Selasa, 7 Mac 2017
Wahai Hati: Kemana Hilangnya Rasa Takut Kepada Allah.
بسم الله
الرحمن الرحيم
السلام عليكم
و رحمة الله و بركاته
وبعد , يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي رب إشرح لي
صدري و
Segala puji bagi Allah Swt., Pencipta sekalian
alam. Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera
ke atas para Ahlul Bait, SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan
Salafus Soleh serta orang-orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke hari
kemudian. A'mma ba'du.
Saya mendoakan agar Allah Swt. sentiasa
menerima semua amalan kita seterusnya melimpahkan segala rahmat dan
keampunan-Nya di hari dan bulan yang mulia ini, Insya’Allah. Juga saya memohon
perlindungan, rahmat dan bimbingan dari Allah Swt. dari sebarang kesilapan
dalam menuliskan nukilan ini.
Para sahabat jamaah yang dikasihi, pilihlah jalan kebaikan agar redho
Allahu Ta’ala senantiasa mengiringi hidup kita.
Muqaddimah
Saudaraku
para sahabat jamaah yang dikasihi, semoga senantiasa dalam rahmat Allahu
Ta’ala.
Dimulakan
nukilan kali ini dengan pertanyaan : pernahkah kita merasa begitu mudahnya kita
melanggar aturan Rabb kita? Begitu mudahnya hati kita-kita ini merasa enteng
atas ma’siyat yang kita lakukan. “Takpelah
! Allah kan Maha Pengampun”. Begitulah rasa nurani kita untuk
terus merasa aman dalam kedurhakaan. Berfikir bahawa kesempatan bertaubat masih
ada, masih lama, sedangkan haqiqinya pintu neraka semakin terbuka. Hati tetap
merasa tenteram, padahal kain kafan kita sedang dianyam.
Saudaraku
sahabat jamaah yang dikasihi, semua itu tiada lain, kerana sedikitnya rasa
takut kita kepada Allahu Ta`ala……
Allahu Ta’ala berfirman :
"Wahai orang-orang yang beriman,
takutlah kepada Allah! Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memerhatikan apa yang
diusahakan besok (hari qiyamat). Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha
mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan."
Surah Al Hasyr : ayat 18
Keagungan Amalan Hati
Rasa
takut kepada Allahu Ta’ala merupakan salah satu bentuk amalan hati seorang
hamba kepada Rabb-nya. Adalah suatu hal yang amat menyedihkan dan pantas
menjadi renungan bagi kita, bahawa masih begitu banyak dari kita yang memberi
perhatian besar terhadap amalan-amalan dzahir
(amalan lahiriah), tetapi ternyata amat lalai dari amalan hati.
Padahal,
amalan hati adalah penentu bagi amalan dzahir. Diterima-tidaknya amal dan
besar-kecilnya pahala yang kita peroleh dari amalan dzahir sangat ditentukan
oleh amalan hati.
Rasulullah
Saw. bersabda :
“……..
Ketahuilah, sesungguhnya di dalam
tubuh manusia terdapat segumpal daging. Jika ia baik, seluruh tubuh baik. Jika
ia rosak, seluruh tubuh juga rosak. Ketahuilah (segumpal daging) itu ialah hati..”
Hadits
riwayat imam Muslim rhm.
Syaikhul
Islam Ibnu Taimiyah rhm. menjelaskan :
”Sesungguhnya
amalan-amalan dzahir (lahiriah) menjadi besar atau kecil nilainya tergantung
apa yang ada di dalam hati, dan apa yang ada di hati bertingkat-tingkat. Tidak
ada yang mengetahui tingkatan – tingkatan keimanan dalam hati manusia kecuali
Allahu Ta`ala”
Kitab Minhaajus Sunnah, Jilid 6 hal. 137
Allahu
Ta`ala pun mengangkat darjat
para sahabat radhiyallahu `anhum dengan
sebab amalan-amalan hati mereka. Amalan dzahir mereka yang luar biasa memang
dapat diikut oleh generasi setelahnya. Akan tetapi, Allahu Ta’ala tetap jadikan
mereka golongan amat istimewa, kerana orang-orang yang datang setelah para
sahabat tidak akan mampu menyamai amalan hati dan keimanan mereka.
Imam
Abu Bakar bin `Ayyaasy rhm. (seorang ulama generasi tabi`in) ada mengatakan : ”Tidaklah
Abu Bakar mengungguli para sahabat yang lain dengan banyaknya solat dan puasa,
tetapi kerana sesuatu yang terpateri kukuh di dalam hatinya.”
Kitab Miftah Daris Sa`adah, Jilid 1 hal. 82
Rasa Takut kepada Allah, Sifat Saorang yang Bertaqwa
Rasa
takut kepada Allahu Ta’ala adalah sifat saorang yang bertaqwa. Bahkan, hal
tersebut merupakan bukti keimanan mereka kepada Allahu Ta`ala. Allah telah sifati hamba-hambanya yang mulia, yaitu para
Nabi `alaihimussolatu wassalam,
sebagai orang-orang yang senantiasa berdoa dengan rasa harap dan takut.
Kemudian
Allahu Ta`ala berfirman : “Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang
selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka
berdu’a kepada Kami dengan harap dan takut. Dan mereka adalah orang-orang yang
khusyu’ kepada Kami”
Surah
Al Anbiyaa’ : ayat 90
Semakin
Berilmu, Semakin Takut Kepada-Nya
Allahu
Ta`ala berfirman :
“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di
antara hamba-hamba-Nya, hanyalah para ulama”
Surah
Al Fathir : ayat 28
Syaikh
Dr. `Abdul `Aziz bin Muhammad As-Sadhan hafizhahullah
mengatakan :
”(Di
dalam ayat ini) Allahu Ta’ala
mengkhususkan dan menyifati para ulama dengan rasa takut kepada-Nya, kerana
mereka adalah orang yang paling mengenal Allah. Semakin besar pengenalan
seorang hamba kepada Rabb-nya, semakin besar raja’ (rasa harap) dan khauf
(rasa takut) dia kepada Allah.
Kitab
Ma`alim Fi Thariq Thalabi al-`ilmi,
hal. 13
Rasa
takut kepada Allahu Ta’ala muncul dari sikap ma`rifatullah (mengenal Allah) yang mendalam. Sesaorang
yang berani berma’siyat kepada Allah, tidak lain disebabkan oleh minimumnya
rasa takut kepada Allah dalam dirinya, dan hal tersebut tidak lain disebabkan oleh
kurangnya ilmu syari’at dan ma’rifatullah.
Menumbuhkan Rasa Takut Kepada Allahu Ta’ala
Selanjutnya,
bagaimanakah cara menumbuhkan rasa takut kepada Allah? Diantara caranya adalah :
1.
Menempuh jalan menuntut ilmu syar’i yang bersumber dari Al Quran ul Kariim dan
hadits-hadits Nabi Saw. yang sohih
Inilah
jalan yang paling tepat dan haq, agar kita boleh menjadi hamba Allah yang hanya
takut kepada-Nya. Allahu Ta`ala
ada berfirman :
“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di
antara hamba-hamba-Nya, hanyalah para ulama”
Surah
Al Fathir : ayat 28
Syaikh
`Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di rhm. berkata :
”Semakin
sesaorang berilmu tentang Allahu Ta`ala,
semakin besar juga rasa takutnya kepada Allah. Rasa takutnya kepada
Allah tersebut membuatnya meninggalkan perbuatan ma’siyat dan mempersiapkan
diri untuk bertemu dengan Dzat yang dia takuti.
Ayat
ini sebagai dalil tentang keutamaan ilmu, kerana ilmu akan menumbuhkan rasa
takut kepada Allah. Orang-orang yang takut kepada Allah adalah orang-orang yang
mendapat kemuliaan-Nya, sepertimana firman Allahu Ta`ala :
’Balasan mereka di sisi Rabb mereka ialah syurga
Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya
selama-lamanya. Allah redho terhadap mereka dan mereka pun redho kepada-Nya.
Hal itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Rabbnya.’ (Surah Al
Bayyinah : ayat 8)
Taisir al-Karimir Rahman, hal. 656
Imam
Al-Hafidz Ibnu Katsir rhm. mengatakan : ”Sesungguhnya orang yang takut kepada
Allah dengan sebenar-benar rasa takut, hanyalah para ulama yang memiliki
pengetahuan tentang Allah (ma’rifatullah).
Hal ini disebabkan semakin bertambah pengenalan seseorang terhadap Dzat Yang
Maha Agung, Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Berilmu, Yang memiliki sifat yang
Maha Sempurna disertai Asma’ ul Husna, maka akan semakin bertambah dan sempurna
pengetahuan sesaorang kepada Rabb-nya. Dengan demikian, ketakutannya kepada
Allah akan semakin bertambah dan menguat.
Tafsiirul Qur’anul `Adzim, Jilid 3 hal. 697
2.
Mengingati Bahawa Adzab Allahu Ta’ala Sangatlah Pedih
Allahu
Ta`ala berfirman :
“hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah
Rasul takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih”
Surah
An Nur : ayat 63
Dan
ingatlah juga, bahawa seringan-ringan siksaan di neraka kelak adalah
sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah Saw. haditsnya :
“Sesungguhnya penduduk neraka yang paling
ringan siksanya ialah orang yang mengenakan dua sandal dari neraka lalu
mendidih otaknya kerana sangat mencekam panas dua sandalnya.”
Hadits
riwayat imam Muslim rhm.
Pedihnya
adzab Allahu Ta’ala, sampai-sampai disebutkan dalam Al-Qur’an bahawa syaithan turut
berkata :
“Sesungguhnya aku takut kepada Allah. Dan
Allah sangat keras siksa-Nya”
Surah
Al Anfal : ayat 48
Mereka yang Takut Kepada Allahu Ta’ala
Dari
Al-Qaasim bin Muhammad rhm. da menceritakan :
”Suatu
ketika kami pernah melakukan suatu perjalanan bersama Ibnul Mubarak. Seringkali
terlintas dalam benakku (tentang kemasyhuran Ibnul Mubarak) hingga aku berkata
pada diriku sendiri : Apakah gerangan yang membuat laki-laki ini lebih utama
dibandingkan kami sehingga dia begitu terkenal di khalayak banyak? Jika dia
solat, kami pon melakukan solat. Jika dia berpuasa, kami pon berpuasa. Jika dia
berjihad, kami pon berjihad.”
Al-Qaasim
rhm. pon melanjutkan bicara : “Dalam suatu perjalanan kami kemudian,
ketika kami sampai di negeri Syam pada suatu malam. Kami sedang makan malam di
sebuah rumah. Tiba-tiba lampu padam. Maka saorang diantara kami pon bangkit
untuk mengambil lampu. [keluar untuk beberapa saat untuk menyalakan lampu,
kemudian datang membawa lampu yang telah menyala].
(Setelah
terang) aku melihat wajah dan janggut Ibnul Mubarak telah basah kerana air
mata. Maka aku berujar pada diriku sendiri : “Dengan rasa takut inilah
laki-laki ini lebih utama dibandingkan dengan kami. Mungkin tadi ketika lampu
padam, dan keadaan menjadi gsahabat jamaah gelap gulita, beliau teringat akan
hari qiyamat.”
Kitab
Ayna Nahnu min Akhlaq us-Salaf,
hal. 18-19
Para
sahabat jamaah yang dirahmati oleh Allahu Ta’ala, demikianlah huraian singkat
yang dapat saya nukilkan, yang semoga dengannya membuat kita tahu dan tersedar
untuk menumbuhkan rasa takut kepada Allahu Ta’ala di dalam hati kita, sehingga
menjaga kita dari melakukan perbuatan ma’siyat.
Sebagaimana
yang dikatakan Sa’id bin Jubair rhm. : “Sesungguhnya rasa takut yang sejati itu
adalah kamu takut kepada Allahu Ta’ala sehingga menghalangi dirimu dari berbuat
ma’siyat kepada-Nya.”
Kitab
Sittu Durar min Usul Ahli al-Atsar,
hal. 31
Akhiirul
Kalam
Benar, kita manusia tidak sunyi daripada
melakukan kesalahan dan kesilapan, justeru tiada lain, kita sangat perlu
mengharap keampunan (maghfirah) daripada Ilahi. Harapan ini akan memberi
dorongan yang berterusan untuk maju mendekatkan diri kepada Allahu Ta’ala,
kerana percaya bahawa Allahu Ta’ala akan menyambut setiap langkah pendekatan
hamba-Nya sebagaimana yang dinyatakan di dalam khabar rabbani ini :
“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan, maka
untuknya sepuluh kali ganda pahala, bahkan mungkin lebih. Sesiapa yang berbuat
kejahatan, maka dibalas dengan satu dosa, bahkan mungkin diampuni. Dan sesiapa
yang menghampiri~Ku (Allah) sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta. Sesiapa
yang datang kepada~Ku berjalan, maka Aku akan berlari kepadanya. Sesiapa yang
menghadap kepada~Ku dengan dosa sepenuh isi bumi, sedangkan dia tidak menyekutukan
Aku dengan sesuatu apa pon, nescaya Aku akan menemuinya dengan keampunan
sebesar itu pula.”
Hadits riwayat imam Muslim rhm.
Demikian yang dapat saya nukilkan kali ini,
semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang yang paling bertaqwa,
menghiasi hidup seharian dengan rasa takut kepada Allahu Ta’ala, dan agar kita
tergolong bersama orang-orang yang mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan hidup
di dunia dan akhirat nanti.
والله
تعالى أعلم
, وصلى الله
وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه أجمعين.
Yang
benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari
saya yang amat faqir dan dhoif ini.
سكيان
, والسلام
eddzahir@38,
tanah liat
bukit
mertajam
ZIKIR : Ikutilah Yang Sohih Dan Bukannya Rekaciptaan.
On Monday, September 05, 2016 16:44 PM,
wrote
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Saya
nak tanya apa cerita sebenarnya, 2 malam lepas, seorang ustaz datang ceramah di
masjid, dia ajarkan :
1.
Beberapa
lafaz zikir yang dia kata diijazahkan kepadanya oleh gurunya, yang didapati
menerusi mimpi bertemu wali Allah.
2.
Kami
diminta menyebut dengan mengikut beliau, kemudian disebutkan yang zikir-zikir
itu telah diijazahkan kepada kami untuk diamalkan.
3.
Zikir
itu berkah diamalkan mengikut jumlah tertentu, ada yang pagi, petang atau malam
4.
Dengan
mengamalkan zikir-zikir itu ustaz itu kata, akan terhindar mala petaka,
terpelihara dari sihir, terjaga dari rasukan makhluk halus, hati akan tenang,
wajah akan ceria, murah rezeki, tiada musuh, orang akan tunduk kepada kita
Saya
nak mohon pengesahan dari ustaz, betulkah ajaran sebegini.
Maklumbalas
ustaz sangat saya hargai.
والسلام
بسم الله
الرحمن الرحيم
السلام عليكم
و رحمة الله و بركاته
وبعد , يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي رب إشرح لي
صدري و
Segala puji bagi Allah Swt., Pencipta
sekelian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw.
Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait, SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut
Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta orang-orang yang mengikut mereka
dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma ba'du.
Saya mendoakan agar Allah Swt. sentiasa
menerima semua amalan kita seterusnya melimpahkan segala rahmat dan
keampunan-Nya di hari dan bulan yang mulia ini, Insya’Allah. Juga saya memohon
perlindungan, rahmat dan bimbingan dari Allah Swt. dari sebarang kesilapan
dalam menuliskan nukilan ini.
Saya jawab secara ringkas sahaja.
Secara lughah, zikr
bermaqsud ingat
Jika disebutkan Az Zikra,
ia merujuk kepada Al Qur’an sebagai Pembawa Peringatan ya’ni salah satu sifat
dan peranan Kalamullah itu
Secara isthilah (syara’),
maqsud zikr adalah amalan perbuatan hanya saja untuk mengingati Yang Ma’bud
Allahu Ta’ala semata mengikut kaifiyat (tatacara) yang ditetapkan oleh Nabi
Saw.
Mengingati Allahu Ta’ala
(baca : zikr) merupakan pokok daripada rasa syukur saorang makhluq atas segala
macam kurniaan oleh Rabb-nya Sang Khaliq Allahu Ta’ala. Munafaat yang besar
dapat diperoleh dengan mengerjakan amalan ini. Namun, sayang sekali kebanyakan
orang melupakan, melalaikannya atau pon kurang ambil berat terhadap amalan ini.
Saya benar-benar tidak tahu
akan adanya fadhilat, faidah dan munafaat amalan zikr seperti yang disebutkan,
biar pon memang sebegitulah yang disebutkan oleh orang banyak disana sini.
Secara jelas juga mahu saya sebutkan, zikr-zikr yang Puan sebutkan itu adalah
hasil rekaciptaan dan fadhilatnya juga adalah hasil rekaciptaan semata juga.
Sunggoh Nabi Saw. sebelum
wafat telah pon meninggalkan segala macam lafadz dan bentuk zikr, sehingga
tidak perlu lagi mencari dan beramal dengan yang direkacipta, lantaran Islam
itu sudah lengkap. Lainlah kalau merasakan Islam belum lengkap lagi dan kena
ditokok tambah bagi lebih melengkapkan pula. Demikianlah gamaknya yang
difikirkan dan diimani oleh golongan penokok tambah dalam agama ini.
Padahal, fadhilat, faidah
dan munafaat amalan zikr itu banyak sekali, sudah pon termaktub dikhabarkan
oleh Allahu Ta’ala sendiri, tanpa perlu dimimpikan dan direkaciptakan lagi. Antaranya
:-
1. Mendatangkan Pertolongan
Allah
Allahu Ta’ala berfirman (yang artinya) : “Maka ingatlah kalian kepada-Ku, niscaya Aku pon akan mengingat kalian.”
Surah al Baqarah : ayat 152
2. Mendatangkan Ampunan Dan
Pahala Yang Besar
Allahu Ta’ala berfirman (yang artinya) : “Orang-orang yang banyak berzikr kepada Allah, lelaki mahu pon
perempuan, maka Allah sediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang sangat
besar.”
Surah al Ahzab : ayat 35
3. Sebab Hidupnya Hati
Rasulullah Saw. telah bersabda : “Perumpamaan orang yang mengingat
Rabb-nya (Allah) dengan orang yang tidak mengingat Rabb-nya, seperti
perumpamaan orang yang hidup dengan orang yang sudah mati.”
Hadits riwayat imam Bukhori
rhm.
4. Mendatangkan Ketenteraman
Jiwa
Allahu Ta’ala berfirman (yang artinya) : “Ingatlah, dengan mengingat Allah maka hati akan menjadi tenteram.”.
Surah ar Ra’d : ayat 28
5. Jauh Dari Perangkap
Syaithan
Allahu Ta’ala berfirman (yang artinya) : “Barang siapa yang berpaling dari mengingat ar-Rahman, maka akan Kami
jadikan syaithan sebagai pendamping yang selalu menemaninya.”
Surah az Zukhruf : ayat 36
6. Jalan Menuju Keikhlasan
Allahu Ta’ala berfirman (yang artinya) : “Sesunggohnya orang-orang munafiq itu berusaha mengelabui Allah,
sedangkan Allah justeru mengelabui mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat
maka mereka berdiri dengan penuh kemalasan, mereka mencari-cari pujian manusia,
dan mereka sama sekali tidak mengingat Allah kecuali sedikit.”
Surah an-Nisa’: ayat 142
7. Mendapat Perlindungan
Allah Pada Hari Qiyamat
Rasulullah Saw. telah bersabda : “Ada tujuh golongan yang mendapatkan
naungan Allah pada hari qiyamat… di antaranya adalah saorang lelaki yang
mengingat Allah dalam keadaan sepi, kemudian menitislah air matanya.”
Hadits riwayat imam Bukhori dan Muslim rhm.
Demikianlah yang seqadar
mampu saya catatkan. Insya’Allah! ia jauh lebih banyak lagi yang tidak termampu
saya catatkan semuanya disini.
Dan yang perlu sekali diingatkan,
bahawasanya zikir yang benar adalah yang dilandasi keikhlasan niyat melakukankannya
ya’ni kerana Allahu Ta’ala semata, dan dikerjakan pula dengan mengikuti sunnah
Nabi Saw. dan amalan para sahabat Baginda. Sesunggohnya
lafadz dan kaifiyat yang sohih dari syara’ (bil ma’tsur) ini amat banyak untuk
diamalkan sehingga tidak perlu lagi dimimpi-mimpikan.
Boleh saja Puan dapatkan dalam kitab Hisnul Muslim
(Perisai Muslim), terkandung di dalamnya zikr-zikr yang sohih amalan Nabi Saw. untuk
Puan pelajari dan amalkan. Insya’Allah, akan saya hantarkan kulit depan kitab
tersebut untuk tindakan lanjut Puan. Ia boleh didapatkan dimana-mana kedai
kitab.
Allahul muwaffiq. Semoga maklumbalas
saya ini telah menjawab pertanyaan Puan dan telah membantu.
والله تعالى أعلم , وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه أجمعين.
Yang
benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari
saya yang amat faqir dan dhoif ini.
eddzahir@38, tanah liat
bukit mertajam
Khamis, 22 Disember 2016
Hanya Allah Yang Disembah : Pengagungan Quburan Perosak Aqidah Ummat
حمن الرحيم بسم الله الر
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
وبعد , يسرلي
أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي رب إشرح لي صدري و
Segala
puji bagi Allah Swt., Pencipta sekelian alam. Salawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait,
SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta
orang-orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma
ba'du.
Saya
mendoakan agar Allah Swt. sentiasa menerima semua amalan kita seterusnya
melimpahkan segala rahmat dan keampunan-Nya di hari dan bulan yang mulia ini,
Insya’Allah. Juga saya memohon perlindungan, rahmat dan bimbingan dari Allah
Swt. dari sebarang kesilapan dalam menuliskan nukilan ini.
Para sahabat jamaah
yang dikasihi, pilihlah jalan kebaikan agar redho Allahu Ta’ala senantiasa
mengiringi hidup kita.
Hanya Allah Yang Disembah :
Pengagungan Quburan Perosak Aqidah Ummat
Sunggoh Nabi Saw. dalam seluroh usia
da'wah Baginda : menyeru ummat untuk meninggalkan dan menjauhi
kesyirikan. Bahkan, Baginda Saw. telah menghancurkan patung-patung berhala
ketika Fathu Makkah dan mengutus para sahabat Baginda untuk menghancurkan
berhala-berhala yang telah dijadikan sesembahan selain dari Allah Subhanahu wa
Ta'ala.
Di antara hal yang juga Baginda Saw.
ingatkan untuk dijauhi oleh ummatnya adalah sifat ghuluw (berlebih-lebihan)
terhadap orang solih dan mengagungkan, sujud sembah, merintih, merayu, memohon
niyat di quburan mereka.
Beginilah perbuatan yang semakin
berleluasa dalam kalangan ummat, sedangkan Rasulullah Saw. dengan terang jelas
telah menyatakan bahawa para penyembah quburan ini, adalah orang-orang terburuk
(dan terkutuk).
Ketika Ummu Salamah Rha.
menceritakan perbuatan kaum Nasrani yang beliau lihat di Habasyah, Rasulullah
Saw. bersabda balas :
أُولَئِكَ قَوْمٌ إِذَا مَاتَ فِيهِمُ
الْعَبْدُ الصَّالِحُ أَوِ الرَّجُلُ الصَّالِحُ بَنَوْا عَلَى قَبْرِهِ مَسْجِدًا
وَصَوَّرُوا فِيهِ تِلْكَ الصُّوَرَ، أُولَئِكَ شِرَارُ الْخَلْقِ عِنْدَ اللهِ
“Mereka itu, jika ada orang solih
(meninggal) di antara mereka, mereka membangun masjid di atas quburnya dan
membuat gambarnya (untuk dipuja dan disembah). Mereka adalah orang-orang
terjelek di sisi Allah.”
Riwayat imam Bukhori dan Muslim Rhm.
Al Allamah Asy-Syaikh Abdul Aziz bin
Abdullah Baaz Rhm. menerangkan :
“Maqsud ucapan Rasulullah Saw. ini
adalah peringatan agar perbuatan mereka tidak sekali~kali layak diikuti. Namun,
ada dari ummat ini yang terjatuh dalam perbuatan tersebut. Yang paling banyak
melakukannya adalah Syiah Rafidhah yang ghuluw terhadap ahlul bait.”*
Lihat : Syarah Kitabut Tauhid, hlm.
105
Bahkan sekarang ini, yang terjatuh
ke dalam kesyirikkan ini adalah golongan sufi yang ghuluw. Mereka menuruti
jejak Syi’ah dalam pengagungan terhadap qubur para manusia yang mereka sendiri
tetapkan ia sebagai wali dari dalam kalangan mereka sendiri, tanpa landasan
kebenaran syara’.
Dan, lima hari menjelang wafat,
Baginda Saw. telah bersabda, sesuatu wasiyat yang amat penting kepada seluroh
ummatnya :
أَلَا وَإِنَّ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ
كَانُوا يَتَّخِذُونَ قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ وَصَالِحِيهِمْ مَسَاجِدَ، أَلَا
فَلَا تَتَّخِذُوا الْقُبُورَ مَسَاجِدَ إِنِّي أَنْهَاكُمْ عَنْ ذَلِكَ
“Ketahuilah, orang-orang sebelum
kalian telah menjadikan quburan para nabi dan orang solih sebagai masjid (ya'ni
pusat pengibadahan / pengabadian kepada Allahu Ta'ala).
Ketahuilah, janganlah kalian
menjadikan quburan sebagai masjid kerana aku melarang dari hal
tersebut.”*
Riwayat imam Muslim Rhm.
Bahkan, ketika sedang sakaratul
maut, Baginda Saw. telah bersabda lagi :
لَعْنَةُ اللهِ عَلَى الْيَهُودِ
وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ؛ يُحَذِّرُ مَا
صَنَعُوا
“La'nat Allah atas Yahudi dan
Nasrani kerana mereka telah menjadikan qubur nabi-nabi mereka sebagai masjid.
Baginda memperingatkan (agar jangan sampai mengikut) perbuatan mereka….”*
Riwayat imam Bukhori dan Muslim Rhm.
Justeru, hanya Allahu Ta'ala lah
satu~satunya Dzat Yang Berhak Disembah dan tiada suatu apa pon lagi yang ada
hak sebegitu selain dari~Nya. Dan Allahu Ta'ala telah menegaskan lewat
Kalam~Nya :
.... ولم يكن له كفوا احد
Pengibadahan, pengabadian juga
kepercayaan bahawa adanya sesuatu selain~Nya yang boleh memberi munafaat
dan/atau mudhorat, jelas sekali suatu kesyirikan. Dan kesyirikan itu
benar-benar telah diperlakukan dengan menyembah dan memuja quburan,
bertawassul, isti’anah dan istighotsah kepada mayyit, juga dengan meyaqini bahawa
mayyit boleh mendatangkan mudhorat atau munafaat.
Semoga semua kita terhindar dari
segala macam syirik akbar ini.
Wa sollallahu wa salaamu ‘alaa
Nabiyyinaa Muhammad
والله تعالى أعلم
, وصلى
الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله
وأصحابه أجمعين.
Yang
benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari
saya yang amat faqir dan dhoif ini.
سكيان
, والسلام
eddzahir@38 tanah liat
bukit mertajam
Hanya Allah Yang Berhak Disembah : Tiada Tuhan (Arbab) Selain Dia
بسم الله
الرحمن الرحيم
السلام عليكم
و رحمة الله و بركاته
وبعد , يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي
رب إشرح لي صدري و
Segala puji bagi Allah Swt., Pencipta sekelian
alam. Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera
ke atas para Ahlul Bait, SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan
Salafus Soleh serta orang-orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke hari
kemudian. A'mma ba'du.
Saya mendoakan agar Allah Swt. sentiasa
menerima semua amalan kita seterusnya melimpahkan segala rahmat dan
keampunan-Nya di hari dan bulan yang mulia ini, Insya’Allah. Juga saya memohon
perlindungan, rahmat dan bimbingan dari Allah Swt. dari sebarang kesilapan
dalam menuliskan nukilan ini.
Para sahabat jamaah yang dikasihi, pilihlah jalan kebaikan agar redho
Allahu Ta’ala senantiasa mengiringi hidup kita.
Hanya Allah Yang Berhak Disembah :
Tiada Tuhan (Arbab) Selain Dia
Saudaraku se~manhaj yang dimuliakan,
semoga Allahu Ta'ala memberikan kepada kita kefahaman dan munafaat, dari apa
yang dinukilkan di bawah ini :
عَنْ عَدِىِّ بْنِ حَاتِمٍ –رَضِي
الله عَنْهُ-قَالَ أَتَيْتُ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- وَفِى عُنُقِى
صَلِيبٌ مِنْ ذَهَبٍ. فَقَالَ « يَا عَدِىُّ اطْرَحْ عَنْكَ هَذَا الْوَثَنَ ».
وَسَمِعْتُهُ يَقْرَأُ فِى سُورَةِ بَرَاءَةَ (اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ
وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ) قَالَ « أَمَا إِنَّهُمْ لَمْ
يَكُونُوا يَعْبُدُونَهُمْ وَلَكِنَّهُمْ كَانُوا إِذَا أَحَلُّوا لَهُمْ شَيْئًا
اسْتَحَلُّوهُ وَإِذَا حَرَّمُوا عَلَيْهِمْ شَيْئًا حَرَّمُوهُ »
Dari Adi bin Hatim Rhu, dia berkata
: Aku pernah menemui Nabi Saw. sedangkan di leherku terdapat salib dari emas
(saat itu Adi bin Hatim masih Nasrani).
Melihat keadaanku maka Rasulullah
bersabda : “Wahai Adi, buanglah berhala ini darimu!. Aku mendengar Baginda
membaca firman Allahu Ta'ala :
...... اتخذوا احبارهم ورحبانهم
اربابا من دون الله
Mereka menjadikan orang-orang
alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai sesembahan selain Allah..
Surah At Taubah ayat 31.
Baginda bersabda : “Sesungguhnya
mereka tidak menyembah orang-orang alim dan rahib-rahib mereka itu dengan
ritual-ritual ibadah, namun apabila orang-orang alim dan rahib-rahib mereka
menghalalkan sesuatu untuk mereka maka mereka menghalalkan apa yang mereka
halalkan itu.
Dan apabila orang-orang alim dan
rahib-rahib mereka mengharamkan sesuatu atas mereka maka mereka pun
mengharamkan sesuatu yang diharamkan itu.
Riwayat imam At Thirmidzi Rhm.
dihasankan oleh Syaikh Al Albani Rhm. dalam Sohih wa Dho’if Sunan At-Thirmidzi
no. 3092
Dalam kitab at-Tanbihaat al
Mukhtasharah Syarhu Al Waajibaat al Mutahattimaat al Ma’rifah ‘alaa Kulliy
Muslimin Wa Muslimatin disebutkan sebagai berikut :
أي : النوع الثالث من أنواع الشرك
الأكبر: شرك الطاعة، فمن أطاع المخلوقين في تحليل ما
حرّم الله أو تحريم ما أحلّ الله و يعتقد ذلك بقلبه مع علمه بأنه مخالف للدين فقد
اتخذهم أربابا من دون الله أشرك به الشرك الأكبر
Macam ketiga dari syirk besar adalah
syirk dalam ketaatan. Maka siapa yang mentaati makhluq dalam penghalalan apa
yang diharamkan Allah atau pengharaman apa yang dihalalkan Allah dengan
keyaqinan hatinya sedangkan ia tahu bahawa hal itu menyelisihi agama Islam,
maka orang yang berbuat demikian telah mengambil mereka sebagai sesembahan
(tuhan/arbab) selain dari Allah dan ia telah berbuat syirk kepada Allah dengan
syirk yang besar.
Kitab At Tanbiihaat hal. 105
Ingatlah para saudara yang dikasihi,
tidak sekali~kali ada ketaatan kepada makhluq dalam perkara yang dilarang oleh
Allahu Ta'ala. Ketaatan hanyalah dalam perkara yang ma’ruf, perkara yang
dikenal atau diketahui benar-benar diperintah atau dibolehkan oleh Al Qur’an
dan As Sunnah semata.
Dari Ali bin Abi Tholib Rhu.
bahawasanya Rasulullah Saw. telah bersabda :
لاَ طَاعَةَ فِى مَعْصِيَةِ اللَّهِ
إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِى الْمَعْرُوفِ
Tidak ada ketaatan dalam ma'siyat
kepada Allah. Sesunggohnya ketaatan itu hanyalah dalam perkara yang ma’ruf.
Riwayat imam Muslim Rhm. no.
4871(sohih)
Lihatlah, berapa banyak manusia yang
telah menjadikan kalam~kalam, pendapat~pendapat, pandangan~pandangan, jua
perasaan, persangkaan dan pemikiran dangkal makhluq sebagai dasar hukuman,
mentaqlidinya membuta tuli, mentaatinya tanpa soal, walhal dalam segala macam
hal Allahu Ta'ala dan rosul~Nya, telah pon menetapkan urusan mereka.
Begitulah sifat manusia sesat dari
jalan kebenaran, dengan mengambil apa jua ketetapan hanya berdasarkan dengar
cakap manusia, tanpa sekali~kali merujuk, kembali dan menyerahkan urusan kepada
Allahu Ta'ala dan Pesuroh~Nya. Sesunggohnya, mereka telah syirk yang besar
disebabkan ada sebahagian perkara dalam kehidupan, mereka meletakkan makhluq
lebih tinggi, lebih ditaati, lebih ditundokpatuhi selain dari Allahu Ta'ala dan
Pesuroh~Nya. Lantaran apa yang mereka tundokpatuhi tanpa soal itu, haqiqinya
berupa sesembahan, tuhan, arbaaban yang mereka sembah selain dari Allahu
Ta'ala.
Demikianlah yang dapat disampaikan,
untuk kemunafaatan kita bersama.
Semoga Allah melindungi kita dari
apa-apa yang menimbulkan murka dan siksa-Nya. Dan semoga kita semua termasuk
hamba-hamba Allah yang ditetapkan oleh-Nya selamat di dunia dan di akhirat
kelak, aamiin.
Wa sollallahu wa salaamu ‘alaa
Nabiyyinaa Muhammad
والله تعالى أعلم
, وصلى
الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله
وأصحابه أجمعين.
Yang
benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari
saya yang amat faqir dan dhoif ini.
سكيان
, والسلام
eddzahir@38 tanah liat
bukit mertajam
Langgan:
Catatan (Atom)



