:
Ia telah
diceritakan oleh Abdullah bin Abbas rhu seperti yang dilaporkan oleh imam Ahmad
(jilid 5, hal 30, no 2821) dan imam Ibn Hibban (jilid 7, hal 164,
no 2904) melalui jalur Hammad bin Salamah. Hadis Ibn Abbas rhu
telah dinilai sebagai sahih dengan jalur sokongan. Lafaz hadis adalah seperti berikut :
(( لَمَّا كَانَتِ اللَّيْلَةُ
الَّتِي أُسْرِيَ بِي فِيهَا، أَتَتْ عَلَيَّ رَائِحَةٌ طَيِّبَةٌ، فَقُلْتُ: يَا
جِبْرِيلُ، مَا هَذِهِ الرَّائِحَةُ الطَّيِّبَةُ؟ فَقَالَ: هَذِهِ رَائِحَةُ
مَاشِطَةِ ابْنَةِ فِرْعَوْنَ وَأَوْلادِهَا. قَالَ: قُلْتُ: وَمَا شَأْنُهَا؟
قَالَ: بَيْنَا هِيَ تُمَشِّطُ ابْنَةَ فِرْعَوْنَ ذَاتَ يَوْمٍ، إِذْ سَقَطَتِ
الْمِدْرَى مِنْ يَدَيْهَا، فَقَالَتْ: بِسْمِ اللهِ. فَقَالَتْ لَهَا ابْنَةُ
فِرْعَوْنَ: أَبِي؟ قَالَتْ: لَا، وَلَكِنْ رَبِّي وَرَبُّ أَبِيكِ اللهُ.
قَالَتْ: أُخْبِرُهُ بِذَلِكَ قَالَتْ: نَعَمْ. فَأَخْبَرَتْهُ فَدَعَاهَا،
فَقَالَ: يَا فُلانَةُ، وَإِنَّ لَكِ رَبًّا غَيْرِي؟ قَالَتْ: نَعَمْ، رَبِّي
وَرَبُّكَ اللهُ. فَأَمَرَ بِبَقَرَةٍ مِنْ نُحَاسٍ فَأُحْمِيَتْ، ثُمَّ أَمَرَ
بِهَا أَنْ تُلْقَى هِيَ وَأَوْلادُهَا فِيهَا، قَالَتْ لَهُ: إِنَّ لِي إِلَيْكَ
حَاجَةً. قَالَ: وَمَا حَاجَتُكِ؟ قَالَتْ: أُحِبُّ أَنْ تَجْمَعَ عِظَامِي
وَعِظَامَ وَلَدِي فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ، وَتَدْفِنَنَا. قَالَ: ذَلِكَ لَكِ
عَلَيْنَا مِنَ الحَقِّ ". قَالَ: " فَأَمَرَ بِأَوْلادِهَا فَأُلْقُوا
بَيْنَ يَدَيْهَا، وَاحِدًا وَاحِدًا، إِلَى أَنِ انْتَهَى ذَلِكَ إِلَى صَبِيٍّ
لَهَا مُرْضَعٍ، كَأَنَّهَا تَقَاعَسَتْ مِنْ أَجْلِهِ، قَالَ: يَا أُمَّهْ،
اقْتَحِمِي، فَإِنَّ عَذَابَ الدُّنْيَا أَهْوَنُ مِنْ عَذَابِ الْآخِرَةِ،
فَاقْتَحَمَتْ " قَالَ: قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: " تَكَلَّمَ أَرْبَعَةٌ
صِغَارٌ: عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ عَلَيْهِ السَّلامُ، وَصَاحِبُ جُرَيْجٍ،
وَشَاهِدُ يُوسُفَ، وَابْنُ مَاشِطَةِ ابْنَةِ فِرْعَوْنَ )).
Setakat ini dahulu ...... bersambung di siri 2
[1] Kenyataan ini menunjukkan ketika kejadian tersebut,
Rasulullah Saw. sedang berada dalam ruang yang beratap. Sedangkan dalam riwayat
Malik bin So`so`ah rhu. dinyatakan Baginda sedang tidur di Hijr Ismail atau
berhampiran Ka`bah. Dalam riwayat Ummu Hani` rha. dinyatakan baginda sedang
tidur di rumahnya (Ummu Hani r.a). Namun, status jalur hadis Ummu Hani` r.a
sangat lemah.
Langgan:
Catatan (Atom)