Rabu, 4 April 2012

Soal Jawab Faraaid (Bahagian 1)

0 ulasan

Sent: Tue, March 16, 2010 12:53:47 AM
Subject: Pemberian harta pusaka

Assalamua'laikum Tn. Haji,

Saya nak tanya pasal emak saya sudah sakit2 dan berhasrat nak bagi harta miliknya kepada kami 2 beradik. Kami 2 beradik perempuan sahaja iaitu saya dengan adik. Ayah tidak kisah dengan pembahagian harta emak.

Bolehkah kami mendapat semua harta pembahagian emak kerana tiada adik beradik lelaki. datuk dan nenek telah meninggal dunia tetapi emak ada 2 orang adik lelaki dan lagi 4 orang adik perempuan.

Saya telah hubungi seorang lawyer tetapi dia maklumkan yang harta tersebut kena diberikan kepada semua waris-waris dan ada sebahagian besar kepada baitulmal kerana tiada anak lelaki.

Sangat berharap agar n Haji dapat beri pandangan.

Wassalam


From: edd zahir edd_zahir@yahoo.com
To: Izana Hani izanahani@yahoo.com
Sent: Wednesday, March 17, 2010 5:02 PM
Subject: Pemberian harta pusaka

Assalamua'laikum Wbr. Wbt.

Saya akan cuba membantu secara ringkas dan padat sahaja, sebagai pedoman. Jika mahukan keterangan/dalil terperinci kena datang belajar betul-betul. Rujuk kepada orang lain pun tak apa.Berdasarkan kondisi yang tuan nyatakan, pembahagian faraid mengikut syara' adalah seperti berikut :

Suami          - 1/4              3  bahagian
Anak-anak   - 2/3       ___ 8_bahagian
perempuan                     12

Baki 1/12 laagi adalah diserah kepada semua adik beradik emak yang masih hidup (dengan lelaki 2 bahagian dan perempuan 1 bahagian). Jika tiada, diserah kepada Baitul Maal. Begitulah sistem pembahagian faraaid.

Seyogia diiingatkan bahawa, pembahagian faraaid seperti ini boleh berkuatkuasa hanya setelah ibu tuan meninggal dan apa yang ditinggalkan oleh beliau itu telah menjadi harta pusaka (harta tinggalan simati). Sekiranya ada beliau meninggalkan wasiyaat, wasiat itu mesti diselesaikan terlebih dahulu dan bakinya, dibahagikan secara faraaid di atas. Skop harta pusaka ini meliputi semua harta alih dan harta tidak alih yang dimiliki secara penuh oleh simati dan secara perkongsian dengan orang lain (mengikut bahagian dimiliki simati sahaja).

Tolong beri sepenuh perhatian bahawa, hutang piutang simati juga adalah Harta Pusaka yang kena diwarisi oleh para warisnya. Jadi, para waris jangan sekadar nak berebut harta, berebut lah juga membayar hutang. Kerana itu, saya menyeru sangat supaya hal ehwal hutang piutang itu diselesaikan terlebih dahulu, sebelum pembahagian harta pusaka dibuat.

Kes tuan adalah berbeza dari yang dinyatakan di atas kerana ibu masih hidup, walaupun sakit tetap masih waras. Kerana itu, pembahagian boleh dibuat tanpa mengikut sistem faraaid yang dinyatakan di atas. Itu adalah hak pemilik harta untuk mengagihkan hartanya semasa hidup.

Memandangkan ibu tuan berhasrat untuk menyerahkan semua harta kepada tuan 2 beradik perempuan dan bapa telah pun bersetuju, maka ia boleh dibuat menerusi kaedah Hibah (penyerahan harta semasa hidup). Kaedah ini adalah sah mengikut syara'. - (tolong beri perhatian, mesti serahan secara jujur dan ikhlas dari ibu sendiri, bukan secara paksa, sekiranya ada unsur paksa dan tipudaya, maka ia tidak sah dan tuan hanya memakan harta yang haram kerana bukan hak).

Untuk menjalankan kaedah Hibah ini, tuan boleh :

1. Ibu (pemberi) dan tuan berdua (penerima) membuat pengakuan juridikal (affidavit) disahkan mana-mana mahkamah mengikut prosedur ditetapkan.

2. Memandangkan prosedur undang-undang ini rumit dan pelik, bolehlah menerusi peguam lain yang faham hukum hakam supaya proses berjalan lancar dan cepat. Bukan peguam pening yang tuan dah jumpa sebelum ini.

3. Dalam hal hartanah, boleh ke Pejabat Tanah dan mengisi Borang 14A (serahan hakmilik).

4. Boleh juga buat Akuan Sumpah Berkanun yang disaksikan oleh sekurang-kurangnya 2 saksi yang adil dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. Tetapi akuan sebegini memerlukan pengesahan mahkamah pula untuk berkuatkuasa.

Cadangan saya yang terbaik dan memudahkan (mengelakkan sendiri membuat urusan berbelit-belit dan memeningkan) adalah pergi ke pengamal perkhidmatan wasiyat yang semua bentuk khidmat yang saya nyatakan telah ada. Cuma, pasti akan memerlukan kos dan masa. Maka, cepat-cepatlah tuan uruskan.

Mungkin ada yang mempertikaikan bahawa kaedah bertulis dan persaksian adalah mencukupi dan sah dari segi syara', dan hal ehwal perundangan dunia memberi susah dan kos - jawaban saya, patuhilah supaya tiada masalah berbangkit kemudian hari. Sedialah untuk bersusah sikit hari ini demi kesenengan hari esok. Tambahan pula, hasrat asas undang-undang dibuat untuk memberi kebaikan, manusia hari ini yang mengguna undang2 itu pulak untuk kesenangan sendiri.

Saya ingin berpesan sekiranya boleh, berikanlah sedikit bahagian yang mampu kepada mana-mana badan kebajikan Islam atau masjid atau Baitul Maal atau waqaf, bagi manfaat seluruh ummat Islam. Ini amat baik kerana selain dari menjaga kaum kerabat, adalah juga menjadi tanggungjawab untuk menjaga dan memberi manfaat kepada sesama ummat Islam.

Rasulullah Saw. bersabda : apabila mati seseorang ummat Islam, putuslah amalnya melainkan dari 3 perkara, sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan dia”.
Hadis sahih dari imam Muslim rh., imam Ahmad rh.dan imam Abu Dawud rh.

Moga saya telah membantu.

Wassalam.   

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

From: edd_zahir@yahoo.com
Cc:
Sent: Thu, March 25, 2010 1:19:21 AM
Subject: Pemberian Harta Pusaka

Assalamua'laikum Wr Wbt

Saya nak merujuk kepada hal yang dibangkitkan oleh mrboru84@yahoo.com menerusi perbualan telefon. Kuliah penuh berkenaan asas faraaid dibuat pada jumaat 12-03-10, ramai yang hadir dan ramai juga yang tidak.No problem, boleh jumpa di lain masa. Banyak perkara dasar dinyatakan serta perkara yang menjadi salah faham dan kekeliruan tentang hal faraaid telah dibincangkan. Mudahan ia difahami dengan baik dan menjawab semua salah sangka.

Memang sangat ramai orang yang dah tak ambil tahu/tak kisah hal faraaid ini kerana menganggap ia kerja orang hidup setelah dia mati. Kadang-kadang semacam sengaja pulak tinggalkan semua masalah dan hutang piutang kepada batu jemala orang hidup. Walhal selalu dan sentiasanya, hal pusaka ini menjadi punca perbalahan sesaudara sampai tahap membunuh macam di Kelantan baru-baru ini. Natijah sikap cuai dan sambil lewa terhadap hal faraaid ini antaranya menghasilkan :-

1. ada perkampungan diduduki puluhan melayu Islam di Penang, yang mereka kata tanah to nenek rupanya hak orang lain, tunggu masa je nak kena halau.

2. ada juga perkampungan yang diambil kerajaan untuk projek kerana cukai tak terbayar puluhan tahun, rupanya penduduk tu duduk saja tanpa tahu sapa punya. Sama ja, tunggu masa nak kena halau.

3. Tanah nama toknek yang skrg semua orang mengaku waris, terlampau ramai dan semua terlebih pandai pulak + tamak haloba sampai tak boleh nak selesai apa2 pun. Asyik bertumbuk walaupun satu jalur keturunan.

4. Pecahbelah kaum keluarga kerana semua dok mau juga tanah sekangkang katak kerana semua mengaku waris dan, dok harap yang tu ja la nak dijual dan dapat duit beli kancil.

5. Ada yang semasa bapa hidup semua senang, meninggal bapa saja semua papa kedana kerana rupanya harta meredak hak orang. bapa tumpang saja.

6. banyak kes gunapakai tanah waqaf, buat macam hak sendiri, lebih teruk lagi tanah waqaf kena jual ke ----, rupanya dulu bapak waqaf tak tak bertulis, maka anak-anak peraid.

7. Harta milik toknenek yang belum dipecahbahagi, pakat berebut dan bedal sorang sikit sesuka hati, hak sapa yang dimakan pakai tu, halal kah!

8. Harta belum dipecahbahagi sesama waris, hakikatnya adalah harta anak yatim, akan tetapi dah dibuat kenduri kendara, berjoli dan sebagainya. Bukankah haram dimakan!

9. dan banyak lagi contoh yang pelik-pelik, yang sebenarnya menyedihkan dan memalukan

Walhal perkara sebegitu boleh dielakkan jika diperincikan mengikut peraturan syara’.

Saya ringkaskan saja, sebenarnya, tanggungjawab pembahagian harta ini adalah hak mutlak pemiliknya sendiri yang berhak mengagihkannya secara adil dan saksama kepada kaum keluarga maupun orang yang ia kehendaki (menerusi kaedah wasiat atau hibah) maupun kepada seluruh ummat Islam (infaq, waqaf) sebelum dia mati.

Perkara inilah yang banyak orang lalai. Satu lagi, juga banyak orang lalai adalah, pusaka si mati belum pun dipecah bahagi (atau ada sekurang-kurangnya ada persefahaman oleh semua waris), tetapi ramai yang dah tumpang makan pakai, kenduri kendara, malah berebut itu ini harta milik simati, para waris dia bagi izin kah! Ini hal sangat sering berlaku.

Maka itu, saya nak berpesan kepada diri saya sendiri dan para jamaah serta para pembaca, tunaikanlah kewajiban kita sebagai pemilik semasa hidup lagi kerana perkara itulah yang diperintahkan oleh Allah Swt. dalam firmanNya :

"Diwajibkan atas kamu, apabila seseorang daripada kamu hampir mati, jika ia meninggalkan harta hendaklah ia bikin washiyat untuk ibubapa dan keluarga yang hampir dengan cara yang pantas, sebagai kewajipan ke atas orang-orang yang berbakti".
Surah Al Baqarah (2) : ayat 180

Perintah Allah Swt. supaya kita membuat wasiyat semasa hidup lagi kepada ibubapa serta kaum keluarga aqrab (rapat) supaya tak haru biru dan memberi kebaikan di masa depan. Ingatlah juga bahawa tarikh dan masa mati itu sentiasa dekat.

"Dan hendaklah orang-orang yang khuatir bahaya atas anak cucu yang lemah yang akan ditinggalkan, berhati-hati, maka hendaklah mereka takut kepada Allah dan hendaklah mereka ucapkan perkataan yang telah ditimbangkan betul-betul".
Surah An Nisaa' (4) : ayat 9

Demikianlah perintah Allah Swt. supaya mengelakkan kesusahan kepada waris-waris sesudah kita mati, maka pecahbahagi kepada mereka (secara hibah, hadiah, waqaf atau wasiyat) yang dipertimbangkan betul-betul (seadil-adilnya).

Sabda Rasulullah Saw. "tidak patut seorang muslim yang bermalam dua malam padahal ada padanya sesuatu yang ia hendak wasiyatkan, melainkan hendaklah ada washiyatnya tertulis dibawah bantalnya".
Hadis sahih riwayat imam Bukhari rh. dan imam Muslim.rh.

Perintah Rasulullah Saw. jika seseorang ada mempunyai sesuatu untuk diwasiyatkan, maka jangan ia lewat dari dua malam untuk membuat washiyat itu.

Seqadar nak bertanya sikit, berapa ramai yang telah taati perintah-perintah diatas? wallahua'lam.

Jadi, baiklah kita menghitung dan menghisab diri dulu bahawa, adakah kita telah mematuhi kewajiban kita seperti yang diperintahkan oleh Allah Swt. dan RasulNya, kepada para waris kita dan ummat Islam lain secara adil dan saksama. Janganlah terikut-ikut dengan golongan bukan Islam atau Islam separa yang asyik mempertikaikan qaedah pembahagian faraaid mengikut Al Quran dan Hadis sahih, walhal, qaedah itu digunapakai hanya ke atas pusaka iaitu tinggalan simati, sedangkan pemiliknya sendiri yang wajib dan berhak mutlak untuk memberi keadilan itu sebelum mati. Maka, bukan salah kereta, tapi salah pemandu.

Untuk perhatian dan rujukan bagi pemahaman lanjut, sila perhati dan teliti ayat-ayat Allah Swt. di dalam Al Qur'an yang menyentuh tentang harta :

Surah Al Baqarah (2) : ayat 177 - memberikan harta kepada kaum kerabat dan orang lain.
Surah Al Baqarah (2) ayat 180-182 - Kewajiban wasiyat dan hal ehwalnya
Surah Al Baqarah (2) ayat 261-274 - Cara-cara penggunaan harta, hukum-hukumnya dan infaq ke jalan Allah Swt.

Ada lagi yang nak dikatakan dalam hal faraaid ini, tetapi perlukan masa, ini pun dah banyak masa digunakan. Hal paling penting mahu saya tegaskan disini adalah, kepada semua pemilik harta tanpa kira jenis atau kuantiti, uruskan dan agihkan segala harta itu kepada waris yang berhak dengan adil semasa hidup lagi, begitulah tindakan yang dituntut oleh Allah Swt. dan RasulNya, dan itulah cara terbaik dalam mengatasi masalah dan keributan yang sedang berlaku dalam hal pusaka ummat Islam di masa ini. Tak perlulah kita turut sama menfaraaidkan masalah kepada anak cucu kita, sepertimana sedang kita hadapi sekarang

Mudah-mudahan ada kesempatan di waktu yang lain, insyaAllah.

Wassalam, moga saya telah membantu.

0 ulasan: