Jumaat, 13 Julai 2012

Bolehkah Meraikan Perayaan Agama Lain (bhg 1)

0 ulasan

Sent: Monday, February 20, 2012 12:08 PM
Subject: Jagalah Aqidah Kita, Jangan Gadai

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Semoga Ustaz Mad dalam situasi baik sekarang. Terima kasih atas huraian dan penjelasan tentang bab aqidah dan bagaimana sepatutnya kita orang Islam bertindak dalam merayakan hari kebesaran orang bukan Islam.

Bagaimana pun, saya ingin mendapatkan sedikit penjelasan.

1. Saya telah baca dan dapati artikel dengan bertajuk yang sama, dikeluarkan dalam blog www.salnboru.blogspot.com isinya sama, tetapi ada tambahan lebih panjang dan lengkap berbanding yang dihantar kepada saya dan jamaah lain pada 15 February. Adakah ini artikel sama yang dihasilkan oleh ustaz juga?

2. Ustaz ada memetik fatwa dari Dr. Yusuf Qardhawi yang mengatakan tidak boleh menyambut perayaan orang bukan Islam. Bukankah masyhur disebut orang sekarang ini yang beliau ada berfatwa sebaliknya. Dalam semakan saya, banyak bantahan dari ramai pihak ada yang mencela, menghina  dan malah mengkafirkan beliau pun ada atas sebab itu. Oleh kerana ustaz bercakap nada lain dari yang saya temui, harap dapat diberi penjelasan tentang hal itu. Memang saya ingin tahu hal yang sebenarnya berlaku supaya tidak tersilap.

Moga permintaan ini tidak mengganggu ketenangan.

Wassalam.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
وبعد, يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي رب إشرح لي صدري و

Segala puji bagi Allah Swt., Pencipta sekelian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait, SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta orang-orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma ba'du.

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat menjalani rutin kehidupan seharian kepada Puan. Seraya mendoakan agar sentiasa Allah Swt. membimbing dan melindungi diri kita dari segala macam keburukan dan kejahatan, seterusnya memelihara diri kita supaya tetap berpegang teguh kepadaNya dan Dia menerima semua amalan kita. Saya berlindung diri dengan Allah Tabaraka Wata’ala dari sebarang kesilapan dan kekhilafan, serta memohon pimpinanNya sentiasa dalam menjawab pertanyaan ini.

Soalan 1 : Memang artikel dalam www.salnboru.blogspot.com itu adalah artikel saya dan agak berbeza isinya dengan yang saya 'post' sebelumnya. Selalu saya berbuat begitu, kerana akan ada beberapa perubahan dan penambahbaikan sebelum disiarkan. Sebahagian pembaikan itu berdasarkan ulasan daripada rakan-rakan juga. Dengan harapan apa yang disiar umum itu akan lebih baik, lengkap dan tersusun. Begitulah sebenarnya. Dan, penambahbaikan itu tidak mengubah maksud keseluruhan artikel.

Soalan 2 : Terima kasih kerana bertanya hal ini, menunjukkan yang Puan sensitif dengan suasana persekitaran. Dari soalan puan, saya fahami yang mahu ditanya adalah : Adakah Syeikh Prof. Dr. Yusuf bin Abdullah Al Qaradhawy hafidzahullah (SYQ) berfatwa membenarkan orang Islam mengucapkan ucap selamat menyambut perayaan dan boleh meraikan perayaan orang bukan Islam. Saya sendiri ada membaca berita ini dari bermacam sumber, dan turut menemui seperti apa yang Puan temui.

Saya bersyukur kepada Allah Swt. lantaran Puan berusaha untuk mendapatkan kebenaran. Sikap demikianlah yang sepatutnya diambil oleh semua ummat Islam kerana itulah yang dituntut oleh Allah Swt. dan, orang-orang yang mengaku beriman ini semestinya menginsafi diri bahawa Allah Swt. telah berpesan dalam Kitab suciNya :

“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaan yang sebenar sehingga menyebabkan kamu menyesal dengan tindakan tersebut”.
Surah Al Hujurat (49) : ayat 6

Ummat Islam masa kini benar-benar diuji dan berhadapan pelbagai fitnah maklumat yang besar. Berbagai lambakan berita dan maklumat tersebar kepada masyarakat  tanpa sebarang tapisan seiring dengan berkembangnya teknologi massa. Sumbernya datang dari pelbagai lapisan pemikiran, sama ada yang adil, amanah, berkepentingan peribadi, bertujuan politik dan kuasa, berbau hasad dengki, dari golongan yang fasiq, mahupun yang sesat dan kafir. Perkara ini menjadi lebih merbahaya apabila maklumat tersebut menyentuh isu agama sedangkan masyarakat kita tidak memiliki keupayaan yang cukup untuk menilai maklumat tersebut. Kepada semua golongan ini, ingin saya nyatakan satu sabda junjungan mulia Nabi Saw. :

“Dari Abu Hurairah Rhu. ia berkata, Nabi Saw. bersabda : Cukuplah dianggap pendusta orang yang selalu menyampaikan (menyebarkan) setiap apa yang didengarnya”.
Hadis sahih riwayat imam Muslim rh. Kitab Sahih Muslim, Jilid 1 no. 5

Kesannya, masyarakat umum 'menghadam' maklumat ini bulat-bulat dan membantu pula dalam penyebarannya tanpa usul periksa, dengan mengambil satu pernyataan umum dan diolah mengikut tafsiran sendiri tanpa diteliti maksud teks dalam konteksnya yang sebenar. Budaya ini menjadi salah satu bentuk serangan terhadap aqidah umat Islam tanpa disedari, juga merosakkan saff, kekuatan dan ukkhuwwah sesama muslim. Natijahnya, dalam menentang segala da’yah dan serangan kafirun, jelas sekali ummat Islam terkial-kial, dan ada pula dikalangan ummat Islam lebih sibuk dengan mencari gaduh dan saling kafir-mengkafir seterusnya saling melemahkan sesama sendiri. Moga Allah Swt. melindungi kita ini dari mendengar dan terikut perilaku syaitan la’natullah ini.

Walau bagaimanapun, kita memerlukan kemajuan teknologi kerana ia adalah lambang kehebatan dan keunggulan tamadun manusia. Kemajuan teknologi tidak salah, yang bersalah adalah sebilangan manusia yang menyalahgunakan teknologi sekarang untuk menyebarkan fitnah. 

Kembali ke topik asal, hal pertanyaan ini amat sensitif kerana melibatkan peribadi seorang ulama yang mulia dan diiktiraf di seluruh dunia. Tidak ada seorang pun dari kalangan yang menghina dan membenci beliau mampu untuk menyamai ketokohan, pengorbanan dan jasa keilmuannya terhadap umat islam sejagat. Maka, ingin saya nyatakan disiplin saya dalam penulisan ini supaya tidak disalah anggap dan dilibatkan dalam keadaan yang terjadi itu. 

1.   Membentangkan data dan fakta berdasarkan sumber otentik (tulin) yaitu Kitab Fiqh Minoriti Muslim : Kehidupan Muslimin Di Tengah Masyarakat Bukan Islam oleh SYQ sendiri. (versi Arabiyah : terbitan Darul Syuruq, Qahirah 2001 dan versi terjemahan Bahasa Melayu : Pustaka Nasional, Singapura 2008).

2.   Tidak memihak sama ada kepada yang kena tuduh mahu pun yang menuduh, yang mahu dicari dan ditunjukkan akhirnya : adalah keadilan dan kebenaran

3.   Memasukkan serba sedikit komentar dan pandangan saya sendiri dalam beberapa hal

4.   Kesimpulan adalah pandangan peribadi berdasarkan penelitian, sekadar makluman kepada orang lain, yang boleh diterima atau ditolak, bukan ia satu fatwa baharu

5.   Saya berlepas diri dari sebarang kerumitan sekiranya ada satu pihak nanti menaqal apa yang saya nukilkan ini untuk ‘menyerang’ pihak lain, atau menjaja ke sana sini sebagai satu hukum baharu pula. 

InsyaAllah, semampu mungkin saya cuba untuk mentaati sabda Nabi Saw. ini :

“Dari Abu Hurairah Rhu. ia berkata bahawasanya Nabi Saw bersabda : Jauhilah olehmu prasangka negatif, kerana prasangka itu sedusta-dusta perkataan, dan janganlah kalian saling mencari informasi (kesalahan saudaranya), saling memata-matai (mencari-cari kesalahan orang), saling mendengki, saling mencederai saudaranya dari belakang layar, dan jangan pula saling membenci, melainkan sebagai hamba Allah Ta’ala jadilah saling bersaudara”.
Hadis sahih riwayat imam Bukhari rh. (no. 6064) dan imam Muslim rh. (no. 2563)

Dalam penelitian saya, saya mendapati bahawa kekalutan ini (perkara yang ditanya) timbul apabila terdapat kenyataan yang dibuat oleh SYQ di dalam kitab Kitab Fiqh Minoriti Muslim : Kehidupan Muslimin Di Tengah Masyarakat Bukan Islam. Kenyataan beliau telah di petik, diulas, ditajrih dan dibahas di seluruh dunia. Lalu, kenyataan yang di buat telah bercampur aduk dengan kenyataan asal, tidak diketahui mana yang benar lantaran bercampur aduk dengan segala tanggapan, pandangan dan pendapat. Sekiranya ada lagi pernyataan beliau yang serupa tetapi di wadah lain, wAllahua’lam, ia di luar pengetahuan saya.

Cuba kita lihat isi-isi utama dari sebahagian apa yang beliau tuliskan :

Jawaban 1 : Adalah amat batil tuduhan yang mengatakan beliau berfatwa boleh meraikan hari perayaan agama orang bukan Islam, lantaran beliau telah menyebutkan dengan jelas :

“Saya sependapat dengannya (Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rh.) dalam menentang perbuatan orang-orang Muslim yang meraikan bersama hari-hari kebesaran orang-orang musyrik dan ahli kitab, sebagaimana yang kita lihat perbuatan sebahagian orang-orang Muslim yang meraikan Krismas (juga lain-lain perayaan dasar agama) sebagaimana mereka meraikan E’idul Fitr dan E’idul Adha. Ini tidak dibolehkan. Kita mempunyai hari kebesaran kita sendiri dan mereka mempunyai hari kebesaran mereka”. (halaman 449)

Maka, kes ini tertutup setakat ini dengan kata-kata beliau sendiri. Sekiranya  ditemui lagi dakwaan bahawa beliau mengatakan boleh berbuat begitu, itu adalah pernyataan batil dan jahat, selayaknya di tolak terus dan pembawanya berhak didoa kelaknatan.

Jawaban 2 : Beliau telah menyebutkan dengan jelas bahawa boleh merayakan hari kebesaran bukan agama :

“Adapun hari kebesaran negara seperti Hari Kemerdekaan atau Hari Kesatuan atau hari kebesaran sosial seperti Hari Kanak-Kanak, Hari Ibu, Hari Pekerja, Hari Belia dan seumpamanya, tiada halangan bagi seorang Muslim untuk mengucapkan tahniah dan menyertainya sebagai rakyat di negara-negara berkenaan. Namun hendaklah dia memelihara diri dengan meninggalkan perkara-perkara yang haram yang mungkin berlaku”. (halaman 450)

Pernyataan yang menjadi isu adalah begini :

“Saya berpendapat tidak mengapa untuk mengucapkan tahniah sempena hari kebesaran orang bukan Muslim kepada sesiapa yang mempunyai hubungan silaturrahim, kejiranan, persahabatan atau hubungan kemasyarakatan yang lain, yang menuntut sifat kasih dan hubungan baik, yang diakui oleh adat kebiasaan yang baik. (halaman 449)

Teks pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa beliau menyatakan boleh untuk  mengucapkan tahniah disertakan sebab-sebabnya. Pada sisi lain, beliau turut berkata :

“Tiada halangan bagi seorang Muslim atau mana-mana pusat Islam untuk mengucapkan tahniah kepada orang bukan Muslim sempena hari kebesaran mereka, sama ada menerusi lisan atau kad yang tidak mengandung lambang atau kata-kata keagamaan yang bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam seumpama lambang salib dan sebagainya.

Kata-kata ucapan tahniah yang biasa dalam sempena yang seperti ini tidak mengandung apa jua pengakuan terhadap agama mereka atau meredhainya. Ia adalah hanya ucapan manis yang telah menjadi kebiasaan (‘urf) manusia. Tiada halangan pula untuk menerima hadiah dari mereka serta membalas perbuatan mereka itu. Nabi Saw. telah menerima hadiah dari orang bukan Muslim seperti Muqauqis, ketua orang Qibti di Mesir dan lain-lain, dengan syarat hadiah ini bukan dari sesuatu yang diharamkan oleh syara’. (halaman 448)

“Keharusan mengucapkan tahniah kepada orang bukan Muslim kerana hari perayaan seperti ini menjadi semakin kuat jika mereka, sebagaimana yang disebutkan dalam soalan, bersegera menyampaikan ucapan tahniah kepada orang Muslim sempena hari kebesaran Islam. Sesungguhnya kita diperintahkan untuk membalas kebaikan dengan kebaikan dan membalas ucapan dengan sesuatu yang lebih baik atau paling kurang dengan sesuatu yang sama (merujuk kepada Al Qur’an Surah An Nisaa’ (4) : ayat 6). halaman 446

“Perbuatan seperti ini menjadi lebih penting jika mahu menyeru dan mendekatkan mereka kepada Islam dan menanamkan rasa kasih kepada ummat Islam. Ini pastinya tidak akan tercapai dengan sifat tidak peduli antara kita dengan mereka. Sesungguhnya Nabi Saw. adalah seorang yang baik akhlaknya dan elok pergaulannya dengan orang-orang musyrik Quraisy sepanjang hayatnya di Makkah, walaupun mereka sering menyakiti Baginda dan sahabat-sahabatnya. (halaman 447)

Dalam memberikan pernyataan ini, beliau merujuk kepada beberapa sumber, diantaranya :

1.   Suruhan berbuat baik dan berlaku adil kepada kafir zimmi, manakala berlaku keras terhadap kafir harbi (Surah Al Mumtahanah (60) : ayat 8-9). Halaman 441-442
2.   Kehalalan mengahwini perempuan ahli kitab dan bermuammalah dengan mereka (Surah Al Maaidah (5) : ayat 5) Halaman 443-444
3.   Bolehnya berhubungan dan berbuat baik dengan ibubapa walaupun mereka masih musyrik (Hadis sahih riwayat imam Bukhari rh. (no. 5979). Halaman 443
4.   Menjawab salam orang yahudi dengan baik kalaupun perkataan mereka tidak baik (Hadis sahih riwayat imam Bukhari rh. (no. 6258) dan imam Muslim rh. (no. 2163). Halaman 446

Pernyataan ini sebenarnya adalah jawaban kepada soalan yang begini :

“Saya seorang pelajar (bangsa Arab) di Jerman dan Alhamdulillah, tetap memelihara agama, menunaikan kewajiban terhadap Allah, sering membantu saudara Islam yang minoriti disini dalam menegakkan agama. Apakah yang dihalalkan dan yang diharamkan bagi kami dalam memberi layanan baik kepada sesuatu kaum pada hari bersempena kebangsaan contohnya Hari Merdeka dan hari sempena agama seperti Krismas, yang diraikan secara besaran dan menjadi acara utama negara.

Saya fahami adalah haram berbuat begitu bahkan ia adalah dosa besar disisi Allah kerana berbuat begitu terkandung pengakuan atas kebatilan dan persetujuan kepada mereka untuk terus tenggelam di dalamnya, menerusi penyertaan dalam perkara agama mereka.

Ketika memberi layan baik dengan mengucap tahniah dan memberi hadiah, tidak sama sekali dalam diri saya mengakui kebatilan atau bersetuju atas kekufuran mereka, tetapi ia hanya satu tatasusila pergaulan yang baik yang diperintahkan oleh Islam dan kehalusan budi dalam berurusan dengan manusia. Apatah lagi, mereka sentiasa bersegera dalam mengucapkan tahniah dan memberi hadiah pada hari kebesaran Muslim.

Saya merasakan dengan tidak membalas kebaikan mereka merupakan tatasusila yang kasar dan biadab, amat tidak sesuai kebaikan mereka dibalas dengan wajah yang masam, dahi berkerut dan sikap tidak ambil peduli terhadap hari kebesaran itu. Sikap demikian menampilkan Muslim yang menjauhkan masyarakat dan memberikan imej buruk kepada Islam terutama di ketika Islam sedang diserang hebat, disifatkan ganas dan teroris”. (Halaman 439-440)

Soalan ini, hakikatnya telah menyerlahkan betapa :

1.   Pernyataan ini merupakan tidak lebih hanya jawaban kepada persoalan yang dibangkitkan kepada beliau. Maka itu, menanggapi ia sebagai suatu fatwa syara’ yang dianuti dan diamalkan tanpa soal, seharusnya dikaji semula, lantaran membuat fatwa dan memberi jawaban adalah dua perkara berbeza.

2.   Beliau dengan jelas menyebut “pendapat dan pandangan” disertakan dengan hujjah-hujjah dokongan, yang menjadikan pernyataan itu sebenarnya ijtihad semata-mata ke atas masalah itu, yang bersifat boleh diterima atau tidak diterima. Maka itu, perbuatan mencela, mencaci dan mengkafirkan peribadi beliau disebabkan ijtihad ini, adalah suatu perbuatan melampau dan sangat biadab.

3.   Konteks persoalan dan pernyataan jawaban itu sendiri adalah bagi masyarakat Muslim minority di tengah negara dan masyarakat yang dikuasai oleh bukan Muslim (Darul Kuffar). Maka itu, diakui ummat Muslim di Darul Islam sememangnya pasti mempunyai pandangan berbeza yang setaraf dengan status mereka yang majority dan berkuasa.

Pada beberapa bahagian lain beliau mengatakan :

Kebanyakan masalah masyarakat Muslim berkait elemen fiqh. Timbul keinginan minority Muslim untuk terus berpegang dengan identiti Islam, aqidah, ibadah, hukum munakahat dan hal ehwal kekeluargaan. Mereka ingin mengetahui yang halal dan haram dalam persoalan makan minum, pakaian, urusan perniagaan dan khususnya perhubungan dengan bukan Muslim. Adakah hanya terus menjauhi atau berasimilasi dengan mereka? (Jika dibolehkan) pada kadar apa dibenarkan asimilasi itu? (halaman 261)

Banyak lagi soalan berkaitan pelbagai aspek kehidupan individu, keluarga, masyarakat, kebudayaan, ekonomi, politik dan kenegaraan yang ingin diketahui pendirian Islam terhadapnya, serta pendirian selayaknya seorang Muslim terhadapnya, sekiranya dia ingin beriltizam dengan agamanya. Persoalan ini tidak seharusnya mengganggu atau menggoyah, sebaliknya ia membuktikan bahawa Islam terus mempunyai kesan yang kuat ke atas perilaku individu Muslim dan pemikirannya biarpun dia berada di luar negara Islam. Keterasingannya tidak menyebabkan dia lupa Islam, Allah Swt. dan syari’atnya. Bahkan dia sentiasa prihatin agar Allah Swt. selalu meredhainya dan tidak terkeluar dari agamanya dan hukum-hukum syari’atnya. (halaman 267)

Inilah persoalan yang dikemukakan oleh kumpulan minoriti Muslim di negara barat. Ia menuntut jawaban dari para ulama’ yang faham bahawa syari’at sentiasa mencorak perbuatan orang-orang mukallaf di mana pun mereka berada, di dalam Darul Islam atau Darul Kuffar. Kebanyakan jawaban ulama’ adalah berbeza mengikut mazhab mereka atau mengikut kecenderungan mereka sama ada untuk meluaskan atau menyempitkan, memudahkan atau menyulitkan. Mereka kurang memahami reality minority Muslim dan kesulitan mereka di tengah-tengah masyarakat bukan Muslim. Sedangkan, tidak memadai bagi sesuatu fatwa dibuat hanya dengan membaca buku tanpa kefahaman terhadap realiti mereka dan kajian yang mendalam terhadap keperluan dharurat dan hajat mereka.

Oleh itu, perlulah bagi kita untuk mempunyai fiqh yang mendalam, waqi’ (reality) dan mu’asir (kontemporari), satu bentuk fiqh yang berasas dari nas-nas yang muhkamat dan qaedah-qaedah syara’ serta tujuannya, tetapi juga mengambilkira perubahan masa, tempat, persekitaran dan keadaan manusia. Inilah yang saya cuba dalam lembaran-lembaran ini untuk mengutarakan beberapa perspektif mengenainya. (Halaman 268)

Cukuplah naqalan saya bagi menunjukkan hasrat teks pernyataan dalam konteks sebenar yang beliau maksudkan. Walaubagaimanapun, terdapat lagi pernyataan beliau yang diyakini menimbulkan kontroversi, yang menjadikan pernyataan beliau dianggap sebagai satu fatwa umum, begini :

Saya tahu bahawa sebahagian fuqaha’ seperti Ibnu Taimiyah rh. sangat ketat dalam hal hari kebesaran orang musyrik dan ahli kitab. Sesungguhnya beliau telah memberi fatwa dalam masalah ini mengikut keadaan zamannya. Jika beliau hidup di zaman kita dan melihat corak hubungan antara sesama manusia, dunia yang mengecil seperti sebuah kampung yang kecil dan keperluan ummat Islam untuk berhubung dengan orang bukan Muslim, yang malangnya hari ini menjadi guru-guru bagi ummat Islam dalam pelbagai ilmu dan perindustrian.

Begitu juga jika beliau melihat akan keperluan da’wah untuk mendekati golongan bukan Muslim, penonjolan imej ummat Islam dalam bentuk yang lembut, bukan ganas, memberi berita baik, bukan menjauhkan orang lain dan melihat ucapan tahniah seorang Muslim kepada jiran, sahabat dan gurunya semasa hari kebesaran mereka, tidak mengandungi unsur redha terhadap aqidah kristian atau pengiktirafan terhadap kekufurannya sebagaimana yang diyakini oleh orang Muslim.

Bahkan jika beliau melihat bahawa seorang kristian itu sendiri tidak lagi merayakan hari kebesaran ini sebagai perayaan agama untuk mendekatkan diri kepada tuhan, perayaan berkenaan disisi umum telah menjadi satu tradisi atau kebiasaan negara dan sosial yang dilakukan oleh manusia untuk menikmati sempena hari kebesaran itu masa cuti, hidangan dan minuman serta saling bertukar hadiah antara keluarga dan sahabat handai.

Jika beliau hidup di zaman kita dan melihat kesemua ini, beliau akan mengubah pendapatnya atau meringankan pandangannya yang ketat. Sesungguhnya beliau sentiasa mengambil kira masa, tempat dan keadaan dalam memberi fatwa. (Halaman 449-450)

Secara peribadi, saya berpendapat tiga perenggan awal adalah hujjah munasabah untuk menguatkan pernyataan sebelumnya, akan tetapi perenggan keempat adalah tidak wajar kerana ia hanyalah andaian ke atas orang yang telah wafat.

Nota : Pernyataan yang bergaris bawah saya kurang bersetuju, kerana asal muasal perayaan itu tetap juga asasnya pengibadatan dalam agama kristian, tidak boleh dinilai mengikut perangai para penganut kristian semasa meraikannya. Begitulah juga, tidak boleh dinilai luhurnya Islam dengan melihat perangai ummatnya.
       
Akhirul Kalaam : Disini saya telah membentangkan fakta dan data mengikut penemuan berdasarkan kitab yang asal. Moga ia akan membantu Puan, jamaah dan para pembaca untuk memahami dengan sebenarnya isu ini. Puan boleh membuat analisa dan rujukan lebih baik lagi menerusi kitab-kitab lain atau mendapatkan maklumbalas lanjut daripada orang yang lebih faqih dan arif berbanding saya. Sebagai pedoman, saya memahami dan menerima teks pernyataan (atau pun fatwa) ini dalam konteks masyarakat Muslim minority di tengah-tengah majority masyarakat bukan Muslim, setelah memenuhi kriteria dan syarat yang dinyatakan. Pernyataan ini adalah bersifat khusus kepada golongan terlibat, dan bukanlah fatwa umum untuk semua orang.

Akhir sekali saya sudahi dengan peringatan dari Allah Swt. :
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sesekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.
Surah Al Maaidah (5) : ayat 8

Dan Allah Swt. berpesan supaya kembalilah kepada Allah Swt. dan rasulNya, untuk mendapatkan keputusan terbaik dalam perbantahan sesuatu perkara, bukan meletakkan hukum mengikut hawa nafsu terlebih dahulu sebelum disemak kebenarannya.

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah taatilah Rasul dan Ulil Amri (pemimpin) di antara kamu. Maka jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya”.
Surah An Nisaa’ (4) : ayat 59

Demikianlah yang saya perolehi dari kitab Fiqh Minoriti Muslim : Kehidupan Muslimin Di Tengah Masyarakat Bukan Islam.

Nota : Dalam semakan saya, didapati SYQ telah pun mendzahirkan ijtihad/pendapat beliau secara umum yang menyatakan, boleh seseorang muslim menyampaikan tahniah kepada perayaan Ahli Kitab, tetapi tetap melarang untuk menyambutnya sekali. Mungkin ini sebabnya mendapat banyak perbahasan. Beliau menyebutkan :

"Ini adalah daripada hak-hak bersama, jika seseorang ahli kitab datang dan menyampaikan tahniah dengan perayaan kamu (muslim) dan bersama dalam kesedihan dan musibah yang menimpa kamu dan mengucapkan takziah kepada kamu. Maka apakah pula larangan untuk kamu mengucapkan tahniah dengan perayaan mereka dalam kegembiraan mereka dan mengucapkan takziah dalam musibah yang menimpa mereka ? Allah Swt. berfirman : "Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa." (Surah An Nisaa’ (4) : ayat 86) Beliau menyambung dengan mengatakan : "Ini tidak bermakna kita menyambut perayaan itu bersama mereka, ada pun ianya hanyalah ucap tahniah semata-mata, ini termasuk dalam berbuat baik dan adil yang datang bersama agama ini (Islam)"


Yang benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari saya yang amat dhaif ini.

سكيان , والسلام

eddzahir@38
Tanah Liat, Bukit Mertajam

Read more...

Rabu, 13 Jun 2012

Pasca Bersih : Umat Islam Bersatulah.

8 ulasan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
وبعد , يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي  رب إشرح لي صدري و

Segala puji bagi Allah Swt., Pencipta sekelian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait, SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta orang-orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma ba'du.

Saya mendoakan agar Allah Swt. sentiasa menerima semua amalan kita seterusnya melimpahkan segala rahmat dan keampunanNya di hari dan bulan yang mulia ini, InsyaAllah. Saya memohon perlindungan, rahmat dan bimbingan dari Allah Swt. dari sebarang kesilapan dalam menuliskan nukilan ini.

Saya ada menerima 11 permintaan untuk membicarakan serba sedikit mengenai Bersih 3. Semuanya, meminta saya menyentuh langsung mengenainya. Jawaban ringkas saya disini : kedua-dua pihak ada kurang dan lebih, setiapnya ada dosa dan pahala, sangat percaya bahawa mereka sahaja yang serba betul dan orang lain salah belaka, setiapnya mempunyai justifikasi, memiliki hujjah, ada bukti sama ada benar atau ciptaan, cuma mereka terbelenggu dalam paradigm, perspektif dan kepentingan mereka sendiri. Lain dari itu, agama, bangsa, darah, negara, syahadah dan ibadah mereka adalah sama sahaja. Jelas sekali yang mereka ini tidak sama dalam fahaman politik.

Lantaran Bersih 3 ini adalah totally political motivated and initiative, biarlah PRU 13 yang bakal menjelang memberikan keputusannya. Dek kerana semua mereka telah berjanji setia, mempersetujui dan mengimani bahawa demokrasi dan pengundi lah yang menjadi kiblat kebenaran, bukannya Allah Swt. dan rasulNya, maka akan ketara nanti demokrasi memberitahu siapa yang straight As atau pun straight Es. Dan saya pula sangat tidak layak menjadi hakim atas apa yang mereka lakukan. Mari kita pakat-pakat tunggu dan lihat. Harapnya tidaklah nanti, pihak yang kalah akan berdemontrasi pula dengan slogan : demokrasi pun tak betul. 

Gambar dari Harian Sinar


Lagi pula, diyakini sungguh, sebanyak mana pun saya penulis marhaen ini menukil kata dan rasa, tiada siapa jua yang akan ambil peduli, malah tidak akan memberikan impak apa pun selain meletihkan otak sendiri. Telah ternyata, nasihat para alim ulama’ pun tak siapa ambil pusing apatah lagi nukilan saya yang serba dhaif ini. Masing-masing sudah ada berhala sendiri-sendiri yang mereka senantiasa akan tunduk patuh kepadanya, tanpa soal dalam keadaan apa pun, dengan penuh semangat tanpa perlu diperiksa lagi, bersalut hasad, sentimen kebencian dan serba prejudis, tanpa soal lagi tentang fakta benar atau salahnya. Trend politik semasa sememangnya menunjukkan begitu.

Dari semua 11 itu, hanya ada 3 yang melahirkan rasa sedih, terharu dan prihatin tentang apa telah terjadi kepada ummat muslimin, yang menerusi Bersih 3 ini menyerlahkan betapa rosaknya ukhuwwah dan silaturahim, telah hilang adab sopan dan segan silu, fitnah dan sebaran aib sesama sendiri sangat berleluasa, bergaduh sesama sendiri, malah disebutkan juga beberapa hal lagi yang menunjukkan betapa perpecahan ummah begitu ketara. Dan dalam artikel kali ini, perkara inilah yang menjadi maudhu’ perbicaraan saya. Bakinya bernada sinikal, menyeru halus supaya berpihak kepada mereka.

Tiada apa yang peliknya hal demo bantahan sebegini dalam kamus alam politik, sehinggakan ia menjadi trademark politik dan tanpanya pula tidak dikatakan berpolitik. Ini sudah jadi hal biasa dan rutin sahaja, tiada apa pun yang nak dikalutkan. Sejak puluhan dan mungkin ratusan tahun dulu lagi tak pernah ada apa pun yang kena diantara orang-orang politik. Hatta hal keselamatan, sejarah dan kedaulatan negara pun mereka ada versi sendiri-sendiri. Walhal sekiranya terjadi perang, mereka inilah yang pastinya duluan lari menyelamatkan diri disebalik kata-kata kesat bahawa semua orang tak setia melainkan dia sahaja. Buatlah apa pun sentiasa saja ada yang membangkang dengan tanggapan bahawa pihak lain semuanya bodoh tolol, jahat, bengong dan tak betul belaka, melainkan dia saja yang betul.

Sedikit mengenai Bersih yang mahu saya bicarakan.

1.            Alim ulama’ kini hanya menjadi bahan umpat caci dengan ungkapan-ungkapan jijik amat tidak layak diguna manusia dan dihina sesedap mulut, Subhanallah! Ini perangai syaitan yang sudah dijadikan budaya. Paling menjengkelkan adalah pertimbangan (al mizan) kepada perlakuan itu bukannya penetapan syara’ tetapi kepentingan politik, matlamat kuasa dan hawa nafsu.

2.            Hukum hakam syari’at Allah Swt. dan as sunnah rasulNya yang hakikinya adalah Ad Diin, kini digunapakai secara berpilih-pilih bukan kaffah, sebagai justifikasi untuk menghalalkan apa dibuat sendiri dan menghitamkan apa saja yang dibuat orang lain. Setakat itu saja nilai dan kegunaan syari’at Allah Swt. rupanya.

3.            Ideologi Dualisme sudah menjadi tonggak keimanan. Yang dikatakan syara’ itu tinggal hanya pada solat, puasa, zakat, haji dan munakahat. Dalam hal akhlak, perangai, undang-undang, maslahat keduniaan, tazkiyatun nafs dan tingkah laku, ada kiblat lain yang sedang disujudi selain ketetapan syara’ sebenarnya.

4.            Kedaulatan undang-undang dan kemurnian mahkamah sudah tidak berguna lagi. Selayaknya dihumban ke rimba buat mengadili masalah beruk dan monyet sahaja. Manakan tidak, segala macam perundangan dan keputusan mahkamah pun tiada siapa peduli malah penuh bangga pula diingkari. Bukanlah pelik kalau yang ingkar itu sekumpulan orang awam yang pastinya jahil, kini yang ingkar itu bukannya calang-calang orang tetapi pelajar, pengamal dan institusi undang-undang sendiri. Lantaran salah satu hujjah undang-undang yang diterima pakai dalam sistem keadilan negara adalah precedent cases, maka berdasarkan precedent cases di atas ini, marilah kita pakat ramai-ramai jangan pedulikan undang-undang dan mahkamah, buatlah sesuka hati.

5.            Menyerlahkan kepimpinan yang ada sekarang terdiri daripada golongan Penyelak Kain dan Kain Terselak. Inilah rupa pemimpin yang asyik dipuja puji dan disanjung, dicium tangannya dimana-mana, dimuliakan, dikelek jaja merata ceruk rantau kononnya pembawa perubahan kepada negara dan amat mulia. Entah jampi serapah apalah yang dipakai sehingga mampu membutakan matahati orang banyak, yang menutupi kebenaran bahawa manusia sebegini sudah hilang kelayakan sebagai pemimpin, apatah lagi untuk membawa agenda perubahan sebegitu besar sedangkan untuk mengubah diri sendiri pun tak mampu. Lebih parah lagi, tak reti-reti pula mereka ini meletak jawatan.

6.            Budaya dan gejala fitnah, benci membenci, kata mengata, hina menghina, biadab, kurang ajar dan kebinatangan begitu menjadi-jadi hinggakan tiada lagi rasa segan silu untuk menyelak dalam kain orang pun. Sudah menjadi biasa hal maruah, aib dan harga diri individu dibicarakan dimana-mana sahaja. Ini memang budaya manusia tiada kitab. Malangnya, manusia yang dikurniakan Al Kitab yang lengkap dengan petunjuk dan kebenaran pun, sudah seronok mengikut sekali. Malah pastinya menjadi lebih teruk lagi, kerana senghaja mengingkari, meremehkan dan menyembunyikan perintah Al Kitab.

7.            Negara sudah rosak kerana telah berjaya membuktikan bahawa Polis sudah jadi penjenayah dan penjenayah sudah jadi Polis. Sudah jadi sama dan serupa.

8.            Budaya dan gejala keta’suban kepada berhala dan firqah masing-masing begitu menebal dan subur membiak sehingga menutup terus cahaya kebenaran. Sokongan dijana dan dimomokkan tanpa ada sedikit pun keraguan, tidak ada yang tidak benar melainkan benar-benar belaka. Diterima bulat-bulat tanpa soal. Maka bertembunglah golongan yang mahu mengekalkan kuasa dengan golongan yang mahu merebut kuasa, dan masing-masing menghalalkan apa jua cara demi matlamat untuk mendapatkannya. Jelas sekali, ini ajaran mazhab Nicolo Machiavelli yang sekarang penuh semangat diimani, bukan mazhab Syafi’ie.

Sedikit kesimpulan : semua matlamat Bersih sudah pun tercapai dengan penuh jayanya. Semua liputan, sensasi dan popularity telah diperolehi dengan gilang-gemilang, kecuali satu, pilihanraya yang bersih. Dan secara jelas juga mahu saya sebutkan, tiada satu pun matlamat itu yang menguntungkan ummat Islam. Entah apa nak jadi dengan Islam dan negara, diperintah dan dieksploit oleh sekumpulan manusia korup, bongkak dan pentingkan diri disebalik sekumpulan lagi yang tergila-gila mahukan kuasa, yang meletakkan semua hukum dan peraturan mengikut hawa nafsu sendiri, belum pun memerintah sudah beraja dimata bersultan dihati.

Justeru itu, saya ingin bertanya, yang mudah-mudah sahaja, apa sudah jadi dengan sekarang ini dengan : Kesetiaan kepada Raja Dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, Kesopanan Dan Kesusilaan. Tidak perlu dijawab pertanyaan ini, simpan sahaja di dalam hati. Allah Maha Mengetahui.    

Seruan : Ummat Mukmin Bersatulah!

Sukar sungguh sebenarnya untuk membicarakan hal penyatuan ummah sekarang ini, di saat berada seumpama seekor tikus terkepit ditengah-tengah 2 gajah sedang naik minyak. Segalanya menjadi serba tak kena. Namun dengan keimanan setipis kulit bawang dan serba dhaif ini, saya mahu serukan juga Kalamullah :

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berda’wah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), menyuruh kepada yang ma’ruf (berbuat perkara baik) dan mencegah dari yang munkar (berbuat perkara buruk dan keji), mereka itulah orang-orang yang beruntung”.
Surah Ali Imran (3) : ayat 104

Situasi perpecahan dalam komuniti Muslimin sekarang ini tidak lebih daripada siaran ulangan epilog kehancuran ummat terdahulu. Sesungguhnya ummat-ummat terdahulu, kalau pun dikurniakan agama samawi (langitan) yang diwahyukan dan diredhaiNya, tetap juga hancur musnah lantaran mereka menyelisihi Kalamullah dan sunnah (peraturan) yang dibawakan oleh para rasul mereka. Paling menjengkelkan, segala kerumitan itu berpunca daripada hasad dengki dalam segala hal sesama mereka sedangkan amat jelas al Bayaan (penjelasan) dan al Furqan (pembeza) telah pun terhidang di depan mata.

“Sesungguhnya agama yang diredhai disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang berlaku) diantara mereka. Dan barang siapa yang kufur dengan ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisabNya”.
Surah Ali Imran (3) : ayat 19

Sesungguhnya seruan Allah Swt. kepada semua ummat manusia supaya bersatu di dalam satu sistem persaudaraan mulia bermula sejak dari penciptaan moyang asal kita lagi, Nabi Adam Ahs. Seterusnya kepada kita ummat Muhammad Saw. Allah Yang Ma’bud telah menurunkan pula kalamNya, 1400 tahun dahulu yang memerintahkan supaya berpegang kepada Islam sebagai satu-satunya cara untuk persatuan seraya menafikan segala macam isme ciptaan manusia. Islam itu merupakan ni’mat paling besar kurniaanNya untuk ditaati dan dipatuhi, yang dengannya ummat manusia beroleh petunjuk kebenaran serta menjauhkan kita dari jurang neraka.

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan ni'mat Allah kepadamu ketika dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena ni'mat Allah orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk”.
Surah Ali Imran (3) : ayat 103

Sikap menyelisihi Al Qur`an dan meremehkan as sunnah nabawiyah tetapi berkiblatkan isme buatan hawa nafsu manusia merupakan punca utama terjadinya perselisihan dan perpecahan. Lantaran meninggalkan ketetapan syara’ inilah para ummat terdahulu membesarkan hawa nafsu dan akal mereka sendiri sehingga berhasad dengki dalam segala hal. Mereka telah meninggalkan hujjah kebenaran syara’ kalau pun telah jelas tertegak di atas mereka. Demikianlah susur galur perpecahan ummat terdahulu yang telah menghancurkan mereka. Dan perbuatan mereka ini amat dicela oleh Allah Swt. Seterusnya Allah Azza wa Jalla melarang ummat Muslimin dari berpecah dan berselisih seperti mereka menerusi kalamNya :

“Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih setelah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksaan yang berat”
Surah Ali Imran (3) : ayat 105

Imam Al Hafiz Ismail bin Umar Ibnu Katsir rh. menafsirkan : Allah Tabaraka wa Ta’ala melarang umat ini untuk menjadi seperti umat-umat terdahulu (dalam) perpecahan dan perselisihan mereka, serta ditinggalkannya amar ma’ruf nahi munkar di antara mereka, padahal telah tegak hujjah atas mereka.
Tafsiir ul Qur’an ul Adziim (Tafsir Ibnu Katsir) Jilid 1 halaman 419

Lihatlah ayat dan ucapan imam Ibnu Katsir rh. di atas dan bandingkan dengan ucapan firqah-firqah hari ini yang menganjurkan untuk bertindak apa saja mengikut tafsiran dan pendapat sendiri demi kepentingan firqah mereka, yang hakikatnya mengkesampingkan prinsip amar ma’ruf nahi munkar. Atau menyatakan agar hal perpaduan ummah berdasarkan syara’ ini tidak perlu lagi dibicarakan kerana menganggap ini adalah perkara ilmu masail yang enteng dan titik bengek semata, dengan segala kuasa politik yang ada semuanya mudah diselesaikan, sedangkan realitinya setelah ribuan orang berkuasa silih berganti puluhan tahun di pihak mana pun, hasilnya ukhuwwah ummat muslimin makin memburuk.

Padahal, justeru meninggalkan perbicaraan dan usaha ke arah penyatuan secara yang haq, bukannya beralaskan kepentingan dan hawa nafsu, merupakan penyebab terjadinya perpecahan. Dan pasti sekali, hakikat meneruskan sikap begitu berarti mereka telah membiarkan diri mereka berpecah-belah dan redha dengan perpecahan tersebut demi mencapai kepentingan dan matlamat mereka yang tersembunyi.  Sesungguhnya sikap begini dilarang keras oleh Allah Swt. menerusi firmanNya :

“……. Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah (musyrik), yaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka”.
Surah Ar Ruum (30) : ayat 31-32

Berkaitan dengan ayat ini, imam Ibnu Katsir berkata : Bahkan jadilah kamu Muwahhidin (orang-orang yang bertauhid) yang mengikhlaskan ibadah hanya untuk-Nya (Allah) semata-mata dan tidak menginginkan dengan ibadahnya kecuali Dia. Kemudian beliau berkata : (memecah-belah agamanya) yaitu mengganti-ganti dan merubah-rubahnya (yaitu melakukan bid’ah) serta beriman kepada sebahagian (syariat agama) tapi kufur (ingkar) pada sebahagian yang lain. Bahkan beliau menambahkan : …dan kerananya umat ini pun (akan) berselisih. Di antara mereka ada yang menjadi aliran-aliran (sekte) yang seluruhnya sesat kecuali satu, yaitu Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Karena hanya Ahlus Sunnah wal Jama’ah-lah yang berpegang dengan Al Kitab dan sunnah Rasulullah Saw. dan apa yang ada pada generasi pertama (Salaf) dari para sahabat, tabi’in, dan para imam-imam kaum Muslimin (yang mengikuti mereka) dari dahulu mahu pun sekarang.”
Tafsiir ul Qur’an ul Adziim (Tafsir Ibnu Katsir), Jilid 3 halaman 477

Allah Swt. berpesan lagi supaya mentaatiNya dan rasulNya sebagai wadah persatuan dan dengan tanpa ketaatan menurut cara itu ummat muslimin akan hilang kekuatan. Juga melarang mengikut segala macam jalan (ideology, isme, doktin, berhala, sistem) yang lain lantaran itu hanya akan membawa kepada perpecahan dan kehancuraan ummah. Tidak cukupkah peringatan Allah kepada kita sehingga perlu diremehkan?

“Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatan dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
Surah Al Anfaal (8) : ayat 46

“Dan inilah jalan Ku yang lurus (Al Qur’an dan As Sunnah), maka ikutilah akan dia, dan jangan kamu mengikut jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu supaya kamu bertaqwa.”
Surah Al An’aam (6) ayat 153

Penjelasan tentang ayat ini terdapat dalam riwayat yang sahih dalam musnad imam Ahmad rh. dan lainnya, dalam hadis dari Abdullah Ibnu Mas’ud Rhu. yaitu setelah Rasulullah Saw. menggambarkan garis-garis di kanan dan kiri dari garis yang lurus, baginda bersabda :

“…. Dan ini adalah As Subul (jalan-jalan), tidak ada satu jalan pun daripadanya kecuali ada syaitan (thogut) yang mengajak kepadanya”.
Hadis sahih riwayat imam Amad rh. imam Nasaaie rh. imam Darimy rh. dan imam Hakim rh.

Juga junjungan mulia Rasulullah Saw. turut memberikan wasiyatnya tetang hal persatuan ummah. Masih kurangkah sabda sang Rasul Allah sehingga perlu diabaikan?

“Dari Nu’man bin Basyir Rhu. ia berkata , aku mendengar Nabi Saw. bersabda : Berjama’ah adalah rahmat sedangkan berpecah-belah adalah adzab.”
Hadis sahih riwayat imam  Ahmad rh. (Jilid IV no. 278) dan imam Ibnu Abi ‘Ashim rh. (no. 93). Syaikh Muhammad Nasiiruddin Al Albani rh. mengesahkannya dalam kitab Silsilatul Ahaadiis As Sahiihah (no. 667).

Dengan kalamullah dan wasiyat rasulNya di atas, sudah cukup jelas bahawa sikap kita ketika menghadapi perpecahan umat bukan berfikir untuk mempersatukan mereka dengan manhaj dan aliran yang berbeza-beza, akan tetapi sikap kita adalah bagaimana kita kembali dan mengembalikan kaum Muslimin kepada Allah dan Rasul-Nya, yaitu kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah Saw. dengan pemahaman para sahabatnya, khususnya para khulafa`ur rasyidin (khalifah-khalifah) yang lurus dan mendapatkan petunjuk, serta para ulama pengikut mereka dahulu mahu pun sekarang.

Sesungguhnya modal kita untuk bersatu sangat sederhana, mudah dan murah. Telah pun bermula disaat kita sepakat untuk mengucapkan " أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمد رسول الله “ yang dilafazkan 2 kalimah tayyibah ini dengan dengan hati penuh iman, redha dan tawadhu’, juga waras untuk mengambil semua tanggungjawabnya serta fahami akan segala kesannya. Pada hemat saya, ketika seseorang menyatakan komitmennya untuk taat pada Allah dan Rasul-Nya, cukuplah itu menjadi titik permulaan untuk mencari kesepakatan seterusnya. Soal fiqh, furu', cabang-cabang, ijtihad, pendapat, salah fahaman malah apa jua perbezaan, mari kita bicarakan, mari kita diskusikan, mari kita perdalamkan, mari kita selesaikan. Bukankah niatnya sama-sama mahu masuk syurga kan!, lantas kenapa harus lempar batu sembunyi tangan?

Cukuplah penderitaan dan kehancuran ummat terdahulu, dek kerana perpecahan menjadi iktibar kepada kita. Cukuplah kehancuran ini menjadi pembelajaran, cukuplah hikmah para Salafus Solih dalam berukhuwwah mengajarkan kita atsar kepada saudara se aqidah. Allah Swt. telah memerintahkan, Rasulullah Saw. pun telah menyampaikan, lantas apa yang kurangnya?

Syukurilah ni’mat Islam sebagai Ad Diin dengan senantiasa tunduk dan patuh kepadanya. Segala ni’mat dan kebesaran itu terpampang jelas di depan mata, tidak perlu disembunyikan apa-apa, hanya perlu dipatuhi bagi mendapatkan kebenarannya. 

“(Tuhan) Yang Maha Pemurah, Yang telah mengajarkan Al-Qur'an. Dia menciptakan manusia, Mengajarnya pandai berbicara. Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan. Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada-Nya. Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan). Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu. Dan tegakkanlah timbangan dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu. Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluk(Nya), di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang. Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya. Maka ni'mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?’.
Surah Ar Rahmaan (55) : ayat 13

Akhirul Kalam : Tulisan kecil ini sangat disedari tidak pun akan mampu mengubah apa-apa apatah lagi untuk mempengaruhi kelompok yang hebat-hebat dan terkemuka belaka. Tambahan pula, rujukannya hanyalah kepada kitab lama dan bukannya kitab-kitab moden dan gah aliran ideology Liberalisme kontemporari. Tentu sekali ia berlawanan arus. Namun cukuplah sekiranya ia mampu memberi peringatan dan pedoman kepada sesiapa yang mahu mengambil iktibar darinya. Lantaran telah menjadi kewajiban kepada sesiapa sahaja dikalangan ummat Muslimin ini untuk berlaku adil dan berperilaku dengan sewarasnya. Janganlah kerana sentimen kebencian, keta’suban dan taqlid buta terhadap firqah sendiri menjadikan kita penegak kezaliman ke atas sesuatu firqah lain. Dan yang paling parah lagi meningalkan sunnatullah. Demikianlah perintah Allah Swt. :
 
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menjadi saksi yang saksama; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana keadilan itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.
Surah Al Maaidah (5) : ayat 8

Dan Allah telah berpesan juga bahawa Islam adalah agama wahyu, yang diturunkan dan dimenangkan dari semua agama. Begitulah kepastian dari Allah dan sesungguhnya Allah Maha Menepati Janji.

“Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi”.
Surah Al Fath (48) : ayat 28

Tanyalah diri, tanya iman dengan waras dan insaf : kenapalah agaknya ummat Muslimin ini tak menang-menang melainkan menjadi penumpang belakang sahaja, sentiasa saja ketingggalan dan diadu-domba, sesudah begitu lama syi’ar mulia Islam berdiri tegak di alam ini. Jawabannya telah ada, ternyata dengan jelas di dalam ayat di atas tadi.

Memang tidak dapat kita lari dari politik lantaran politik (siyasah) itu sendiri adalah satu juzuk dari Islam. Namun sistem dan amalan politik yang saya bicarakan ini amat pelik dan hampir-hampir sekali terkeluar dari landasan Al Haq. Jadikanlah alam politik untuk kita mendapat pahala dan dimasukkan ke syurga, juga sebagai wadah kita tunduk patuh (ta’bud) kepadaNya dan rasulNya, bukan membawa kita ke neraka.

Maka saya seru sekali lagi, ummat Muslimin! bersatulah.

والله اعلم           

Yang benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari saya yang amat dhaif ini.

سكيان
والسلام
Read more...

Sabtu, 9 Jun 2012

RISALAH JUMAAT : MERENUNG KEAGUNGAN DAN RAHSIA SURAH AL-FATIHAH (Siri 3)

0 ulasan
  
MERENUNG KEAGUNGAN DAN RAHSIA SURAH AL-FATIHAH

Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni

Hari Pembalasan adalah harapan orang-orang yang tertindas dan tidak memiliki apa:“Yang berkuasa dihari pembalasan”. Apakah pengaruh dari nama ini terhadap hati dan perasaan seorang muslim? Apabila seorang muslim menyakini bahawa nanti akan ada hari pembalasan, pastilah ia akan reda dan berserah diri sepenuh –nya kepada kekuasaan Allah swt, luka dan kepedihan akan terubat, kesedihan dan titisan air mata akan lenyap, ia mampu memikul beratnya kezaliman, kesusahan yang dia rasakan selama hidup didunia. Akan tetapi dihari pembalasan nanti ia akan menuai jerih kesabaran yang telah ia korbankan..

Wahai orang-orang yang tertindas, wahai orang-orang yang ditimpa musibah, wahai orang-orang yang menangis, wahai orang-orang yang terluka, tunggulah tiba saatnya hari pembalasan. Umar bin Khattab ra`berkata:” Demi Allah seandainya disana ada hari yang lain, pastilah tidak seperti yang engkau bayangkan”. Maksudnya: didunia orang-orang kuat selalu menindas yang lemah, senang berbuat kezaliman, menodai kehormatan dan menumpahkan darah orang lain. Akan tetapi disana ada suatu hari, waktu yang kita tunggu-tunggu. 


Allah berfirman:

“(Ia-itu) dihari harta dan anak anak lelaki tidak berguna, kecuali orang-orang yang menhadap Allah dengan hati yang bersih” (al-Syu’ara:88-89)

5.  HANYA KEPADA ENGKAULAH KAMI MEYEMBAH DAN HANYA KE PADA ENGKAU PULA KAMI MEMNTA PERTOLONGAN

Kalimat diatas sangat ringan diucapkan dengan lidah. Akan tetapi sebenarnya ia adalah kalimat yang luar biasa, sebab ia adalah kesimpulan dakwah yang dibawa oleh Rasulullah saw.

Hassan al-Basri berkata:” Allah swt telah menurunkan seratus empatbelas kitab yang ia simpulkan dalam kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran. Kemudian empat kitab suci ini Allah swt kumpulkan lagi kedalam Al-Quran. Setelah itu kandungan Al-Quran disimpulkan menjadi surah al-Fatihah Dan surah al-Fatihah disimpulkan menjadi: “Hanya kepada engkaulah kami menyembah dan hanya kepada engkau pula kami meminta pertolongan” (Al-Fatihah:5).
Ayat kelima dari surah al-Fatihah inilah rahsia dan kesimpulan dakwah yang dibawa oleh Rasulullah saw 

Persepsi manusia terhadap ibadah:

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah ra berkata:” Ibadah dapat membentangi hati dari kesombongan, sedangkan meminta pertolongan dapat menghapuskan sifat riak (mengharapkan pujian) dari lubuk hati. Perkataan ini sangat benar. Sebab orang yang sujud kepada Allah dalam solat dan meletakkan dahinya keatas tanah, biasanya akan Allah pelihara dari sifat kesombongan. Orang yang meminta pertolongan kepada Allah swt, ia pelihara dari sifat riak.Manusia dihadapan “Hanya kepada engkaulah kami menyembah dan hanya kepada engkau pula kami meminta pertolongan” terbahagi kepada empat kelompok.

1.         Kelompok pertama: Al- MuwahhidunKelompok ini adalah orang-orang yang hanya menyembah dan meminta pertolongan kepada Allah swt. Mereka inilah yang disebut dengan al-Muwahhidun (orang-orang mengesakan Allah swt). Semoga Allah menjadikan kita termasuk diantara mereka

2.       Kelompok kedua: Orang-orang yang meminta pertolongan kepada selain Allah.Dari satu sisi, mereka memang benar hanya menyembah kepada Allah swt. Akan tetapi dari sisi lain, mereka meminta pertolongan kepada selain Allah swt. Orang-orang yang tergolong kelompok ini adalah para pendosa dan orang-orang yang hanya mengesakan Allah dari satu sisi saja. Sebab mereka telah mencampur aduk perbuatan amal soleh dengan perbuatan jahat lainnya. Inilah dosa dan kesalahan yang mereka lakukan.

3.       Kelompok ketiga: Orang-orangyang mengsekutukan Allah.Mereka adalah orang yang meminta pertolongan kepada Allah, namun menyembah kepada selain dia. Mereka inilah yang disebut dengan kaum musyrikin yang menyembah selain Allah.

4.       Kelompok keempat: al-MulhidunAl-Mulhidun dan orang-orang zindik adalah orang-orang yang tidak menyembah dan tidak meminta pertolongan kepada Allah swt.

Jika pengklasifikasian ini telah jelas. Maka cubalah tanyakan kepada mata hati kita, dimanakah tempat kita tatakala dihadapkan dengan “Hanya kepada engkaulah kami menyembah dan kepada engkau pula kami meminta pertolongan” (Al-Fatihah: 5)

Umar bin Khattab menulis  surat kepada Sa’ad bin Abu Waqqas:” Wahai Sa’ad, engkau jangan tertipu oleh sebutan orang, bahawa sesungguhnya kamu adalah bapa saudara lelaki ibu Rasulullah saw. Sebab dimata Allah tidak ada lagi istilah nasab atau keturunan. 


Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah adalah orang yang paling bertakwa.“Seorang hamba sangat dekat dengan Tuhannya diwaktu ia sedang sujud” (HR Muslim (482) dari Abu Hurairah) senantiasa hamba ku mendekatkan diri kepada ku dengan ibadah-ibadah sunah, sehingga akupun mencintainya. (HR Bukhari (6502) dari Abu Hurairah). “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud. Sesungguhnya setiap sujud yang engkau lakukan, Allah akan mengangkat darjatmu”. (HR Muslim (488) dari Abu Tsauban)

6. TUNJUKKAN KAMI KEPADA JALAN YANG LURUS

Dari firman Allah swt:“Tunjukilah kami kepada jalan yanh lurus” (al-Fatihah:6)Terlihat beberapa permasalahan. Bahkan pada lafaz “Tunjukilah kami” saja terdapat enam permasalahan yang dapat kita bicarakan:

6.1     Petunjuk yang sifatnya umum dan khususAllah swt telah berikan petunjuk kepada semua manusia, baik orang kafir mahupun orang yang beriman, petunjuk yang bersifat umum. Bahkan petunjuk ini juga dirasakan oleh binatang. Petunjuk yang sifatnya umum dapat dirasakan oleh semua makhluk hidup. Contohnya, seekor anak lembu yang baru dilahirkan oleh induknya, siapakah yang telah memberi petunjuk untuk menyusu?

6.2   Taufik dan HidayahHidayah (petunjuk) dapat diberikan oleh Rasulullah saw. Sesuatu yang membuat umat Islam istimewa adalah: “Allah telah mengutus Rasulullah saw sebagai petunjuk yang memberikan hidayah agar tetap berada dijalan yang lurus. Sedangkan taufik (kemampuan untuk merealisasikan sebuah hidayah) hanyalah ditangan Allah Yang Maha Esa.

6.3   Jalan-jalan petunjukSesungguhnya jalan petunjuk hanya dapat ditemui melalui syariat dan mengikuti jejak para Rasul Allah. Syaikh Abdul Aziz Bin Baz berkata: Hidayah ditemui bukan melalui pengamatan dan pengalian dalil. Akan tetapi dengan mengucapkan dua kalimat syahadat dan mengikuti jejak Rasulullah saw. Ini dikuatkan oleh sabda Rasulullah saw sebagaimana yang disebut dalam kitab sahih Bukhari dan Sahih Muslim:” Aku perintahkan untuk memerangi manusia, sampai mereka menyaksikan bahawa tiada ada tuhan selain Allah dan Aku adalah utusannya”.Oleh sebab itu akal tidak dapat dijadikan ukuran untuk menentukan sesuatu, sehingga apa yang menurut akal baik, maka ia adalah baik dan begitu pula sebaliknya. Hal itu adalah kesalahan yang nyata.

6.4   Kesudahan yang sempurna.Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah ra berkata: ”Yang menjadi ukuran adalah kesudahan yang sempurna, bukan permulaan yang tidak sempurna. Ertinya seorang mukmin terkadang imannya terlihat kurang, namun imannya boleh bertambah melalui petunjuk, cahaya, amal soleh, bertemankan orang soleh, menuntut ilmu agama, mencintai orang orang pilihan Allah, sehingga imannya semakin bertambah, cahaya diatas cahaya. Oleh sebab itu iman seseorang dapat bertambah dan berkurang, bergantung kepada tuntutan dan sebab-sebabnya.

6.5   Hidayah ringkas dan terperinci.Tidak sedikit orang mengenal agama Islam hanya secara global saja, mereka tidak mengetahuinya secara terperinci. Ia hanya tahu tentang rukun iman, rukun Islam, namun tidak mengetahui permasalahan-permasalahan fiqh, dalil-dalil dan tidak mengetahui bagaimana caranya menyembah Allah swt pada setiap permasalahan dengan jelas dan pasti.Namun ada juga orang yang mengenal agama Islam secara keseluruhan. Mereka adalah orang-orang yang menggunakan waktunya untuk mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu agama.

Dalam satu hadith riwayat Bukhari dan Muslim dari Mu’awiyah Rasulullah saw bersabda:”Siapa yang dikehendaki Allah untuknya akan kebaikan.Maka Allah memberikan kepadanya pemahaman tentang agama” (HR Bukhari & Muslim dari Mu’awiyah)
Dan ini adalah salah satu bentuk petunjuk yang hanya Allah berikan kepada orang-orang yang ia kehendaki.( Bersambung Jumaat depan) Mutiara KataDr Aidh Abdullah Al Qarnisebaik-baik sahabat ialah orang yang anda percayai,anda merasa damai dengannya,anda dapat mengadu kesusahan anda kepadanya,ia dapat menceritakan kesusahannya dan tidak membocorka rahsia anda...  

 

Read more...

RISALAH JUMAAT : MERENUNG KEAGUNGAN DAN RAHSIA SURAH AL-FATIHAH (Siri 2)

0 ulasan



               MERENUNG KEAGUNGAN DAN RAHSIA SURAH AL-FATIHAH
Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni
3.       “TUHAN SEMESTA ALAM”

3.1     Kenapa Manusia Memusuhi Tuhannya?
      Sesungguhnya kalimat “Tuhan” memberikan pengaruh terhadap manusia. Bahawa Allah swt adalah orang yang memberikan nikmat, tanpa ada pengecualian, baik terhadap orang-orang yang beriman, mahupun orang-orang kafir!. Allah swt berfirman:

           "Dan tidak ada suatu binatang melata pun dibumi melainkan Allah lah yang memberi rezekinya”

Allah berikan segala nikmat kepada manusia, namun mereka malah memusuhi-nya. Ia karuniai akal, ternyata manusia selalu mencari alasan untuk menghindar dari wahyu. Bahkan mereka mendustakannya.
Allah ciptakan untuk mereka syair, fikiran, sastera, prosa. Namun semua itu mereka jadikan sebagai sarana untuk memerangi-nya.

3.2    Maksud Kalimat Al-‘Alamin (Semesta Alam)

Pendapat yang lebih mendekati keindahan makna adalah apa yang dikatakan oleh al-Zamakhyari: “Alamah dan al-alamun bererti tanda yang menunjukkan bahaw Allah sang pencipta swt itu ada.
Sufyan bin Uyainah mentafsirkan firman Allah swt:
“Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat-umat (juga) seperti kamu”
Beliau berkata: “Banyak binatang-binatang yang menyerupai manusia. Sebaliknya tidak sedikit manusia yang menyerupai binatang. Manusia mana pun pastilah memiliki kesamaan dengan binatang, baik dari sudut keburuk -kannya maupun kebaikannya. Dan semuanya menunjukkan bahawa Allah itu ada dan mereka semuanya adalah tanda adanya sang pencipta.

Dan menurut hemat kami, sebahagian manusia ada yang menyerupai kuda dan inilah sebaik baik penyerupaan.

Ibnu al-Qayyim mengatakan : “Kuda adalah binatng yang paling baik kerana memiliki prinsip yang otentik, kebernaian, gagah perkasa dan berotak cerdas. Ada pula sebahagian mereka yang menyerupai kibas. Ia telah dipuji oleh Rasulullah saw sebab dalam dirinya terdapat ketenangan, ketenteraman dan kedamaian. Bahkan disebutkan dalam sebuah riwayat bahawa kibas adalah binatang yang paling baik. Diantara manusia ada pula yang seperti lembu,selamanya ia tidak akan mengerti:

Firman Allah swt:
”Mereka mempunyai hati,tetapi tidak dipergunakannya untu memahami                           (ayat ayat Allah) dam mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya                     untuk melihat (tanda tanda kekuasan Allah) dan mereka mempunyai telinga                               (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengr (ayat ayat Allah)

Sebahagian manusia ada juga yang menyerupai burung merak. Orang seperti ini dihadapan Allah swt hanya menampilkan lahiriyahnya saja. Dalam hatinya tidak terdapat selain sifat ria (minta dipuji) Sum‘ah (cari muka) dan kesombongan. Akan tetapi ia hanya bergerak di tempat, tidak maju dan tidak mundur. Terhadap orang-orang yang memiliki sifat seperti ini Allah berfirman:

“Dan pabila kamu melihat mereka, tubuh tubuh mereka menjadikan kamu           kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengar perkataan mereka.                           Mereka adalah seakan akan kayu yang tersandar”


Goresan pen, lembaran tulisan, untaian syair, sastera semuanya mendatang -kan tepuk tangan dari manusia. Akan tetapi dimata Allah swt orang buta huruf yang paling bodoh, lebih dekat disisinya daripada mereka.

Sebab orang bodoh rela mengorbankan nyawanya demi meninggikan agama Allah swt. Sesungguhnya sang sasterawan, penyair dan penulis akan kalah didepan secawan arak, roboh dimalam yang memabukkan, tertidur oleh lagu mimpi dalam kegelapan malam.

Diantara kata kata mutiara yang diwariskan oleh Syaikh Abdul Wahab adalah perkataannya” Satu orang yang buta huruf namun bertauhid dapat mengalah -kan seribu orang pintar yang tidak bertauhid”

TUHAN MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG
Kenapa Allah swt memilih dua nama ini diantara sifat-sifatnya dan tidak memilih namanya yang lain. Kedua nama tersebut Allah swt pilih agar ketika mengawali surah-surah al-Quran hati menjadi damai. Oleh sebab itu al-Quran diawali dengan surah al-Fatihah. Sebab surah tersebut mengandungi keindahan, ketenangan dan ketenteraman.
YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG:
Ada pendapat yang mengatakan makna alRahman adalah: Yang penuh dengan rahmat. Nabi Isa as berkata yang diseutkan didalam kitab al-Ihya: “Yang Maha Pengasih untuk urusan dunia dan Maha Penyayang untuk urusan akhirat.  Pendapat lain  mengatakan  dan  ini  yang sahih:” al-Rahman adalah
kasih sayang yang diberikan Allah secara menyeluruh. Ia diberikan kepada orang kafir dan orang-orang beriman. Sebab rahmat-nya sangat luas. Ia kasihi orang-orang kafir dengan tidak membinasakan mereka atau menyeksanya. Allah kasihi manusia sehingga ia tidak menuntut sesuatu sebelum mengutus para rasul-nya.
Firman Allah swt:
“Dan kami tidak akan mengazab sebelum kami mengutus seorang rasul”                      (Al-Isra:15)
Allah swt berfirman lagi:
“Dan Allah sekali-kali tidk akan mengazab mereka sedang kamu berada                diantara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang              mereka meminta ampun (Al-Anfal:33)

Oleh kerana itu ulama mengatakan:” Allah swt tidak menciptakan sesuatu apapun kecuali pada penciptaan tersebut tersimpan hikmah”. Oleh sebab itu sangat tidak bijaksana menentang atau menolak kebijaksanan Allah swt dalam menciptakan sesuatu. Oleh sebab itu Allah swt berfirman:
“Tidak ada yang dapat menolak ketetapan-nya (al-Ra’ad-41)
Dan firman-nya:
“ Telah sempurnalah kalimat Tuhannu (Al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil”(Al-An’am:115)
Mengikut Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya: terjemahan yang sangat indah tentang ayat 115 surah Al-An’nam ini ertinya benar berita yang disampaikan-nya dan adil keputusan yang ditetapkannya.
Ada pun “al-Rahim” ertinya adalah kasih sayang Allah yang hanya diberikan kepada orang-orang yang beriman saja.
Allah berfirman:
“ Dan adalah dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman”
(Al-Ahzab:43)
4.       YANG MAHA BERKUASA DIHARI PEMBALASAN
Firman Allah swt:
“Yang menguasai hari pembalasan”
Jatuhnya Raja-Raja Didunia:
Di padang mahsyar nanti para raja-raja dunia saling berjatuhan. Abu jahal berkata:”Wahai Muhammad, apakah kamu mengancamku dengan al-Zabaniyah (tentera tentera Allah yang terdiri dari malaikat) akan aku datangkan dihari kiamat nanti orang-orang quraisy bersama ku”
Lalu apakah jawapan Allah? Ia berfirman:
“Tidak ada seorang pun dilangit dan dibumi, kecuali  akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba. Sesungguhnya Allah telah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti. Dan tiap tiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri” (maryam:93-95)
Dalam sebuah hadith disebutkan bahawanya Allah swt apabila telah memegang langit dan bumi dengan kedua tangannya. Ia berkata: “Siapakah yang berkuasa hari ini?”. Tidak ada seorang pun, baik raja raja didunia yang pernah diagungkan, para nabi yang telah diutus, hanya bisu tidak ada yang mampu menjawab. Maka Allah swt berkata:”hanya milik Allah Yang Maha Esa dan Maha Berkuasa”. Kemudian Allah swt berkata lagi:” Kemanakah raja-raja didunia? Kemanakah raja-raja didunia? (kitab Ibnu Katsir 4/64)
Diriwayatkan oleh Asma Binti Zaid bahawasanya Rasulullah saw bersabda:
“Apabila orang-orang diawal dan diakhir zaman telah dikumpulkan, maka Allah berfirman: “Wahai manusia, sesungguhnya aku telah menjadikan satu nasab, namun kalian menjadikannya bebrapa nasab. Lalu kalian meninggikan nasab-nasab yang kalian buat dan merendahkan nasab yang aku ciptakan. Maka hari ini akan aku angkat nasab ku dan aku rendahkan nasab-nasab kalian.”(HR Hakim dalam kitab al-Mustadraki (2725) dari Abu Hurairah ra)
Hanya Allah Yang Maha Esa Dan Maha Berkuasa yang akan memutuskan tentang kemulian sesorang. Dialah yang akan memutuskan, shirat (Jambatan dihari kiamat), timbangan, syurga dan neraka adalah miliknya, tidak ada yang dapat menolak ketetapannya.
“Dia tidak ditanya tentang apa yang diperbuatnya, dan merekalah yang akan ditanyai”                         ( Bersambung Jumaat depan)

Mutiara Kata
tanda kebodohan adalah menyia-nyiakan waktu, menangguh-nagguhkan taubat, memusuhi manusia, derhaka kepada kedua ibu bapa, dan menyebarkan rahsia...





 ( Bersambung Jumaat depan)



Read more...