Wednesday, July 8, 2015

Zakat Fitrah : Beras Atau Wang.

0 comments


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
  , يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي  رب إشرح لي صدري و
وبعد 

Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.

Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah semata-mata, tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad Saw. adalah hamba dan Rasul-Nya.

Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan jika seseorang yang berat dosanya memanggil (orang lain) untuk memikul dosanya itu, tiadalah akan dipikulkan untuknya sedikit pun meski pun (yang dipanggilnya itu) qaum qurabahnya. Sesungguhnya yang dapat kamu beri peringatan hanya orang-orang yang takut kepada azab Tuhannya (sekali pun) mereka tidak melihat-Nya dan mereka mendirikan solat. Dan siapa yang mensucikan, sesungguhnya ia mensucikan untuk dirinya sendiri. Dan kepada Allah-lah kembali (mu).
Surah Al Fathir (35) : ayat 18

Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah Kitabullah (Al Qur’an) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Saw. (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di neraka. Amma ba’du.

Yang saya tahu, faham dan amal :

Zakat secara harfiyah artinya : tumbuh, berkembang, subur, cerdas, menyucikan, membersihkan.
Seperti umumnya, zakat di dalam Al Qur’an juga terbagi dua. Hanya namanya saja yang berbeza yaitu :

1. Zakat nafs (fitrah)
2. Zakat maal (harta)

Zakat nafs adalah zakat diri atau pensucian diri sedangkan zakat maal adalah zakat harta atau pensucian harta

Kalau zakat diartikan tumbuh, berkembang, subur, dan cerdas, maka arti zakat menurut Al Qur’an adalah usaha untuk menumbuhkan, mengembangkan, atau menyuburkan harta kita secara haqiqi dan juga mengembangkan atau mencerdaskan diri.

Yang saya tahu, faham dan amal :

Di dalam harta yang kita miliki/hasil usaha kita pada haqiqatnya terdapat hak milik orang lain yaitu, hak orang yang meminta dan tidak meminta.

Dan di dalam harta-harta mereka ada hak buat orang yang meminta dan tidak meminta. Surah Adz Dzariyaat (51) : ayat 19

Dan orang-orang yang di dalam harta mereka ada hak yang diketahui, (yaitu) untuk orang yang meminta dan yang tidak meminta
Surah Al Ma’arij (70) : ayat 24-25

Yang saya tahu, faham dan amal :

Untuk : 1. membersihkannya, dan 2. Sebagai ketaatan terhadap perintah Allah dan Rasul-Nya selaras dengan akuan dua kalimah syahadah, maka kita harus mengeluarkannya atau memberikannya untuk mereka (yang meminta dan yang tidak meminta) apabila sampai tempoh masa dan jumlah yang ditetapkan oleh syara’.

Pemberian harta milik kepada golongan memerlukan tanpa tertakluk kepada syarat khusus dalan syara’, adalah suatu amalan dituntut, dan ia disebut sadaqah atau hadiah.

Ambillah harta-harta mereka sebagai sadaqah untuk membersihkan mereka dan mensucikan (zakat) mereka dan berikanlah restu/dukungan kepada mereka. Sesungguhnya restu/dukungan engkau satu ketenangan untuk mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha mengetahui.
Surah At Taubah (9) : ayat 103

Yang saya tahu, faham dan amal :

Apa yang dikeluarkan sebagai zakat fitrah adalah makanan. Dan yang disifatkan makanan itu adalah makanan ruji bagi setiap tempat memandangkan setiap tempat mempunyai aspek budaya dan kehidupan berbeza.

Dari Abdullah Ibnu Umar Rhu. dia menceritakan bahawasanya : Rasulullah Saw. mewajibkan zakat fitrah dengan kadar satu sho’ kurma atau satu sho’ gandum bagi setiap muslim yang merdeka mahu pun budak, laki-laki mahu pun perempuan, anak kecil mahu pun dewasa. Baginda memerintahkan supaya ia dikeluarkan sebelum orang-orang pergi menunaikan solat (hari raya)”
Hadits riwayat imam Bukhari dan imam Muslim Rhm.

Dalam konteks negara Malaya ini, makanan rujinya adalah beras.

Dari Abdullah Ibnu Abbas Rhu. dia berkata bahawasanya : Rasulullah Saw. telah memfardhukan zakat fitrah bagi mensucikan orang-orang yang berpuasa dari Al Laghwuu (perkataan dan perbuatan yang sia-sia) dan Ar Rafats (hal-hal yang keji dan syahwat) serta sebagai makanan bagi orang-orang miskin. Siapa yang mengeluarkannya sebelum solat ‘ied maka ia dikira sebagai zakat, dan siapa yang mengeluarkannya setelah solat, ia dikira sebagai sadaqah (biasa).
Hadits sohih riwayat imam Abu Daud Rhm. Sunan Abu Daud, no. 1609

Kisahnya

Alhamdulillah, hari ini Solat Jumaat di Masjid UPM, Serdang. Amat bagus, ada sekumpulan jamaah wanita turut Solat Jumaat.

Khotib membacakan khutbah : Kewajiban keluar zakat fitrah. Beliau ada bacakan hadis riwayat imam Bukhari Rhm. : “ ……. keluarkan satu sho’ (gantang) gandum (makanan ruji) …. (au kama qaal)

Usai Solat Jumaat, saya turut serta Solat Janazah.

Setelah itu, terus ke kaunter bayaran zakat fitrah di belakang (4 semua).

Kalam pertanyaan penuh tulus kepada amil yang bertugas : Saya nak bayar tetapi dengan beras, tadi khotib sebut Nabi Saw. perintahkan dan keluarkan zakat fitrah dengan makanan (ruji).

Jawaban yang diperolehi :
1.    Saya tak boleh terima
2.    Tak boleh terima beras, tunai sahaja
3.    Tak boleh, kalau terima beras, macam mana nak bagi resit
4.    Nak bagi beras, encik bagi terus lah kepada orang miskin

Syukur kepada Allah Ta’ala di Hari Jumaat yang mulia, dalam bulan yang juga mulia ini, terjawab juga akhirnya persoalan di benak sanubari puluhan tahun : kenapa amil tidak mahu menerima beras sebagai bayaran zakat fitrah,

Sedangkan, adalah sohih, soreh dan qot’ie bahawa Nabi Saw. para Sahabat dan seluruhnya generasi cemerlang Salafus Solih membayra dengan makanan (ruji). Cuma imam Abu Hanifah Rhm. yang mengharuskan bayaran dengan wang yang senilai, ianya sebagai alternatif, bukan keutamaan atau satu-satunya cara melunaskan zakat fitrah.

Juga saya tahu dan faham, belajar dan diajar, bahawa segala macam ijtihad, pendapat, ketetapan dan hujjah-hujjah yang membolehkan membayar dengan wang tunai, adalah bagi memenuhi waqi’ (reality) dan selaras dengan suasana mu’assirat (kontemporari) kehidupan mengikut zaman. Ia menepati hasrat maqasid syar’iyah atas tujuan memberi kemudahan kepada ummat dari segi membayar mahu pon dalam aspek pengurusan.

Namun saya yaqin, segala asbab itu tidak pernah sekali-kali berhak, bertaraf lebih tinggi sehingga boleh layak memansukhkan sabdaan perintah dan amalan Nabi Saw. Inilah hal yang menjadi pokok persoalan saya : Kenapakah arahan dan perbuatan Nabi Saw. dikesampingkan, diabaikan dan pendapat selainnya diperbesarkan. Paling jauh pon, segala macam ketetapan itu hanya membesarkan ruang bentuk bayaran dari satu jenis (makanan) dahulunya kepada dua bentuk (makanan dan wang) sekarang ini.

Lantas, hukuman hanya menerima tunai sahaja dan menolak bayaran bentuk beras (makanan ruji), adalah perlanggaran yang jelas ke atas perintah dan kaifiyat amalan Nabi Saw.

Apa pon keadaannya, jawaban itu amat berma’na kepada saya. Ia memberitahu bahawa perbuatan saya selama ini memberi terus zakat fitrah kepada faqir miskin dalam keluarga dan jiran aqrab adalah betul.

Turut memberitahu bahawa, hukuman haram keluarkan zakat fitrah diluar kawasan tempat bekerja, adalah tidak betul.

Yang saya mahukan mudah sahaja, terimalah beras dengan bayaran secara wang tunai hanyalah alternati, yang juga boleh diterima. Apalah guna Kalamullah dan kalam rasul-Nya, kalau bukan untuk ditundukpatuhi, tanpa ketudukpatuhan ini siapalah kita dihadapan Allah Azza Wa Jalla nanti.

Setakat ini yang saya nukilkan, semoga catatan ringkas ini memberi munafaat.

Akhirul kalaam,

Semoga solawat dan salaam senantiasa dilimpah-kan kepada Rasulullah Saw., keluarga dan para Sahabat Baginda, para Salafus Solih, para syuhada’ serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah mereka dengan kebaikan hingga hari qiyamat.

والله تعالى أعلم  ,  وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه أجمعين.

Yang benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari saya yang amat dhaif ini.

سكيان , والسلام

0 comments: