Khamis, 22 Disember 2016
Hanya Allah Yang Berhak Disembah : Tiada Tuhan (Arbab) Selain Dia
بسم الله
الرحمن الرحيم
السلام عليكم
و رحمة الله و بركاته
وبعد , يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي
رب إشرح لي صدري و
Segala puji bagi Allah Swt., Pencipta sekelian
alam. Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera
ke atas para Ahlul Bait, SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan
Salafus Soleh serta orang-orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke hari
kemudian. A'mma ba'du.
Saya mendoakan agar Allah Swt. sentiasa
menerima semua amalan kita seterusnya melimpahkan segala rahmat dan
keampunan-Nya di hari dan bulan yang mulia ini, Insya’Allah. Juga saya memohon
perlindungan, rahmat dan bimbingan dari Allah Swt. dari sebarang kesilapan
dalam menuliskan nukilan ini.
Para sahabat jamaah yang dikasihi, pilihlah jalan kebaikan agar redho
Allahu Ta’ala senantiasa mengiringi hidup kita.
Hanya Allah Yang Berhak Disembah :
Tiada Tuhan (Arbab) Selain Dia
Saudaraku se~manhaj yang dimuliakan,
semoga Allahu Ta'ala memberikan kepada kita kefahaman dan munafaat, dari apa
yang dinukilkan di bawah ini :
عَنْ عَدِىِّ بْنِ حَاتِمٍ –رَضِي
الله عَنْهُ-قَالَ أَتَيْتُ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- وَفِى عُنُقِى
صَلِيبٌ مِنْ ذَهَبٍ. فَقَالَ « يَا عَدِىُّ اطْرَحْ عَنْكَ هَذَا الْوَثَنَ ».
وَسَمِعْتُهُ يَقْرَأُ فِى سُورَةِ بَرَاءَةَ (اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ
وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ) قَالَ « أَمَا إِنَّهُمْ لَمْ
يَكُونُوا يَعْبُدُونَهُمْ وَلَكِنَّهُمْ كَانُوا إِذَا أَحَلُّوا لَهُمْ شَيْئًا
اسْتَحَلُّوهُ وَإِذَا حَرَّمُوا عَلَيْهِمْ شَيْئًا حَرَّمُوهُ »
Dari Adi bin Hatim Rhu, dia berkata
: Aku pernah menemui Nabi Saw. sedangkan di leherku terdapat salib dari emas
(saat itu Adi bin Hatim masih Nasrani).
Melihat keadaanku maka Rasulullah
bersabda : “Wahai Adi, buanglah berhala ini darimu!. Aku mendengar Baginda
membaca firman Allahu Ta'ala :
...... اتخذوا احبارهم ورحبانهم
اربابا من دون الله
Mereka menjadikan orang-orang
alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai sesembahan selain Allah..
Surah At Taubah ayat 31.
Baginda bersabda : “Sesungguhnya
mereka tidak menyembah orang-orang alim dan rahib-rahib mereka itu dengan
ritual-ritual ibadah, namun apabila orang-orang alim dan rahib-rahib mereka
menghalalkan sesuatu untuk mereka maka mereka menghalalkan apa yang mereka
halalkan itu.
Dan apabila orang-orang alim dan
rahib-rahib mereka mengharamkan sesuatu atas mereka maka mereka pun
mengharamkan sesuatu yang diharamkan itu.
Riwayat imam At Thirmidzi Rhm.
dihasankan oleh Syaikh Al Albani Rhm. dalam Sohih wa Dho’if Sunan At-Thirmidzi
no. 3092
Dalam kitab at-Tanbihaat al
Mukhtasharah Syarhu Al Waajibaat al Mutahattimaat al Ma’rifah ‘alaa Kulliy
Muslimin Wa Muslimatin disebutkan sebagai berikut :
أي : النوع الثالث من أنواع الشرك
الأكبر: شرك الطاعة، فمن أطاع المخلوقين في تحليل ما
حرّم الله أو تحريم ما أحلّ الله و يعتقد ذلك بقلبه مع علمه بأنه مخالف للدين فقد
اتخذهم أربابا من دون الله أشرك به الشرك الأكبر
Macam ketiga dari syirk besar adalah
syirk dalam ketaatan. Maka siapa yang mentaati makhluq dalam penghalalan apa
yang diharamkan Allah atau pengharaman apa yang dihalalkan Allah dengan
keyaqinan hatinya sedangkan ia tahu bahawa hal itu menyelisihi agama Islam,
maka orang yang berbuat demikian telah mengambil mereka sebagai sesembahan
(tuhan/arbab) selain dari Allah dan ia telah berbuat syirk kepada Allah dengan
syirk yang besar.
Kitab At Tanbiihaat hal. 105
Ingatlah para saudara yang dikasihi,
tidak sekali~kali ada ketaatan kepada makhluq dalam perkara yang dilarang oleh
Allahu Ta'ala. Ketaatan hanyalah dalam perkara yang ma’ruf, perkara yang
dikenal atau diketahui benar-benar diperintah atau dibolehkan oleh Al Qur’an
dan As Sunnah semata.
Dari Ali bin Abi Tholib Rhu.
bahawasanya Rasulullah Saw. telah bersabda :
لاَ طَاعَةَ فِى مَعْصِيَةِ اللَّهِ
إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِى الْمَعْرُوفِ
Tidak ada ketaatan dalam ma'siyat
kepada Allah. Sesunggohnya ketaatan itu hanyalah dalam perkara yang ma’ruf.
Riwayat imam Muslim Rhm. no.
4871(sohih)
Lihatlah, berapa banyak manusia yang
telah menjadikan kalam~kalam, pendapat~pendapat, pandangan~pandangan, jua
perasaan, persangkaan dan pemikiran dangkal makhluq sebagai dasar hukuman,
mentaqlidinya membuta tuli, mentaatinya tanpa soal, walhal dalam segala macam
hal Allahu Ta'ala dan rosul~Nya, telah pon menetapkan urusan mereka.
Begitulah sifat manusia sesat dari
jalan kebenaran, dengan mengambil apa jua ketetapan hanya berdasarkan dengar
cakap manusia, tanpa sekali~kali merujuk, kembali dan menyerahkan urusan kepada
Allahu Ta'ala dan Pesuroh~Nya. Sesunggohnya, mereka telah syirk yang besar
disebabkan ada sebahagian perkara dalam kehidupan, mereka meletakkan makhluq
lebih tinggi, lebih ditaati, lebih ditundokpatuhi selain dari Allahu Ta'ala dan
Pesuroh~Nya. Lantaran apa yang mereka tundokpatuhi tanpa soal itu, haqiqinya
berupa sesembahan, tuhan, arbaaban yang mereka sembah selain dari Allahu
Ta'ala.
Demikianlah yang dapat disampaikan,
untuk kemunafaatan kita bersama.
Semoga Allah melindungi kita dari
apa-apa yang menimbulkan murka dan siksa-Nya. Dan semoga kita semua termasuk
hamba-hamba Allah yang ditetapkan oleh-Nya selamat di dunia dan di akhirat
kelak, aamiin.
Wa sollallahu wa salaamu ‘alaa
Nabiyyinaa Muhammad
والله تعالى أعلم
, وصلى
الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله
وأصحابه أجمعين.
Yang
benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari
saya yang amat faqir dan dhoif ini.
سكيان
, والسلام
eddzahir@38 tanah liat
bukit mertajam
Jumaat, 2 Disember 2016
Solat Jumaat : Penjelesan Mengenai Azan 2 Kali Dan Solat Sunat Qabliyah
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Nak
tanya tentang keadaan ni. Masa cuti sekolah minggu lepas, saya ada sertai
rombongan company ke Langkawi. Kami ejen-ejen di Penang tumpang bas dari KL.
Sampai di Kuala Perlis dalam 12.40, hari Jumaat.
Saya
dan beberapa orang terus pi solat Jumaat kat masjid terapung. Ramai yang tak
solat, takpa la mungkin depa jama’ qasar. Tapi lepas tu ada berbunyi
macam-macam, antaranya :
1.
Risau
tak sah solat kerana orang Perlis wahabi.
2.
Azan
depa sekali saja, ini tak sama dengan ahli sunnah wal jamaah
3.
Orang
Perlis tak buat sunat qabliyah Jumaat, ini pun tak sama dengan ahli sunnah wal
jamaah
4.
Paling
penting risau tak sah solat kerana imamnya wahabi
Saya
nak tau, betulka apa yang depa ni dok cakap. Macam mana depa faham bab solat
Jumaat ni. Kritikal ni, melibatkan sah tak sah solat.
Macam
tu la ustad.
والسلام
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
وبعد , يسرلي
أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي رب إشرح لي صدري و
Segala
puji bagi Allah Swt., Pencipta sekelian alam. Salawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait,
SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta
orang-orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma
ba'du.
Saya
mendoakan agar Allah Swt. sentiasa menerima semua amalan kita seterusnya
melimpahkan segala rahmat dan keampunan-Nya di hari dan bulan yang mulia ini,
Insya’Allah. Juga saya memohon perlindungan, rahmat dan bimbingan dari Allah
Swt. dari sebarang kesilapan dalam menuliskan nukilan ini.
Saya
berasa amat hairan dan sedih dengan bentuk keta’suban bersalut kejahilan
seperti yang tuan kisahkan. Moga Allahu Ta’ala jauhi kita dari sifat-sifat
sebegitu, dan agar Allahu Ta’ala menjadikan kita ummat yang meletakkan aqal
berganding ilmu itu lebih tinggi dan utama, berbanding hawa nafsu dan/atau
sentimen dalam berkata-kata dan berperilaku. Namun, mungkin saja mereka tidak
tahu hal sebenarnya sehingga tergamak berfahaman sebegitu.
Secara
ringkas sahaja saya membalas, itu pun dalam hal Solat Jumaat sahaja. Hal wahabi
dan solat orang Perlis tak betul tu, insya”Allah di masa yang lain.
Pada
zaman Nabi Saw, Khalifah Abu Bakar Rhu, Khalifah Umar Rhu, Khalifah Ali Rhu.
laungan azan bagi Solat Jum’at hanyalah satu kali, yaitu apabila khatib telah
pon menaiki mimbar dan selesai mengucapkan salam kepada jamaah.
Laungan
azan dua kali sepertimana yang diamalkan oleh sekumpulan besar ummat Muslimin
di nusantara didakwa diqiyaskan kepada perbuatan/ijtihad oleh Khalifah Utsman
bin Affan Rhu. Haqiqinya, dakwaan qiyasan diikuti amalan oleh orang banyak itu
sendiri tidak sekali-kali menepati sifat amalan Khalifah Utsman Rhu.
Kisahnya,
Khalifah Utsman telah menugaskan sesaorang ke tengah pasar (luar masjid) Madinah
sebelum masuk waqtu zuhur lagi dan melaungkan azan, sebagai mengingatkan ummat
mengenai hari Jum’at, dan kewajiban solat Jum’at untuk bersegera ke masjid.
Keadaan ini diperbuat berpunca daripada : Khalifah Utsman ada melalui pasar
Madinah dan beliau dapati orang banyak masih lagi sibuk berjual beli sedangkan
waqtu zuhur sudah hampir, fenomena yang menunjukkan seakan-akan situasi hadhir
awal ke masjid telah mula diabaikan.Kerana itu beliau telah memutuskan / berijtihad
supaya azan dibuat ditengah pasar. Pembuatan ijtihad ini menepati salah satu
asbab dalam bidang usul fiqh yaitu al-Masalih ul-Mursalah, yang diperlukan
dalam keadaan masa itu.
Wajib
difahami benar-benar, ijtihad beliau ini tidaklah disepakati oleh semua sahabat
Nabi Saw. yang masih hayat ketika itu. Antara yang tidak menerima ijtihad ini
adalah Abdullah Ibnu Umar Rhu. dan Khalifah Ali bin Abi Tholib. Sebab itu, pada
zaman khalifah Ali, amalan azan awal itu tidak lagi berlaku.
Tiada
masalah dalam hal ini sebenarnya, lantaran secara jelasnyata, ijtihad memang
boleh diterima atau ditolak, ia bukanlah sesuatu yang bersifat qot’ie
sepertimana hukuman syara’ dan, ijtihad diperlukan dalam sitiasi yag menjadikan
ia diperlukan dalam sesuatu hal, bagi memberikan jawaban/keputusan ke atas
sesuatu yang dahulunya tiada ketetapan, maka itu, ia kena dibuat, akan tetapi, apabila
sesuatu hal itu telah dapat diatasi, situasi wajib kembali kepada keadaan asal
lantaran itulah kebenaran syara’ yang wajib dipatuhi.
Harus
diingat, azan awal yang dibuat oleh Khalifah Utsman itu, dilaungkan ditengah
pasar dan sebelum masuk waqtu. Ini berbeza sama sekali dengan amalan semasa di
tempat kita yang dibuat setelah masuk waqtu zuhur dan di dalam masjid. Justeru
itu, menasabkan / qiyasan perbuatan sebegitu kepada Khalifah Utsman Rhu. sama
sekali tidak benar dan pendustaan semata-mata atas nama insan mulia yang juga
ahli syurga ini.
Justeru,
yang benarnya adalah ikuti sifat azan Jum’at amalan Nabi Saw.
Selepas
azan dan sebelum khutbah tidak ada solat sunnat qabliyah. Telah jelasnyata
disebutkan pada awal-awal lagi, Nabi Saw. hadhir dan terus naik ke mimbar lalu
mengucapkan salaam kepada makmum setelah masuk waqtu. Jelas sekali sifat
perbuatan Baginda tidak mengadakan solat qabliyah Jum’at.
Mari
kita ulangsorot, solat qabliyah membawa maqsud solat sunnat 2 raka’at sebelum
solat fardhu dan ia bersifat mengiringi (rawatib) solat-solat fardhu. Solat
iringan ini sohih ada pada solat-solat fardhu yang lain, tetapi langsung tidak pernah
ada diriwayatkan sama sekali, yang ia ada mengiringi Solat Jum’at ya’ni, tidak
ada dasarnya sama sekali ke atas perbuatan itu.
Justeru,
yang benarnya adalah ikuti sifat solat Jum’at amalan Nabi Saw.
Dan
jelas sudah, tidak azan 2 kali dan tidak mengerjakan solat qabilyah, langsung
tidak menjadi asbab tidak sahnya solat Jum’at. Sah atau tidak solat Jum’at,
langsung tidak kena mengena dengan 2 hal itu.
Entah
apa jenis jakun, keta’suban dan kejahilan, dek kerana 2 perkara ini sahaja
telah diistinbatkan hukum : solat Jum’at di Kuala Perlis tidak sah. Apa jenis
Islam yang dia itu faham, baiklah dia sendiri yang jawab. Jelasnya, fahaman
saya tak sama dengan dia.
Sekian dahulu.
Semoga maklumbalas saya ini telah
menjawab pertanyaan dan telah membantu.
والله تعالى أعلم
, وصلى
الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله
وأصحابه أجمعين.
Yang
benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari
saya yang amat faqir dan dhoif ini.
والسلام
Hanya Allah Yang Layak Disembah, Dia Tiada Tandingan
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
وبعد , يسرلي
أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي رب إشرح لي صدري و
Segala
puji bagi Allah Swt., Pencipta sekelian alam. Salawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait,
SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta
orang-orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma
ba'du.
Saya
mendoakan agar Allah Swt. sentiasa menerima semua amalan kita seterusnya
melimpahkan segala rahmat dan keampunan-Nya di hari dan bulan yang mulia ini,
Insya’Allah. Juga saya memohon perlindungan, rahmat dan bimbingan dari Allah
Swt. dari sebarang kesilapan dalam menuliskan nukilan ini.
Para sahabat jamaah
yang dikasihi, pilihlah jalan kebaikan agar redho Allahu Ta’ala senantiasa
mengiringi hidup kita.
Nukilan
kali ini :
Seruan
Tauhid bermaqsud meng~Esakan Allahu Ta'ala dalam ibadah dan
mengkhususkannya hanya kepada~Nya, tanpa dikongsi
dengan sesembahan yang lain. Inilah dasar Tauhid suci
murni Islam ya'ni meng~esakan Allahu Ta'ala semata~mata
sepertimana firman~Nya :
...
هل من خالق غير الله يرزقك من السما' والارض لا الاه الا هوا ...
...
Tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Dia
memberi rizqi kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada tuhan (yang berhak
disembah dan ditundukpatuhi) melainkan Dia ....
Surah
Fathir : ayat 3
Para
musyrikin dan pengekor mereka tidaklah mengingkari tuntutan ini, malah para
rasul meminta kepada mereka agar meng~Esakan ibadah hanya kepada Allah. Mereka
langsung tidak pernah mengingkari Allah, tidak juga mengatakan "sesunggohnya
Dia tidak berhak disembah" bahkan mereka mengakui pada lisan~lisan mereka
bahawa hanya Dia yang berhak disembah, namun mereka mengingkari keadaan~Nya
yang wajib di~Esakan itu dalam ibadah.
Sifat
perbuatan sesembahan syirik mereka sebegini dijelaskan oleh Allahu Ta'ala
lewat Kalam~Nya :
ويعبدون
من دون الله مالا يضرهم ولاينفعهم ويقولون ها'ولا' شفعونا عند الله .....
Dan
mereka menyembah selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan
mudhorat kepada mereka dan tidak dapat juga mendatangkan munafaat kepada mereka
(walau sedikit pon), dan mereka berkata pula : Mereka (yang kami sembah itu)
adalah pemberi~pemberi syafaat kepada kami disisi Allah ....
Surah
Yunus : ayat 18
Demikianlah
yang mereka lakukan dalam pengibadahan kepada Allahu Ta'ala. Lalu mereka
menyembah Allahu Ta'ala bersama seiring dengan selain~Nya, ya'ni mereka
sekutukan dengan selain~Nya, dengan mempercayai adanya dzat selain~Nya mahu pon
yang dianggap setaraf disisi~Nya yang boleh memberikan syafaat juga munafaat. Walhal,
perkara~perkara yang diharapkan dalam arti penyembahan mereka itu adalah hak
muthlaq Allah Ta'ala semata yang tiada sesuatu apa pon lagi yang ada hak
sebegitu.
Sifat
perbuatan ibadah syirik para musyrikin itu telah dijelaskan sepertimana firman
Allahu Ta’ala :
....
فلا تجعلوا لله اندادا وانتم تعلمون
.....
Maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah sebarang sekutu (tandingan,
gandingan) padahal kamu semua mengetahui ...
Surah
Al Baqarah : ayat 22
Dan
Allahu Ta'ala menjelaslan lagi bahawa segala apa dzat yang mereka sembah itu,
dalam apa jua bentuk, yang diharapi, yang diyaqini boleh memberi kesan, yang
dipercayai boleh memberi munafaat, hanyalah palsu, bathil dan tidak berguna
sama sekali, malah seqadar membawa mereka ke dasar kesyirikan yang amat dalam akibat
kebodohan dan mengikut hawa nafsu. Inilah yang Allahu Ta'ala jelaskan :
....
ان الذين تدعون من دون الله لن يخلقوا ذبابا ولو اجتمعوا له ....
....
sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, selain dari Allah itu, tidak
sekali kali akan dapat mencipta seekor lalat, walau pon mereka berhimpun
beramai ramai untuk membuatnya ...
Surah
al Hajj : ayat 73
Seluroh
musyrikin mengakui kebenaran Kalamullah ini tanpa nafi, namun sifat kemusyrikan
yang menebal menjadikan mereka pekak dan buta dari kebenaran dengan menganggap
tetap ada sesuatu selain~Nya yang boleh memberi rekomendasi, menyampaikan
hasrat، menyempurnakan niyat. Kepada seluroh musyrik ini, Allahu Ta'ala telah
meninggalkan khabar ancaman~Nya :
....قل
اتنب'ون الله بما لا يعلم فى السماوات ولا فى الارض سبحانه وتعالى عما يشركون
.....
Katakanlah (wahai Muhammad) : Adakah kamu hendak memberitahu kepada Allah akan
apa yang Dia tidak mengetahui akan adanya (apa apa yang) di langit dan dibumi?
(walhal Allah Maha Mengetahui) Maha Suci Allah dan Tertinggi keadaan~Nya dari
apa yang mereka sekutukan.
Surah
Yunus : ayat 18
Allahu
Ta'ala menjadikan perbuatan mengambil selain~Nya sebagai boleh memberi munafaat
dan syafaat sebagai suatu perbuatan syirik ya'ni menggandingkan~Nya dengan
sesuatu, dan Dia mensucikan diri~Nya daripada perbuatan itu. Lantaran tiada
sesuatu apa pon yang boleh memberi syafaat juga munafaat melainkan setelah
diizinkan~Nya. Maka bagaimana boleh mereka menetapkan adanya pemberi syafaat
dan munafaat sedangkan langsung tidak pernah ada termaktub Allah memberi
keizinan kepada mereka itu.
Justeru,
sembahlah Allahu Ta'ala semata, pusatkan segala ibadah kepada~Nya semata. Tiada
apa pon du'a, permohonanan, hasrat, isti'anah dan istighotsah melainkan
langsung kepada~Nya. Sunggoh Allahu Ta'ala Maha Mendengar, Maha Kuasa, Maha
Pengasih dan Maha Dermawan. Kembalilah kepada tauhid ibadah yang suci murni,
berhentilah memuja qubur, ruh-ruh, mayyit-mayyit dan apa jua makhluq.
Allahu
Ta'ala tidak berhajatkan kepada sekutu~sekutu daripada apa jua macam
kesyirikan, Dia tidak sekali~kali menerima ibadah yang disekutui di dalamnya
dengan selain~Nya, tidaklah dianggap beriman sesiapa yang menyembah, menjadikan
gandingan, menjadikan setarafan terhadap Allah Ta'ala dengan sesuatu
selain~Nya.
والله تعالى أعلم
, وصلى
الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله
وأصحابه أجمعين.
Yang
benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari
saya yang amat faqir dan dhoif ini.
سكيان
, والسلام
Muzabzib : Siapa dan Tuduhan?
بسم الله
الرحمن الرحيم
السلام عليكم
و رحمة الله و بركاته
Semoga
ustad dalam keadaan sihat dan sejahtera sentiasa. In shaa Allah
Lama
dah saya nak tanya, dah tu terlepas pulak kuliah minggu lepas, katanya ustaz
ada jawab perkara ini. Rugi sungguh. Begini sajalah, lama dah kecoh seantero
Malaya dalam kalangan sahabat-sahabat kita sendiri je pun, yang saling menuduh
dan berbalas hujah, kekadang berupa kata mengata, mencela, mencaci. Selalunya juga,
hal itu disiarkan dalam media social
yang ditatap umum. Ini sungguh memalukan dan amat saya rasa sedih.
Salah
satunya, yang paling laku sekali adalah dakwaan dan perkataan “muzabzib” yang
ditujukan kepada seorang mufti. Banyak orang dok sebut benda ini, macam dah
jadi zikr harian pula, malah memang jelas ditujukan kepada dia pun.
Yang
saya nak tahu, apa maksud sebenar muzabzib tu, mengapa orang tu digelar
muzabzib dan apa hukumnya muzabzib, betulkah dia tu muzabzib ?
Setakat
ni dulu ustad, banyak banyak soal pun buat serabut saja, Lain kali saya tanya
lagi, memang ada yang nak ditanya lagi pun, in shaa Allah
والسلام
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
وبعد , يسرلي
أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي رب إشرح لي صدري و
Segala
puji bagi Allah Swt., Pencipta sekelian alam. Salawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait,
SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta
orang-orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma
ba'du.
Saya
mendoakan agar Allah Swt. sentiasa menerima semua amalan kita seterusnya
melimpahkan segala rahmat dan keampunan-Nya di hari dan bulan yang mulia ini,
Insya’Allah. Juga saya memohon perlindungan, rahmat dan bimbingan dari Allah
Swt. dari sebarang kesilapan dalam menuliskan nukilan ini.
Pertamanya,
saya mohon maaf kerana lewat membalas. Jawaban secara ringkas sahaja.
Lafadz “Muzabzib” atau “Muzabzab”
yang disebut-sebutkan itu adalah berdasarkan Kalamullah yang membawa maqsud
“Mereka yang dalam keadaan ragu-ragu diantara iman atau kafir”, sepertimana
termaktub dalam :
“Mereka dalam keadaan
ragu-ragu antara yang demikian (iman dan kafir); Tidak masuk pada golongan ini
(orang-orang beriman) dan tidak (pula) kepada golongan itu (orang kafir).”
Surah An-Nisa (4) :
143
Sifat/perangai muzabzib ini adalah
sebahagian daripada sifat dan ciri-ciri keburukan orang munafiq. Dan
sememangnya juga, Kalamullah Surah An Nisa’ bermula ayat 137 hingga 147 adalah
pemerihalan sifat-sifat dan keburukan orang munafiq. Maka itu, para penuduh itu
memang memaqsudkan beliau yang kena tuduh itu adalah benar-benar saorang
munafiq.
Setakat yang saya ikuti, lihat dan
fahami, tuduhan itu memang ditujukan kepada beliau, oleh sekumpulan orang
(pengikut kepada satu pihak bertentangan), dilakukan secara terbuka tanpa
sembunyi biar sedikit pon. Ia bermula dari beberapa isu kecil/picisan yang satu
dua kepalanya tidak sepandangan dan bersilang pendapat dengan beliau.
Sebenarnya, masing-masing sudah pon
menjelaskan hujjah dan asas kepada pendirian mereka. Dan ia jelas merupakan
cara pemahaman mereka terhadap isu, juga telah menjelaskan cara mereka
menafsirkan dalilnya mengikut teks dan konteks kefahaman mereka sendiri. Dalam
kata lain, haqiqinya mereka telah ijtihad ke atas sesuatu perkara/isu itu.
Justeru, tiada apa pon isu dan
masalah terhadap keputusan mereka itu. Sesiapa yang mahu menerima, terimalah
sahaja dan sebaliknya, malah boleh saja tak ambil tahu. Maka, tuduhan
“muzabzib” itu tidak sekali-kali layak dilemparkan kepada beliau dan perbuatan
itu salah.
Harus difahami, haqiqinya keadaan
tuduh menuduh, kata-mengata dan tahzir mentahzir ini, melibatkan kedua-dua
pihak, bukan satu pihak sahaja. Sunggoh ini tidak sekali-kali patut berlaku
dalam kumpulan yang mengakui manhaj yang sama. Beginilah situasinya, apabila
kepala tidak lagi dapat mengawal ekor, maka berbondong-bondonglah para ekor
menjulurkan pucuk masing-masing, menjadi lebih tiang dari bendera, lebih sudu
dari kuah.
Malang sekali, keadaan ini masih
berterusan sesudah bertahun-tahun lamanya, malah setakat yang saya ketahui,
para kepala itu tidak pernah ada mengeluarkan pernyataan melarang para pengikut
masing-masing, supaya menghentikan hasrat dan kalam-kalam buruk itu. Dan ini
memang situasi yang amat memalukan.
Setakat itu yang dapat saya
sebutkan, sekiranya mahukan penjelasan tuntas yang lebih dari itu, tanyakan
sahaja kepada pihak-pihak yang terlibat itu sendiri, mereka lebih pandai
menjawab segala macam persoalan dalam bab ini.
Akhiirul Kalam, semoga maklumbalas saya ini telah menjawab pertanyaan
dan telah membantu.
والله تعالى أعلم
, وصلى
الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله
وأصحابه أجمعين.
Yang
benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari
saya yang amat faqir dan dhoif ini.
Iqrar Kita : Hanya Allah Yang Disembah.
بسم الله
الرحمن الرحيم
السلام عليكم
و رحمة الله و بركاته
وبعد , يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي
رب إشرح لي صدري و
Segala
puji bagi Allah Swt., Pencipta sekelian alam. Salawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait,
SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta
orang-orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma
ba'du.
Saya
mendoakan agar Allah Swt. sentiasa menerima semua amalan kita seterusnya
melimpahkan segala rahmat dan keampunan-Nya di hari dan bulan yang mulia ini,
Insya’Allah. Juga saya memohon perlindungan, rahmat dan bimbingan dari Allah
Swt. dari sebarang kesilapan dalam menuliskan nukilan ini.
Para sahabat jamaah yang dikasihi, pilihlah jalan kebaikan agar redho
Allahu Ta’ala senantiasa mengiringi hidup kita.
Nukilan
kali ini :
Antara
syarat kebenaran dalam iman kepada Allahu Ta'ala adalah
tidak bertawakkal (berserah diri) melainkan hanya kepada~Nya semata, dan mengesakan~Nya dengan tawakkal sebagaimana wajib
mengesakan~Nya dalam du'a dan istighfar.
Allahu
Ta'ala memerintahkan kepada hamba~hamba~Nya agar mengatakan dengan insaf dan
sadar : ..... hanya kepada~Mu kami sembah, sepertimana lewat Kalam~Nya,
……. فاياى فاعبدون
‘
….. maka kepada Aku sajalah kamu perlu sembah”
Surah
al Ankabut : 56
Dan
tidaklah benar orang yang mengatakan perkataan ini, melainkan jika dia
benar~benar telah mengesakan ibadahnya kepada Allahu Ta'ala semata. Jika tidak!
dia hanyalah pendusta yang terlarang dari menyebut kalimah ini, kerana ma'nanya
perkataan itu :
.... kami mengkhususkan segala ibadah hanya kepada~Mu tanpa menyembah tiap~tiap sesuatu selain~Mu, menepati lewat Kalam~Nya,
...واياى
فاتقون
“ ….. dan kepada Aku sahajalah kamu perlu
bertaqwa”
Surah
al Baqarah : 41
Sepertima
difahami dari ilmu Bayan (penjelasan), bahawa Taqdim (mendahulukan) apa yang
sepatutnya Ta'khir (dikemudiankan) membawa maqsud al Hasr (pembatasan),
sekaligus menjadikan i'tiqad sebenarnya :
Jangan kamu sembah melainkan Allahu Ta'ala
Jangan
sekali~kali kamu sembah selain~Nya
Jangan
kamu takut melainkan kepada Allahu Ta'ala
Jangan
sekali-kali kamu takut kepada selain~Nya
Mengesakan
Allahu Ta'ala tidak akan sempurna melainkan dengan menjadikan kesemua du'a dan
istighfar itu selurohnya untuk~Nya. Seruan dan permohonan dalam keadaan
kesusahan mahu pon kesenangan tidak boleh diperlakukan melainkan hanya untuk
Allahu Ta'ala semata, istighosah dan isti'anah (memohon pertolongan) hanya
kepada Allahu Ta'ala satu~satunya, kembali kepada~Nya, nazar dan sembelihan
hanya untuk~Nya, dan kesemua jenis ibadah diperlakukan dengan penoh kerendahan
kepada Allahu Ta'ala, ruku', sujud, thawaf, ihram, bercukur, munajat malah
kesemua ibadah itu sama sekali terlarang diperlakukan melainkan hanya kerana
dan kepada Allahu Ta'ala.
Sesiapa
yang melakukan sesuatu dari ibadahnya untuk dan demi makhluq, atau
mencamporadukkan ibadahnya kepada Allahu Ta'ala dengan sesuatu selain-Nya,
sama ada orang yang hayat, yang maut, atau benda yang jamad (tidak hidup) atau
selain~Nya, maka sesunggohnya dia telah melakukan syirk (persekutuan) dalam
ibadahnya. Dan makhluq itu telah dijadikan sembahan, sama ada ia dari malaikat,
nabi, ulama', wali, pokok, qubur, batu~batu, patung~patung, jin malah apa sahaja
yang hayat atau maut.
Maka,
mereka-mereka ini telah menjadi hamba kebathilan dalam bentuk peribadahan
sebegini lagi mensyirikkan Allahu Ta'ala, walau pon kelihatannya mereka
mengakui Allahu Ta'ala sebagai Tuhannya dan seolah-olah menyembah~Nya dengan
rupa alim dan taat. Kalau pon jua, mereka mempercayai bahawa yang disembah dan
diharapi itu tidak lain hanyalah penghubung hasrat atau pon dilapikkan seqadar
ikhtiar saja.
Beginilah
ciri rupa pengibadahan musyrikin terhadap Allahu Ta'ala dengan menyembah
batu-batu, hantu-hantu dan ruh-ruh. yang kononnya inilah cara mereka
bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada~Nya, dan sunggoh ini tidak sedikit pon
mengeluarkan mereka dari kesyirikan terhadap Allahu Ta'ala kalau pon mereka
menyangka dan menda'wa bahawa merekalah pihak yang benar, dan meyaqini bahawa
yang mereka sembah itu tidak lebih dari wasilah semata.
Demikianlah
bentuk peribadahan musyrikin yang telah mensekutukan Allahu Ta’ala dalam ibadah
mereka. Dan tidak kurang juga dalam kalangan ummat mengaku Muslimin sendiri,
yang kurang berhati-hati dalam ibadah mereka, tertipu dengan bisikan iblis
syaithon, turut mengikut sama bentuk peribadahan para musyrikin ini. Justeru,
tidak hairan masih lagi berleluasa pengekor penyembah quburan, pemuja mayyit,
penyembah batu, percaya hantu-hantuan, ruh-ruh, istighotsah dan isti’anah
kepada selain Allahu Ta’ala, dan berbagai lagi.
Moga
artikel kecil-kecilan, marhaen dan serba kekurangan ini, memberi munafaat
kepada para sahabat jamaah, insya”Allah.
Akhirul
kalam, Allahu Ta'ala tidak berhajatkan kepada sekutu~sekutu daripada apa jua
macam kesyirikan, Dia tidak sekali~kali menerima ibadah yang disekutui di
dalamnya dengan selain~Nya, tidaklah dianggap beriman sesiapa yang menyembah,
menjadikan gandingan, menjadikan setarafan terhadap Allah Ta'ala dengan sesuatu
selain~Nya. Dan, sesunggohnya syirk dosa tidak terampunkan.
والله تعالى أعلم
, وصلى
الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله
وأصحابه أجمعين.
Yang
benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari
saya yang amat faqir dan dhoif ini.
سكيان
, والسلام
Langgan:
Catatan (Atom)




