Memaparkan catatan dengan label ISU SEMASA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISU SEMASA. Papar semua catatan
Isnin, 31 Oktober 2016
KEBENARAN : Status Kisah Angin Ahmar
On
Monday, October 17, 2016 10:58 AM, wrote :
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Semoga
ustaz dalam keadaan baik dan dirahmati Allah sentiasa
Sekarang
ini tersebar merata rata kisah tentang satu jin bernama raihul ahmar yang
berdialog dengan Nabi Sulayman ahs. dengan alkisahnya, rasukan oleh jin inilah
yang menyebabkan berlakunya angin ahmar (lumpuh/stroke) kepada manusia.
Saya
nak mohon pengesahan dari ustaz, betulkah kisah dan punca angin ahmar ini serta
doa yang disebutkan jka diamal, boleh hilangkan penyakit angina ahmar ini.
Jasa
baik ustaz sangat saya hargai.
والسلام
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
وبعد , يسرلي
أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي رب إشرح لي صدري و
Segala
puji bagi Allah Swt., Pencipta sekelian alam. Salawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait,
SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta
orang-orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma
ba'du.
Saya
mendoakan agar Allah Swt. sentiasa menerima semua amalan kita seterusnya
melimpahkan segala rahmat dan keampunan-Nya di hari dan bulan yang mulia ini,
Insya’Allah. Juga saya memohon perlindungan, rahmat dan bimbingan dari Allah
Swt. dari sebarang kesilapan dalam menuliskan nukilan ini.
Saya
mempercayai berlakunya angin ahmar
atau stroke ke atas manusia
bukan kerana rasukan jin. Sedikit butiran yang boleh saya berikan tentang hal penyakit
ini :
Angin
ahmar / stroke adalah satu masalah kesihatan yang diakibatkan oleh (1) salur darah tersumbat dan/atau (2)
salur darah pecah, yang menyebabkan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi
menerima oksigen yang mencukupi dan oleh
itu, sel-sel otak akan rosak atau mati,
dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak
dapat berfungsi (lumpuh). Ini merupakan kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan
fungsi saraf secara tiba-tiba. Kesan paling jelas adalah lumpuh anggota badan (bahagian
yang terlibat) atau ke tahap kematian mengejut.
Punca
angin ahmar termasuk lanjut umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok. Istilah "serangan otak" kini semakin luas
digunakan untuk angin ahmar, disebabkan penyakit ini adalah padanan seiras untuk
"serangan
jantung"
yang merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat
dan bekalan darah ke sebahagian jantung diganggu.
Butiran lanjut mesti didapatkan
dari pakar perubatan.
Berkenaan kisah dialog antara
Nabi Sulayman ahs. dengan jin yang mengaku bernama raihul ahmar, yang akhirnya
disebutkan bahawa rasukan oleh jin inilah yang menjadi punca serangan angin
ahmar, saya sendiri pon ada menerima kisah tersebut dari rakan menerusi media
sosial. Namun apabila saya memohan supaya diberikan asal muasal/dasar rujukan
kepada kisah tersebut, tiada siapa pon yang membalasnya.
Sudah lama saya mendengar kisah
ini, sejak kecil-kecil lagi sudah mendengarnya. Namun dari dahulu hingga
sekarang, tiada sesiapa ;pon yang dapat menunjukkan periwayatan/sanadnya untuk
disemak dan ditahqeeqkan. Ada beberapa orang menyebut dan menyebarkannya dengan
alasan “ada dalam kitab”. Sehingga sekarang juga apa butiran kitab itu tidak
pula diberikan. Jika benar ada, baguslah kerana semakan boleh dibuat.
Apa yang boleh saya katakan
adalah, kisah ini bathil dan langsung tidak berdasar. Maka ia tidak boleh
dipercayai, dipegangi dan disebarkan.
Sedikit peringatan kepada diri
saya sendiri dan semua sahabat jamaah, sesuatu yang dikaitkan / disandarkan
kepada Nabi Muhammad Saw, cucu kesayangan Baginda : Husin dan dikaitkan pula
dengan Nabiyullah Sulayman ahs. wajib bersifat sohih, soreh dan qot’ie. Jika
tidak, ia hanyalah kisah rekaciptaan semata-mata yang pasti sekali akan
mencampakkan pencipta dan penyebarnya ke dalam neraka.
Semoga maklumbalas saya ini telah
menjawab pertanyaan dan telah membantu.
والله تعالى أعلم
, وصلى
الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله
وأصحابه أجمعين.
Yang
benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari
saya yang amat faqir dan dhoif ini.
سكيان
, والسلام
Sabtu, 14 Mac 2015
Solat Jenazah : Jangan Halang Solat Jenazah di Masjid
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Apa khabar syaikh Mad, moga dalam keadaan baik-baik saja.Nih saya ada nak tanya hal yang dah kecoh
kat sini. Nih hal suatu hukum oleh ajk masjid. Dah jadi viral pun cerita nih. Ada sebuah masjid dekat-dekat sini yang AJK nya membuat hukum : Sesiapa ahli kariyah yang tidak solat Jumaat di masjid itu, 3 kali berturut, nanti bila mati janazahnya tidak boleh disembahyangkan di masjid, hanya solat di rumah dan terus di bawa ke kubur. Saya sertakan foto siaraya tuh.
Soalan saya, betulkah hukum ini berdasarkan ajaran syariat Islam. Harap sangat ustadz dapat berikan pandangan dalam hal ini. Lagi cepat lagi bagus, ramai yang dok tunggu dan marah-marah pulak dengan ajk berkenaan.
Setakat tu sajalah ustadz, lagi cepat lagi bagus naaaa, urgent nih.
Wassalam.
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي, وبعد,
Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah semata-mata, tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad Saw. adalah hamba dan Rasul-Nya
Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar, niscaya Allah akan memperbaiki amal-amalmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh ia menang dengan kemenangan yang besar.
Surah Al Ahzaab (33) : ayat 70-71
Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah Kitabullah (Al Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Saw. (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bidah, setiap bidah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di neraka. Amma badu
Semoga tuan pun dalam keadaan baik juga, dan bisnes pun dalam keadaan baik juga. Mudahan Allah Taala murahkan rizqi. Tiba-tiba saja tuan timbul semula, diikuti pula dengan soalan-soalan sukar dan pelik-pelik. InsyaAllah lain kali kita jumpa. Bolehlah beberapa soalan tertangguh dalam inbox di jawab secara langsung, saya kurang kesempatan untuk menulis.
Oleh kerana saya diminta memberi pandangan, maka apa yang saya tulis ini hanyalah pandangan yang boleh diterima atau ditolak, insyaAllah seqadar yang termampu saya berikan bersandarkan tahap pengetahuan saya yang amat terhad dan serba dhoif. Maka, mendapatkan pandangan lain sangat-sangat digalakkan. Apa yang saya perkatakan tetap jua pandangan bukan hukuman, harapnya ini difahami betul-betul. Jauh sekali nak mencampuri urusan dalaman orang lain, yang sudah sepatutnya mereka lebih tahu dan penuh bertanggungjawab atas apa yang telah mereka putuskan.
Baik sekali dimulai dengan asas : Masjid mengikut tarifan isthilah (syara) suatu tempat/binaan yang didirikan kerana Allah Taala semata, menjadi rumah ibadah ummat Islam yang di dalamnya didirikan Solat dan ibadah lain untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah Taala. Ini dinyatakan oleh Allah Taala :
Hanya yang memamurkan masjid-masjid Allah adalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, serta tetap mendirikan Solat (di dalamnya), menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapa pun) selain kepada Allah .
Surah At Taubah (9) : ayat 17
Surah At Taubah (9) : ayat 17
Sungguh amat dzalim sesiapa yang menghalangi ummat Muslimin untuk melakukan Solat dan ibadah lainnya di dalam masjid. Peringatan ini dinyatakan oleh Allah Taala :
Dan siapakah yang lebih dzalim (aniaya) daripada orang yang menghalang-halangi (manusia) menyebut nama Allah di dalam masjid-masjid-Nya, dan mereka berusaha utuk merobohkannya .
Surah Al Baqarah (2) : ayat 114
Surah Al Baqarah (2) : ayat 114
Mesti diingati, solat janazah adalah juga satu ibadah dan boleh dilakukan di dalam masjid.
Sekiranya hal hukuman ini benar ada, maka dituntut kepada sesiapa yang tahu supaya merujuknya kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan kadar segera. Ini bagi membolehkan suatu keputusan juga kesahan ke atas hukuman ini dapat diputuskan. Tidak boleh dibiarkan hal ini berterusan lama sehingga mengganggu ketenteraman ummat Muslimin.
Secara peribadi, saya menegaskan bahawa tindakan/hukuman ini salah, atas sebab :
Masjid adalah tapak/ binaan waqaf atas nama Allah Taala yang berhak digunapakai oleh seluruh ummat Muslimin bagi apa jua tujuan yang haq (yani beribadah).
AJK berperanan menjalankan pengurusan masjid supaya terpelihara, tersusun dan berguna menepati ketentuan syara dan tazir. AJK bukanlah badan berkuasa untuk membuat suatu keputusan hukum seperti itu. Apatah lagi hukuman yang menghalangi suatu ibadah dilakukan di dalam masjid.
Hukum hudud, qisas, syariat dan sunnatullah telah jelas dan termaktub, dengan semuanya terjatuh ke atas ummat Muslimin yang hayat buka sekali-kali yang wafat. Implikasi hukumah ini adalah jelas sekali menghukum janazah atas perbuatan semasa hidupnya. Amat pelik, janazah yang terbujur kaku pula dihukum.
Hukuman ini terlalu umum sedangkan ketidakhadiran boleh terjadi disebabkan oleh perkara yang munasabah seperti bekerja di luar kawasan, bermusafir atau memang ada uzur syariie.
Justeru, hukuman menghalangi solat janazah seseorang di dalam Rumah Allah atas sebab yang dinyatakan adalah tidak benar, malah tidak sepatutnya berlaku pun. Malah dalam syara, tidak pernah ada hukuman sebegitu.
Adalah amat baik, jika benar ada orang yang culas untuk solat Jumaat, dia didawahi dan diberi bimbingan. Sekiranya tetap degil, boleh dikenakan hukuman yang setimpal berdasarkan syara semasa dia hidup lagi.
Setakat itu pendapatan saya. Semoga telah membantu. Amat baik sekali hal ini dirujuk kepada pihak yang lebih faqeh dan berkuasa, supaya mendapat taliq yang lebih baik lagi.
Semoga solawat dan salaam senantiasa dilimpah-kan kepada Rasulullah Saw., keluarga dan para Sahabat Baginda, para Salafus Solih, para syuhada’ serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah mereka dengan kebaikan hingga hari qiyamat.
والله تعالى أعلم , وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه أجمعين.
Yang benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari saya yang amat dhaif ini.
سكيان , والسلام
والله تعالى أعلم , وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه أجمعين.
Yang benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari saya yang amat dhaif ini.
سكيان , والسلام
Sabtu, 28 Februari 2015
Haram Hukum Bunuh Dengan Api ( dibakar hidup-hidup)
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
وبعد, يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي رب إشرح
لي صدري و
Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan
dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri
kami dan kejelekan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk,
maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan,
maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah semata-mata, tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad Saw. adalah hamba dan Rasul-Nya.
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah (kamu) kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim.”
Surah Ali ‘Imran (3) : ayat 102
Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah Kitabullah (Al Qur’an) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Saw. (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di Neraka. Amma ba’du.
Allah Ta’ala berfirman :
"Hai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya, dan
bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui."
Surah Al-Hujurat, 49 : ayat 1
Nukilan kali ini diawali dengan perintah
Allah Ta’ala kepada orang-orang yang beriman untuk tidak menginterupsi
pembicaraan Nabi Saw. dengan keras kepala menentang Baginda. Sebaliknya, mereka
diperingatkan untuk takut kepada Allah Ta’ala dengan cara bersabar dan tunduk
patuh terhadap apa yang Baginda katakan dalam semua urusan. Kepatuhan itu
digambarkan sebagai perwujudan rasa takut kepada Allah Ta’ala atas sebab Nabi Saw.
tidak berbicara atas kemahuannya sendiri.
"Dan tiadalah
yang diucapkannya itu (Al-Qur'an) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu
tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)."
Surah An-Najm, 59 : ayat 3-4
Baginda seluruhnya dibimbing oleh Allah yang
Maha Tinggi yang Maha Perkasa. Kerana itu segala ucapan-ucapan serta
perbuatan-perbuatan dan persetujuan (as sunnah) Baginda harus dipandang sebagai
petunjuk Allah Ta’ala. Nabi Muhammad Saw. adalah manusia suci yang bertindak perantara
yang dipilih Allah untuk menyampaikan pesan nan agung dan terakhir-Nya kepada
ummat manusia. Point penting ini ditekankan dan diabadikan oleh Allah Ta’ala dalam
ayat berikut :
"Dan apabila
dibacakan Al-Qur'an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan
tenang agar kamu mendapat rahmat."
Surah Al-A'raaf, 7 : ayat 204
Justeru, para ulama’ warisatul anbiyaa’ tulen, para salafus solih
amat berpegang teguh kepada perintah Allah Ta’ala dan sabdaan rasul-Nya ini.
Mereka meninggalkan pula tinta-tinta emas berupa pesanan dan pengajaran kepada
ummat supaya wajib berpegang teguh kepadanya. Antaranya :
Imam Muhammad bin Idris Asy Syafi’ie Rhm. direkodkan berkata :
Imam Al Humaidy Rhm. menceritakan : Suatu hari imam Asy Syafi’ie
Rhm. menyampaikan sebuah hadits. Aku lantas berkata : Apakah engkau
mengambilnya sebagai pegangan? Imam Asy Syafi’ie Rhm. menjawab : Apakah kamu
melihat aku keluar dari gereja? Ataukah aku mengenakan simbol-simbol (nasrani)
sehingga jika aku mendengar sebuah hadits dari Rasulullah Saw. aku tidak
mengambilnya (sebagai peganganku)?
Diriwayatkan oleh imam Adz Dzahabi Rhm. dalam Siyar ‘Alam An
Nubala’, jilid VIII halaman 389
Juga, Imam Ahmad bin Hanbal Rhm. direkodkan berkata :
Aku amat hairan terhadap suatu qaum, mereka tahu sanad dan
kesahihannya suatu hadits, namun masih juga mengikuti pendapat selain dari
(ketetapan) Rasulullah Saw. Sementara Allah Ta’ala telah berfirman (Surah An
Nuur, 24 : ayat 63) : Maka hendaklah (berhati-hati) orang yang menyalahi
perintah Rasulullah Saw. takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang
pedih.
Kitab ut Tauhid, halaman 38
Demikianlah sifat-sifat pegangan yang dikatakan sebagai berpegang
teguh dan tunduk patuh kepada perintah Allah Ta’ala dan rasul-Nya.
Saya ada terbaca beberapa artikel yang menyokong dan mendokong
perbuatan dzalim kelompok khawarij yang menggelarkan diri mereka ISIS membunuh
tahanan dengan membakar hidup-hidup. Niyat tulisan para pengekor syaithon ini
tiada lain untuk menghalalkan kebejatan dan perbuatan dzalim itu.
Sungguh nyata, seluruh hujjah yang dinyatakan hanyalah dongengan
hawa nafsu bersalut talbis ul iblis sehingga tidak tahu membezakan antara al
haq dengan yang bathil. Paling menjengkelkan, seluruh hujjah karut marut itu
kononnya disandarkan kepada ketetapan Allah Ta’ala da rasul-Nya, yang tiada
lain hanya untuk mengaburi dan menipu kelompok jahil yang mudah ditipu.
Dan, hujjah klasik “tiada larangan” yang paling amat dicintai oleh
para pencinta bid’ah pun turut dipakai dan dijaja semata-mata untuk membenarkan
secara membabi buta terhadap ISIS ketika membunuh dengan cara dibakar
hidup-hidup. Benar sungguh, mereka ini cuba menukarkan kedzaliman sebagai suatu
kebenaran kononnya.
Benarkah perbuatan membakar manusia hidup-hidup ini diperbolehkan
di dalam syari’at suci Islam sepertimana dakwaan kelompok sesat ini? Atau jika
tiada dalil larangan, maka perbuatan ini menjadi halal.
Mari kita lihat dan telitikan, apakah benar kalam-kalam para
pendusta ini.
Dari Abu Hurairah Rhu. dia berkata : Rasulullah Saw. mengutus kami
dalam satu pasukan perang. Kemudian Baginda bersabda : Jika kalian bertemu
dengan si fulan dan si fulan, bakarlah mereka. Kemudian Rasulullah Saw.
berpesan ketika kami hendak berangkat berjihad seraya bersabda : Kelmarin saya
perintahkan kalian untuk membakar si fulan dan si fulan, akan tetapi api adalah
benda yang digunakan untuk menyiksa (membunuh) kecuali Allah. Jika kalian
bertemu mereka bunuhlah mereka.
Hadis sohih riwayat imam Bukhari Rhm. no. 3016
Dari Hamzah bin Al Aslamy Rhu. dia berkata bahawa Rasulullah Saw.
pernah mengutusnya bersama pasukan perang. Ketika hendak berangkat, Nabi Saw.
berpesan seraya berkata :
Jika kalian menjumpai si fulan, bakarlah dia dengan api. Kemudian
aku berangkat. Lalu Baginda Saw. memanggilku dan aku kembali dan Baginda
berpesan : Jika kalian menangkap si fulan, bunuhlah dia jangan kalian bakar.
Kerana tidak boleh menyiksa dengan api kecuali Rabb-nya api yaitu Allah Ta’ala.
Hadis sohih riwayat imam Abu Dawud Rhm. no. 2673
Inilah antara beberapa nas/dalil akan terlarangnya membunuh dengan
cara dibakar hidup-hidup, lantaran satu-satunya yang berhak menyiksa dengan
bakaran api itu hanya Allah Ta’ala semata-mata. Maka, jika benarlah mereka mahu
menegakkan syari’at Islam yang suci, kenapakah sabdaan sohih dari ummat paling
mulia dan pesuruh-Nya ini diingkari. Malah hak menyiksa dengan api itu hanyalah
hak Allah Ta’ala ditegaskan lagi dalam hadits berikut :
Imam Ibnul Munzir Rhm. berkata : Dari Ikrimah dia berkata : Telah
dihadapkan kepada Ali Rhu. orang-orang zindiq (yang mentuhankan beliau) lalu
beliau membakar mereka namun berita tersebut sampai kepada Abdullah Ibnu Abbas
Rhu. lalu beliau berkata : Seandainya aku, tentu aku tidak akan membakar mereka
kerana Rasulullah Saw. telah melarangnya dalam sabda Baginda : Janganlah kalian
menyiksa dengan siksaan Allah Ta’ala. Tetapi tentulah aku akan membunuh mereka
berdasarkan sabda Nabi Saw. : Barang siapa agamanya (murtad) maka bunuhlah.
Hadits riwayat imam Bukhari dan Muslim Rhm. Kitab Fath ul Baari,
jilid VI halaman 174-175
Sungguh amat aneh, jika hadits Nabi Saw. akan terlarangnya
perbuatan membunuh dengan cara dibakar hidup-hidup boleh pula dibantah dan
disanggah lalu dianggap mansukh, dan digantikan pula dengan fatwa-fatwa bathil
yang membolehkan. Dan paling mendukacitakan dan amat menyayatkan hati, mereka-mereka
yang membolehkan ini, melakukan kebejatan itu mengatasnamakan Islam, ke atas
seorang Muslimin.
Sungguh benar, ini kerja tukang fitnah, khawarij dan pengekor
syaithan. Moga Allah Ta’ala memberi balasan seberat-berat azab terhadap para
pendzalim kerana membunuh seorang Muslimin tanpa haq, juga kerana menghalalkan
suatu yang jelas diharamkan.
Jika benar mereka Muslimin yang taat patuh kepada Allah Ta’ala dan
rasul-Nya, pasti mereka akur dan faham pesanan Allah Ta’ala ini :
“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan
perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan keputusan mengenai
sesuatu perkara (tidaklah boleh mereka) mempunyai hak memilih ketetapan
sendiri/yang lain mengenai urusan mereka. Dan barang siapa yang tidak taat
kepada hukum Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan
kesesatan yang jelas nyata”.
Surah Al Ahzaab, 33 : ayat 36
Mudah-mudahan nukilan ini bermunafaat dan memberi pengajaran bagi
saya dan seluruh jamaah sekalian, serta bagi qaum Muslimin. Mudah-mudahan amal
kita ini diterima oleh Allah Swt. dan menjadi timbangan amal kebaikan kita pada
hari qiyamat. Aamiin.
Semoga solawat dan salaam senantiasa dilimpah-kan kepada
Rasulullah Saw., keluarga dan para Sahabat Baginda, para Salafus Solih, para
syuhada’ serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah mereka dengan kebaikan
hingga hari qiyamat.
والله تعالى أعلم , وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه
أجمعين.
Yang benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang
tidak benar itu dari saya yang amat dhaif ini.
سكيان , والسلام
Pendirian Tentang Kedzaliman ISIS
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
وبعد, يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي رب إشرح
لي صدري و
Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan
dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri
kami dan kejelekan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk,
maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan,
maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah semata-mata, tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad Saw. adalah hamba dan Rasul-Nya.
“Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Rabb-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya; dan dari keduanya Allah memperkembang-biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan Nama-Nya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.”
Surah An-Nisaa' (4) : ayat 1
Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah Kitabullah (Al Qur’an) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Saw. (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di Neraka. Amma ba’du.
Muqaddimah
Baru-baru ini, kumpulan
orang-orang Khawarij (baca : teroris) di Iraq dan Syam, membuat “kejutan” baru
lagi, dengan mendeklarasikan apa yang mereka sebut dengan “Khilafah Islamiyyah”
bagi ad-Daulah al-Islamiyyah fi al-Iraq wa asy-Syam (DAIS) atau Islamic State in Iraq and Syam (ISIS).
Deklarasi “Khilafah Islamiyyah” merupakan sebuah nama yang benar-benar
mengundang simpati qaum Muslimin secara luas. Membuat banyak pihak terkecoh dan
terpesona, bahkan tertipu dengannya.
Sehingga tidak kurang dari
mereka (sebahagian qaum Muslimin) yang turut mengalu-alukan, dan menganggap bahawa
“asy-Syaikh Abu Bakar al-Baghdadi al-Husaini” yang dibai’at dan dinobatkan
sebagai khalifah tersebut, benar-benar sebagai seorang Khalifah Islam. Tanpa
meneliti lebih jauh apakah haqiqat sebenarnya “Daulah Islamiyyah” atau pun
“Khilafah Islamiyyah” itu, yang didirikan tidak lain hanya oleh orang-orang
khawarij.
Deklarasi demikian heboh,
dengan tampilan nama baru “Khilafah Islamiyyah” sebenarnya tidak sedikit pun mengubah
haqiqat DAIS atau ISIS tersebut. Tetaplah jua mereka sebagai salah satu kelompok
yang berpaham Khawarij dan radikal disebalik apa jua propaganda sehebat mana
pun. Belum pun apa-apa, sudah ada pernyataan dari pihak ISIS sesat ini, bahawa
mereka bersumpah akan menghancurkan Ka’bah jika berhasil menguasai Arab Saudi.
Mereka menyatakan Ka’bah menyebabkan seseorang Muslim “menyembah batu selain
daripada Allah”. Laa haula wala quwwata illa billah!
Sebenarnya, orang-orang
khawarij yang selama ini menyerukan “jihad” di Iraq dan di Syam itu terpecah belah
dalam banyak kelompok/parti/pergerakan, dan terjadi persaingan sesama sendiri antara
mereka. Tentu saja kita tahu, siapa dan bagaimana sepak terajang Khawarij
selama ini. Ya, tidak lain mereka adalah kelompok-kelompok teroris, yang selama
ini banyak merugikan dan memberikan citra gambaran yang buruk terhadap Islam
dan qaum Muslimin, akibat berbagai tindakan dan aksi mereka yang ternyata tidak
selaras sekali-kali dengan Syari’at Islam.
Jadi, sebenarnya kelompok
Khawarij ini dengan berbagai macam pecahan dan variasinya, adalah kelompok sempalan
dan sesat dari Islam Yang Hanif dan Haq. Satu sama lain tidak pernah akur,
bahkan saling menjatuhkan. Maka jangan hairan kalau al-Qaedah misalnya, tidak
setuju dengan ISIS. Padahal sebenarnya dari sisi paham dan ideology, mereka
sama dan saling berkongsi idea.
Sementara itu, di sisi
lain, dalam kalangan para pendokong Islamophobia, baik dari kalangan Islam
Liberal, sekuler, kaafiriin atau pun lainnya, menunjukkan sikap anti dan
kebenciannya dengan “Daulah Islamiyyah” yang baru diproklamirkan tersebut.
Detik-detik ini benar-benar mereka jadikan kesempatan untuk menghentam qaum Muslimin
dan menjatuhkan nama baik Islam.
Alhamdulillah, Ahlus Sunnah wal Jama’ah
adalah pihak yang paling tenang dalam menghadapi berbagai fitnah dan kemelut yang
terjadi. Mereka tidak mudah tertipu dan “terseret dalam arus”. Kerana Ahlus
Sunnah memiliki pedoman yang jelas dalam menyikapi berbagai persoalan, termasuk
persoalan-persoalan kontemporeri kekinian. Para Ulama Ahlus Sunnah senantiasa
tegar tegas tampil dalam tataran antarabangsa, memberikan bimbingan kepada qaum
Muslimin ke jalan kebenaran.
Pernyataan Rasmi
Segala puji bagi Allah Ta’ala, solawat dan salam ke atas
rasul-Nya, atas para keluarganya, para Sahabat dan para pengikutnya.
Kami dan setiap ummat Islam telah dikejutkan dengan khabar
wafatnya saudara kami yang dibunuh dengan amat dzalim dan ditipu. Seorang
juruterbang berasal dari Jordan, Mu’adz Al Kasasibah, semoga Allah Ta’ala
merahmatinya, menerima beliau sebagai seorang syuhada’ disi-Nya, pelakunya
adalah ISIS yang menisbatkan diri secara bathil, dusta dan bohong pada agama
suci kita Islam yang hanif.
Pertamanya, kami dengan penuh ta’zim menyampaikan rasa ta’ziyah
yang amat dalam kepada kedua orang tuanya, seluruh keluarganya, bangsa Jordan
dan seluruh qaum Muslimin walau di mana pun.
Kami sampaikan kepada mereka semua : Bahawa Allah Ta’ala yang
berhak memberi, Dia pula yang berhak mengambil, dan segala segala sesuatu di
sisi-Nya amat terbatas kepada waqtu yang telah ditentukan-Nya, maka hendaklah
kalian sabar dan berharap pahala dan keredhoan-Nya.
Dan kami mengutuk dengan sekeras-kerasnya atas apa yang dilakukan
oleh para pendosa, orang-orang yang memerangi Allah Ta’ala dan rasul-Nya dari
kalangan khawarij, rofidhoh serta orang-orang sufi yang sesat.
Sesungguhnya, da’wah salafiyyah yang murni, demikian pula para
da’ienya, para syaikh dan pengikutnya, tidaklah bertambah keyaqinannya kepada
ISIS melainkan bertambah kukuh menyedari bahawa mereka ini adalah benar-benar
khawarij yang meleset dari agama yang hanif ini, merekalah kelompok yang telah
diperingatkan oleh Rasulullah Saw. :
Baginda bersabda tentang kelompok ini : Mereka meleset dari agama
ini sebagaimana melesetnya anak panah dari sasarannya. Seandainya aku mendapati
mereka, nescaya aku akan membunuh mereka sebagaimana qaum Tsamud dibunuh.
Dan Rasulullah Saw. bersabda lagi tentang mereka ini : Mereka ini
keluar ketika manusia berpecah belah. Maka khawarij tidaklah keluar melainkan ketika
terjadi zaman fitnah.
Dan Rasulullah Saw. bersabda lagi : Akan muncul sekelompok manusia
dari kalangan ummatku dari arah timur. Mereka membaca Al Qur’an namun tidak
melewati kerongkongan mereka. Setiap kali mereka muncul akan dipangkas, setiap
kali mereka muncul akan dipangkas -hingga Baginda menghitung sampai dua puluh
kali. Hingga dajjal pun muncul dari sisa-sisa mereka ini.
Orang-orang khawarij ini memerangi Islam dan qaum Muslimin. Nabi
Saw. telah mengatakan : Pekerjaan mereka adalah membunuh orang-orang Islam.
Jika mereka keluar maka bunuhlah mereka. Beruntunglah orang-orang yang membunuh
mereka, beruntunglah orang-orang yang dibunuh oleh mereka.
Orang-orang khawarij ini agama terbesar mereka adalah menyelisihi
dan memberontak kepada jama’ah qaum Muslimin, menghalalkan darah dan harta qaum
Muslimin, sebagaimana yang dikatakan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah Rhm.
Dan, kita semua pada hari ini hendaknya mengambil pelajaran. Dan
hendaknya orang yang tertipu dengan kelompok ISIS yang busuk dan jahat ini
turut mengambil pelajaran, bertaubat kepada Rabb-Nya, dan kembali kepada jalan
yang lurus dan benar.
Dan sesungguhnya, kewajiban besar yang mesti dipikul oleh ummat
Muslimin hari ini adalah merapatkan barisan dan menyatukan tekad atas dasar
tauhid kepada-Nya, serta berpegang teguh terhadap as sunnah Rasululullah Saw.
dan manhaj salaf yang haq. Kerana sesungguhnya musuh-musuh Islam dan ummatnya
senantiasa menggasak dari berbagai sisi, baik dari dalam mahu pun dari luar.
Semoga Allah Ta’ala memasukkan saudara kita Mu’adz Al Kasasibah
Rahimahullah ke dalam Syurga Firdaus yang tinggi. Dan semoga Allah Ta’ala
membalas terhadap orang-orang sesat yang telah membunuh beliau.
Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun. Laa haula wala quwwata illa
billahil ‘aliyyil ‘adzim wal ‘aqibatu lil muttaqin. Dan orang-orang yang dzalim
pasti akan mengetahui ke mana tempat kembali mereka.
Wabillahi taufiq
Markaz Imam Al Albany :
Dr Jasim Al Jawabirah
Dr Muhammad Musa Alu Nasr
Dr Husain Al Awayisyah
Syaikh Ali bin Hasan Al Halaby
Syaikh Masyhur bin Hasan Alu Salman
Syaikh Akram bin Muhammad Alu Ziyadah
Dr Ziyad bin Salim Al Abbady
Dialihbahasa secara bebas oleh :
Abul Aswad Al Bayaty
Bayat, 15 Rabi’ul Akhir 1436
05 Februari 2015
Khatimah
Demikianlah yang dilakukan
oleh ISIS dan juga gerakan-gerakan radikal teroris khawarij lainnya. Bagi mereka
darah qaum Muslimin sangat murah dan tidak ada artinya. Pembunuhan sadis dan
tidak berperikemanusiaan itu mereka lakukan dengan mengatasnamakan jihad dan
penegakan syari’at Islam, bahkan juga mengatasnamakan “Khilafah Islamiyyah”, kerana
tidak ada cara untuk memperbaiki ummat yang telah rosak ini menurut mereka,
kecuali dengan cara pembunuhan massa. Pendirian yang sungguh bathil, sesat dan
jahat.
Al Imam Ismail bin Umar
Ibnu Katsir Rhm. sejak beberapa abad lalu telah mengatakan :
“Kalau mereka (Khawarij)
telah memiliki kekuatan, nescaya akan merosak bumi semuanya, baik Iraq mahu pun
Syam. Mereka tidak akan membiarkan seorang bayi laki-laki, mahu pun bayi
perempuan, laki-laki dewasa mahu pun wanita dewasa (kecuali pasti mereka
bunuh). Kerana ummat manusia menurut mereka telah rosak dengan tingkat kerosakan
yang tidak boleh diperbaiki kecuali dengan pembunuhan massa”
Kitab al-Bidayah wa an-Nihayah, jilid 10 halaman 584-585
Mudah-mudahan pernyataan ini bermunafaat dan memberi pelajaran bagi
saya dan seluruh jamaah sekalian, serta bagi qaum Muslimin. Mudah-mudahan amal
kita ini diterima oleh Allah Swt. dan menjadi timbangan amal kebaikan kita pada
hari qiyamat. Aamiin.
“Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan
ucapkanlah perkataan yang benar, niscaya Allah akan memperbaiki amal-amalmu dan
mengampuni dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sungguh ia menang dengan kemenangan yang besar.”
Surah Al Ahzaab (33) : ayat 70-71
Semoga solawat dan salaam senantiasa dilimpah-kan kepada
Rasulullah Saw., keluarga dan para Sahabat Baginda, para Salafus Solih, para
syuhada’ serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah mereka dengan kebaikan
hingga hari qiyamat.
والله تعالى أعلم , وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه
أجمعين.
Yang benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang
tidak benar itu dari saya yang amat dhaif ini.
سكيان , والسلام
Langgan:
Catatan (Atom)




