Selasa, 24 Disember 2013
Soal Jawab ibadah Korban (Siri 7)
On Wednesday, November 6, 2013 11:33 AM, cennoney mnoor wrote :
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Syukran la ustaz, baru dapat pencerahan, insyaAllah boleh la faham jugak. Niat baik untuk sedekah tu rasanya tiada masalah, cuma dok kaitkan pulak dengan masa korban dan buat korban, yang tu ada salah faham tu. Paling teruk yang dok ambik untung atas sedekah korban orang, tak bagus betoi la. Apa pun memang betul, ikut ja macam Nabi buat, takkan ada masalah, yang tak ikut macam Nabi tu la yang dok ada masalah.
Yang saya nih buat korban, takat buat kat sini saja la yang mampu, tu pun kongsi ramai-ramai.
On Wednesday, November 6, 2013 2:41 PM, ernest prtdi wrote :
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Saya setuju, nak buat ikut la macam Nabi suruh, atau bagi ja dalam bentulk sedekah pada waktu bila pun. Banyak sangat orang dok bunyi hal cari untung atas nama agama la nih. Korban dan sedekah luar negara pun dah di kata dek orang.
Ada banyak lagi kat tempat kita orang susah dan kena ditolong. Rasa-rasanya la, selagi ada orang miskin fakir dikeliling kita ni, yang ni kena diutamakan dulu. Lepas tu boleh la nak keluar negara pun.
Masjid kat tempat saya tak buat pun. Bila ditanya depa kata : takdak orang nak kelola. Jadi kami pakat-pakat dan buat di Bayan Lepas. Lepas tok imam sembelih kami sendiri lapah dan edar
Wassalam.
On Thursday, November 7, 2013 9:57 AM, mohdpoziatan wrote :
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Moga ustaz Mad ok-ok saja. Niat nak sedekah memang la bagus dan mulia. Tapi mesti kena ingat, niyat yang baik mesti diikuti dengan cara buat yang betul, bukannya buat amalan sesuka hati, nanti jadi macam Robin Hood.
Saya setuju dengan perenggan akhir, para pengnjur korban luar negara kena bagi tau kos sebenar yang terlibat. Hilanglah segala keraguan orang, boleh elak fitnah jugak. Bukannya baik perangai “segalanya tersembunyi di dalamnya”. Cakap ja dengan jelas.
InsyaAllah, tahun depan mai kita sendiri yang buat, kita mula dulu dengan sedekah ke luar negara, kat saudara Muslim kita di Rohingya ka, Kemboja, Vietnam, Siam
InsyaAllah berjaya, wAllahua’lam
On Monday, November 11, 2013 3:27 PM, fajar alam wrote :
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Qurban pakej tak ada masalah, masalah pada orang yang terima, dan pengurus ramai yang salah guna, satu contoh bantuan ke Falestine sedikit sekali sampai pada orang susah disana, bahkan lebih banyak sampai ke poket Mahmud Abbas berbanding kepada kumpulan Ismail Haniyyeh, puncaknya kerana Mahmud Abbas di i'tiraf Israel, sesudah terang kezaliman itu kita tahu, haram kita bersubahat. Nabi telah lama melakukan perniagaan ke tanah Syam, tidak pernah di dapat riwayat ada qurban pakej di luar negara.
Nota : Rringankan beban ekonomi anda dengan program income pasif paling selamat, moga berjaya, Insya Alloh :www.bijakshopping.com/dunia3
wassalam
Soal Jawab : Lafaz Niat (Bahagian 1)
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Lama menghilang ustaz, ke mane yer! sekarang dah timbul kembali
Syukron sungguh atas kiriman artikel nih, memang memberi manfaat, menjawab beberapa persoalan yang sememangnya ditanyakan ramai orang. InsyaAllah segala keraguan telah terjawab. Izinkan saya berkongsi dengan beberapa sahabat lain.
Moga Allah Swt. merahmati sentiasa
Wassalam
On Tuesday, October 22, 2013 1:39 PM, hamdan ahmad wrote:
Salam.
Sheikh, enta punya email punya la panjang. Ana tak le mahir bab2 hukum hakam ni. Enta terang lagi jelas kan. Pada ana, qasad dalam hati untuk melakukan ibadat tak lain hanya padaNya adalah niat dengan dituruti oleh fizikal sesuai dengan manasik yang ditunjukkan oleh Junjungan Nabi Besar kita. Berkata-kata dengan lafaz itu adalah bertujuan untuk hadir hati bahawa perbuatan itu jelas. Iaitu tertentu. Contohnya solat zohor, bukan berdiri untuk solat asar kan.
Jelas sesuatu akan dinamakan ibadat bila mana hati menetapkan perbuatan tertentu yang wajib , sunat atau harus hanya pada Allah. Dibenarkan oleh perbuatan yang ikhlas tidak kerana makhluk. Ketundukan hanya padaNya sebagai hamba yang bersyukur atas kurniaanNya. Serta untuk memakmur dan menyebarluaskan Islam ke seluruh maya pada ini. Barulah sampai amal itu ke akhirat. Jika tidak, jadilah ia sebagai ritual atau adat yang tidak mencapai darjah kehambaan yang diharapkan.
Firman Allah: "TidakKu ciptakan jin dan manusia hanyalah untuk beribadat kepadaKu'.
Maksudnya ketundukan yang tulus tanya ada kehendak balasannya. Hak Allah untuk mengurniakan, kerana Dia Maha segala-galanya.
On Tuesday, October 22, 2013 3:52 PM, msukri786 wrote:
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Sesungguhnya al haq itu memang dari Allah dan rasul-Nya. Takkan dapat ia ditutupi oleh sekuat mana pun kebathilan, kezaliman dan penipuan terhadapnya. Dan ia terpelihara kukuh selamanya dari segala bentuk penafian, penyamaan, penyerupaan, pertambahan, pengurangan dan apa jua yang datang dari akal-akalan dan hawa nafsu manusia.
Alhamdulillah, artikel penghuraian dari syeh yang serba dhaif ini (mengikut ayat beliau sendiri), kalau pun panjang berjela serta melemaskan untuk dibaca, malah dengan gaya bahasa yang kelihatannya nahu tak berapa betul, tetapi telah menyerlahkan yang mana al haq berbanding kebathilan. Malah ia didasari ilmu dan dalil sahihah, bukan sangkaan, pendapat-pendapat atau pun mimpi-mimpi semata-mata.
Syukron, moga Allah Swt. memberikan lebih kekuatan dan ketabahan, untuk terus bertalaqqi, mentela’ah dan menyampaikan da’wah disebalik segala macam kekangan, kekalutan dan fitnah.
Wassalam
On Tuesday, October 22, 2013 11:36 PM, eddzahir wrote:
Wa'alaikum syeh,
Syukron atas perhatian dan maklumbalas enta. Maaf kerana ana tulis panjang, asalnya dengan niyat supaya semua hal dapat diperjelas sebaiknya dan tidak tergantung-gantung.
Banyak perkara, ana setuju dengan enta, dan sikit peringatan untuk kita bersama.
Dalam Al Mazaahib ul Arba'ah disebutkan bahawa makna niyat (naskhah di rumah, ana tak dapat berikan rinci butirannya) : Qasad untuk melakukan sesuatu dan melakukannya. Ada qasad tetapi tidak melakukannya atau ada qasad dan melakukannya tetapi tidak ikhlas (tidak murni kepada Allah Ta'ala semata-mata) menjadikan niyat itu rosak dan amal tidak diterima.
Ini dinyatakan secara jelas di dalam kitab Syarah Matan Arba’in An Nawawi (hadis no. 1, halaman 65–70), dalam membicarakan bentuk amal yang diterima Allah Ta’ala, beliau Rhm. memetik kalamullah Surah Al Bayyinah (98) : ayat 5 seterusnya menjelaskan :
Syarat diterima amal dan membawa ke syurga adalah ikhlas ya’ni melakukan amal semata-mata kepada Allah Ta’ala dan tidak kerana selainnya walau sedikit pun, juga diikuti pra-syaratnya yang mengabsahkan keikhlasan itu, yaitu :
1. Dimulakan dengan niyat yang benar, ganjaran diberikan Allah Ta’ala berdasarkan niyat. Buruk hasratnya, maka buruklah ganjarannya dan begitulah sebaliknya.
2. Dilakukan amal itu tanpa ada rasa riya’ sedikit pun (ingin menunjuk-nunjuk, berbangga diri dengannya, melakukannya kerana manusia atau tidak melakkannya juga kerana manusia)
3. Dilakukan amal itu dengan sebenar-benar sedar tanggungjawab, menyempurnakan hak dan kewajiban seorang makhluk kepada Khaliknya, bukan kerana dipaksa atau segan atau takut hukuman dan selainnya
4. Dilakukan amal itu dengan ilmu pengetahuan bukan ikutan membuta tuli
5. Bentuk amal perbuatan itu mesti selaras dengan perintah dan dicontohkan oleh Allah dan rasulNya bukannya amalan berupa bid’ah, khurafat, tahayul atau bercampur baur dengan amalan rekaan manusia atau adat budaya
Inilah tuntunan dan tuntutan Rukun Islam yang 5, yang dengannya menjadikan seseorang manusia itu sah beragama Islam. Yang apabila ditunaikan satu demi satu rukun itu dengan cara yang sebaik-baiknya, dilakukan dengan penuh taat tanpa ada sedikit pun keraguan padanya, dan dilaksanakan pula segala hukum yang bertalian dengan syari’atnya, maka terpeliharalah seseorang itu dari kemurkaan dan siksaan Allah Ta’ala.
والسلام
On Wednesday, October 23, 2013 10:17 AM, poison_ivy
Wa'alaikumussalam ustaz,
Trima kasih atas kiriman artikel nih. Memang memberi manfaat. Alhamdulillah, telah pun manjawab hal yang saya sendiri dan orang lain pun dok tertanya=tanya : hukum melafazkan niyat dalam solat waima ibadah lain pun, adakah tak sah jika tidak dilafaz. Takder ape nak komen pun melainkan yang ia dah jelas dan didasari dalil sahih lagi jelas. Apa nak dikata lagi pun. Maka begitulah. InsyaAllah memberi manfaat dan menjadi dasar amalan saya.
Wassalam
On Thursday, October 24, 2013 2:23 PM, poziatan wrote:
Salaam ya akhi, barokallahu ‘alai ka
Begitulah yang benar itu takkan dapat ditutupkan. Lama sangat dah kita dok beramal macam tu, tak pernah tau pun mai hukum dari mana, dok ikut saja. Bila dah datang kebenaran nih, terimalah sja, kalau pun pahit. Bukan saja kat kngkawan, tapai juga kat diri saya sendiri, yang tu paling utama sekali.
InsyaAllah, nanti ana akan buat rujukan lagi, supaya lebih jelas dan mafhum. Nak bagi lebih keyakinan buat amalan sebaiknya.
On Friday, October 25, 2013 2:23 PM, eddzahir wrote:
Wa’alaikum syeh, bagus sangat la tuh. Buatlah semakan lebih lanjut lagi supaya dapat lebih kepastian dan ketetapan. Sangat digalakkan tuh. Saya nih pun boleh memberi setakat yang termampu saja dan serba kekurangan pun. Itulah sebaiknya. Dapat penjelasan yang bagus2 nanti, kongsi mai kat saya jugak
Wassalam
On Monday, October 28, 2013 11:35 AM, eddzahir wrote:
بسم الله الرحمن الرحيم
Saya mendapat hujjahan yang banyak dan menyeronokkan sebenarnya, kerana ia menyerlahkan fikrah, manhaj dan setakat mana kefahaman tentang syari’at para penulisnya. Antara sifat-sifat hujahan itu :
1. Bahasa kesat, menghina, mencela dan memaki hamun
2. Habis segala orang itu ini di dalam dunia disebutkan, yang hidup mahu pun yang dah wafat, dan difahami dan yaqini inilah rupabentuk dalil syara’ yang sahih, soreh dan qot’ie
3. Tuduhan bahawa saya ini wahabi, kaum muda, pengacau, perosak, sesat dll.
4. Ada kisah mimpi-mimpi dan ini juga difahami dan yaqini inilah rupabentuk dalil syara’ yang sahih, soreh dan qot’ie
5. Ibadah yang masyhur dan dibuat oleh majority, maka benarlah. Siapa yang menolak fahaman dan amalan majority adalah sesat, dan dihukumkan yang majority sebagai dalil syara’ yang sahih, soreh dan qot’ie
6. Penggunaan lafadz palsu berbunyi : jumhur ulama’, ulama’ sepakat, ijma’ ulama’ - tanpa dinyatakan rujukan bila persidangannya, dimana ada, apa resolusinya, siapa anggotanya, apa dokumennya, dan semua ini juga disebut sebagai dalil syara’ yang sahih, soreh dan qot’ie
Saya memang tak mahu jawab pun semua hujjahan aqal, hawa nafsu, penuh hasad dan kebodohan ini lantaran apalah akan jadi dengan Islam ini pabila aqal, hawa nafsu, pendapat, pandangan, mimpi-mimpi dan amalan majority dah pun dianggap/diyaqini setaraf dan seumpama dalil syara’ yang sahih, soreh dan qot’ie. Sekiranya semua ini dah pun menjadi syara’, meh pakat-pakat kita buang saja Al Qur’an dan Al hadis sahihah ke dalam tong sampah atau pun dijadikan sekadar bahan bacaan sahaja yang tak perlu di tadabbur, difahami, ditaati dan diikuti.
Yang dimaqsudkan syara’ (secara ringkas) : apa-apa yang datang/ditetapkan oleh Allah Swt. dan rasul-Nya, dan itulah yang dikatakan soreh dan qot’ie manakala sekiranya dari hadis pula mesti bersifat sahih atau sekurangnya hasan. Apa mungkin segala ciptaan manusia setaraf dengan syara’! Na’uzubillah. Ini perkara paling asas yang dah dipelajari diperingkat SR.
Saya rangkumkan semua jawaban dengan :
Setiap aspek dalam spiritual dan ritual amalan Solat mesti dan wajib ikut perbuatan Nabi Saw., tidak boleh ditambah mahu pun dikurangi satu aspek pun. Sekiranya ditambahi atau dikurangi, jadilah ia bid’ah dholalah dan tempatnya di neraka.
Malah, nampaknya Nabi Saw. pun sudah menjadi ahli wahabi, kaum muda, pengacau, perosak, sesat dll. malah dengan lebih ta’asub pula kerana Baginda bersabda :
"Dari Abu Hurairah Rhu. ia menceritakan bahawasanya ada seorang Arab Badui datang kepada Rasulullah Saw. seraya berkata : Wahai Rasulullah, tunjukkanlah aku pada satu amalan yang apabila aku amalkan, aku akan masuk syurga. Baginda menjawab : Kamu menyembah Allah, tidak menyekutukanNya dengan sesuatu apa pun, kamu mendirikan solat wajib, menunaikan zakat fardhu dan berpuasa Ramadhan. Lalu dia (lelaki) itu berkata : Demi Dzat yang jiwaku ada di tangannya, aku tidak akan menambah sedikit pun dari perkara yang tersebut dan tidak pula menguranginya. Ketika dia telah berlalu, Nabi Saw. telah bersabda (kepada kami) : Barang siapa yang ingin melihat salah seorang daripada penduduk syurga, maka hendaklah ia melihat orang ini".
Sahih riwayat imam Bukhari no. 1397 dan imam Muslim Rhm no. 107
Sahih riwayat imam Bukhari no. 1397 dan imam Muslim Rhm no. 107
Apa yang disusahkan sangat! menurut hadis ini senang saja nak masuk syurga?
Saya ulangi : Perbuatan melafadzkan niyat sewaqtu berwudhu’, mandi atau Solat itu tidak ada di Al Qur’an, al hadis, perbuatan sahabat Nabi Saw. dan tidak pula diperbuat dan dihukumkan sunnat oleh Imam yang empat, dan tidak juga para sahabat atau imam-imam mukatabar mencatatkan bahawa mereka telah berijtihad mengadakan perbuatan itu. Dan yang dikatakan jumhur, sepakat, ijma’ ulama’ itu tak pernah wujud sama sekali dan semua itu kalam penipu.
Faktanya : Adanya niyat secara berlafadz ini hanyalah pendapat sebahagian daripada ulama yang mengaku bermazhab Syafi’i yang melanggar keputusan Imam Muhammad bin Idris Rhm. sendiri, kemudian menipu pula atas nama imam yang mulia ini dengan menyebarkan khabar palsu berbunyi : disepakati oleh madzhab Syafi’i.
Supaya jelas saya ulangi lagi : Seluruh aspek spiritual dan ritual amalan Solat adalah milik Allah Swt. dan dicontohkan oleh rasul-Nya, bukan selain dari itu waima sesiapa, mazhab, aliran, pendapat, pandangan, aqal-aqalan, mimpi-mimpi dan hawa nafsu, yang tiada hak sama sekali untuk merubah kalau pun sebesar zarah apa yang telah ditetapkan syara’.
والسلام
On Friday,November 1, 2013 10:42 AM, eddzahir wrote:
بسم الله الرحمن الرحيم
1. Lafadz niyat itu lidah nak menolong hati, lantaran itu jadi hukum sunnat.
Saya katakan, alasan itu bukan dari syara’ dan ini ditolak oleh syara’, kerana ;
a. Alasan aqal-aqalan itu telah menambah satu perbuatan lagi dalam ibadah Solat. Sedangkan menambah satu perkara pun dalam ibadah Solat itu terlarang keras.
b. Alasan ini tidak betul sama sekali, kerana lidah orang yang waras/sedar tidak akan menyembunyikan sesuatu, kalau tidak hatinya yang lebih dahulu mahu menyembunyikannya. Maka itu, hatilah yang menggerakan lidah, bukan lidah menggerakan hati.
c. Alasan ini juga tertolak kerana jelas ia terhasil dari aqal-aqalan manusia, yang tak layak sesekali dijadikan hukum setaraf ketetapan syara’ sehingga boleh mensah atau tidak sahkan Solat.
d. Ini adalah alasan kaum muda atau kaum baru beberapa tahun kebelakang, Sedangkan ketetapan ke atas penolankannya sudah dibuat ribuan tahun dahulu lagi oleh kaum tua seperti imam Asy Syafi’ie Rhm, imam Nawawi Rhm. dan lain-lain.
2. Lafadz niyat ada dikerjakan oleh Nabi Saw. dalam ibadah Hajji. Oleh itu diqiyaskan perbuatan itu pada Solat dan ibadah lainnya.
Saya katakan, ini adalah alasan ciptaan dan rekaan aqal-aqalan kerana ;
a. Riwayat Nabi Saw. melafadz niyat haji itu dha’if. Malah kalau sah pun, tidak terguna sebagai qiyas kepada Solat, kerana haji itu ibadah wajib sesudah Solat. Maka tidak pernah ada qaidah membenarkan ambilan qiyas dari hukum ibadah terkemudian buat asas hukum ibadah yang terdahulu
b. Tidak boleh diqiyaskan satu hukum dengan lainnya di dalam urusan ibadah yang telah tetap seperti Solat. Jika boleh diqiyas-qiyaskan, mengapakah tidak diadakan adzan dan iqamah di salat jenazah, salat hari raya, salat tarawih dan yang lainnya?
3. Lafadzkan niyat itu sungguhpun bid’ah tetapi bid’ah hasanah, kerana perkara itu baik dan Nabi Saw. pun tak pernah melarangnya.
Saya katakan, bahawa ;
a. Tiap-tiap bid’ah dalam suatu ibadat itu bid’ah dholalah, itulah kalam Nabi Saw. menjelaskan yang tidak ada hasanah. Inilah dasarnya.
b. Bid’ah yang dibahagi-bahagi itu ialah bid’ah dalam hal keduniaan yang berubah-ubah dari dahulu dan diperlakukan bagi membolehkan ibadah dilakukan (terkandung dalam bab musolih ul mursalah dan beberapa usl fiqh lain), contohnya adanya bangunan, kenderaan, kitab, penulisan mushaf, masjid besar, sistem pendidikan, sidstem ekonomi dan sebagainya supaya memudahkan ibadat.
c. Hal perubahan ini yang baik dikatakan bid’ah hasanah (sayyiah) dan mana yang tidak baik dikatakan bid’ah dholalah. Bukannya ibadah khususiyah dan tetap itu sendiri yang diubah-ubah. Kalau ibadah itu sendiri yang boleh ditambah dan dipandang baik, mengapakah Solat Subuh tidak ditambah dua rakaat supaya jadi empat? Atau Solat janazah dibuat dengan ruku’ sujud tahiyat sekali? Bukankah itu lebih baik? Bukankah Nabi Saw. tak pernah melarang berbuat begitu?
d. Sejak bila pula “tiada larangan” menjadi dalil untuk berbuat sesuatu amal? Dari mana sumber datangnya hal ini sebagai dalil hingga layak menambah dalam ibadah? Mengapakah tidak bacaan semasa ruku’, sujud, tahiyat, tahiyat diganti dengan ayat Al Qur’an saja?. Bukankah Al Qur’an itu sebaik-baik kalam dan perbuatan itu amat baik? Apakah pernah Nabi Saw. berkata “jangan baca ayat Al Qur’an semasa ruku’, sujud, tahiyat?
e. Apa contoh tauladan Solat dari Nabi Saw. tak cukup lengkap bermaqsud ada kekurangan? Tolong senaraikan beberapa kekurangan sehingga ada manusia kena buat tambahan supaya ia lengkap. Atau kita sekarang lebih hebat lagi sehingga boleh tambah itu ini?
4. Tak salah kerana niyat berlafadz itu diluar Solat
Saya katakan ; betapa mulianya ibadah Solat hinggakan Nabi Saw. ber- Isra’ dan Mi’raj ke hadapan Allah Swt. sendiri untuk menerimanya. Bukan seperti semua ibadah lain yang diutus menerusi perantaraan malaikat. Kerana itulah ia cukup mulia dan sempurna. Dan antara kesempurnaan itu telah ditunjukkan apa yang dibuat sebelum dan selepasnya. Maka bathil amat fahaman yang mengatakan boleh dibuat lafaz niyat kerana itu diluar Solat (sebelum takbir), seolah-olah Nabi Saw. tidak menerangkan amalan sebelum dan selepas Solat. Sedangkan I’tiqad kita sebagai Muslim adalah wajib mengimani bahawa Rasulullah Saw. telah sempurnakan tugasnya sebagai seorang rasul tanpa lebih atau kurang satu pun dalam ibadah. Mengadakan bid’ah adalah lawan kepada ketatan terhadap sunnah, dan ia merupakan satu tuduhan bahawa Nabi Saw. telah tidak menyampaikan syari’at dengan lengkap.
Tiada lain, ummat Muslimin wajib melakukan ibadah Solat sepertimana yang ditunjukkan oleh Nabi Saw. dan tidak boleh dengan yang selain itu, sama ada menambahi atau mengurangi walau satu perkara pun. Nabi Saw. tidak pernah tertinggal walau satu perkara pun kepada ummatnya. Juga telah jelas, Baginda tidak pernah melafadzkan niyat dengan mulutnya. Maka janganlah kita berbuat apa-apa ibadah yang tidak dicontoh tauladan oleh Baginda.
والسلام
eddzahir@38
Tanah Liat, Bukit Mertajam
Tanah Liat, Bukit Mertajam
Isnin, 21 Oktober 2013
Soal Jawab : Persoalan Mengenai Lafaz Niat Solat.
Assalaam. sheikh.
Ada seorang kawan tanya sama ana soalan ni. Dia kata, dia mendengar satu hukum dari kuliah kat surau tempat dia tinggal. Dia mahukan kepastian.
Soalannya : Niat solat (apa-apa solat), semasa sebut “nawaitu ….. sahaja aku solat….” mesti bayangkan perbuatan solat (eg. takbir or rukuk or sujud). Kalau tak bayangkan perbuatan macam tu, solat itu tak sah. Betul ke?
Nak pohon apa pandangan tuan sheikh?
Salaam I’edul Adha
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
وبعد , يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي رب إشرح لي صدري و
Segala puji bagi Allah Swt., Pencipta sekelian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait, SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta orang-orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma ba'du.
Saya mendoakan agar Allah Swt. sentiasa menerima semua amalan kita seterusnya melimpahkan segala rahmat dan keampunanNya di hari dan bulan yang mulia ini, InsyaAllah. Juga saya memohon perlindungan, rahmat dan bimbingan dari Allah Swt. dari sebarang kesilapan dalam menuliskan nukilan ini.
Syukron syeh kerana bertanya. Hal ini -berkaitan lafadz niyat dan yang berkaitan dengannya- sudah banyak kali dicakapkan dan dijelaskan, sama ada di dalam kuliyah atau pun secara sembang-sembang. Dan, ini adalah pertama kali saya menulisnya. InsyaAllah, penulisan pandangan ini akan disertakan rujukan dan dalil-dalil berkaitan sebaik mungkin supaya memberi makna, tidak ia jadi sekadar sebarangan atau picisan cuma.
Soalan ini mencerminkan perasaan orang awam yang ingin tahu, terutama sekali ke atas hal yang pelik-pelik. Tiada salah langsung hasrat ini, lantaran sebagai orang awam pastilah wajib atasnya mendapatkan penjelasan dan kepastian ke atas hukum amalan, dan pastilah yang ditanya itu kepada orang yang dianggapnya lebih tahu (alim) dan dia bergantung harap ilmu kepadanya. Pasti membingungkan, apabila hal hukum pelik-pelik ini hakikatnya keluar dari mulut golongan yang juga dianggap alim, yang disanjung dan dikelek orang ke hulu ke hilir. Yang begitu ramai orang percaya, bersandar dan bergantung harap ilmu kepandaian kepadanya. Barang tentu hukuman pelik ini memeningkan orang awam yang sememangnya tidak tahu dan serba ingin tahu kebenarannya sesuatu perkara. Lantas! Apa yang tidak kena?
Pasti yang tak kena itu adalah para alim-alim itu sendiri, yang berkata-kata dan berhukum-hakam secara kurang teliti dan sebarangan. Memperkatakan sesuatu hukum yang tidak bersandarkan dalil soreh, sahih dan qot’ie atas segala macam sebab yang direka-reka dihadapan orang awam, yang sekaligus menjadikan mereka itu pening. Ditambah pula dengan sifat khalayak awam yang segan malu nak bertanya. Kepada yang mahu mendapatkan penjelasan lanjut, insyaAllah dia akan mendapat kebenaran. Kepada yang menerima dan percaya bulat-bulat, berterusanlah dia dalam lautan ilmu sangka-sangkaan, yang berasal dari para alim yang disangkakan tahu, rupa-rupanya bersangka-sangkaan jua. Dan ilmu sangka-sangkaan itu jualah yang disampaikan ke sana sini.
Justeru itu, bertanya memang kunci kepada ilmu pengetahuan. Malu bertanya sesat jalan. Cuma pastikan prinsip asas dalam berilmu itu benar-benar dipegang ya’ni setiap hukum mestilah bersandarkan dalil soreh, sahih dan qot’ie, bukannya sangka-sangkaan, pendapat-pendapat atau pun mimpi-mimpi. Dan prinsip ini jugalah yang mesti dipegang oleh orang yang bertanya dan orang yang menjawab sekali pun. Namun apa yang dapat dikata, tetap jua ada orang yang suka berpegang kepada sesuatu yang tidak ada dasar dalam syari'at Islam. Malahan lebih menjengkelkan lagi, disebabkan fahaman pelik itu, mereka mencipta berbagai hukum yang langsung tidak masuk aqal dan memeningkan bersandaran kepadanya.
Lantaran yang dipohon adalah pandangan, maka saya nukilkan pandangan saya terhadap soalan ditanyakan, moga-moga ia memberi manfaat dan kebaikan. insyaAllah. Baik sekali dimulai dengan hal asas :
Setiap amal wajib disertakan niyat berdasarkan sabda Rasulullah Saw. :
اِنَّمَا اْلاَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَاِنَّمَا لِكُلِّ امْرِىءٍ مَا نَوَى
“Bahawasanya segala amal itu disertakan dengan niyat dan setiap orang akan mendapat balasan sesuai dengan niyatnya …………………………”.
Hadis sahih riwayat imam Bukhari Rhm. imam Muslim Rhm. dan lain-lain
Dalam menafsirkan hadis ini, Imam Yahya bin Sharaf An Nawawi Rhm. menyebutkan : Jumhur ulama berkata, Menurut ahli bahasa, ahli ushul dan yang lain lafadz إِنَّمَا digunakan untuk membatasi, yaitu menetapkan sesuatu yang disebutkan dan menafikan selainnya. Jadi, makna niyat di atas adalah bahawa amalan seseorang akan dihisab (diperhitungkan) berdasarkan niyatnya; dan suatu amalan tidak akan dihisab bila tidak disertai niyat.”
Kitab Syarah Sahih Muslim, Jilid XIII halaman 47.
Niyat menurut pengertian lughah (bahasa) adalah :
(اَلْقَـصْـدُ وَالْعَـزْمُ وَاْلاِرَادَةُ)
Qasad (maqsud), Azam ('azamul qalb/cita-cita) dan Iradah (al-iradatul jazimah, iaitu kehendak/keinginan hati dalam keadaan yang sedar) untuk melakkan sesuatu.
Adapun menurut istilah (syara’), adalah :
اَلْعَزَمُ عَلَى فِعْلِ الْعِبَادَةِ تَقَرُّبًا اِلَى اللهِ تَعَالَى
“Berazam (bertekad) untuk melaksanakan ibadah semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala”.
Qasad, 'azam dan iradah tempatnya di hati, kerana ia adalah kerja yang luhur dari hati (عَمَلُ الْقَلْب) bukannya kerja lidah (lisan). Oleh itu, niyat tidak perlu dilafadz atau diucapkan, inilah yang disepakati oleh jumhur ulama dan fuqaha. Niyat juga diertikan sebagai : “kehendak, maqsud (tujuan) dan keazaman” bukan paksaan.
Syeikh Al Allamah Muhammad bin Soleh bin Muhammad Al Utsaimin Rhm. الشرح الممتع على زاد المستقنع , halaman 283 jilid 2.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah Al Harrani Ad Dimasyqi Rhm. berkata : “Lafadz النِّيَّةُ dalam bahasa Arab sejenis dengan lafadz القَصْدُ (maqsud), الإِرَادَةُ (keinginan) dan semisalnya.” Niyat dapat mengungkapkan jenis keinginan, dan dapat pula mengungkapkan yang diinginkan itu sendiri.”
Kitab Majmu’ Al-Fatawa, Jilid XVIII halaman 251
Imam Ibnu Rajab Al Hanbali Rhm. berkata, “Niyat menurut para ulama mengandung dua maqsud, yaitu :
Pertama, sebagai pembeza antara satu ibadah dengan yang lain, seperti membezakan antara Solat Zuhur dengan Solat Asar, puasa Ramadhan dengan puasa lainnya; atau pembeza antara ibadah dengan adat kebiasaan, seperti membezakan antara mandi junub (mandi wajib) dengan mandi untuk sekedar mendinginkan atau membersihkan badan atau yang semisalnya.
Kedua, untuk membezakan tujuan dalam beramal, apakah yang dituju adalah Allah semata yang tiada sekutu bagi-Nya, atau semata-mata hanya untuk selain-Nya, atau untuk Allah tapi juga untuk selain-Nya. Niat semacam ini dibicarakan oleh para ulama dalam kitab-kitab mereka ketika membicarakan masalah ikhlas dan apa-apa yang berkaitan dengannya. Para ulama salaf juga banyak membicarakan masalah ini.”
Kitab Jami’ Al ‘Ulum Wa Al Hikam, jilid I halaman 28-29.
Syaikhul Islam imam Ibnul Qayyim Al Jauziyyah Ad Dimasyqi Rhm. dalam kitabnya Ighatsatu’l Lahfan, menyatakan : Niyat artinya menyenghaja dan bermaqsud sungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu. Dan tempatnya ialah di dalam hati, dan tidak ada sangkut-pautnya sama sekali dengan lisan…
Dinukil daripada Kitab Fiqh Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq Al Misri Rhm. Jilid 1 halaman 286.
Dan Imam an-Nawawi Rhm. menjelaskan : “Makna niyat adalah kehendak (hasrat) untuk melakukan sesuatu. Seseorang yang hendak mengerjakan solat perlu menghadirkan niyat di dalam hatinya dan fikirannya berkenaan solat yang hendak dia kerjakan dan tata caranya, seperti niyat solat zuhur, atau solat fardhu dan solat-solat lainnya. Seterusnya ia memulakan ibadah ini (solat) dengan takbiratul ihram. “
Kitab Raudhatuth Tholibin, Jilid 1 halaman 224
Dan niyat itu tentu pula mempunyai arah tujuan atau ketentuan maqasidnya. Seseorang akan mendapat balasan sebanding dengan apa yang diniyatkan menurut ikhtiar dan pilihan hatinya sendiri. Amal ibadah dianggap sah dan diterima dan diberikan balasan sekiranya asal diperlakukan dengan penuh keikhlasan (murni) ya’ni melakukan sesuatu amal ibadah (perbuatan) itu hanyalah kepada Allah Swt. semata-mata. Inilah yamg dinamakan ikhlas yang menjadi jiwa sesuatu amal. Demikianlah yang dituntut Allah Azzawajalla :
وما أمروا إلا ليعبدوا الله مخلصين له الدين
"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya beribadah kepada Allah dengan memurnikan (ikhlas) ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan yang demikian itulah agama yang lurus.”
Surah Al Bayyinah (98) : ayat 5
Jelaslah bahawa suatu amal itu dianggap sah atau sempurna kalau diwujudkan dengan niyat atau qasad. Tetapi niyat itu terletak pada tujuan atau haluan. Jika semata-mata diperlakukan kepada Allah Swt. maka itulah ikhlas. Tegasnya, niyat yang terselit dihati ialah punca yang menentukan akibat amal. Malah niyat itu pula ada kalanya dapat merubah sesuatu perkara dan adat, menjadikan dia suatu jenis ketaatan dan jalan ke arah perdampingan kepada Allah Ta’ala.
Matan Arba’in An Nawawi, halaman 58
Dari keterangan ternyata di atas, dapatlah dirumuskan dari iltizam saya sendiri bahawa niyat adalah :
“maqsud yang terbit dari kehendak, azam, keinginan, cita-cita dan gerak hati yang disedari (senghaja) tanpa dipaksa, untuk melakukan sesuatu amal kepada Allah Swt. semata-mata (ikhlas/murni) dan melakukannya.”
Syarat niyat ialah : “Diketahui atau disedari oleh hati” oleh kerana niyat hanya bertempat di hati bukannya pada lidah. Rasulullah Saw. bersabda :
اَلنِّيَّةُ هَاهُنَا ثُمَّ اَشَارَ اِلَى صَدْرِهِ
“Niat itu tempatnya ialah di sini, kemudian Baginda menunjukkan ke arah dadanya”.
Maka itu, sebelum memulakan apa pun jenis ibadah, tidak perlu menyusun atau mereka-reka ayat (jumlah) niyat untuk dibacakan pada setiap amal, sama ada dengan suara jahrah (kuat) atau perlahan. Penyusunan niyat sehingga menjadi sebuah ayat dan dilafadz-lafadz (disebut secara lisan) tidak pernah berlaku di zaman Rasulullah Saw. atau zaman para Salaf as-Soleh (generasi awal umat Islam). Baginda Saw. dan para sahabatnya tidak pernah mengucapkan niyat dengan lisan.
Tempat niyat adalah di dalam hati. Apabila seseorang teringat, terdetik, terlintas sesuatu maqsud di hati misalnya mahu melakukan solat, maka dia menghentikan aktiviti semasanya, bergerak ke musolla, membuka kasut, mengambil wudhu’, masuk ke musolla, berdiri (qiyam) menghala qiblat dan melakukan tatacara solat seterusnya, maka sah solatnya walaupun tidak dia melafadzkan niyat untuk melakukan solat tersebut. Niyat tidak pernah disyari’atkan supaya diucapkan dengan lisan, akan tetapi cukup dalam hati, kerana niyat adalah sebuah keikhlasan (murni) maka tempatnya adalah dalam hati, dan ikhlas itu bukannya perkara yang boleh ditunjuk-tunjuk atau disebut-sebut.
Lantaran hal yang ditanyakan itu berkenaan solat, maka baik sekali dijelaskan bagaimana Nabi Saw. melakukan solat dalam hal yang terkait dengan hal-ehwal niyat itu. Begini :
أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ افْتَتَحَ التَّكْبِيرَ فِي الصَّلاَةِ فَرَفَعَ يَدَيْهِ حِينَ يُكَبِّرُ.
Dari Abdullah ibn Umar Rhu., dia berkata : Aku melihat Rasulullah Saw. membuka (memulakan) solatnya dengan takbir (mengucapkan Allahu Akbar), lalu mengangkat kedua tangannya ketika bertakbir.”
Hadis sahih riwayat imam Bukhari Rhm., no. 738
Masih banyak lagi dalil-dalil (tidak saya tuliskan disini) yang membuktikan bahawa Nabi Saw. memulakan solat Baginda dengan lafaz takbir. Hadis-hadis ini kesemuanya menunjukkan Nabi Saw. tidak sama sekali pernah melafadzkan apa-apa perkataan pun sebelum membuat takbir, mahu pun serentak dengan takbir atau menunjukkan sedang membayang-bayangkan sesuatu. Demikian jualah perbuatan solat yang diamalkan oleh semua para sahabatnya.
Contoh satu lagi dalam melaksanakan ritual solat, Rasulullah Saw. bersabda kepada seorang lelaki yang rosak solatnya :
“Jika kamu bangkit hendak solat, maka baguskanlah wudhukmu, kemudian mengadaplah ke arah kiblat lalu bertakbirlah, selanjutnya bacalah yang termudah bagimu dari Al-Qur’an.”
Hadis sahih riwayat imam Bukhari Rhm.
Hadis ini sangat jelas menunjukkan bahawa Rasulullah Saw. memerintahkan untuk memulai solat dengan perintah “bertakbirlah”, bukan dengan “melafazkan niyat” terlebih dahulu, dan tidak juga “bertakbirlah dan sertakan niyat dalam takbirmu”. Menyertakan niyat ketika melafadzkan takbir itu sendiri tidak ada, maka hukum membayangkan tatacara solat semasa melafadzkan niyat, sebelum mahu pun serentak dengan takbir itu, memang sangat jauh daripada ada (tak wujud langsung malah tak patut ada pun).
Maka kerana itulah kita dapati ada banyak orang yang takbiratul ihram berulang kali atas alasan niyat tidak masuk sewaqtu takbir (yang hakikatnya perasaan was-was begitu menebal dalam dirinya). Malah tidak kurang juga yang melafadzkan dengan kuat berulang kali sehingga mengganggu solat orang lain. Bahkan ada yang sampaikan bacaan imam telah pun ke mana-mana, dia masih belum selesai lagi bertakbiratul ihram, Na’uzubillah, hakikatnya apa yang nak dimasukkan sedangkan hal itu memang tidak ada. Salah fahaman tentang lafadz niyat ini telah mengganggu solat sendiri malah lebih teruk telah mengganggu solat orang lain. Tidak ada suatu dalil pun juga daripada para sahabat yang mengatakan bahawa niyat itu berbentuk dilafadzkan. Ini kerana maksud frasa kalimat “Jika kamu bangkit hendak solat…” sudah jelas menunjukkan suatu maqsud keinginan untuk melakukan solat. Begitulah yang dimaqsudkan dengan niyat.
Kalaulah memang niyat adalah rukun sembahyang yang memerlukan lafadz khusus, nescaya Rasulullah Saw. telah pun mencontohkan dan mengajarkannya kepada para sahabat. Mari kita lihat salah satu hadis yang menjelaskan betapa rincinya Nabi Saw. menunjukkan ritual solat kepada ummatnya :
Dari Za`idah bin Qudamah dari ‘Ashim bin Kulaib bin Syihab dari ayahnya dari Wa`il bin Hujr. Rhu. bahawasanya dia mengkhabarkan kepadanya, dia berkata :
“Aku melihat cara solat Rasulullah Saw. Aku melihat Baginda berdiri untuk solat, kemudian takbir dengan mengangkat kedua tangannya sejajar dengan kedua telinganya. Lantas Baginda meletakkan tangan kanannya di atas telapak kirinya, juga di atas pergelangan tangannya, dan meletakkannya di atas lengannya. Ketika hendak ruku’ Baginda mengangkat kedua tangannya sama seperti tadi (sejajar dengan kedua telinganya).
Baginda meletakkan kedua tangannya di kedua lututnya, kemudian mengangkat kepalanya sambil mengangkat kedua tangannya, sejajar dengan kedua telinganya, kemudian sujud dan meletakkan kedua tangannya sejajar dengan kedua telinganya, kemudian duduk di atas kaki kiri. Beliau juga meletakkan telapak tangan kiri diantara paha dan lutut kiri. Lalu Baginda meletakkan hujung lengan kanan di atas paha kanan. Kemudian ia menggenggam dua jarinya serta membentuk lingkaran, lantas mengangkat jarinya. Aku melihat Baginda menggerak-gerakkannya dan berdoa dengannya."
Hadits sahih ini diriwayatkan oleh :
Imam Ahmad bin Hanbal Rhm. Kitab Al Musnad jilid 4 no. 318
Imam Ad-Darimy Rhm. Kitab Sunan jilid 1 no. 362 dan no.1357
Imam An-Nasaie Rhm. Kitab Sunan jilid 2 halaman 126 no.889 dan jilid 3 halaman 37 no.1268 dan dalam Kitab Al-Kubro jilid 1 halaman 310 no.963 dan halaman 376 no.1191
Imam Ibnul Jarud Rhm. dalam Kitab Al-Muntaqa’ no.208
Imam Ibnu Hibban Rhm. dalam Kitab Al-Ihsan jilid 5 halaman 170 no.1860 dan Kitab Al-Mawarid no. 485,
Imam Ibnu Khuzaimah Rhm. Kitab Sahih jilid 1 halaman 354 no.714
Imam Ath-Thobarany Rhm. Jilid 22 halaman 35 no.82
Imam Al-Baihaqy Rhm. Kitab Sunan jilid 2 no. 131
Imam Khatib Al-Baghdady Rhm. dalam Kitab Al-Fashl Li Washil Mudraj jilid 1 no. 425-427.
Imam Ibnu Majah Rhm. Kitab Sunan jilid 1 no. 354
Imam Ibnu Hibban Rhm. jilid 5 no.170
Baik sekali dinukilkan disini, munculnya pendapat yang mewajibkan melafadz niyat sebelum memulakan amal ibadah seperti solat dan lain-lainnya, adalah berpunca dari pandangan Abu Abdullah az-Zubairi Rhm. dari kalangan ulama Syafi’eyah. Beliau menyangka Imam Syafi’e Rhm. mewajibkan untuk melafadzkan niyat di dalam setiap ibadah yang akan dikerjakan termasuk ibadah solat. Beliau terkeliru terhadap qaul Imam asy-Syafie yaitu :
قَالَ الشَّافِعِيُّ : اِذَا نَوَى حَجًّا وَعُمْرَةً اَجْزَاَ وَاِنْ يَتَلَفَّظَ وَلَيْسَ كَالصَّلاَةِ لاَتَصِحُّ اِلاَّ بِالنّطْقِ
“Jika berniat untuk haji dan umrah diharuskan sekalipun dilafadzkan. Dan tidak seperti solat ia tidak sah kecuali dengan dilafadzkan (maqsudnya - lafadz takbir).”
Salah fahaman ini telah diperjelaskan, menurut Imam an-Nawawi Rhm. tentang ibarah (perkataan imam asy-Syafi’e) di atas :
قَالَ اَصْحَابُنَا: غَلَطَ هَذَاالْقَائِلُ وَلَيْسَ مُرَادُ الشَّافِعِيُّ بِالنَّطْقِ فِىالصَّلاَةِ هَذَا بَلْ مُرَادُهُ التَّكْبِيْر
“Berkata para sahabat kami : Telah berlaku kesilapan oleh orang yang mengatakannya (Abu Abdullah az-Zubairi), kerana bukan itu yang dimaksudkan oleh asy-Syafi’e tentang apa yang diucapkan pada solat, tetapi yang dimaksudkan ialah supaya diucapkan takbir (bukan mengucapkan niyat)”.
Kitab المجموعة. Jilid 2 halaman 234
Dan diperjelaskan lagi pula oleh imam Ibn Abi al-‘Izzi al-Hanafi Rhm. :
لَمْ يَقُلْ اَحَدٌ مِنَ الاَئِمَّةِ الاَرْبَعَةِ ، لاَ الشَّافِعِى وَلاَ غَيْرِهِ بِاِشْرَاطِ التَلَّفُظِّ بَالنِّيَّةِ وَاِنَّمَا النِّيَّةُ مَحَلُّهَا الْقَلْبِ بِاتِّفَاقِهِمْ
“Tidak seorang pun dari para imam yang empat walau pun asy-Syafi’e dan selainnya mengisyaratkan agar melafadzkan niyat. Ada pun niyat itu tempatnya di hati sebagaimana dipersetujui oleh semua ulama.”
Kitab الامر بالاتباع والنهي عن الابتداع. Halaman 62
Maka dengan ini, hukum atau fatwa atau ketetapan bahawa “Niat solat (apa-apa solat), semasa sebut “nawaitu ….. sahaja aku solat….” mesti bayangkan perbuatan solat (eg. takbir or rukuk or sujud). Kalau tak bayangkan perbuatan macam tu, solat itu tak sah” adalah benar-benar pelik dan memang memeningkan. Hukum ini langsung tidak bersandarkan dalil soreh, sahih dan qot’ie malah tidak juga ia disebut dalam mana-mana kitab ulama’ atau pun fuqaha’ muktabar. Justeru itu ia memang terhasil dari hawa nafsu, sangka-sangkaan dan aqal-aqalan semata-mata.
Justeru itu, hukum ini tertolak disebabkan :
1. Tidak pernah ada hukum yang niyat itu mesti dilafadz, dan lafadz niyat pula tidak pernah menjadi syarat sah atau batal sesuatu amal ibadah.
2. Tidak pernah ada hukum kena membayangkan amalan sifat (tatacara) solat semasa berniyat yang ditetapkan menjadi syarat sah atau batal solat.
3. Niyat bukanlah sesuatu yang dilafadz (sebut), tetapi ia hadir di hati.
4. Tidak pernah disyari’atkan adanya niyat untuk solat itu dilafadzkan.
5. Tidak pernah ada dicontohkan pula oleh Nabi Saw. bentuk niyat berlafadz sebegitu atau pun sebegini.
6. Hukuman tidak sah solat itu amat berat lantaran langsung tidak berlandaskan dalil soreh, sahih dan qot’ie, maka wajib ia ditolak.
7. Hukuman tidak sah itu tidak boleh pun diterima oleh aqal yang sihat lantaran solat Nabi Saw. dan para sahabatnya pun sudah tak sah kerana tidak mereka beramal sebegitu.
Maka itu, niyat secara dilafadzkan itu tak pernah disyari’atkan dan apa-apa jua yang timbul darinya ya’ni membayangkan ritual amalan solat juga tidak pernah ada. Perbicaraan ke atasnya hanyalah membuang masa dan tidak berfaedah. Begitulah yang selalu terjadi apabila perkara yang diada-adakan pula yang dianggap besar dalam syari’at sehingga menenggelamkan tuntutan syari’at yang sebenarnya. Baik sekali masa yang sebegitu banyak itu dimanfaatkan untuk mempelajari dan menyelidiki benar-benar sifat solat (tatacara) yang dicontohkan oleh Nabi Saw. sendiri sepertimana yang diwajibkan ke atas kita menerusi sabdanya :
صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي
Dari Malik bin Huwairits Rhu. dia menceritakan bahawasanya : ……………………. Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.”
Hadis sahih riwayat imam Bukhari Rhm., no. 631
Imam Abu Daud Rhm. pernah bertanya kepada Imam Ahmad bin Hanbal Rhm. : “Adakah orang yang mendirikan solat wajib melafzadkan sesuatu sebelum takbir? Beliau berkata : Tidak.”
(Lihat: مجموعة الفتاوى. (22/28). Lihat:مسائل الامام احمد. Hlm. 31)
Dan Imam asy-Syafi’e Rhm. telah berkata :
اَلْوَسْوَسَةُ فِى النِّيَّةِ الصَّلاَةِ وَالطَّهَارَةِ مَنْ جَهْلِ بِالشَّرْعِ اَوْ خَبْلٍ بِالعَقْلِ
“Was-was dalam berniyat semasa solat atau bersuci berpunca dari kejahilan atau kerosakan aqal.”
(Lihat: الامر بالاتباع والنهي عن الابتداع (لوحة/28ب))
Setakat inilah yang mampu saya berikan pandangan, seperti yang diminta. Semoga dapat membantu Tuan dan telah menjawab persoalan, insyaAllah.
والله تعالى أعلم , وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه أجمعين.
Yang benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari saya yang amat dhaif ini.
سكيان , والسلام
eddzahir@38
Tanah Liat, Bukit Mertajam
Tanah Liat, Bukit Mertajam
Langgan:
Catatan (Atom)



