Selasa, 13 Jun 2017
Dasar Islam : Haram Menghina Agama Lain
بسم الله
الرحمن الرحيم
السلام عليكم
و رحمة الله و بركاته
وبعد , يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي
رب إشرح لي صدري و
Segala
puji bagi Allah Swt., Pencipta sekelian alam. Salawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait,
SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta
orang-orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma
ba'du.
Saya
mendoakan agar Allah Swt. sentiasa menerima semua amalan kita seterusnya
melimpahkan segala rahmat dan keampunan-Nya di hari dan bulan yang mulia ini,
Insya’Allah. Juga saya memohon perlindungan, rahmat dan bimbingan dari Allah
Swt. dari sebarang kesilapan dalam menuliskan nukilan ini.
Para sahabat jamaah yang dikasihi, pilihlah jalan kebenaran agar redho
Allahu Ta’ala senantiasa menaungi hidup kita.
Dasar Islam : Haram Menghina Agama Lain
Tidak hairan sama sekali adanya
segala macam bahasa kasar, hinaan, kejian, kesat, celupar, cacimaki terhadap
Islam, Nabi Muhammad Saw. dan ummatnya. Lantaran, dalam jiwa para kafiriin
memang tidak pernah berhenti rasa amat benci dan hasad terhadap Islam dan
ummatnya.
Yaqinlah, bahawa semua yang sedang
berlagak baik dan berkata indah dihadapan kita selama ini pon, tidak lebih dari
hanya menanam tebu ditepi bibir semata.
Bukanlah tujuan kalam ini mahu
menghasut, tetapi seqadar mahu memberi peringatan supaya sentiasa berwaspada
dengan strategi dan da'yah para kafiriin ini yang penoh kemunafiqan dan
bermuka-muka.
Ummat Muslimin, seharusnya sedia
mafhum dan ma'lum, perihal persepsi, penolakan dan penghinaan sebegini bukanlah
hal pelik. Malah tidak sepatutnya kita menjadi dungu kehairanan seumpama kali
pertama melihat makhluq asing dari dunia lain.
Disebalik segala macam kejian,
hinaan, kedengkian dan cacimaki itu, Islam mempunyai garis dasar tersendiri
tersendiri terhadap agama, kepercayaan, ritual dan adat kehidupan mereka.
Insya'Allah! mari kita fahami supaya tidak tersilap.
Firman Allahu Ta'ala :
وَلاَ تَسُبُّوْا الَّذِيْنَ يَدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِ اللهِ
فَيَسُبُّوْا اللهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ
"Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang
mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah
secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan .... "
Surah Al-An'am (6) : 108
Imam Ismail bin Umar dalam Tafsiirul
Qur'aanil Adziim, jilid 3 hal. 272 mengatakan :
Maka Allah Swt. menurunkan ayat ke
108 surah Al An'aam, melarang rosul-Nya dan orang-orang yang beriman mencaci
sesembahan qaum musyrikin, sekali pon cacian itu mengandung kemaslahatan,
kerana hal itu menimbulkan kerosakan yang lebih besar berbanding kemaslahatan
itu sendiri, yaitu balasan orang musyrikin ke atas tuhan orang-orang Mu'min,
padahal Allahu Ta'ala adalah "Rabb, yang tiada ilah (yang berhak
diibadahi) selain Dia". Dan larangan itu menjadi dasar Islam selamanya.
Syaikh Muhammad Ali As-Sobuni dalam
tafsirnya Sofwatul Tafaasir, jilid 1 hal. 410 berkata :
“Dan janganlah kamu mencela
sembahan-sembahan orang musyrikin dan berhala-berhala mereka, maka mereka kelak
akan membalasnya dengan celaan kepada Allah dalam keadaan jahil dan akan
bersifat melampau disebabkan mereka tidak mengetahui kebesaran Allah Swt.
Ibnu Abbas berkata : orang-orang
musyrikin Makkah berkata kepada Nabi Muhammad Saw. ; “Berhentilah daripada
menghina tuhan-tuhan kami atau pon kami akan menghina Tuhan kamu”. Maka Allah
menurunkan larangan-Nya ini.
Prof. Wahbah Az-Zuhaili rhm. berkata
dalam tafsirnya Al-Munir, jilid 7, hal. 327 :
“Ulama’ berkata bahawa hukum ayat
ini kekal yaitu larangan menghina segala kebesaran agama mereka seperti salib,
sembahan mereka, tempat ibadat mereka, dan jangan terdedah melakukan perbuatan
tersebut kerana ianya seolah-olah menggalakkan ma'siyat iaitu penghinaan kepada
Allah dan rosul-Nya”.
Justeru, pesanan kepada diri saya
sendiri, para sahabat jamaah dan seluroh ummat Muslimin, sebarang katabalas
terhadap da'yah dan perangai buruk qaum musyrikin, seharusnya dibalas dengan
ilmu dan kecerdasan, jangan sampai meletakkan perasaan melepasi fikiran.
Semoga memberi kebaikan dan munafaat
والله تعالى أعلم
, وصلى
الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله
وأصحابه أجمعين.
Yang
benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari
saya yang amat faqir dan dhoif ini.
سكيان
, والسلام
eddzahir @ 38
tanah liat, bukit mertajam
Rabu, 7 Jun 2017
Coretan Hati : Ulama Yang Sebenar
بسم الله
الرحمن الرحيم
السلام عليكم
و رحمة الله و بركاته
وبعد , يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي
رب إشرح لي صدري و
Segala
puji bagi Allahu Ta’ala, Pencipta sekalian alam. Salawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait,
Sahabatnya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta
orang-orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma
ba'du.
Saya
mendoakan agar Allahu Ta’ala sentiasa menerima semua amalan kita seterusnya
melimpahkan segala rahmat dan keampunan-Nya di hari dan bulan yang mulia ini,
Insya’Allah. Juga saya memohon perlindungan, rahmat dan bimbingan dari Allah
Swt. dari sebarang kesilapan dalam menuliskan nukilan ini.
Para sahabat jamaah yang dikasihi, pilihlah jalan kebenaran agar redho
Allahu Ta’ala senantiasa mengiringi hidup kita, dan kita dimenangkan dari dunia
sampai akhirat..
Ulama' : Yang Sebenar
Ulama' yang sebenarnya ulama', dia
tidak akan mengaku dan tidak akan sekali-kali merasai dirinya ulama', namun
senang menerima kebenaran
Mereka boleh menerima kebenaran
dengan sesiapa sahaja,
Apabila mereka tahu dan terbukti,
itu adalah kebenaran,
Begitulah juga, orang cerdik pandai,
dia tidak akan sekali-kali merasa pandai, akan tetapi sedia boleh menerima
kebenaran waima dengan sesiapa sahaja,
Yang susah itu, yang bukannya
ulama', namun pada mereka-mereka yang merasa dirinya ulama', egonya besar
Lalu payahlah mereka hendak menerima
kebenaran, sekali pon mereka tahu itu adalah kebenaran, kalau kebenaran itu,
bukan dari kelompok mereka
Begitulah juga, cerdik pandai yang
merasa dirinya serba pandai, payah menerima kebenaran, kalau bukan dari mereka
datangnya kebenaran itu
Orang yang semacam ini, senantiasa
ada di dalam sebuah jamaah atau masyarakat,
Susah jamaah dibuatnya, rosak ummat
dibuatnya
Hendak dikedepankan, mereka
menendang, hendak dibelakangkan mereka menanduk Kelebihan orang, hasad
dengki pula yang datang
Silap sedikit orang, di masa itulah
mereka mengambil peluang menjatuhkan
atau mencerca orang, mencaci maki,
menghina, menista
Begitulah, jika taqwa tidak ada pada
sesaorang, lebih-lebih lagi pada ulama' dan cerdik pandai
Itulah dia, di antara penyakit di
dalam jamaah ummat Islam, masa kini
Organisasi ummat Islam di akhir
zaman
Makin ramai ahli jamaah, semakin
banyak masalah
Semakin ramai anggota jamaah,
semakin lemah
Lagi banyak bertambah-tambah, lagi
berpecah
Akibatnya, apa sahaja kemajuan
hendak dicetuskan, banyak sangat halangan
Maka, halangan itu daripada dalam,
bukan daripada luaran, amat menyedihkan
Kadang-kadang, orang yang bodoh,
lebih mudah didisiplinkan dan mudah berqurban
Justeru, penyakit ummat adalah
daripada ulama', yang bukan selayaknya ulama'
dan cerdik pandai yang merasa serba bijak,
tapi haqiqinya merosak
Akhirnya, apa yang terjadi, ramai
itu membawa kelemahan, bukan kekuatan, banyak itu membawa perpecahan, bukan
kesatuan
Maka, terjadilah seperti pepatah
yang mengatakan : ibarat buih di laut, yang menggunung besarnya
Akan tetapi, lidi penyapu saja yang
jatuh ke atasnya, cukup ia pecah berkecai
Begitulah, nasib ummat Islam di hari
ini
Bilangan mereka ramai, tapi lemah,
macam buih di laut
Dek penyakit cintakan dunia, mencari
redho manusia, penyakit ego, disalut hasad dan takabbur, dari kalangan merasa
ulama' dan cerdik pandai
Sedikit catatan dinihari ....
kala sujud menginsafi diri
والله تعالى أعلم
, وصلى
الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله
وأصحابه أجمعين.
Yang
benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari
saya yang amat faqir dan dhoif ini.
سكيان
, والسلام
eddzahir @ 38
tanah liat, bukit mertajam
Penghasad Dengki dan Perosak : Dalam Wajah Yang Baik-Baik
بسم الله
الرحمن الرحيم
السلام عليكم
و رحمة الله و بركاته
وبعد , يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي
رب إشرح لي صدري و
Segala
puji bagi Allah Swt., Pencipta sekelian alam. Salawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait,
SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta
orang-orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma
ba'du.
Saya
mendoakan agar Allah Swt. sentiasa menerima semua amalan kita seterusnya
melimpahkan segala rahmat dan keampunan-Nya di hari dan bulan yang mulia ini,
Insya’Allah. Juga saya memohon perlindungan, rahmat dan bimbingan dari Allah
Swt. dari sebarang kesilapan dalam menuliskan nukilan ini.
Para sahabat jamaah yang dikasihi, pilihlah jalan kebaikan agar redho
Allahu Ta’ala senantiasa mengiringi hidup kita.
Penghasad Dengki dan Perosak : Dalam Wajah Yang Baik-Baik
Sedikit catatan kuliyah di Surau
Syaikh Yusof, Ayer Itam, Pulau Pinang, seusai solat Maghrib, pada hari Rabu, 5
April 2017
Sejarah anak-anak Nabi Ya'qub ahs.
yang cuba membunuh adik bongsu mereka, Nabi Yusuf ahs. Sejarah tersebut sebagai
peringatan betapa bangsa Yahudi Bani Israel serta para manusia pengekor mereka
sehingga kini, amat mahir dalam pembikinan plot fitnah, menipu dan
sabotaj.
Ia juga merupakan kisah yang
mengajar kita akan qa'idah bagaimana menangani fitnah. Juga sebagai 'ibrah
untuk kita sentiasa waspada dengan golongan penghasad dengki dan perosak yang
senantiasa ada dalam kalangan kita.
Malah, paling utama, sejarah ini
mengajar supaya kita dapat menolak sikap-sikap perosak, dari terlekat dalam
diri kita sendiri.
Benar sunggoh Al Qur’an adalah “Al
Bayan, Al Hudaan dan Al Furqan” kepada manusia yang beriman, kisah yang berlaku
sekitar 4000 tahun dahulu, ‘ibrah dan kebaikannya kekal berterusan sehingga
kini.
* Puncanya : Hasad Dengki.
Punca utama budaya fitnah adalah
kerana hasad dengki yang meluap-luap. Iri hati dengan ni'mat dan kelebihan yang
ada pada orang lain. Yang lebih dahsyat adalah, dengki dengan orang yang
mempunyai hubungan dekat. Dalam kisah Nabi Yusuf, abang-abang Nabi Yusuf dengki
terhadap Nabi Yusuf kerana dirasakan Baginda lebih disayangi oleh bapa mereka,
Nabi Ya'qub.
"Sesungguhnya
Yusuf dan saudaranya (Bunyamin) lebih disayangi oleh bapa kita lebih dari kita.
Sedangkan kita lebih kuat"
Surah Yusuf : ayat 8
Mereka satu keluarga, sedarah
daging, sesama Islam. Tetapi berpenyakit iri hati tajaan syaithon yang amat
kronik.
* Kondisi Hasad Dengki Yang Amat Parah
Jiwa yang kotor dan rosak disebabkan
oleh hasad dengki dan mengikut nafsu syaithon, sehingga tergamak menudoh ayah
sendiri ya'ni saorang nabi Allah, sebagai bertindak tidak adil, pilih kasih dan
tua renta tak berguna. Selain itu, inilah sifat nifaq, yang sendiri mempunyai
masalah akan tetapi dihalakan, ditudoh juga disabitkan kepada orang lain.
"Sesunggohnya
ayah kita dalam kekeliruan yang nyata".
Surah Yusuf : ayat 8
* Iri Hati Yang Meluap-Luap Sehingga Menolak Kebenaran
Kelebihan nabi Yusuf adalah atas
kapasitinya saorang nabi yang dianugerahkan langsung oleh Allahu Ta'ala
kepadanya, bukannya atas sebab pilih kasih atau ketidakadilan kasih sayang yang
dibuat-buat oleh nabi Ya'qub. Inilah kebenaran dari Allahu Ta’ala yang
dimomokkan dan dan ditolak.
".. demikianlah
Tuhanmu, memilih kamu (menjadi nabi) dan diajarkan-Nya kepada kamu sebahagian
daripada ta'bir mimpi-mimpi dan disempurnakan-Nya ni'mat-Nya kepadamu ...
Surah Yusuf : ayat 6
* Menganggap Semuanya Persaingan
Hubungan darah yang sepatutnya
terjalin dengan penuh perkongsian kasih sayang dan mencintai, tiba-tiba
dijadikan sebagai persaingan sesame sendiri, bagi merebut perhatian hingga
meragut keharmonian, malah dijadikan asbab untuk berbuat kejahatan. Kita boleh
memilih samada mahu saling kuat menguat atau sengaja mencipta persaingan atas
rasa dengki. Inilah rupa paras penyakit hati yang masih kekal sehingga kini.
"Sesungguhnya
Yusuf dan saudaranya (Bunyamin) lebih disayangi oleh bapa kita lebih dari kita.
Sedangkan kita lebih kuat"
Surah Yusuf : ayat 8
* Membunuh Nyawa Atau Bunuh Karektor.
Abang-abang Nabi Yusuf (dengan
hasutan syaithon) mengemukakan dua pilihan plan komplot ke atas Nabi Yusuf.
Sama ada, membunuh nyawa atau bunuh karektor. Mereka memilih bunuh karektor Nabi
Yusuf dengan mencampakkannya ke dalam perigi supaya identiti Nabi Yusuf lenyap.
Yang dengan melakukan itu, mereka berharap merekalah yang nanti mendapat
perhatian, sesudah Nabi Yusuf tiada.
"Bunuhlah Yusuf
atau buanglah dia ke suatu daerah supaya bapa kalian kembali memberi perhatian
kepada kalian"
Surah Yusuf : ayat 9
* Basuh Dosa Sabotaj/Makar Dengan Amal Solih Sesudahnya
Pelaku komplot jahat kebiasaannya akan
memujuk hati, meredakan rasa bersalah mereka dengan janji untuk berbuat amal
ibadat sesudah itu. Kononnya susulan ibadat mereka dapat menampung dosa
kejahatan mereka yang suka menfitnah dan tikam belakang itu. Inilah bentuk
fahaman amat jahat.
"Dan sesudah itu
(membuang Nabi Yusuf) hendaklah kamu menjadi orang-orang solih"
Surah Yusuf : ayat 9
Ini penyakit bawaan syaithon yang
masih berleluasa dari dahulu sehingga sekarang. Tak pernah kurang pon dalam
kalangan kita sendiri : "buat ja dulu, ujung-ujung nanti kita bertaubat
lah". Ini benar-benar fahaman ajaran syaithon.
* Tudohan dan Prasangka Kononnya Orang Lain Pula Yang Bersangka
Buruk.
Bagi membentengi dakwaan jahat serta
memaksa orang lain, agar bersetuju dengan fitnah mereka, pelaku fitnah ini akan
melemparkan tudohan kononnya, sesiapa jua yang tidak percaya kepada pembohongan
mereka adalah di kalangan orang yang suka bersangka buruk terhadap mereka.
Lihatlah kalam-kalam mereka yang jahat ini terhadap ayahanda mereka sendiri,
"Wahai ayah kami,
apa sebabnya kamu sukar mempercayai kami?"
Surah Yusuf : ayat 11
* Pandai Berpura-Pura dan Tunjuk Baik
Abang-abang Nabi Yusuf
mengulang-ulang da'waan bahawa bapa mereka, Nabi Ya'qub suka bersangka buruk
terhadap mereka. Inilah kalam yang dijaja sana sini ditengah masyarakat, sedangkan
rasa curiga itu datang dari dalam diri mereka sendiri.
"Ayah sama sekali
tidak akan percaya dengan kami sekali pon kami adalah orang-orang yang
benar"
Surah Yusuf : ayat 17
* Mahir Berlakon Mohon Simpati atau Sokongan
Penfitnah dan pengkhianat tegar
mesti mempunyai bakat berlakon yang luar biasa. Kemahiran ini penting demi
mempersembahkan perancangan mereka dengan jayanya. Mereka boleh saja bermuka-muka
dan tidak kelu lidah ketika menipu. Paara penghasad ini memangnya tidak tahu
malu, malah sedikit pon rasa segan silu kepada Allahu Ta’ala Yang Maha
Mengetahui apatah lagi terhadap manusia. Yang penting segala hasrat mereka mahu
dicapai dengan cara apa pon.
"Kemudian mereka
datang kepada bapa mereka pada waktu malam dalam keadaan menangis"
Surah Yusuf : ayat 16
Bayangkan mereka yang mengkhianati
dan menganiaya Nabi Yusuf, tapi mereka pula yang menangis kesedihan demi
menunjuk kekesalan. Mereka kelihatan cukup baik lagi penyayang. Haqiqatnya
berhati bangsat sunggoh.
* Sangat Pandai Bermuka-Muka Tunjuk Baik
Para perosak ini amat pandai menunjuk
baik dan bagus dihadapan orang. Bahasa pon sangat lunak dan penoh pujuk rayu.
Sedangkan semua itu, tiada lain supaya segala macam hasrat jahat mereka mahu
ditutup. Inilah sifat nifaq yang amat tinggi martabatnya.
".. sesunggohnya
kami adalah orang-orang yang mengingini kebaikan baginya".
Surah Yusuf : ayat 11
"... sesunggohnya
kami pasti menjaganya".
Surah Yusuf : ayat 12
Justeru, berhati-hatilah dengan
kalam-kalam pendusta dan perosak, jangan sekali-kali cepat percaya sekali pon
sedap dan enak didengar. Mereka-mereka ini amat pandai merayu, merintih dengan
kalam mendayu dan indah-indah, mitsalnya kalam sebahagian orang politik.
Peringatan kepada diri-diri kita, janganlah terpedaya dengan kalam-kalam palsu
mereka ini.
* Pandai Merekacipta Bukti Palsu
Da'waan mereka ini bukan pula dengan
tangan kosong. Bahkan beserta bukti-bukti kononnya! Kalau pon semua itu bukti
palsu dan bathil semata. Dan ini perangai tak asing pon dalam kalangan kita
sekarang. Berapa ramai yang tergamak membuat cerita palsu, mereka cipta bukti
palsu, sumpah palsu, janji palsu ……
"Mereka datang
membawa baju (Yusuf) dengan berlumuran darah palsu"
Surah Yusuf : ayat 18
Dalam plot tersebut, abang-abang
Nabi Yusuf telah memangsakan serigala sebagai tertudoh untuk dipersalahkan. Serta
mengorbankan kambing yang langsung tiada kaitan dengan konflik mereka, untuk
diambil darahnya, dipalitkan ke gamis nabi Yusuf bagi dijadikan bukti palsu
kononnya Nabi Yusuf telah terbunuh.
Dalam plot fitnah sebegini, pasti
akan ada yang menjadi mangsa walau pon pada asalnya tiada kaitan. Begitulah
serigala dan kambing, yang dikambing hitamkan.
* Tuntutan Sentiasa Bijaksana Dan Adil
Seharusnya kita mengambil I’tibar
dan mengikuti sikap saorang nabi dalam menghadapi suasan fitnah yang
menjadi-jadi ini. Seorang Nabi mempunyai sifat bijaksana. Mampu rasional dalam
menilai dan bertindak. Antara sikap Nabi Ya'qub dalam menghadapi situasi
sebegini adalah :
1. Berhati-hati dengan sikap yang
mencurigakan. Berwaspada adalah hikmah.
" ...
sesunggohnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkan aku dan aku khawatir
kalau-kalau dia dimakan serigala, sedang kamu lengah daripadanya".
Surah Yusuf : ayat 13
2. Mampu membezakan antara bukti
benar dan bukti palsu. Nabi Ya'qub menilai bahawa bukti baju Nabi Yusuf itu
palsu kerana tidak logik ia diterkam serigala tetapi tidak koyak.
".... sebenarnya
dirimu sendirilah yang memandang baik perbuatan (yang burok) itu ..."
Surah Yusuf : ayat 18
Zaman sekarang masing-masing
menda'wa ada bukti, malah yang bathil dan palsu itulah yang terhegeh-hegeh
lebih digembar-gemborkan. Kita perlu ingat, ada bukti benar dan ada bukti
palsu. Tanpa kembali ke jalan Allah dan Rosul-Nya, sukar untuk kita meletakkan
keadilan dalam memilih yang mana haq yang mana bathil.
3. Mengambil sikap sabar, yaqin satu
hari kelak Allahu Ta'ala pasti akan menyingkap kebenaran.
"Maka kesabaran
yang baik itulah (kesabaranku), dan Allah sajalah yang dimohon pertolongan-Nya
terhadap apa yang kamu ceritakan"
Surah Yusuf : ayat 18
Demikianlah yang diajar, serahlah
dan tawakkkal kepada Allahu Ta’ala supaya kebenaran akhirnya tertegak dan
kebathilan dilupuskan. Tanpa rasa kecenderungan dan pasrah kepada Allahu
Ta’ala, kita akan hanya terbelit dalam hawa nafsu dan takkan dapat memberikan
keadilan yang haqiqi.
Khatimah
Mungkin saja ada orang-orang
dikelilingan kita, yang mewarisi sikap dan kemahiran abang-abang Nabi Yusuf
dalam melakukan onar, pembelit, penghasad dengki, perosak dan penipu, mempunyai
pertalian darah dengan Yahudi al-Maghdub.
Kalau tidak pon, memang kita kena sangat
berhati-hati dengan golongan perosak ini, jauhi dan tinggalkan mereka, sebelom
kita pula yang menjadi mangsa.
Semoga Allahu Ta'ala pelihara kita
semua.
insya'Allah, berjumpa lagi dalam
kuliyah yang lain. Semoga saya sempat lagi menulis catatan.
والله تعالى أعلم
, وصلى
الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله
وأصحابه أجمعين.
Yang
benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari
saya yang amat faqir dan dhoif ini.
سكيان
, والسلام
eddzahir @ 38
tanah liat, bukit mertajam
Selasa, 2 Mei 2017
Sahabat Pon Buat Bid'ah ???
On Wednesday, February 15, 2017 03:49 AM, wrote :
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Lama dah saya nak tanya, betul ka bid’ah boleh dibuat, tak salah pun. Ada ustad mai ceramah kat masjid bagi tahu para sahabat pun buat bid’ah, tapi nabi tak larang, jadi bid’ah tak salah. Dia sebut solat sunat wuduk adalah bid’ah yang sahabat buat dan tak salah.
Saya nak mohon penjelasan dari ustad, betul ka apa yang dikata ni.
Setakat ni dulu ustad, banyak banyak cerita pun buat serabut saja, in shaa Allah
والسلام
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Segala puji bagi Allah Swt., Pencipta sekelian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait, SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta orang-orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma ba'du.
Saya mendoakan agar Allah Swt. sentiasa menerima semua amalan kita seterusnya melimpahkan segala rahmat dan keampunan-Nya di hari dan bulan yang mulia ini, Insya’Allah. Juga saya memohon perlindungan, rahmat dan bimbingan dari Allah Swt. dari sebarang kesilapan dalam menuliskan nukilan ini.
Pertamanya, saya mohon maaf kerana lewat membalas. Jawaban secara ringkas sahaja.
Adalah benar yang solat sunnat wudhu’ dbuat mula oleh Sahabat ya’ni Bilal bin Rabah Rhu. namun menyangka dan mengistinbatkan ia adalah suatu bid’ah yang dihalalkan adalah silap besar lagi bathil sama sekali.
Saya berikan sedikit rincian dalil/nas pensyari’atan solat tersebut, berikut :
Dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah Saw. bertanya kepada Bilal pada waqtu solat Subuh :
“Hai Bilal..! Ceritakanlah kepadaku, amal apakah yang telah engkau lakukan dalam Islam sehingga aku mendengar derap bunyi sandalmu di syurga?”
Bilal menjawab : Aku tidak melakukan sesuatu amalan yang aku sangat harapkan pahalanya melainkan daripada kalau aku habis bersuci (wudhu’) pada waqtu malam atau pon siang, kecuali aku tentu bersolat dengan kesucianku (wudhu’) itu, sebagaimana yang disarankan kepadaku untuk melakukan Solat Sunat Wudhuk’.”
Hadits Muttafaqun ‘alaih
Lihatlah, pertanyaan Nabi Saw. membawa maqsud yang Baginda sendiri pon tidak tahu apa yang dibuat oleh Bilal, sehingga Bilal memberitahu bahawa dia ada melakukan solat 2 rokaat setiap kali selepas berwudhu’, yang dikenali sebagai Solat Sunnat Wudhu’. Justeru memberitahu yang haqiqi sememangnya Bilal bin Rabah adalah pemula kepada solat sunnat tersebut.
Bilal bin Rabah telah melakukan bid’ah?? Ini merupakan tanggapan amat dangkal malah menjengkelkan. Ia berupa suatu tudohan palsu, sangkaan jahat dan amat dzalim yang tiada taranya terhadap peribadi mulia dan luhur dalam beragama para Sahabat Baginda khasnya Bilal bin Rabah Rhu. yang merupakan golongan para ‘as saabiquna awwaluun’ dan “rodhiyallahu ‘anhum wa rodhi ‘an”.
Apakah jenis tuduhan dan kedzaliman terhadap Bilal bin Rabah, bahawa dia telah melakukan bid’ah sedangkan beliau adalah salah seorang saksi mata dan telinga terhadap sabdaan junjungan mulia kita yang berbunyi “tiap-tiap bid’ah itu sesat”. Apakah jenis penghinaan dan cacian terhadap beliau, sosok kesayangan Nabi ini.
Apakah jenis manusia yang begitu tergamak menda’wa bathil dan palsu bahawa Bilal bin Rabah telah mencipta suatu bid’ah sedangkan beliau, tentu-tentunya termasuk dalam golongan ummat yang paling mulia dan tersanjung dalam Islam ya’ni para sahabat, yang sifat dan pendirian mereka sangat jelas dan pasti : “sami’na wa atho’na” tanpa sedikit pon keraguan, bantahan atau bangkangan ke atas apa-apa jua Kalamullah dan sabdaan rasul-Nya biar pon sebesar zarah, biar pon sekelumit.
Na’uzubillahi min zaalik, moga Allahu Ta’ala tunjukkan jalan kebenaran kepada para penghasad, pencemar kemuliaan para sahabat, penyebar kebathilan dan fitnah ini.
Moga Allah ‘Azzawajalla membuka pekung di dada dan matahati hitam mereka ini, supaya dapat mereka mengenal apa itu sunnah, apa itu bid’ah. Supaya otak-otak karat mereka dapat bertukar dari belenggu kegelapan belitan syaithon kepada kecerahan cahaya syari’at-Nya.
Kebenarannya, apa yang dilakukan oleh Bilal bin Rabah adalah suatu sunnah ya’ni Sunnah Taqririyah (diam, setuju, perakuan) oleh Nabi Saw. seterusnya menjadikan ianya bukanlah bid’ah sepertimana yang Baginda haramkan. Lantaran, jika Baginda tidak bersetuju dengan perbuatan Bilal itu, barang tentu Baginda akan menegah/melarangnya pada masa itu juga, dan pasti juga sahabat yang mulia Bilal bin Rabah akan menghentikan pada masa itu juga.
Entah apa yang telah terjadi dalam diri-diri mereka ini, yang mengaku dan berasa serba serbi pandai dalam agama, dikelek orang ke sana sini, yang dipuja puji, malah ada yang cakap-cakapnya saja pon ditelan bulat-bulat, tanpa diperhalusi ditabayyun barang sedikit pon, walhal antara sunnah dan bid’ah yang antara langit dan bumi bezanya, pon tidak dikenal. Subhanallah, sunggoh buta mata hati.
Terbukti, ini adalah sunnah taqriri Nabi Saw. bukannya bid’ah. Justeru, selepasnya Baginda ada mengatakan dalam suatu hadits lain ;
Menurut Humran pembantu ‘Utsman bin ‘Affan Rhu., ‘Utsman pernah menceritakan bahawa Rasulullah Saw. bersabda :
Barangsiapa berwudhu’ sepertimana wudhu’ku ini lalu mengerjakan solat dua rokaat, yang pada solatnya dia tidak berbicara pada dirinya sendiri (ya’ni mengerjakannya dengan khusyu’) nescaya Allah akan memberikan ampunan kepadanya atas dosa-dosanya yang lampau.
Riwayat Imam Bukhori Rhm. Kitab al Wudhu’, no: 159
Lalu, setelah terbukti yang Nabi Saw. telah memberikan taqrirnya ya’ni membenarkan Solat Sunnat Wudhu’ itu, bid’ah apa lagi yang dibuat oleh Bilal bin Rabah ??? atau, terlalu kelamkah matahati dan aqal, sehingga sunnah dan bid’ah pon tidak dikenal. Na’uzubillahi min zaalik.
Malah ingin sekali saya sebutkan, mereka-mereka yang menjaja dan menyebarkan fahaman bathil dan menghina kemuliaan sahabat ini, tidak lain adalah golongan yang mahu memperalatkan alasan “bida’ah oleh sahabat” ini, untuk menghalalkan apa saja yang mereka rekaciptakan dalam ibadah, apa-apa yang umum yang mereka khususkan juga apa–apa yang tiada yang mereka ada-adakan.
Memang sesunggohnya itulah maqsud mereka, dan kerana itulah mereka tanpa segan silu, tanpa sedikit pon rasa takut kepada Allahu Ta’ala dan rosul-Nya, memperalatkan golongan mulia dan ahli syurga ini, dengan cara amat jijik dan bathil, untuk mencapai hasrat kebejatan mereka.
Dari satu sisi lain, jikalau jahat sunggohlah si Bilal bin Rabah ini sehingga berbuat bid’ah, hal yang terang-terangan ditolak oleh Nabi Saw., namun tetap jua dalam kes beliau, Nabi Saw. ada disisinya dan telah menetapkan keputusannya (taqrirnya). Dan apa-apa yang ditetapkan oleh Junjungan Mulia Nabi Saw. itulah haqiqinya yang dipegang dan dipanuti oleh seluruh ummat Muslimin dan Mu’minin. Bulat kata Baginda, bulatlah kata seluruh ummat Muslimin dan Mu’minin, lantaran yang diikut patuhi itu adalah taqrirnya Baginda, bukannya kata sesiapa pon selain Baginda.
Tapi, mereka-mereka para perekacipta ibadah dan penokok tambah dalam syari’at yang telah lengkap sempurna ini, siapakah pula yang memberikan taqrir ??? kata-kata siapakah pula yang mereka nabikan ??? tepuklah dada, tanyalah iman.
Setakat itu yang dapat saya bantu. Benar sunggoh, malu bertanya sesat jalan.
والله تعالى أعلم , وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه أجمعين.
Yang benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari saya yang amat faqir dan dhoif ini.
سكيان , والسلام
eddzahir@38
tanah liat
bukit mertajam
Read more...

Wahai Saudaraku - Kita Hanya Hamba Allah
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Segala puji bagi Allah Swt., Pencipta sekalian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait, para Sahabatnya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta orang-orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma ba'du.
Saya mendoakan agar Allah Swt. sentiasa menerima semua amalan kita seterusnya melimpahkan segala rahmat dan keampunan-Nya di hari dan bulan yang mulia ini, Insya’Allah. Juga saya memohon perlindungan, rahmat dan bimbingan dari Allah Swt. dari sebarang kesilapan dalam menuliskan nukilan ini.
Para sahabat jamaah yang dihormati, moga rahmat Allahu Ta’ala senantiasa mengiringi hidup kita,
Sungguh Allahu Ta’ala telah mengkhabarkan pesanan buat kita lewat Kalam Agung-Nya, Al Qur’an :
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah aku”.
Surah Adz Dzaariyat, 51 : ayat 56
Dan lewat Kalam-Nya juga, Allahu Ta’ala telah berfirman :
“Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar. Dan Dia menciptakan jin dari nyala api. Maka ni’mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?.
Surah Ar Rahman, 55 : ayat 14, 15 dan 16
Wahai saudaraku,
Cuba perhatikan siapa yang menciptakan langit sebagai bumbungan dan bumi sebagai hamparan? Yang menciptakan laut yang bergelombang? Yang menciptakan tetumbuhan? Yang menciptakan makanan? Yang menciptakan sekalian alam dan segala isi kandungannya. Bahkan siapakah pula yang menciptakan diri-diri kita ini? Berpasangan? Berkehidupan?
Pasti dan tentu sekali, Dia-lah Allahu Ta’ala. Dia-lah Yang Maha Kuasa, Maha Pencipta, Maha Kaya dan Maha Dermawan. Allah Subhaanahu Wa Ta’ala menciptakan tiap-tiap sesuatu kerana adanya hikmah. Sungguh manusia diciptakan tidak mungkin diciptakan sia-sia begitu saja.
Allahu Ta’ala berfirman :
“apakah kalian mengira bahawa Kami menciptakan kalian itu dengan sia-sia? Dan apakah kalian mengira bahawa kalian tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
Surah Al Mu’minun, 23 : ayat 115
Kalamullah itu jelas dan nyata, manusia tidak sekali kali diciptakan hanya sia-sia begitu sahaja, melainkan kerana ada hak dan fungsi yang perlu dijalankan. Dan akhirnya, kepada Allah jualah manusia dikembalikan.
Wahai saudaraku,
Sedarikah anda bahawa kita ini tidak lain hanyalah hamba kepada Allahu Ta’ala. Bahawa kita ini adalah saorang budak, saorang ‘abdun kepada-Nya semata. Kita inilah yang sangat memerlukan kepada ni’mat, kurnia dan rizqi Allah.
Pernahkah kita berkata : “saya tidak perlu kepada ni’mat Allah”, barang sekejap mata? Pernahkah kita berkata : “saya tidak perlu kepada nikmat Allah dan kurnia-Nya”, walaupun hanya sedetik? Sementara kurniaan-Nya : udara yang terus kita hirup, air terus kita minum, makanan terus kita hadam, setiap hari, setiap detik, setiap ketika.
Bayangkan apa jadinya jika kita tidak lagi dapat menghirup udara! Bayangkan jika Allahu Ta’ala jadikan alam kering kontang tak ada yang dapat diminum! Bayangkan apa jadinya bila Allahu Ta’ala tahan air hujan sehinggakan kita tidak dapat merasakan banyak keni’matan! Bayangkan apabila Allahu Ta’ala menghentikan buah-buahan dari tumbuh dan berkembang!
Wahai saudaraku,
Semoga Allah memuliakanmu, sedarlah bahawa kita ini adalah hamba Allah Subhaanahu Wa Ta’ala.
Tanyakan pada diri kita, apakah kita lebih suka menjadi hamba Allah atau menjadi hamba hawa nafsu? Atau kita lebih suka menjadi hamba dinar, harta, takhta atau hamba manusia? Sedangkan jelas ternyata semua itu tidak dapat memberikan sedikit pun munafaat dan mudhorat (tanpa izin Allah), tidak juga dapat memberikan pahala dan siksa (tanpa izin Allah).
Wahai saudaraku,
Kita diciptakan oleh Allah dalam bentuk yang paling sempurna. Allah Ta’ala telah menegaskan lewat Kalam-Nya :
“Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya bagus”
Surah At Tiin, 95 : ayat 4
Akan tetapi, pada ketika kita lupa bahawa kita adalah hamba, bahawa kita adalah makhluq yang diciptakan oleh Allah Ta’ala untuk tunduk patuh menyembah-Nya, maka kita ciptaan yang mulia ini, menjadi amat rendah darjat martabatnya. Oleh kerana itu, setelahnya Allahu Ta’ala selanjutnya berfirman :
“kemudian Kami kembali dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka)”
Surah At Tiin, 95 : ayat 5
Akibat dari apa semua ini? Tidak lain akibat kita tidak sedar, lupa malah melalaikan bahawa kita adalah hamba Allah Subhaanahu Wa Ta’ala semata.
Wahai saudaraku, semoga Allah memuliakanmu.
Betapa kita harus menyedari bahawa kita adalah hamba Allah yang telah diberikan berbagai macam nikmat. Tidak ada yang dapat disombongkan dari kita. Kita serba lemah. Harta yang kita miliki, kedudukan yang kita tempati, ketampanan yang kita miliki, semuanya diberikan oleh Allah. Jadi untuk apa kita sombong? Malah semua itu suatu tanggungan dan pertanggungjawaban, akan di soal oleh Allah kelak.
Allah Rabbul Izzati wal Jalalah, menyebut hamba-hamba-Nya dengan pemuliaan. Allahu Ta’ala berfirman :
“dan hamba-hamba Ar Rahman yang itu adalah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan”
Surah Al Furqan, 25 : ayat 63
Di sini, Allahu Ta’ala menisbatkan “hamba-hamba” dengan “Ar Rahman” yang menunjukkan pemuliaan. Justeru, kita tidak seharusnya ingin menjadi hamba harta, hamba kedudukan, hamba dunia.
Sabda Rasulullah Saw. : “celaka hambanya dinar, celaka hambanya dirham, celaka hambanya khamisah (sejenis baju)” Riwayat Al Bukhori)
Subhaanallah, tentu sekali kita tidak ingin, kita yang asal diciptakan sebagai hamba yang serba mulia ini, kemudian kita menjadi rendah harga kerana menghambakan diri-diri kita kepada makhluq.
Wahai suadaraku,
Kita hamba Allah, dan kita bangga dengan penghambaan kita kepada Allah, lantaran menghambakan diri kepada Allah adalah kemuliaan yang tiada taranya dengan apa pon. Kerana Allah-lah yang memiliki kemuliaan. Oleh kerana itu, Rasulullah Saw. ada bersabda : “perbanyaklah mengucapkan ‘yaa dzal jalaali wal ikram”
Riwayat at Tirmidzi (sohih)
Pasti sekali kita ingin mendapatkan keagungan, juga pasti sekali kita ingin mendapatkan kemuliaan, Maka ingatlah, keagungan dan kemuliaan itu milik Allah. Siapa yang memuliakan Allah, pasti Allah jadikan dia mulia di kalangan manusia. Siapa yang mengagungkan Allah, tentu Allah jadikan dia agung di hadapan manusia.
Lihatlah para Nabi, mereka agung dan mulia di mata manusia, kerana mereka memuliakan dan mengagungkan Allah. Lihatlah para Malaikat, mereka mulia di mata manusia. Lalu, siapa diantara kita yang tidak ingin disebut “kamu bagaikan malaikat!”. Saya yaqin kalau ada orang yang disebut “kamu bagaikan malaikat” dia akan tersanjung, dan berbunga bunga hatinya. Kerana dia tahu bahawa Malaikat adalah makhluq yang senantiasa taat kepada Allah Subhaanahu Wa Ta’ala.
Seballiknya, bagaimana jika kita dikatakan “kamu seperti iblis”, pastinya kita akan marah. Kenapa? Lantaran iblis dikenal sebagai puncak ma’siyat kepada Allah. Demikian jugalah orang-orang yang berma’siyat kepada Allah, yang tidak sedar bahawa dirinya adalah hamba. Yang dia pon sombong dari menjalankan perintah-perintah Allah. Maka Allah jadikan dia hina di hadapan manusia, Allah jadikan dia hina di hadapan seluruh makhluq.
Mana yang lebih kita sukai? Nanti pada hari qiyamat kita berkumpul dengan para Nabi dan orang-orang solih? Atau berkumpul dengan Fir’aun, Qarun dan Haman? Tentu kita akan berkata “saya ingin berkumpul dengan para Nabi”. Kenapa? Justeru kerana mereka orang-orang yang mentaati Allah, mengagungkan Allah dan memuliakan Allah.
Wahai saudaraku,
Apabila kita sebagai seorang hamba ingin mencari kemuliaan, muliakanlah Allah. Apabila kita sebagai seorang hamba ingin mencari keagungan, agungkanlah Allah. Kerana Allah-lah yang memiliki kemuliaan dan keagungan.
Sedarilah bahawa diri kita adalah seorang hamba. Makanya disebutkan dalam sebuah atsar, “semoga Allah merahmati seorang hamba, yang menyadari siapa dirinya”. Kita harus tahu diri, bahawa kita ini hamba Allah, diciptakan oleh Allah, diberi segala keni’matan oleh Allah, berarti tugas kita adalah bersyukur kepada Allah dan menyedari bahawa kita akan kembali kepada Allah. Kemudian pada hari itu, kita akan ditanya oleh Allah tentang amal perbuatan kita.
Kita diciptakan oleh Allah untuk tujuan yang agung yaitu ibadah. Maka mintalah pertolongan dari Allah agar kita dibantu memperbaiki ibadah kita kepada Allah. Makanya Rasulullah Saw. berdoa :
“Allahumma a’inni ‘ala zikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatika”
“Ya Allah! bantulah aku agar senantiasa berzikir kepada-Mu, mensyukuri nikmat-Mu dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu”
Riwayat Abu Daud dan Ibnu Hibban (sohih)
Rasulullah Saw. merasa bangga dengan dirinya sebagai hamba. Baginda bersabda : “Sesungguhnya aku ini adalah hamba. Maka katakanlah tentangku: hamba Allah dan Rasul-Nya” Riwayat Al Bukhori
Lihatlah, Rasulullah Saw. manusia agung, ma’sum dan mulia mengatakan : “aku ini adalah hamba”. Manusia yang paling tinggi darjatnya di sisi Allahu Ta’ala ini, ternyata dia tidak malu untuk menyatakan : “aku ini hamba Allah”.
Bahkan, para malaikat pun tidak merasa sombong untuk berkata bahawa mereka adalah hamba Allah. Kerana menjadi hamba Allah itu mulia. Sedangkan mereka yang mencari kedudukan duniawi dan kesedapan nafsu , mereka tidak sedar bahawa mereka sedang menghambakan diri kepada makhluq. Mereka tidak sedar bahawa mereka sedang menghambakan diri kepada harta benda. Mereka tidak sedar bahawa mereka sedang menghambakan diri kepada hawa nafsu.
Justeru, Allahu Ta’ala telah awal-awal lagi mengkhabarkan pesan-Nya :
“Sesungguhnya hawa nafsu selalu menyeret kepada keburukan”
Surah Yusuf, 12 : ayat 53
Maka saudaraku,
Sedarkan bahawa kita ini adalah hamba? Sabda Rasulullah Saw. : “siapa yang mengucapkan : Aku redho Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Nabi Muhammad Saw. sebagai Nabiku, maka ia wajib masuk ke dalam syurga”
Riwayat Muslim
Mulia sungguh jika kita menghambakan diri kepada Allah. Semakin kita berusaha menghambakan diri, kita akan semakin mendapatkan kesempurnaan di sisi-Nya.
Semoga peringatan yang sedikit ini mengingatkan diri kita, bahawa kita ini hamba, dan bahawa kewajiban kita adalah menghambakan diri kepada Allah dengan merealisasikan semua ibadah hanya kepada-Nya. Doa kita hanya kepada Allah, tawakkal kita hanya kepada Allah, harap kita kepada Allah, cinta dan benci kita kerana Allah, dan semua ibadah kita hanya kepada Allah semata. Allahu Ta’ala berfirman :
“Katakanlah, sesungguhnya solatku, sembelihanku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Rabbul ‘alamin”
Surah Al An’aam, 6 : ayat 162
Subhaanallah, itulah mereka hamba-hamba yang mulia. Maka jadikanlah kita mulia dengan menghambakan diri kepada Allah.
Langgan:
Catatan (Atom)