Sabtu, 28 Februari 2015

Haram Hukum Bunuh Dengan Api ( dibakar hidup-hidup)

0 ulasan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
وبعد, يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي رب إشرح لي صدري و

Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.

Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah semata-mata, tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad Saw. adalah hamba dan Rasul-Nya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah (kamu) kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim.”
Surah Ali ‘Imran (3) : ayat 102

Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah Kitabullah (Al Qur’an) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Saw. (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di Neraka. Amma ba’du.

Allah Ta’ala berfirman  :

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya, dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Surah Al-Hujurat, 49 : ayat 1

Nukilan kali ini diawali dengan perintah Allah Ta’ala kepada orang-orang yang beriman untuk tidak menginterupsi pembicaraan Nabi Saw. dengan keras kepala menentang Baginda. Sebaliknya, mereka diperingatkan untuk takut kepada Allah Ta’ala dengan cara bersabar dan tunduk patuh terhadap apa yang Baginda katakan dalam semua urusan. Kepatuhan itu digambarkan sebagai perwujudan rasa takut kepada Allah Ta’ala atas sebab Nabi Saw. tidak berbicara atas kemahuannya sendiri.

"Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Qur'an) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)."
Surah An-Najm, 59 : ayat 3-4

Baginda seluruhnya dibimbing oleh Allah yang Maha Tinggi yang Maha Perkasa. Kerana itu segala ucapan-ucapan serta perbuatan-perbuatan dan persetujuan (as sunnah) Baginda harus dipandang sebagai petunjuk Allah Ta’ala. Nabi Muhammad Saw. adalah manusia suci yang bertindak perantara yang dipilih Allah untuk menyampaikan pesan nan agung dan terakhir-Nya kepada ummat manusia. Point penting ini ditekankan dan diabadikan oleh Allah Ta’ala dalam ayat berikut :

"Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat."
Surah Al-A'raaf, 7 : ayat 204
Justeru, para ulama’ warisatul anbiyaa’ tulen, para salafus solih amat berpegang teguh kepada perintah Allah Ta’ala dan sabdaan rasul-Nya ini. Mereka meninggalkan pula tinta-tinta emas berupa pesanan dan pengajaran kepada ummat supaya wajib berpegang teguh kepadanya. Antaranya :

Imam Muhammad bin Idris Asy Syafi’ie Rhm. direkodkan berkata :
Imam Al Humaidy Rhm. menceritakan : Suatu hari imam Asy Syafi’ie Rhm. menyampaikan sebuah hadits. Aku lantas berkata : Apakah engkau mengambilnya sebagai pegangan? Imam Asy Syafi’ie Rhm. menjawab : Apakah kamu melihat aku keluar dari gereja? Ataukah aku mengenakan simbol-simbol (nasrani) sehingga jika aku mendengar sebuah hadits dari Rasulullah Saw. aku tidak mengambilnya (sebagai peganganku)?
Diriwayatkan oleh imam Adz Dzahabi Rhm. dalam Siyar ‘Alam An Nubala’, jilid VIII halaman 389

Juga, Imam Ahmad bin Hanbal Rhm. direkodkan berkata : 
Aku amat hairan terhadap suatu qaum, mereka tahu sanad dan kesahihannya suatu hadits, namun masih juga mengikuti pendapat selain dari (ketetapan) Rasulullah Saw. Sementara Allah Ta’ala telah berfirman (Surah An Nuur, 24 : ayat 63) : Maka hendaklah (berhati-hati) orang yang menyalahi perintah Rasulullah Saw. takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih.
Kitab ut Tauhid, halaman 38

Demikianlah sifat-sifat pegangan yang dikatakan sebagai berpegang teguh dan tunduk patuh kepada perintah Allah Ta’ala dan rasul-Nya.

Saya ada terbaca beberapa artikel yang menyokong dan mendokong perbuatan dzalim kelompok khawarij yang menggelarkan diri mereka ISIS membunuh tahanan dengan membakar hidup-hidup. Niyat tulisan para pengekor syaithon ini tiada lain untuk menghalalkan kebejatan dan perbuatan dzalim itu.

Sungguh nyata, seluruh hujjah yang dinyatakan hanyalah dongengan hawa nafsu bersalut talbis ul iblis sehingga tidak tahu membezakan antara al haq dengan yang bathil. Paling menjengkelkan, seluruh hujjah karut marut itu kononnya disandarkan kepada ketetapan Allah Ta’ala da rasul-Nya, yang tiada lain hanya untuk mengaburi dan menipu kelompok jahil yang mudah ditipu.

Dan, hujjah klasik “tiada larangan” yang paling amat dicintai oleh para pencinta bid’ah pun turut dipakai dan dijaja semata-mata untuk membenarkan secara membabi buta terhadap ISIS ketika membunuh dengan cara dibakar hidup-hidup. Benar sungguh, mereka ini cuba menukarkan kedzaliman sebagai suatu kebenaran kononnya.

Benarkah perbuatan membakar manusia hidup-hidup ini diperbolehkan di dalam syari’at suci Islam sepertimana dakwaan kelompok sesat ini? Atau jika tiada dalil larangan, maka perbuatan ini menjadi halal.

Mari kita lihat dan telitikan, apakah benar kalam-kalam para pendusta ini.

Dari Abu Hurairah Rhu. dia berkata : Rasulullah Saw. mengutus kami dalam satu pasukan perang. Kemudian Baginda bersabda : Jika kalian bertemu dengan si fulan dan si fulan, bakarlah mereka. Kemudian Rasulullah Saw. berpesan ketika kami hendak berangkat berjihad seraya bersabda : Kelmarin saya perintahkan kalian untuk membakar si fulan dan si fulan, akan tetapi api adalah benda yang digunakan untuk menyiksa (membunuh) kecuali Allah. Jika kalian bertemu mereka bunuhlah mereka.
Hadis sohih riwayat imam Bukhari Rhm. no. 3016

Dari Hamzah bin Al Aslamy Rhu. dia berkata bahawa Rasulullah Saw. pernah mengutusnya bersama pasukan perang. Ketika hendak berangkat, Nabi Saw. berpesan seraya berkata :
Jika kalian menjumpai si fulan, bakarlah dia dengan api. Kemudian aku berangkat. Lalu Baginda Saw. memanggilku dan aku kembali dan Baginda berpesan : Jika kalian menangkap si fulan, bunuhlah dia jangan kalian bakar. Kerana tidak boleh menyiksa dengan api kecuali Rabb-nya api yaitu Allah Ta’ala.
Hadis sohih riwayat imam Abu Dawud Rhm. no. 2673

Inilah antara beberapa nas/dalil akan terlarangnya membunuh dengan cara dibakar hidup-hidup, lantaran satu-satunya yang berhak menyiksa dengan bakaran api itu hanya Allah Ta’ala semata-mata. Maka, jika benarlah mereka mahu menegakkan syari’at Islam yang suci, kenapakah sabdaan sohih dari ummat paling mulia dan pesuruh-Nya ini diingkari. Malah hak menyiksa dengan api itu hanyalah hak Allah Ta’ala ditegaskan lagi dalam hadits berikut :

Imam Ibnul Munzir Rhm. berkata : Dari Ikrimah dia berkata : Telah dihadapkan kepada Ali Rhu. orang-orang zindiq (yang mentuhankan beliau) lalu beliau membakar mereka namun berita tersebut sampai kepada Abdullah Ibnu Abbas Rhu. lalu beliau berkata : Seandainya aku, tentu aku tidak akan membakar mereka kerana Rasulullah Saw. telah melarangnya dalam sabda Baginda : Janganlah kalian menyiksa dengan siksaan Allah Ta’ala. Tetapi tentulah aku akan membunuh mereka berdasarkan sabda Nabi Saw. : Barang siapa agamanya (murtad) maka bunuhlah.
Hadits riwayat imam Bukhari dan Muslim Rhm. Kitab Fath ul Baari, jilid VI halaman 174-175

Sungguh amat aneh, jika hadits Nabi Saw. akan terlarangnya perbuatan membunuh dengan cara dibakar hidup-hidup boleh pula dibantah dan disanggah lalu dianggap mansukh, dan digantikan pula dengan fatwa-fatwa bathil yang membolehkan. Dan paling mendukacitakan dan amat menyayatkan hati, mereka-mereka yang membolehkan ini, melakukan kebejatan itu mengatasnamakan Islam, ke atas seorang Muslimin.
 
Sungguh benar, ini kerja tukang fitnah, khawarij dan pengekor syaithan. Moga Allah Ta’ala memberi balasan seberat-berat azab terhadap para pendzalim kerana membunuh seorang Muslimin tanpa haq, juga kerana menghalalkan suatu yang jelas diharamkan.

Jika benar mereka Muslimin yang taat patuh kepada Allah Ta’ala dan rasul-Nya, pasti mereka akur dan faham pesanan Allah Ta’ala ini :

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah boleh mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri/yang lain mengenai urusan mereka. Dan barang siapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata”.
Surah Al Ahzaab, 33 : ayat 36

Mudah-mudahan nukilan ini bermunafaat dan memberi pengajaran bagi saya dan seluruh jamaah sekalian, serta bagi qaum Muslimin. Mudah-mudahan amal kita ini diterima oleh Allah Swt. dan menjadi timbangan amal kebaikan kita pada hari qiyamat. Aamiin.

Semoga solawat dan salaam senantiasa dilimpah-kan kepada Rasulullah Saw., keluarga dan para Sahabat Baginda, para Salafus Solih, para syuhada’ serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah mereka dengan kebaikan hingga hari qiyamat.

والله تعالى أعلم  ,  وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه أجمعين.

Yang benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari saya yang amat dhaif ini.

سكيان , والسلام



Read more...

Pendirian Tentang Kedzaliman ISIS

0 ulasan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
وبعد, يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي رب إشرح لي صدري و

Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.

Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah semata-mata, tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad Saw. adalah hamba dan Rasul-Nya.

“Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Rabb-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya; dan dari keduanya Allah memperkembang-biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan Nama-Nya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.”
Surah An-Nisaa' (4) : ayat 1

Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah Kitabullah (Al Qur’an) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Saw. (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di Neraka. Amma ba’du.

Muqaddimah

Baru-baru ini, kumpulan orang-orang Khawarij (baca : teroris) di Iraq dan Syam, membuat “kejutan” baru lagi, dengan mendeklarasikan apa yang mereka sebut dengan “Khilafah Islamiyyah” bagi ad-Daulah al-Islamiyyah fi al-Iraq wa asy-Syam (DAIS) atau Islamic State in Iraq and Syam (ISIS). Deklarasi “Khilafah Islamiyyah” merupakan sebuah nama yang benar-benar mengundang simpati qaum Muslimin secara luas. Membuat banyak pihak terkecoh dan terpesona, bahkan tertipu dengannya.

Sehingga tidak kurang dari mereka (sebahagian qaum Muslimin) yang turut mengalu-alukan, dan menganggap bahawa “asy-Syaikh Abu Bakar al-Baghdadi al-Husaini” yang dibai’at dan dinobatkan sebagai khalifah tersebut, benar-benar sebagai seorang Khalifah Islam. Tanpa meneliti lebih jauh apakah haqiqat sebenarnya “Daulah Islamiyyah” atau pun “Khilafah Islamiyyah” itu, yang didirikan tidak lain hanya oleh orang-orang khawarij.

Deklarasi demikian heboh, dengan tampilan nama baru “Khilafah Islamiyyah” sebenarnya tidak sedikit pun mengubah haqiqat DAIS atau ISIS tersebut. Tetaplah jua mereka sebagai salah satu kelompok yang berpaham Khawarij dan radikal disebalik apa jua propaganda sehebat mana pun. Belum pun apa-apa, sudah ada pernyataan dari pihak ISIS sesat ini, bahawa mereka bersumpah akan menghancurkan Ka’bah jika berhasil menguasai Arab Saudi. Mereka menyatakan Ka’bah menyebabkan seseorang Muslim “menyembah batu selain daripada Allah”. Laa haula wala quwwata illa billah!

Sebenarnya, orang-orang khawarij yang selama ini menyerukan “jihad” di Iraq dan di Syam itu terpecah belah dalam banyak kelompok/parti/pergerakan, dan terjadi persaingan sesama sendiri antara mereka. Tentu saja kita tahu, siapa dan bagaimana sepak terajang Khawarij selama ini. Ya, tidak lain mereka adalah kelompok-kelompok teroris, yang selama ini banyak merugikan dan memberikan citra gambaran yang buruk terhadap Islam dan qaum Muslimin, akibat berbagai tindakan dan aksi mereka yang ternyata tidak selaras sekali-kali dengan Syari’at Islam.

Jadi, sebenarnya kelompok Khawarij ini dengan berbagai macam pecahan dan variasinya, adalah kelompok sempalan dan sesat dari Islam Yang Hanif dan Haq. Satu sama lain tidak pernah akur, bahkan saling menjatuhkan. Maka jangan hairan kalau al-Qaedah misalnya, tidak setuju dengan ISIS. Padahal sebenarnya dari sisi paham dan ideology, mereka sama dan saling berkongsi idea.

Sementara itu, di sisi lain, dalam kalangan para pendokong Islamophobia, baik dari kalangan Islam Liberal, sekuler, kaafiriin atau pun lainnya, menunjukkan sikap anti dan kebenciannya dengan “Daulah Islamiyyah” yang baru diproklamirkan tersebut. Detik-detik ini benar-benar mereka jadikan kesempatan untuk menghentam qaum Muslimin dan menjatuhkan nama baik Islam.

Alhamdulillah, Ahlus Sunnah wal Jama’ah adalah pihak yang paling tenang dalam menghadapi berbagai fitnah dan kemelut yang terjadi. Mereka tidak mudah tertipu dan “terseret dalam arus”. Kerana Ahlus Sunnah memiliki pedoman yang jelas dalam menyikapi berbagai persoalan, termasuk persoalan-persoalan kontemporeri kekinian. Para Ulama Ahlus Sunnah senantiasa tegar tegas tampil dalam tataran antarabangsa, memberikan bimbingan kepada qaum Muslimin ke jalan kebenaran.

Pernyataan Rasmi

Segala puji bagi Allah Ta’ala, solawat dan salam ke atas rasul-Nya, atas para keluarganya, para Sahabat dan para pengikutnya.

Kami dan setiap ummat Islam telah dikejutkan dengan khabar wafatnya saudara kami yang dibunuh dengan amat dzalim dan ditipu. Seorang juruterbang berasal dari Jordan, Mu’adz Al Kasasibah, semoga Allah Ta’ala merahmatinya, menerima beliau sebagai seorang syuhada’ disi-Nya, pelakunya adalah ISIS yang menisbatkan diri secara bathil, dusta dan bohong pada agama suci kita Islam yang hanif.

Pertamanya, kami dengan penuh ta’zim menyampaikan rasa ta’ziyah yang amat dalam kepada kedua orang tuanya, seluruh keluarganya, bangsa Jordan dan seluruh qaum Muslimin walau di mana pun.

Kami sampaikan kepada mereka semua : Bahawa Allah Ta’ala yang berhak memberi, Dia pula yang berhak mengambil, dan segala segala sesuatu di sisi-Nya amat terbatas kepada waqtu yang telah ditentukan-Nya, maka hendaklah kalian sabar dan berharap pahala dan keredhoan-Nya.

Dan kami mengutuk dengan sekeras-kerasnya atas apa yang dilakukan oleh para pendosa, orang-orang yang memerangi Allah Ta’ala dan rasul-Nya dari kalangan khawarij, rofidhoh serta orang-orang sufi yang sesat.

Sesungguhnya, da’wah salafiyyah yang murni, demikian pula para da’ienya, para syaikh dan pengikutnya, tidaklah bertambah keyaqinannya kepada ISIS melainkan bertambah kukuh menyedari bahawa mereka ini adalah benar-benar khawarij yang meleset dari agama yang hanif ini, merekalah kelompok yang telah diperingatkan oleh Rasulullah Saw. :

Baginda bersabda tentang kelompok ini : Mereka meleset dari agama ini sebagaimana melesetnya anak panah dari sasarannya. Seandainya aku mendapati mereka, nescaya aku akan membunuh mereka sebagaimana qaum Tsamud dibunuh.

Dan Rasulullah Saw. bersabda lagi tentang mereka ini : Mereka ini keluar ketika manusia berpecah belah. Maka khawarij tidaklah keluar melainkan ketika terjadi zaman fitnah.

Dan Rasulullah Saw. bersabda lagi : Akan muncul sekelompok manusia dari kalangan ummatku dari arah timur. Mereka membaca Al Qur’an namun tidak melewati kerongkongan mereka. Setiap kali mereka muncul akan dipangkas, setiap kali mereka muncul akan dipangkas -hingga Baginda menghitung sampai dua puluh kali. Hingga dajjal pun muncul dari sisa-sisa mereka ini.

Orang-orang khawarij ini memerangi Islam dan qaum Muslimin. Nabi Saw. telah mengatakan : Pekerjaan mereka adalah membunuh orang-orang Islam. Jika mereka keluar maka bunuhlah mereka. Beruntunglah orang-orang yang membunuh mereka, beruntunglah orang-orang yang dibunuh oleh mereka.

Orang-orang khawarij ini agama terbesar mereka adalah menyelisihi dan memberontak kepada jama’ah qaum Muslimin, menghalalkan darah dan harta qaum Muslimin, sebagaimana yang dikatakan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah Rhm.

Dan, kita semua pada hari ini hendaknya mengambil pelajaran. Dan hendaknya orang yang tertipu dengan kelompok ISIS yang busuk dan jahat ini turut mengambil pelajaran, bertaubat kepada Rabb-Nya, dan kembali kepada jalan yang lurus dan benar.

Dan sesungguhnya, kewajiban besar yang mesti dipikul oleh ummat Muslimin hari ini adalah merapatkan barisan dan menyatukan tekad atas dasar tauhid kepada-Nya, serta berpegang teguh terhadap as sunnah Rasululullah Saw. dan manhaj salaf yang haq. Kerana sesungguhnya musuh-musuh Islam dan ummatnya senantiasa menggasak dari berbagai sisi, baik dari dalam mahu pun dari luar.

Semoga Allah Ta’ala memasukkan saudara kita Mu’adz Al Kasasibah Rahimahullah ke dalam Syurga Firdaus yang tinggi. Dan semoga Allah Ta’ala membalas terhadap orang-orang sesat yang telah membunuh beliau.

Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun. Laa haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘adzim wal ‘aqibatu lil muttaqin. Dan orang-orang yang dzalim pasti akan mengetahui ke mana tempat kembali mereka.

Wabillahi taufiq

Markaz Imam Al Albany :
Dr Jasim Al Jawabirah
Dr Muhammad Musa Alu Nasr
Dr Husain Al Awayisyah
Syaikh Ali bin Hasan Al Halaby
Syaikh Masyhur bin Hasan Alu Salman
Syaikh Akram bin Muhammad Alu Ziyadah
Dr Ziyad bin Salim Al Abbady

Dialihbahasa secara bebas oleh :
Abul Aswad Al Bayaty
Bayat, 15 Rabi’ul Akhir 1436
05 Februari 2015

Khatimah

Demikianlah yang dilakukan oleh ISIS dan juga gerakan-gerakan radikal teroris khawarij lainnya. Bagi mereka darah qaum Muslimin sangat murah dan tidak ada artinya. Pembunuhan sadis dan tidak berperikemanusiaan itu mereka lakukan dengan mengatasnamakan jihad dan penegakan syari’at Islam, bahkan juga mengatasnamakan “Khilafah Islamiyyah”, kerana tidak ada cara untuk memperbaiki ummat yang telah rosak ini menurut mereka, kecuali dengan cara pembunuhan massa. Pendirian yang sungguh bathil, sesat dan jahat.

Al Imam Ismail bin Umar Ibnu Katsir Rhm. sejak beberapa abad lalu telah mengatakan :
“Kalau mereka (Khawarij) telah memiliki kekuatan, nescaya akan merosak bumi semuanya, baik Iraq mahu pun Syam. Mereka tidak akan membiarkan seorang bayi laki-laki, mahu pun bayi perempuan, laki-laki dewasa mahu pun wanita dewasa (kecuali pasti mereka bunuh). Kerana ummat manusia menurut mereka telah rosak dengan tingkat kerosakan yang tidak boleh diperbaiki kecuali dengan pembunuhan massa”
Kitab al-Bidayah wa an-Nihayah, jilid 10 halaman 584-585

Mudah-mudahan pernyataan ini bermunafaat dan memberi pelajaran bagi saya dan seluruh jamaah sekalian, serta bagi qaum Muslimin. Mudah-mudahan amal kita ini diterima oleh Allah Swt. dan menjadi timbangan amal kebaikan kita pada hari qiyamat. Aamiin.

“Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar, niscaya Allah akan memperbaiki amal-amalmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh ia menang dengan kemenangan yang besar.”
Surah Al Ahzaab (33) : ayat 70-71
 
Semoga solawat dan salaam senantiasa dilimpah-kan kepada Rasulullah Saw., keluarga dan para Sahabat Baginda, para Salafus Solih, para syuhada’ serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah mereka dengan kebaikan hingga hari qiyamat.

والله تعالى أعلم  ,  وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه أجمعين.

Yang benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari saya yang amat dhaif ini.

سكيان , والسلام



Read more...

Isnin, 2 Februari 2015

Tabayyun - Berhati-hati Menghadam Berita.

0 ulasan

بسم لله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
 
رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي, وبعد,
 

Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.

Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah semata-mata, tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad Saw. adalah hamba dan Rasul-Nya.

Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar, niscaya Allah akan memperbaiki amal-amalmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh ia menang dengan kemenangan yang besar.
Surah Al Ahzaab (33) : ayat 70-71

Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah Kitabullah (Al Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Saw. (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bidah, setiap bidah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di neraka. Amma badu.

Sukar amat untuk diluahkan, di saat ratusan ribu ummat manusia bersabung nyawa menghadapi bala (ujian) dari Allah Taala yani banjir yang sedang melanda sebahagian negara ketika ini, masih terdapat golongan yang menangguk di air keruh dengan menyebar khabar palsu, dusta dan merosakan dengan berniyat jahat. Celaka sungguh para pengekor iblis ini. Entah syaithon apa yang menghasut mereka sehingga tergamak berkelakuan begini.

Sesukar mana pun, marilah kita merenung kembali dalam dasar yang telah ditetapkan oleh syara terhadap perbuatan makhluq-makhluq perosak ini.

Salah satu sikap yang wajib ada pada sesaorang Muslim adalah sentiasa memastikan dan menyemak kebenaran (tabayyun) apa jua maklumat atau khabar yang sampai kepadanya, Ini bagi mengelakkan fitnah dan tindakan salah disebabkan oleh maklumat palsu juga bermasalah, yang dia pun turut menjadi pensubahat.

Allah Swt. telah berpesan lewat Kalam-Nya :

Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasiq membawa khabar berita, maka periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu qaum tanpa mengetahui keadaan yang sebenar, sehingga menyebabkan kamu menyesal dengan tindakan tersebut.
Surah Al Hujurat (49) : ayat 6

Kalamullah ini menjadi dasar dan panduan dalam menilai khabar dan darinya telah lahir qaidah-qaidah (ilmu) bagi memastikan kesahihan/keabsahan sesuatu khabar (misalnya ilmu rijal dan jarh wa tadil dalam bidang hadits).

Sehinggakan kriteria pembawa khabar (perawi/periwayat) adalah sangat ketat antaranya bukan pendusta, tidak berbohong bila menyampaikan, bukan pelupa, seorang yang terpercaya (tsiqah), seorang yang adalah (adil), tidak menokok tambah atau mereka-reka kisah, seorang yang amanah, yang boleh diperakusaksikan (bukan khabar angin), bertanggungjawab (bukan lepas tangan) dan berbagai lagi.

Hal ini membuktikan betapa manhaj dalam menerima dan menyampaikan khabar daripada sesaorang kepada seorang yang lain amat terjaga dan terpelihara dalam Islam. Dengan manhaj inilah, Allah Taala memelihara Kalam-Nya dan As Sunnah nabi-Nya penyelewengan dan pendustaan.

Namun hari ini, manusia melupakan pesanan Allah Taala ini, sebaliknya amat mudah menerima, menelan, mempercayai, berasa tajub dan ikut terpengaruh dengan segala macam khabar, kalau pun ia datang dari sumber tidak ketahuan, tidak pun terbukti kebenaran, terhasil dari talbis ul iblis, penuh dayah kejahatan, penuh hasutan dan kebencian, terkadang terkandung celaan dan penghinaan.

Sehingga khabar-khabar dusta, jahat dan bathil ini menjahanamkan aqal fikiran mereka tanpa sedar tapi rela. Tidak seqadar itu, mereka turut menjadi pensubahat kerosakan dan agen-agen iblis bila membantu menyebarkan khabar-khabar yang mereka dapati kepada khalayak umum, sedang mereka sedar bahawa tidak pun dapat memastikan sama ada khabar itu haq atau bathil.

Allah Taala berpesan lagi :

Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan atau pun ketakutan, mereka terus menyebarkannya.Dan sekiranya mereka menyerahkan kepada Rasul dan Ulil Amri dikalagangan mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui keabsahannya (akan dapat) mengetahuinya daripada mereka. Jika tidak kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikuti syaithan, melainkan sebahagian kecil sahaja (diantara kamu).
Surah An Nisaa (4) ; ayat 83

Ayat ini menunjukkan pengingkaran terhadap sikap tergesa-gesa dalam menerima, menelan dan menyebarkan khabar yang diterima, sedangkan mereka sendiri belum dapat memastikan kesahihan, makna, tafsiran dan kesan dari khabar tersebut.

Ayat ini juga menunjukkan qaidah dalam menyikapi khabar yang diterima, dengan mendapatkan keterangan dari pihak berautoriti dalam kalangan ilmuwan dalam sesuatu bidang, para ulama yang wara, dan pihak pemerintah, supaya didapatkan kebenaran terhadapnya, bukannya disebarkan tanpa usul periksa kepada khalayak umum.

Ketika ini ummat Muslimin benar-benar diuji dengan fitnah maklumat yang dahsyat. Lambakan khabar benar dan palsu bercampur baur tersebar kepada umum tanpa tapisan, selaras dengan era ict. Sebaran berlaku dari bermacam cara fikir, sama ada adil, amanah, jujur hinggalah daripada si penipu, perosak, kepentingan politik, qaum dan kuasa, penghasut, hasad dengki, juga dari golongan fasiq, sesat mahu pun kaafirin.

Paling bahaya apabila segala macam khabar palsu dan yang jahat ini tersebar dalam khalayak yang sinting aqal, jahil menilai, semberono menerima malah mempercayainya membuta tuli pula serta prinsip Al Wala Wal Bara-nya yang tunggang langgang. Mereka ini turut pula menjadi agen penyebarnya. Ini sangat bahaya kepada aqidah ummat.

Mari kita perhatikan sabdaan Nabi saw. :

Cukuplah sesaorang dianggap pendusta, ketika dia menceritakan (menyebarkan) setiap apa yang dia dengar.
Riwayat imam Muslim Rhm. Muqaddimah Sohih Muslim, 1/15, no. 6

Tanyalah diri dan iman, apa tidak cukupkah Kalam Allah Taala dan rasul-Nya untuk diambil pelajaran. Adakah kalam-kalam ini tidak pernah diajari atau tidak pernah didengari, sehingga kalam-kalam dan hasutan syaithon pula yang dibesarkan.

Allah Taala berpesan lagi :

Maka janganlah kamu ikuti orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah) dan mereka menginginkan kamu bersikap lunak (pula kepadamu)
Dan janganlah kamu ikuti orang yang banyak bersumpah lagi hina
Yang banyak mencela, yang kian ke mari menghambur fitnah
Yang sangat enggan berbuat baik, yang melampau batas lagu banyak dosa
Yang kaku kasar, selain dari itu, yang terkenal kejahatannya
Surah Al Qalam (68) : ayat 8-13

Dalam ayat-ayat ini Allah Taala melarang keras ummat Muslimin dari mengikut kalam (tulisan dan kata-kata) yang datang dari golongan pendusta, pengadu domba, perosak dan penabur fitnah. Kalau pun terkadang khabar dari mereka ini kedengaran amat lunak dan menarik hati.

Mereka ini tidak lain hanya manusia penabur fitnah dalam berbagai hal, yang enggan berbuat baik bahkan berusaha pula kepada kejahatan, bersikap melampau batas dalam segala hal dan hanya menarik ummat kepada dosa.

Allah Taala memerintahkan pengingkaran terhadap kelakuan sebegini menerusi Kalam-Nya :

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebahnya tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalanga orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat. Dan ingatlah! Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui yang demikian.
Surah An Nuur (24) : ayat 19

Allah Taala telah mengajarkan adab paling agung kepada hamba-Nya untuk diikuti :

Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
Surah Al Isra (17) : ayat 36

Sungguh menghairankan, terbentang luas makna dan pengajaran Kalamullah ini sejelas-jelasnya, lantas apa lagi yang tidak difahami? Sungguh! Kalam sebegini nyata hanya tidak diambil manfaat oleh orang yang hatinya keras kematu, dipenuhi hasad dan tertutup dari menerima kebenaran.

Justeru itu, apa jua khabar yang tidak dapat dipastikan kebenarannya, janganlah tergesa-gesa ditelan, dijadikan sandaran dan disebarkan. Elakkanlah mengikut khutuwat isy syaithon dengan mempercaya dan menyebarkan khabar yang kita tiada pengetahuan padanya melainkan kerana rasa hasad dan sangkaan.

Ingat dan amalkanlah pesanan Nabi Saw. :

Akan datang nanti kepada manusia, masa-masa yang penuh tipu daya. Para pendusta dianggap sebagai orang jujur, manakala orang jujur dianggap pendusta. Orang khianat dianggap amanah, dan orang amanah dianggap pengkhianat. Dan (ketika itu) para ruwaibidhah mula berkata-kata (bersuara). Lalu ada yang bertanya : Siapa itu ruwaibidhah?. Baginda menjawab : Orang yang bodoh sibuk berbicara (mengulas) tentang masalah masyarakat.
Riwayat imam Ibnu Majah Rhm. Kitab Al Fitan, no. 4026

Janganlah kita turut menjadi makhluq perosak, agen iblis syaithon, juga golongan riuwaibidhah kerana tidak bertabayyun di kala menerima khabar. Sesungguhnya siksaan Allah Taala itu amat pedih kepada para penipu, pendusta dan pengadu domba.

Kepada para petugas, agensi-agensi, pekerja, sukarelawan dan perseorangan, teruskanlah usaha mulia membantu para mangsa banjir yang amat memerlukan pertolongan ini. Sesungguhnya segala kebajikan itu pasti mendapat ganjaran kebaikan dari sisi Allah Taala. Kerja tangan para pengekor iblis ini tidak akan sama sekali mematahkan semangat dan iltizam untuk terus menaburkan bakti, kerana Allah semata.

Mudah-mudahan Allah memberikan balasan setimpal dan selayaknya kepada penyebar khabar palsu, perosak, penghasut dan penegak kebathilan.

Semoga solawat dan salaam senantiasa dilimpah-kan kepada Rasulullah Saw., keluarga dan para Sahabat Baginda, para Salafus Solih, para syuhada’ serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah mereka dengan kebaikan hingga hari qiyamat.
 
والله تعالى أعلم  ,  وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه أجمعين.
 
Yang benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari saya yang amat dhaif ini.
 
سكيان , والسلام
 

Read more...

Menuntut Ilmu Jalan Menuju Syurga

0 ulasan


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي, وبعد,
 

Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.

Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah semata-mata, tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad Saw. adalah hamba dan Rasul-Nya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah (kamu) kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim.
Surah Ali Imran (3) : ayat 102

Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Rabb-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya; dan dari keduanya Allah memperkembang-biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan Nama-Nya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.
Surah An-Nisaa' (4) : ayat 1

Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar, niscaya Allah akan memperbaiki amal-amalmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh ia menang dengan kemenangan yang besar.
Surah Al Ahzaab (33) : ayat 70-71

Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah Kitabullah (Al Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Saw. (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bidah, setiap bidah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di Neraka. Amma badu.
Kepada isteri dan anak-anak tercinta, juga saudara-saudariku yang seiman, seaqidah, semanhaj dan seperjuangan... Dengan Nama Allah Swt. dimulai kalam ini,
 
Tiadalah lain, kita ini hanyalah hamba faqir yang tunduk patuh dengan sepenuh-penuhnya kepada Yang Maha Perkasa, Yang Maha Dermawan sepertimana perintah-Nya :
 
Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.
Surah Adz Dzaariyat (51) : ayat 56 
 
Dan kita telah beriqrar dan mengakui dengan seikhlasnya bahawa mensyukuri nimat-nimat Allah Swt. adalah wajib hukumnya lantaran Allah Swt. telah pun berfirman :
Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu kufuri (mengingkari nimat) Aku.
Surah Al Baqarah (2) : ayat 152

Juga firman-Nya:
Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nimat-nimat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya. Sesungguhnya manusia sangat dzalim dan sangat kufur (mengingkari nimat Allah).
Surah Ibrahim (14) : ayat 34

Kita sedar dengan sekuat-kuatnya dari ayat ini, Allah Swt. memperingatkan bahawa manusia sangat dzalim dan sangat kufur (ingkar), kerana mereka tidak mensyukuri nimat-nimat Allah Swt. yang diberikan kepada mereka. Dan kita menginsafinya.

Di antara kepelbagaian nimat yang Allah berikan kepada kita adalah yang terbesar dan termulia yaitu nimat iman dan nimat Islam, diikuti rizqi, harta, pasangan, keturunan, umur, waktu luang, pancaindera dan kesihatan untuk beribadah kepada Allah dengan benar dan untuk menuntut ilmu syarii.
Sesungguhnya Yang Mabud Allah Swt. memayungi manusia dengan diberikanNya dua kenimatan, namun banyak di antara mereka yang tertipu.

Rasulullah Saw. menjelaskan :
Dari Abdullah Ibnu Abbas Rhu. ia berkata bahawasanya aku mendengar Nabi Saw. telah bersabda : Dua nimat yang banyak manusia tertipu dengan keduanya, yaitu nimat sihat dan waktu luang.
Hadis sahih diriwayatkan oleh imam Bukhari (no. 6412), imam Tirmidzi (no. 2304), imam Ibnu Majah (no. 4170), imam Ahmad (I/258,344), imam Darimy (II/297) dan imam Hakim (IV/306) 

Banyak di antara manusia yang tidak menggunakan waktu sihat dan waktu luangnya dengan sebaik-baiknya. Ia tidak digunakan untuk belajar mengetahui tentang Islam, tidak ia digunakan untuk menimba ilmu syarii. Padahal dengan menghadiri majlis majlis talim yang mengajarkan Kitabullah (Al Quran) dan As Sunnah menurut pemahaman para Sahabat dan Salafus Solih, pasti akan bertambah ilmu, keimanan, dan ketaqwaannya kepada Allah Swt. Juga dapat menambah amalan kebaikannya. Kita insafi diri dan mengambil iktibar dari kalam Baginda ini.

Semoga melalui majlis talim yang kita kaji dari kitab-kitab para ulama dan fuqaha Salafus Solih, Allah akan memberikan hidayah kepada kita di atas Islam, ditetapkan hati dalam beriman, istiqomah di atas Sunnah, serta diberikan hidayah taufiq oleh Allah untuk dapat melaksanakan syariat Islam secara kaffah (menyeluruh) dan berterusan sehingga kita diwafatkan oleh Allah Swt. dalam keadaan mentauhidkan Allah dan melaksanakan Sunnah (Husnul Khatimah) yang sebenar-benarnya.
 
Semoga Allah senantiasa memudahkan kita untuk selalu menuntut ilmu syarii, diberikan segala kesempatan dan kemudahan untuknya, dikurniakan segala kenimatan atasnya, dan diberikan pemahaman yang benar tentang Islam dan Sunnah menurut pemahaman para Sahabat dan Salafus Solih. Demikianlah yang kita sentiasa harapi dan sentiasa dipanjatkan doa kepada Yang Maha Esa supaya kita tergolong dalam ummat sebegitu.
 
Seorang Muslim tidak akan bisa melaksanakan agamanya dengan benar, kecuali dengan belajar dan memahami Islam yang benar berdasarkan Al Quran dan As Sunnah menurut pemahaman dan pembawaan para Sahabat dan Salafus Solih. Sewajibnya kita imani, bahawa Ad Diin ul Islam adalah agama ilmu dan amal kerana Nabi Saw. diutuskan oleh Yang Mabud dengan membawa ilmu dan amal solih. Allah Swt. berfirman :
Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang haq agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama (yang lain). Dan cukuplah Allah sebagai saksi.
Surah Al Fath (48) : ayat 28

Yang dimaksud dengan al-hudaa (petunjuk) dalam ayat ini adalah Al Quran yang menjadi tonggak utama sumber ilmu yang bermanfaat dan benar. Dan yang dimaksud dengan diinul haqq (agama yang benar) adalah amal solih dalam Syariat Islam. Allah Taala mengutus Nabi Muhammad Saw. untuk menjelaskan antara kebenaran dari kebathilan, menjelaskan Nama-Nama Allah, sifat-sifat-Nya, perbuatan-perbuatan-Nya, hukum-hukum dan berita yang datang dari-Nya, serta memerintahkan untuk melakukan segala apa yang bermanfaat bagi hati, badan, ruh dan jasad.
 
Baginda Saw. menyuruh ummat-nya agar mengikhlaskan seluruh ibadah semata-mata kerana Allah Taala, mencintai-Nya, berakhlak yang mulia, beradab dengan adab yang baik, berlaku lurus (istiqomah) dalam pengibadahan, khusyu dan tawadhu dalam melakukan amal solih kepadaNya. Baginda Saw. melarang ummatnya dari perbuatan syirik, fasiq, munafiq, bidah dan segala macam amal dan akhlak yang buruk, yang berbahaya bagi hati, badan, ruh dan jasad, dari kehidupan dunia dan hingga akhiratnya.
Syaikh Al Allamah Abdurrahman bin Nasir As Sadi Rhm. Kitab Taisiir Karimir Rahmaan Fii Tafsiir Kalaamil Mannaan (Tafsir As Sadi), halaman 295-296
 
Cara untuk mendapat hidayah dan mensyukuri segala nimat Allah itu adalah dengan menuntut ilmu syarii. Menuntut ilmu adalah jalan yang lurus untuk dapat membezakan antara yang haq dan yang bathil, Tauhid dan syirik, Sunnah dan bidah, yang maruf dan yang munkar, yang asas Syara dan yang asas nafsu, dan antara yang bermanfaat dan yang membahayakan. Menuntut ilmu akan menambah taufiq dan hidayah serta membawa kita kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat.
 
Seorang Muslim tidaklah cukup hanya dengan menyatakan dengan lafaz lidah tentang keislamannya tanpa berusaha untuk mempelajari, memahami Islam dan mengamalkannya. Pernyataannya harus dibuktikan dan dikukuhkan dengan melaksanakan segala yang dituntut syara dan meninggalkan segala larangannya. Demikianlah makna pengakuan menerima Islam dan konsekuensi dari Islam. Kerana itulah, menuntut ilmu yang haq merupakan satu-satunya jalan paling asas dan benar untuk melaksanakan Islam itu seterusnya menuju kebahagiaan yang abadi.

Hal 1 : Menuntut Ilmu Syarii Wajib Bagi Setiap Muslim dan Muslimah.

Baginda Nabi Saw. telah bersabda :
Dari Anas bin Malik Rhu. ia berkata bahawasanya Rasulullah Saw. telah bersabda : Menuntut ilmu itu wajib atas setiap Muslim (yani Muslimin dan Muslimat).
Hadis sahih diriwayatkan oleh imam Ibnu Majah (no. 224), ditakhrij dan disahihkan dalam Sahih Al Jaamiis Saghiir (no. 3913). Diriwayatkan juga oleh Imam-imam ahli hadits yang lainnya dari beberapa jalur Sahabat seperti Ali bin Abi Talib, Abdullah Ibnu Abbas, Abdullah Ibnu Umar, Abdullah Ibnu Masud, Abu Said Al Khudri dan Al Husain bin Ali Rhum.
Imam Muhammad ibn Ahmad ibn Abu Bakr Al Ansori Al Qurthubi Rhm. menjelaskan bahawa hukum menuntut ilmu terbahagi dua bentuk :
 
Pertama : hukumnya wajib; seperti menuntut ilmu tentang solat, zakat, dan puasa. Inilah yang dimaksudkan dalam riwayat yang menyatakan bahawa menuntut ilmu itu (hukumnya) wajib.
 
Kedua : hukumnya fardhu kifayah; seperti menuntut ilmu tentang pembahagian berbagai hak, tentang perlaksanaan hukum hadd (qisas, cambuk, potong tangan dan lainnya), cara mendamaikan orang yang bersengketa, dan semisalnya. Sebab, tidak mungkin semua orang dapat mempelajarinya dan apabila diwajibkan bagi setiap orang tidak akan mungkin semua orang bisa melakukannya, atau bahkan mungkin dapat menghambat jalan hidup mereka. Kerananya, hanya beberapa orang tertentu sajalah yang diberikan kemudahan oleh Allah dengan rahmah dan hikmah-Nya.
 
Ketahuilah, menuntut ilmu adalah suatu kemuliaan yang sangat besar dan menempati kedudukan tinggi yang tidak sebanding dengan amal apa pun.
Kitab Al Jami Li Ahkam ul Qur'an (Tafsiir Al Qurthubi), Jilid VIII halaman 187 dengan diringkas. Tentang pembahagian hukum menuntut ilmu dapat juga dilihat dalam Kitab Jaami Bayaanil Ilmi wa Fadhlihi, Jilid I halaman 56-62, oleh imam Ibnu Abdil Barr Rhm.
 
Hal 2 : Menuntut Ilmu Syarii Memudahkan Jalan Menuju Syurga.

Setiap Muslim dan Muslimah ingin masuk Syurga. Maka, jalan untuk masuk Syurga adalah dengan menuntut ilmu syarii. Sebab Rasulullah Saw. telah bersabda,
Dari Abu Hurairah Rhu. ia berkata bahawasanya Rasulullah Saw. bersabda : Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang mumin, maka Allah melapangkan darinya satu kesusahan di hari qiyamat. Barangsiapa memudahkan (urusan) atas orang yang kesulitan (dalam masalah hutang), maka Allah memudahkan atasnya di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutupi (aib) seorang muslim, maka Allah menutupi (aib)nya di dunia dan akhirat. Allah senantiasa menolong hamba selama hamba tersebut senantiasa menolong saudaranya.

Barangsiapa yang meniti suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah memudahkan untuknya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu qaum berkumpul di salah satu rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenteraman turun atas mereka, rahmat meliputi mereka, Malaikat mengelilingi mereka, dan Allah menyanjung mereka di tengah para Malaikat yang berada di sisi-Nya. Barangsiapa yang lambat amalnya, maka tidak dapat dikejar dengan nasabnya.
Hadis sahih diriwayatkan oleh imam Muslim (no. 2699), imam Ahmad (II/252, 325), imam Abu Daud (no. 3643), imam Tirmidzi (no. 2646), imam Ibnu Majah (no. 225) dan imam Ibnu Hibban (no. 78- Bab Al Mawaarid). Dan Lafadz ini dari milik imam Muslim. Hadis ini ditakhrij dan disyarah dalam kitab Jaamiul Uluum wal Hikam (Jilid II halaman 297) dan Qawaaid wa Fawaa-id Minal Arbaiin An Nawawiyyah (halaman 316-317).
 
Di dalam hadis ini terdapat janji Allah Azza wa Jalla bahawa bagi setiap orang-orang yang berjalan dalam rangka menuntut ilmu syarii, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju Syurga. Dan mengimani sesungguhnya bahawa itulah janji yang benar.
Berjalan menuntut ilmu mempunyai dua makna :

Pertama : Menempuh jalan dengan artian yang sebenarnya, yaitu berjalan kaki menuju majlis-majlis ilmu oleh para ulama dan fuqaha.

Kedua : Menempuh jalan (cara/manhaj) yang menghantarkan seseorang untuk mendapatkan ilmu seperti menghafal, belajar (sungguh-sungguh), membaca, menelaah kitab-kitab (para ulama), menulis, dan berusaha untuk memahami (apa-apa yang dipelajari). Dan cara-cara lain yang dapat mengantarkan seseorang untuk mendapatkan ilmu syarii.
Allah akan memudahkan jalannya menuju Syurga mempunyai dua makna. Pertama, Allah akan memudahkan memasuki Syurga bagi orang yang menuntut ilmu yang tujuannya untuk mencari wajah Allah, untuk mendapatkan ilmu, mengambil manfaat dari ilmu syarii dan mengamalkan konsekuensinya. Kedua, Allah akan memudahkan baginya jalan ke Syurga pada hari qiyamat ketika melewati as sirath dan dimudahkan dirinya dari berbagai ketakutan yang ada sebelum dan sesudahnya. Wallaahu alam.
 
Juga dalam sebuah hadis panjang yang mengkisahkan berkaitan tentang ilmu, Rasulullah Saw. telah bersabda :
Dari Abu Darda Rhu. ia berkata bahawasanya Rasululllah Saw. telah bersabda : Barangsiapa yang berjalan menuntut ilmu, maka Allah mudahkan jalannya menuju Syurga. Sesungguhnya Malaikat akan meletakkan sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu kerana redha dengan apa yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya seorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohonkan ampun oleh makhluk yang ada di langit mahu pun di bumi hingga ikan yang berada di air. Sesungguhnya keutamaan orang alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan atas seluruh bintang. Sesungguhnya para ulama itu pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu. Dan barangsiapa yang mengambil ilmu itu, maka sungguh, ia telah mendapatkan bahagian yang paling banyak.
Hadis sahih diriwayatkan oleh imam Ahmad (V/196), imam Abu Daud (no. 3641), imam Tirmidzi (no. 2682), imam Ibnu Majah (no. 223) dan imam Ibnu Hibban (no. 80, Bab al-Mawaarid). Dan lafadz ini dari milik imam Ahmad Rhm.,
 
Jika kita melihat para Sahabat Rhu. ajmain, mereka bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu syarii. Bahkan para Sahabat wanita juga bersemangat menuntut ilmu. Mereka berkumpul di suatu tempat, lalu Nabi Saw. mendatangi mereka untuk menjelaskan tentang Al Quran, menjelaskan pula tentang Sunnah-Sunnah Nabi Saw. Allah Taala juga memerintahkan kepada wanita untuk belajar Al Quran dan As Sunnah di rumah mereka,sebagaimana yang Allah Taala firmankan :
 
"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang-orang jahiliyyah dahulu, dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat, taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai Ahlul Bait, dan membersihkan kamu dengan sebersih-bersihnya. Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu dari ayat-ayat Allah dan al-Hikmah (Sunnah Nabimu). Sungguh, Allah Mahalembut, Maha Mengetahui.
Surah Al Ahzaab (33) : ayat 33-34
Jelasnya, setiap laki-laki dan wanita Muslimin diwajibkan ke atasnya menuntut ilmu, yaitu ilmu yang bersumber dari Al Quran dan As Sunnah, kerana dengan ilmu yang dipelajari, mereka akan dapat mengerjakan amal-amal solih yang haq seterusnya menjadi insan bertaqwa, yang dengan itu akan menghantarkan mereka ke Syurga.
Kewajiban menuntut ilmu ini mencakup seluruh individu Muslimin dan Muslimah, baik dia sebagai orang tua, anak cucu, pekerja biasa, ketua-ketua organisasi dan masyarakat, para professional sekalipun orang biasa, cemdiakiawan, ahli akademiyah dan yang lainnya. Yaitu mereka wajib mengetahui ilmu yang berkaitan dengan muammalah mereka dengan Rabb-nya, baik tentang Tauhid, rukun Islam, rukun Iman, akhlak, adab, dan muamalah dengan makhluk. Demikianlah sewajibnya mereka lakukan dalam rangka menjadi ummat bertaqwa dan menuju syurga.
Hal 3: Majlis-Majlis Ilmu Adalah Taman-Taman Syurga. Sesungguhnya junjungan mulia Nabi Saw. telah mensabdakan pesanan :
Dari Anas bin Malik Rhu. ia berkata bahawasanya Rasulullah Saw. telah bersabda : Apabila kalian berjalan melewati taman-taman Syurga, perbanyakkanlah berdzikir. Para Sahabat bertanya, Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud taman-taman Syurga itu? Baginda menjawab, Yaitu halaqah-halaqah dzikir (majlis ilmu).
Hadis Hassan diriwayatkan oleh imam Ahmad (iii/150) dan imam Tirmidzi (no. 3510) dan beliau mengatakan : hadis ini hassan. Ditakhrij lengkapnya oleh Syaikh Muhammad Nasiruddin Al Albani Rhm. dalam Kitab Silsilah Hadis As Saahiihah (no. 2562).
Imam Atho' bin Abi Rabah Rhm. (wafat 114H) berkata : Majlis-majlis dzikir yang dimaksud (dalam hadis ini) adalah majlis-majlis halal dan haram, bagaimana harus membeli, menjual, berpuasa, mengerjakan Solat, menikah, cerai, melakukan haji dan yang sepertinya.
Atsar ini disebutkan oleh imam Al Khatib Al Baghdadi Rhm. dalam kitab Al Faqiih Wal Mutafaqqih (no. 40). Disyarah dalam kitab Al Ilmu Fadhluhu Wa Syarafuhu (halaman 132)
 
Ketahuilah, bahawa majlis dzikir yang dimaksud adalah majlis pengkajian, penyampaian dan pemurnian ilmu, majlis yang di dalamnya diajarkan tentang tauhid, aqidah yang benar menurut pemahaman Salafus Solih, segala macam ibadah yang sesuai dengan As Sunnah Nabi Saw. muamalah, dawah, menyeru manusia kepada Islam dan selainnya.
 
Aakhirul Kalam : Artikel ini dihasilkan dengan menyalin dengan penambahan dari 2 kitab :
 
Syaikh Al Allamah Muhammad bin Solih bin Sulaiman Al Utsaimin Rhm. Kitab ul Ilmi (Panduan Lengkap Menuntut Ilmu), Maktabah Daar Ats Tsurayaa, Jeddah KSA. Tahun 1417 Hijriyah. Muqaddimah
 
Syaikh Yazid bin Abdul Qadir Jawas Hfzh. Menuntut Ilmu Jalan Menuju Syurga Panduan Menuntut Ilmu (Thalabul Ilmin Thariiqu ilal Jannah), Baab ul Awwal (Muqaddimah). Penerbit Pustaka At Taqwa, Rabiuts Tsani 1428H/April 2007M
 
Kitab-kitab ini merupakan kitab Panduan Menuntut Ilmu. Di antara yang penulis jelaskan di dalamnya adalah keutamaan menuntut ilmu, kiat-kiat dalam meraih ilmu syarii, penghalang-penghalang dalam memperoleh ilmu, adab-adab dalam menuntut ilmu, hal-hal yang harus dijauhkan oleh para penuntut ilmu, perjalanan dan sirah para ulama dan fuqaha dalam menuntut ilmu, dan yang lainnya.
 
Penulis jelaskan masalah menuntut ilmu kerana masalah ini sangatlah penting. Sebab, seseorang dapat memperoleh petunjuk, dapat memahami dan mengamalkan Islam dengan benar apabila ia belajar dari guru, kitab, dan cara yang benar. Sebaliknya, jika seseorang tidak mahu belajar, menjauhkan diri dari ilmu atau ia belajar dari guru yang tidak mengikuti Sunnah, atau melalui cara belajar dan kitab yang dibacakan tidak benar, maka ia akan menyimpang dari jalan yang benar.
Para ulama terdahulu telah pun menulis kitab-kitab panduan dalam menuntut ilmu, seperti Imam Ibnu Abdil Barr dengan kitabnya Jaami Bayaanil Ilmi wa Fadhlihi, Imam Ibnu Jamaah dengan kitabnya Tadzkiratus Samii, begitu pula al-Khatib al-Baghdadi yang telah menulis banyak sekali kitab tentang berbagai macam disiplin ilmu, bahkan pada setiap disiplin ilmu hadits beliau tulis dalam kitab tersendiri. Juga ulama selainnya seperti Imam Ibnul Jauzi, Imam Al Qurthubi, Imam Ath Thabari, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah (dalam Majmuu Fataawaa-nya dan kitab-kitab lainnya), Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah (dalam kitabnya Miftaah Daaris Saaadah dan kitab-kitab lainnya), imam Adz Dzahabi, imam Ibnu Katsir, imam Nawawi, imam Ibu Hajar Al Asqolany dan masih banyak lagi para ulama lainnya hingga zaman sekarang ini, seperti Syaikh Abdullah bin Baaz, Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani, Syaikh Yusuf bin Abdullah Al Qaradhawy, Syaikh Wahbah Al Zuhaily, Syaikh Solih Al Fauzan, Syaikh Abdul Muhsin Al Abbad dan ramai lagi.
Dalam kitab ini, penulis berusaha menyusunnya dari berbagai kitab para ulama terdahulu hingga sekarang dengan harapan kitab ini menjadi panduan agar memudahkan kaum Muslimin untuk menuntut ilmu, memberikan semangat dalam menuntut ilmu, beradab dan berakhlak serta berperangai mulia yang seharusnya dimiliki oleh setiap penuntut ilmu.
 
Mudah-mudahan kitab ini bermunafaat bagi saya dan seluruh jamaah sekalian, serta bagi kaum Muslimin. Mudah-mudahan amal kita ini diterima oleh Allah Swt. dan menjadi timbangan amal kebaikan kita pada hari qiyamat. Dan mudah-mudahan dengan kita menuntut ilmu syarii dan mengamalkannya, Allah Azza wa Jalla akan memudahkan jalan kita untuk memasuki Syurga-Nya. Aamiin.
 
Wahai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu berlapang-lapanglah dalam majlis, lapangkanlah nescaya Allah akan memberi kelapangan kepadamu. Dan apabila dikatakan berdirilah kamu maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Surah Al Mujaadilah (58) : ayat 11
 
Semoga solawat dan salaam senantiasa dilimpah-kan kepada Rasulullah Saw., keluarga dan para Sahabat Baginda, para Salafus Solih, para syuhada serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah mereka dengan kebaikan hingga hari qiyamat.
 
والله تعالى أعلم  ,  وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه أجمعين.
 
Yang benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari saya yang amat dhaif ini.
 
سكيان , والسلام
 

Read more...

Khamis, 6 November 2014

Hak Waris Zawil Arham (Siri 1)

0 ulasan
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
وبعد يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي  رب إشرح لي صدري و

Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.

Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah semata-mata, tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad Saw. adalah hamba dan Rasul-Nya.

“Dan orang-orang yang mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih berhak (waris mewarisi) dalan Kitab Allah dari terdahulu lagi pertama-tama (masuk Islam) daripada orang-orang Mu’min dan orang-orang Muhajirin keculi kamu berbuat baik kepada saudara-saudara kamu (seagama). Adalah yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab (Allah).”
Surah Al Ahzab ( ) : ayat 6

Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah Kitabullah (Al Qur’an) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Saw. (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di neraka. Amma ba’du.

Muqaddimah/Prakata
Saya mendapat beberapa pertanyaan berkenaan hukum warisan apabila seseorang meninggal tanpa meninggalkan Ashabul Furudh atau pun Asabah. Dalam amalan biasa dalam negara kita (mengikut enakmen keluarga Islam negeri-negeri juga persekutuan), apabila terjadi keadaan sebegitu, segala harta akan diserahkan kepada Baitumal. Lebih banyak lagi, berdasarkan akta-akta semasa diserahkan kepada sebuah badan amanah atas alasan sebagai pentadbirurus untuk diagihkan kepada waris-waris. Namun banyak kes yang tidak terselesaikan bertahun-tahun, harta pun bertambun-tambun mencapai nilai puluhan billion, sehingga tiada apa pun memberi manfaat kepada para waris atau pun ummat Muslimin melainkan badan itulah yang semakin mewah dan kaya raya.

Ada beberapa yang merujuk kepada beberapa kes di negara ummat Islam lain disebabkan dia berasa pelik, setelah mendapati tidak sama dengan amalan biasa di Malaya ini. Penelitian saya mendapati negara tersebut mengamalkan sistem adanya pewarisan kategori ke 3 yaitu Dzawil Arham. Disitulah terletak punca berbeza amalan diantara negara. Perwarisan kategori ke 3 ini hampir-hampir tidak dikenal oleh ummat Muslimin di Malaya lantaran amalan perundangan yang berladaskan fiqh mazhab imam Asy Syafi’ie memang tidak mengiktiraf adanya hak menerima warisan oleh golongan dzawil arham.

Dalam beberapa siri kuliyah terdahulu, saya ada menyebut dan mencatatkan bahawa dzawil arham wujud sebagai waris kategori ke 3. Jamaah yang hadir dalam kuliyah itu insyaAllah telah mendapat sedikit kefahaman serta serba sedikit perbahasan. Hanya terdapat sedikit sahaja yang saya tulis sebelum ini yang memerlukan penjelasan lebih lengkap. InsyaAllah, nukilan selanjutnya akan menjelaskan perkara ini. Moga memberi manfaat kepada para jamaah dan pembaca.

Definisi Zawil Arham
Secara lughah (bahasa) : Asas perkataannya adalah Zu al Arham. Lafadz Zu disini membawa maqsud hubungan. Arham pula adalah bentuk jamak dari kata mufrad rahmun/rahim, yang asalnya dalam bahasa Arab berarti “tempat pembentukan/menyimpan janin dalam perut ibu”. Kemudian dikembangkan menjadi qarabah/pertalian keluarga (kerabat), baik datangnya dari pihak ayah atau pun dari pihak ibu. Ini disebabkan asal muasalnya dari rahim itulah mulanya semua mereka berkumpul. Dengan demikian, lafadz rahim tersebut umum digunakan dengan makna kerabat, baik dalam bahasa Arab atau pun dalam isthilah syari’at Islam. Maka, lafadz zawil arham ini adalah merujuk kepada hubungan talian kekeluargaan (kerabat) yang berasal dari satu rahim.

Secara isthilah (syara’) : Ada pun yang dimaqsud dengan zawil arham pada ilmu faraaidh ini adalah setiap kerabat pewaris (simati) yang tidak termasuk dalam kategori waris no. 1 :Ashabul Furudh dan waris no. 2 : Asabah. Dalam arti kata lain, setiap ahli keluarga yang mempunyai hubungan talian kekeluargaan dengan pewaris (simati) dan berhak menerima warisan, cuma tidak mewarisi melalui jalan ashabul furudh atau pun asabah, maka mereka adalah zawil arham. Secara paling mudah, mereka wujud dari jalur perempuan.

Dasar/dalil kepada hukum yang menjelaskan bahawa zawil arham adalah berhak mewarisi harta pewaris yaitu kalamullah :

”Bagi orang lelaki ada hak bahagian dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, dan bagi orang wanita ada hak bahagian (pula) dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya ……....” Surah ANisaa’ ( ) : ayat 7

“orang-orang yang mempunyai hubungan kerabat itu sebahagiannya lebih berhak terhadap sesamanya (daripada yang bukan kerabat) di dalam kitab Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”
Surah Al Anfal ( ) : ayat 75.

Golongan Waris Zawil Arham
Waris-waris zawil arham adalah seperti berikut :

a.    Anak-anak sama ada lelaki atau perempuan kepada anak perempuan dan seterusnya.
b.    Anak-anak sama ada lelaki atau perempuan kepada saudara perempuan sama ada seibu sebapa, sebapa atau seibu.
c.    Anak perempuan kepada saudara-saudara lelaki sama ada seibu sebapa, sebapa atau seibu.
d.    Anak perempuan kepada bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa, sebapa atau seibu.
e.    Bapa saudara sebelah bapa seibu.
f.     Bapa saudara sebelah ibu sama ada seibu sebapa, sebapa atau seibu.
g.    Ibu saudara sebelah ibu sama ada seibu sebapa, sebapa atau seibu.
h.    Ibu saudara sebelah bapa sama ada seibu sebapa, sebapa atau seibu.
i.      Datuk yang tidak sahih seperti bapa kepada ibu dan seterusnya.
j.      Nenek yang tidak sahih iaitu hubungannya dengan si mati diselangi oleh datuk yang tidak sahih seperti ibu kepada bapa kepada ibu.
k.    Anak lelaki kepada saudara lelaki atau perempuan seibu.

Semua waris yang dinyatakan di atas merupakan waris-waris zawil arham yang tidak dinyatakan bahagian mereka daripada harta pusaka. Golongan waris ini jika dibenarkan mendapat harta pusaka, maka mereka adalah waris-waris yang terakhir sekali iaitu setelah tidak ada lagi waris ashabul furudh dan asabah kecuali suami atau isteri. Walau bagaimanapun, mereka merupakan waris yang dekat hubungannya dengan si mati dari segi darjat hubungannya.

Perlaksanaan Perwarisan Kepada Zawil Arham
Waris zawil arham ini adalah mereka yang tidak memiliki fardhu-fardhu (ketentuan bahagian/hak) yang ditetapkan dalam Al Qur’an dan As Sunnah, maka sekaligus bukan dari kumpulan ashabul furudh atau asabah yang telah ada fardhunya. Mereka hanya layak mendapatkan bahagaian waris apabila pewaris tiada mempunyai ashabul furudh dan/atau pun asabah. Sekiranya ada, mereka waris zawil arham ini telah terlindung (mahjub) dari mendapatkan warisan. Para pelindung itu (hijab) adalah ashabul furudh dan asabah.

Pendapat Beberapa Imam Muktabar Tentang Dzawil Arham
Para imam mujtahid berbeza pendapat dalam masalah hak waris zawil arham, sama halnya dengan perbedaan pendapat yang terjadi di kalangan para sahabat Rasulullah Saw.. Dalam hal ini, ada 2 pendapat :

1. Golongan pertama berpendapat bahawa zawil arham atau para kerabat jenis ini tidak berhak mendapat waris. Mereka mengatakan bahawa bila harta waris tidak ada ashabul furudh dan/atau asabah, maka harta itu diserahkan kepada baitulmal, disalurkan demi kepentingan masyarakat Islam pada umumnya. Dengan demikian, tidak dibenarkan jika harta tersebut diberikan kepada zawil arham. Di antara mereka yang berpendapat demikian ialah Zaid bin Tsabit Rhu. dan Ibnu Abbas Rhu. dalam sebahagian riwayat darinya, dan juga merupakan pendapat dua imam, yaitu Malik dan Syafi'ie Rhm.

2. Golongan kedua berpendapat bahawa zawil arham berhak mendapat waris, bila tidak adanya ashabul furudh dan/atau asabah. Mereka berpendapat bahawa zawil arham lebih berhak untuk menerima harta waris dibandingkan baitulmal, sebab zawil arham memiliki kekerabatan dengan pewaris. Pendapat ini merupakan jumhur ulama, di antaranya Umar bin Khathab, Ibnu Mas'ud dan Ali bin Abi Tholib. Juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Ahmad bin Hanbal Rhm.

Landasan Dalil Golongan Pertama
1.            Asal pemberian hak waris/asal penerimaan hak waris adalah dengan adanya nas dari Al-Qur'an atau as-Sunnah. Dan dalam hal ini tidak ada satu pun nas yang pasti dan kuat yang menyatakan wajibnya zawil arham untuk mendapat waris. Jadi, bila kita memberikan hak waris kepada mereka (zawil arham) berarti kita memberikan hak waris tanpa dilandasi dalil yang pasti dan kuat.

2.            Dari hadis yang diriwayatkan Said bin Mansur, disebutkan bahawa Rasulullah Saw. ketika ditanya tentang hak waris ibu saudara dari garis ayah mahu pun ibu, Baginda menjawab : Sesungguhnya Jibril telah memberitahu kepadaku bahawa dari keduanya tidak ada hak menerima waris sedikit pun. Hadis ini ditahqiq oleh Habib al-A'dzamiy dengan mengatakan : Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud dalam kitab Marasil-nya dari jalur Abdullah bin Salamah dari Abdul Aziz bin Muhammad, seperti tersebut juga dalam kitab karya Baihaqi (VI/212).” Maka jika keduanya tidak berhak untuk menerima harta waris, zawil arham malah yang lain pun demikian.

3.            Anak perempuan dari saudara lelaki kandung, yang ada bersama anak lelaki dari saudara lelaki kandung, tidak berhak mendapatkan apa pun, hanya anak lelaki dari saudara lelaki kandung yang men­dapatkan warisan. Begitu pula ibu saudara dari pihak ayah, yang ada bersama bapa saudara dari pihak ayah, tidak dapat menerima warisan. Terlebih lagi jika ibu saudara hanya seorang diri (tidak bersama bapa saudara), ia tidak boleh mendapatkan warisan.

4.            Dalam qaidah usul fiqih, telah ditegaskan bahawa kemaslahatan umum harus lebih diutamakan daripada kemaslahatan pribadi. Harta peninggalan, bila ternyata tidak ada ahli warisnya secara sah dan benar, baik dari ashabul furudh-nya dan/atau asabahnya, bila diserahkan ke baitulmal akan dapat mewujudkan kemaslahatan umum, sebab umat Islam akan ikut merasakan faedah dan kegunaannya. Namun sebaliknya, bila diserahkan kepada kerabatnya, maka kegunaan dan faedahnya akan sangat minimum, dan hanya kalangan mereka saja yang merasakannya. Dengan demikian, baitulmal lebih diutamakan untuk menyimpan harta waris yang tidak ada ashabul furudh dan asabahnya daripada zawil arham.

Dalam kes amalan di negara kita, selaras dengan penetapan fiqh mazhab Asy Syafi’ie sebagai rujukan, maka pendapat golongan pertama ini yang digunapakai.

Landasan Dalil Golongan Kedua
Ada pun golongan kedua, yakni Imam Abu Hanifah dan Ahmad Rhm. menyatakan bahawa zawil arham berhak mendapatkan waris, mereka mendasari pendapatnya itu berdasarkan ayat Al-Qur'an : Orang-orang yang mempunyai hubungan kerabat itu sebahagiannya lebih berhak terhadap sesamanya (daripada yang bukan kerabat) di dalam Kitab Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Surah Al-Anfal (X) : ayat 75

Makna yang mendasar dari dalil ini ialah bahawa Allah Swt. telah menyatakan dalam Kitab-Nya bahawa para kerabat lebih berhak untuk mendapatkan/menerima hak waris daripada yang lain. Disini, lafadz arham yang berarti kerabat adalah umum, termasuk ashabul furudh, asabah, serta selain keduanya. Pendek kata, makna kata itu mencakupi kerabat yang mempunyai hubungan rahim dan/atau hubungan darah.

Ayat tersebut seolah-olah menyatakan bahawa yang disebut kerabat, siapa pun mereka, baik ashabul furudh, asabah, atau selain dari keduanya, merekalah yang lebih berhak untuk menerima hak waris berbanding yang bukan kerabat ya’ni baitulmal. Bila pewaris mempunyai kerabat dan kebetulan ia meninggalkan harta, maka berikanlah harta pewaris itu kepada kerabatnya dan janganlah mendahulukan yang lain. Jadi, atas dasar inilah maka para kerabat lebih berhak untuk menerima hak waris daripada baitulmal.

Hal ini juga berdasarkan firman-Nya yang lain : Bagi laki-laki ada hak bahagian dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, dan bagi wanita ada hak bahagian (pula) dan harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan. Surah an-Nisa' ( ) : ayat: 7. Melalui ayat ini Allah Swt. menyatakan bahawa qaum lelaki dan wanita mempunyai hak untuk menerima warisan yang ditinggalkan kerabatnya, baik sedikit atau banyak. Seperti yang disepakati oleh jumhur ulama’ bahawa yang dimaqsud dengan zawil arham adalah para kerabat. Maka itu, mereka berhak untuk menerima warisan.

Kemudian sebagaimana dinyatakan oleh majority ulama’ bahawa ayat di atas telah menghapus kebiasaan pada awal munculnya Islam, dimana pada masa itu qaum Muslimin saling mewarisi disebabkan menolong dan hijrah. Dengan turunnya ayat ini, maka yang dapat saling mewarisi hanyalah antara sesama kerabat (zawil arham). Oleh itu, para kerabatlah yang paling berhak untuk menerima harta peninggalan seorang pewaris.

Adapun dalil dari al-hadis adalah ketika Tsabit bin ad-Dahjah meninggal dunia, maka Rasulullah Saw. bertanya kepada Qais bin Ashim : Apakah engkau mengetahui nasab orang ini? Qais menjawab : Yang kami ketahui orang itu dikenal sebagai asing nasabnya, dan kami tidak mengetahui kerabatnya, kecuali hanya anak lelaki dari saudara perempuannya, yaitu Abu Lubabah bin Abdul Mundir." Kemudian Rasul Saw. pun memberikan harta warisan peninggalan Tsabit kepada Abu Lubabah bin Abdul Mundzir.

Anak saudara lelaki dari anak saudara perempuan tidak lain hanyalah merupakan kerabat, yang bukan dari ashabul furudh dan bukan pula termasuk asabah. Dengan pemberian Rasulullah Saw. akan hak waris kepada zawil arham menunjukkan dengan tegas bahawa para kerabat berhak menerima harta waris apabila ternyata pewaris tidak mempunyai ashhabul furudh yang berhak untuk menerimanya atau para ashabah.

Dalam satu atsar diriwayatkan dari Umar bin Khathab Rhu. bahawa ketika Abu Ubaidah bin Al Jarrah mengajukan persoalan kepada Umar, Abu Ubaidah menceritakan bahawa Sahal bin Hunaif telah meninggal kerana terkena anak panah yang dilepaskan seseorang. Sedangkan Sahal tidak mempunyai kerabat kecuali hanya bapa saudara dari pihak ibunya.  Umar menanggapi masalah itu dan memerintahkan untuk memberikan harta peninggalan Sahal kepada bapa saudaranya itu. Kata Umar : Kerana sesungguhnya aku telah mendengar bahawa Rasulullah Saw.. bersabda : Saudara lelaki ibu adalah ahli waris bagi mayit yang tidak mempunyai keturunan atau kerabat yang berhak untuk menerimanya. Dia juga yang membayarkan diyatnya dan mewarisinya." Hadis riwayat imam Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majah Rhm.

Atsar ini, yang di dalamnya Umar al-Faruq memberitakan sabda Rasulullah Saw., merupakan dalil yang kuat bahawa kerabat lebih berhak menerima harta pewaris berbanding baitulmal. Kalaulah baitulmal lebih berhak untuk menampung harta peninggalan yang tidak mempunyai waris (ashabul furudh dan/atau asabah), maka Umar bin Khathab pasti tidak akan memerintahkan kepada Abu Ubaidah Ibnu Al Jarrah untuk memberikan kepada bapa saudara Sahal tersebut. Sebab, Umar bin Khathab Rhu. adalah seorang khalifah Islam yang dikenal sangat mengutamakan kepentingan umum daripada kepentingan peribadi. Ini terbukti seperti yang banyak dikisahkan dalam kitab-kitab sejarah.

Nota : atsar ini memberitahu hukuman bahawa waris zawil boleh mengambil tempat apabila tiadanya ashabul furudh dan/atau asabah.

Ada pun secara logika, sesungguhnya para kerabat jauh lebih berhak untuk menerima harta warisan daripada baitulmal. Alasannya, kerana ikatan antara baitulmal dan pewaris hanya dari satu arah, yaitu ikatan Islam, kerana pewaris seorang Muslim. Berbeza halnya dengan seseorang yang memiliki hubungan kekerabatan dengan pewaris, dalam hal ini ia mempunyai dua ikatan ya‘ni ikatan Islam dan ikatan rahim.

Oleh itu, ikatan dari dua arah sudah tentu akan lebih kuat berbanding ikatan satu arah. Permasalahan ini sama seperti dalam kes adanya saudara lelaki kandung dengan saudara lelaki seayah dalam suatu keadaan pembahagian harta waris, yang dalam hal ini seluruh harta waris menjadi hak saudara lelaki kandung. Sebab, ikatannya dari dua arah, dari ayah dan dari ibu, sedangkan saudara seayah hanya dari ayah.

Di samping itu, kelompok kedua (jumhur ulama) ini menyanggah dalil yang dikemukakan oleh Imam Malik dan Imam Syafi'ie Rhm. bahawa hadis itu kemungkinan ada sebelum turunnya ayat di atas. Atau, mungkin juga bahawa ibu saudara (baik dari ayah atau ibu) tidak berhak mendapat waris ketika beriringan dengan ashabul furudh dan/atau asabah.

Jadi jika kita melihat konteks hadis yang pernah dikemukakan mengenai jawaban Rasulullah Saw. tentang hak waris ibu saudara ketika itu disebabkan ada ashabul furudh dan/atau asabah-nya. Inilah usaha untuk menyatukan 2 hadis yang sepintas kelihatan bertentangan.

Setelah membandingkan kedua pendapat itu, dapat disimpulkan bahawa pendapat jumhur ulama‘ (kelompok kedua) lebih kuat dan akurat, kerana memang merupakan pendapat majority Sahabat, tabi'in, dan imam mujtahidin. Selain itu ia bertepatan dengan kondisi kehidupan manusia masa kini yang mana, tanpa mengira kedua-dua belah pihak ibu mahu pun bapa, mereka sama-sama menyumbang dan saling membantu dalam segala hal. Amat tidak wajar sekali-kali mereka dari nasab sebelah ibu (zawil arham) itu dikesampingkan begitu sahaja.  

Di samping dalil yang mereka kemukakan lebih kuat dan akurat, juga tampak lebih adil apalagi jika dihubungkan dengan kondisi kehidupan dewasa ini, yang mana sudah sangat terlalu sulit menemukan baitulmal yang benar-benar dikelola oleh jamaah, yang penuh amanah, yang terjamin pengelolaannya, yang adil dalam memberi kepada setiap ummat yang berhak, cekap perjalannya dan tepat dalam menyalurkan harta atau mengambil berat kehidupan ummat.

Nota : secara peribadi saya lebih cenderung dengan pendapat golongan kedua berikutan hujjah, dalil akurat dan alasan yang munasabah yang mereka kemukakan. Saya berdoa kepada Allah Swt. agar suatu ketika nanti pemerintah negara terbuka hatinya untuk menerima waris zawil arham, supaya keadilan dalam seluruh keluarga dan silaturrahim menyeluruh dapat dijalankan.  

bersambung ……. Setakat ini dahulu yang dapat saya nukilkan setakat masa ini.

والله تعالى أعلم  ,  وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه أجمعين.

Yang benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari saya yang amat dhaif ini.

سكيان , والسلام

eddzahir@38
Tanah Liat, Bukit Mertajam
Read more...