Isnin, 29 November 2010

Hukum Membaca Dan Memegang Al-quran Ketika Berhadas.

0 ulasan

Subject: Haram Baca Qur'an oleh Orang berJunub

SOALAN 1

        Assalamualaikum ustaz,

        saya ada kemusykilan sikit ni ustadz,

        Hari kamis lepas, kira-kira pukol 5.30 petang, saya ada dengar ustaz dalam radio sebuah negeri utara bercakap hukum ini.

        Beliau kata semua hadis berkenaan hal ini adalah daif, tetapi ramai ulamak muktabar kata haraam. Kerana itu dia kata haram juga hukumnya mengikut mazhab shafie. Tetapi dia ada kata juga, ada beberapa keadaan boleh baca ayat al qur'an, tapi bukan dengan niat baca, tapi niat zikir. Ini juga kata dia adalah menurut kata ulamak muktabar.

        Saya nak mintak penjelasan, bukankah hadis daif adalah tertolak dan tak boleh dijadikan dalil amalan dan hukuman kenapa haram tapi ada tempat boleh baca pulak, niat apa pun ayat al qur'an jugak la jadi, yang sebenar hukumnya apa dan macam mana.

        saya dan rakan-rakan perlukan pedoman dalam hal ni, rasanya lah

        Warmest Regards

        " Knight Malaysia "

JAWAPAN 1

         السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

        Terima kasih kepada Saudara Ibrahim yang bertanya hal ini. Saya mohon maaf kerana agak lewat memberikan maklumbalas. Balasan saya adalah begini,

        Perkara ditanyakan ini sebenarnya melibatkan perihal
        1. Membaca Al Qur'an dalam keadaan berjunub, dan
        2. Menyentuh Al Qur'an dalam keadaan berjunub.

        Manakala maqsud "dalam keadaan berjunub" itu adalah
        3. seorang perempuan yang dalam keadaan haid atau nifas, dan
        4. seorang lelaki dan perempuan yang telah bersetubuh, dan
        5. seorang lelaki dan perempuan yang telah anzal (orgasme) sekalipun tidak bersetubuh.
        Keadaan berjunub itu dapat "dibersihkan' dengan mandi janabah atau sebutan popular dikalangan orang Melayu, mandi wajib.

        Perihal pernyataan oleh "Ustaz Dalam Radio" itu bahawa, semua hadis berkenaan "haram"nya membaca dan menyentuh Al Qur'an dalam keadaan junub yang dhoif belaka, adalah benar. Adalah baik saya nukilkan beberapa hadis tersebut serta syarahnya (keterangannya) sebagai pedoman dan ilmiah kita bersama.

        "telah berkata Ibnu Umar ra., telah bersabda Nabi saw., Tidak boleh membaca Al Qur'an orang yang junub dan tidak boleh pula perempuan yang haid". Hadis riwayat imam Abu Dawud, Turmudzi dan Ibnu Majah, rh.

        "telah berkata Jabir ra., telah bersabda Nabi saw., Perempuan yang berhaid dan bernifas tidak boleh membaca akan sesuatu daripada Al Qur'an". Hadis riwayat imam Daruquthni rh.

        Syarahnya - Kedua-dua hadis ini disepakati oleh para muhaddisin/ahlulhadis akan dhoifnya. Hadis yang pertama itu tidak sah kerana didalam isnadnya terdapat seorang bernama Ismail bin Ayasy, seorang perawi yang ditolak oleh muhaddisin muktabar seperti Imam Bukhari rh. dan Imam Ahmad rh. Manakala, hadis yang kedua itu tidak sah juga kerana didalam isnadnya terdapat seorang bernama Muhammad bin Fadhli, seorang perawi yang terkenal sebagai tukang pemalsu hadis.

        Hadis dhoif di atas tidak boleh dijadikan sebagai dalil atau nas atau sandaran kepada hukum, disebabkan oleh status dhoifnya. Lantaran itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa tertolak sudah hukuman "Haraam" bagi wanita dalam keadaan haid atau nifas (berjunub) membaca atau menyentuh Al Qur'an. Selain itu, tiada hadis yang sah pun dari Rasul saw. berkenaan perkara ini.

        Dalam hal "Haraam" ketika keadaan berjunub, terdapat beberapa hadis, antaranya,

        "telah berkata A'li bin Abi Talib kwh., bahawa adalah Rasul saw. sering membacakan kita akan Al Qur'an di tiap-tiap masa Beliau itu keadaannya tidak berjunub". Hadis diriwayatkan oleh imam Ahmad, Abu Dawud, Nasaaie, Ibnu Majah dan Turmudzi, rh. Ini adalah hadis mauquf.

        Syarahnya - Hadis ini disepakati oleh para muhaddisin/ahlulhadis akan dhoifnya. Ini disebabkan didalam isnadnya terdapat seorang bernama Abdullah bin Salimah, yang dilemahkan oleh jumhur ahlulhadis. Maka ia adalah tertolak dan tidak boleh menjadi dalil hukum.

        "telah berkata A'li bin Abi Talib kwh., bahawa Nabi pernah bersabda, Bacalah kamu akan Al Qur'an, selama seorang daripada kamu tidak kena janabat, maka jika kena janabat, tidak boleh walaupun satu huruf". Hadis diriwayat dan disahkan oleh imam Daraquthni rh. Ini adalah hadis mauquf.

        Syarahnya - Hadis ini disepakati oleh para muhaddisin/ahlulhadis sebagai mauquf. Ia adalah perkataan sayyidina A'li kwh. dan bukannya perintah Nabi saw secara langsung. Perilaku Rasul saw. tidak berbuat sesuatu bukan bermaqsud ia haram dibuat, boleh jadi saja Rasul saw. tidak suka membuatnya.Dalam pengajian ilmu hadis, perintah yang putus (qati'e) mesti datang dari Rasul saw sendiri. Sekiranya datang dari sahabat, ia mesti dalam ijma' (persetujuan ramai). Akan tetapi hadis ini hanya diriwayatkan oleh seorang sahabat sahaja dan disahkan oleh seorang ahlulhadis sahaja. Oleh kerana itu, tidak ia boleh menjadi dalil hukum.

        "telah berkata A'li bin Abi Talib kwh., saya pernah lihat Rasul saw. berwudhuk, kemudian membaca sebahagian daripada Al Qur'an (sambil bersabda), Beginilah bagi orang yang tiada junub. Adapun yang junub, tidak boleh, walaupun satu ayat". Hadis diriwayatkan dan disahkan oleh imam Abu Ya'laa rh.

        Syarahnya - Hadis ini disahkan oleh imam Haitsami rh. seorang sahaja dan tidak oleh para ahlulhadis muktabar yang lain. Imam asy Syaukani rh. dalam kitabnya Nailul Authar tidak menganggaap hadis ini sebagai sah. Lantaran hadis ini hanya diriwayatkan oleh seorang sahabat sahaja, disahkan oleh seorang ahlulhadis sahaja serta statusnya dipertikaikan oleh ahlul hadis muktabar yang lain, maka ia tidak diterima sebagai sumber hukum.

        Sebaliknya pula, terdapat beberapa hadis yang bersifat kontra dengan hadis-hadis dinyatakan di atas, antaranya;

        "telah berkata Aisyah ra., Rasul saw. itu menyebut nama Allah swt. ditiap-tiap masa". Hadis shohih riwayat imam Muslim rh.

        Syarahnya - Hadis ini diterima sebagai hadis shohih dengan jelas menunjukkan bahawa Rasul saw. sentiasa menyebut nama Allah swt. pada setiap masa, dan tiada pengecualian waqtu. Sekiranya ada pengecualian waqtu, barang pasti ia akan disebutkan oleh sayyidatina Aisyah ra. Ini adalah perbuatan yang shohih kerana tugas mukmin adalah mengingati dan menyembah Allah swt. pada setiap masa.

        "bahawasanya Ibnu Abbas ra. itu tiada memandang halangan bagi orang junub itu membaca Al Qur'an". Hadis riwayat imam Bukhari rh.

        "telah berkata Hakam ra., sesungguhnya saya menyembelih, padahal saya di waqtu junub, kerana Allah swt. berfirman, janganlah kamu memakan sebelihan yang tiada disebut nama Allah". Hadis riwayat imam Bukhari rh.

        "bahasanya Ibnu Abbas ra. biasa membaca wiridnya (yang sebahagiannya daripada Al Qur'an), padahal ia junub". Hadis riwayat Ibnu Mundzir rh.

        Syarahnya - 3 hadis di atas diterima oleh para ahlulhadis sebagai hadis hassan. Sahabat hampir kepada Rasul saw. yang juga bapa saudara baginda, Ibnu Abbas ra. tidak memandang haram orang berjunub membaca Al Qur'an. Riwayat Ibnu Abbas ra. itu menunjukkan pada zaman beliau lagi hal ini telah menjadi pembicaraan. Sekiranya benar hal itu haraam, barang pasti hal itu akan diriwayatkan dan tiadalah sahabat serapat Ibnu Abbas ra. berbuat akan dia.

        Dari riwayat Hakam ra. pula menunjukkan dia ada mendengar sebutan orang bahawa tiada boleh menyebut nama Allah dalam berjunub. Tetapi dengan terang Hakam ra. mengaku yang ia menyembelih dalam waqtu ia berjunub, dengan menyebut nama Allah. Kalau betul hal itu benar haraam, tak patut Hakam ra. itu tidak tahu, dan tidak patut ia langgar tanpa usul periksa terlebih dahhulu.

        Sayyidina Ibnu Abbas ra. biasa membaca wiridnya daripada Al Qur'an sedang ia berada dalam keadaan junub. Sekiranya benar dan sah adanya larangan qati'e dari Allah swt. dan Rasul-Nya, pasti sekali tidak akan Ibnu Abbas ra. berbuat demikian itu.

        Pengajaran dari hadis shohih dan hasan di atas adalah, adalah boleh membaca dan berzikir dari ayat Al Qur'an sekalipun dalam keadaan junub. Perbuatan ini telah dicontohkan oleh para sahabat Rasul saw.

        Maka itu,

        Disebabkan oleh tiada satu pun hadis shohih yang qati'e menyebut tentang haraamnya, sebaliknya pula terdapat hadis lain yang baik dan berlawanan maksudnya, maka tidaklah ia boleh dihukum "haraam' membaca dan menyentuh Al Qur'an itu dalam keadaan berjunub. Sekiranya ada pertimbangan lain berdasarkan aspek penghormatan atau menjaga kesucian Al Qur'an dari pencemaran oleh orang yang berjunub, maka hukum yang paling baik boleh diberi adalah Makruh sahaja dan, tidak boleh lebih dari itu.

        Adapun pernyataan "Ustaz Dalam Radio" bahawa adalah ia Haraam kerana ramai ulamak muktabar kata haraam dan itu juga adalah hukum mengikut Mazhab Syafi'ie, ingin saya katakan kepada beliau dan mereka-mereka yang sama waqtu dengannya bahawa, kata-kata shohih dari Imam Muhammad bin Idris asy Syafi'ie sendiri "apabila sah sesuatu hadis, maka itulah mazhabku". Adalah amat janggal dan pelik sekali, apabila memutuskan sesuatu hukum berdasarkan hadis dhoif. Sesungguhnya ia perbuatan yang tidak boleh dibuat. Sekiranya hadis dhoif sudah menjadi sumber hukum, maka baiknyalah hadis shohih dan hadis hasan dibuang saja ke longkang.

        Setakat ini maklumbalas saya. Yang baik dan benar itu, datangnya dari Allah swt. Yang lemah itu datangnya dari diri saya sendiri.

        Sesungguhnya Allah swt. lebih mengetahui apa yang sebenarnya.

        والسلام

        eddzahir@38
        Tanah Liat, Bukit Mertajam





MAKLUM BALAS DARI USTAZ ZAINOL.

 السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

    Disertakan maklumbalas dari Ustaz Zainol, beserta beberapa suntingan dan penambahan dari saya.


    Para sahabat jama'ah yang dihormati,


    Adapun tentang perempuan yang berhaid dan bernifas membaca Al Qur’an itu, ulama’-ulama’ yang paling banyak, ada menghukumkan haram. Mereka itu beralasan dengan dua hadith di bawah ini.

    

    قال ابن عمر: قال النبي ( ص):لايقرأ الجنب ولا الحائض القرآن              

    ( رواه ابودواد والترمذي وابن ماجه )                   

    

    Artinya : Telah berkata Ibnu Umar,telah bersabda oleh Nabi saw. : Tidak boleh membaca Al Qur’an oleh orang yang berjunub dan tidak boleh (pula) perempuan yang berhaid. 

    

    قال جابر: قال النبي( ص) : لا يقرأ الحائض و النفسـاءالقـرآن شـيئا       

    ( رواه الدارقطني )          

    

    Artinya : Telah berkata Jabir : Telah bersabda oleh Nabi s.a.w. : Tidak boleh ia membaca oleh seorang perempuan yang berhaid dan bernifas membaca Al Qur’an suatu (ayat).

    Dua Hadith ini, tidak di terima oleh sebahagian ulama’ Ahlul-Hadith, oleh kerana lemahnya.

    Adapun keterangan, dalil dan hujjah ulama’ Ahlul-Hadith itu, Hadith yang pertama itu tidak sah, oleh kerana di dalam isnadnya terdapat orang yang bernama  (ا سماعيـل بن عيـاش )maka dia itu dilemahkan oleh imam-imam Ahmad rh. Bukhari rh., dan lain-lain.

    

    Adapun Hadith yang kedua terdapat pula di dalam isnadnya orang yang bernama  ( محـمد بن الفضـل) padahal dia pula orang yang sudah terkenal sebagai tukang memalsu Hadith .

    

    Ringkas kata tidak ada Hadith yang shohih daripada Rasulullah saw. difasal dan dibab ini.

    

    Sekarang, sesudah terang dan nyata kelemahan Hadith itu, tentu tertolaklah hukum yang mengatakan, bahawa perempuan yang masih berhaid atau bernifas atau berjunub tiada boleh membaca Al Qur’an itu.

      _____________

    Isnad ertinya : Jumlah dari rawi-rawi bagi sesuatu Hadiets dinamakan sanad , ya’ni sandaran yang menyampaikan sesuatu Hadiets kepada kita.


    Wanita dalam waktu haid itu boleh mengerjakan apa saja kecuali beberapa hal yang tersebut di bawah ini : 

    

    1.       Tidak boleh mengerjakan sholat, menurut yang telah diriwayatkan :

    

    قالت عائشة:ان فاطمة قالت لرسول الله ( ص):اني امراة أسـتحاض فلا اطهر افادع الصـلاة ؟ فقال رسول الله ( ص)انماذلك عرق وليس بالحيضة فاذا اقبلت الحيضة فاتركى الصلاة ( رواه البخـاري والنسـائي وابوداود )                              

    

    Ertinya : Telah berkata Aishah rh, bahawasanya Fatimah pernah berkata kepada Rasulullah saw. : Sesungguhnya  saya  ini  seorang  wanita yang mustahadlah….1) maka saya tidak bersuci, maka adakah boleh saya meninggalkan sholat? maka telah bersabda Rasulullah saw. sesungguhnya darah (mu) itu, darah penyakit bukan darah haid, maka apabila datang (masa) haid tinggalkan sholat.

    

    2.       Tidak boleh berpuasa bulan Ramadhan atau puasa sunnat. Adapun dalilnya menurut yang telah diriwayatkan :

    

    قال ابو سعيـد : ان  النبي (ص)  قال للنسـاء : اليست اذا حاضت لم تصل ولم تصم ؟ قلن بلى ( رواه البحـاري و مسـلم)                                        

    

    Ertinya : Telah berkata Abu Said rh., bahawa Nabi saw. pernah berkata kepada wanita-wanita : Bukankah wanita itu bilamana berhaid tidak (boleh) Sholat dan puasa ? telah menjawab mereka : Benar / Betul.

    

    3.       Tidak boleh duduk di masjid, oleh kerana menurut Hadiets yang diriwayatkan dari Ummi Salamah rh. :

    

    دخل رسول الله (ص) صرحة هذا المسجد فنادى باعلى صوته ان المسجد لا يحل لحائض ولا لجنب ( رواه ابن ماجه و الطبرني )                               

    

    Ertinya : Telah masuk Rasulullah saw. ke halaman masjid ini kemudian Ia seru dengan setinggi-setinggi (sekeras-sekeras) suaranya : Sesungguhnya masjid itu tidak halal (duduk disitu) bagi perempuan yang berhaid dan orang yang berjunub.

    _____________

    1) mustahadlah…… tumpah darah

    4.       Tidak boleh thawaf dalam Masjidil Haraam, oleh kerana Aishah rh. telah berkata :

    

    ان النبي (ص) قال: الحائض تقضي المناسك كله الا الطواف               

    ( رواه احمد وابن ابى شـيبة )                     

    

    Ertinya : Sesungguhnya Nabi saw. pernah bersabda : Wanita yang berhaid itu, (boleh) menjalankan sekalian manasik (pekerjaan hajji) kecuali thawaf. 

    

    5.       Tidak boleh bersetubuh, sebab menurut firman Allah swt. yang melarang hal itu dengan keras sekali :

    

    ويسألونك عن المحيض قل هو اذى فاعتزلوا النسـاء فى المحيض ولا تقربوا         (222 هن حتى يطهرن....(البـقرة

    

    Ertinya :Mereka bertanya kepada engkau dari hal haid, katakanlah bahawa (haid) itu adalah penyakit ; maka dari itu jauhilah wanita  pada  waktu haid, dan jangan sekali-kali kamu menghampiri mereka hingga mereka bersih………

    

    Dan sudah sependapat sekalian doktor bahwa bersetubuh di waktu haid itu, membahayakan kesihatan wanita dan anak yang akan jadi dari persetubuhan itu.

    _____o0o_____

    

    Berkenaan masih terdapat orang yang menghukumkan haraam membaca Al Qur’an dan memegang itu, tidaklah dapat saya terangkan kenapa, melainkan mereka sendirilah yang menjawabnya.

    

    Dan tiadalah juga dapat saya menjatuhkan hukum kepada sesiapa yang berpegang kepada pendirian @ pendapat sebegitu, lantaran hak menghukum itu adalah milik Allah swt. dan Rasul-Nya, melainkan saya menyeru supaya, sesiapa yang telah mengetahui akan kebenaran berdasarkan dalil-dalilnya, wajiblah atasnya berpegang kepada keterangan yang shohih dan qati’e.

    

    Seyogia diingatkan bahawa, ketidaksukaan kita untuk berbuat sesuatu, maka tidak salah untuk kita tidak berbuat akan dia secara peribadi. Namun tiada haq sama sekali, berdasarkan ketidaksukaan atau rasa was-was itu melayakkan kita menghukum haram ke atas sesuatu dan melarang pula orang lain berbuat akan dia. Sesungguhnya yang halal dan haraam itu adalah jelas dan terang datangnya dari Allah swt. dan Rasul-Nya.


    Kerana itu, Allah swt. berpesan kepada ummat Islam ;

    

    Firman Allah :

    لا تقف ماليس لك به عـلم . ( سورة بني اسـرائيل 36 )                                              

    Ertinya : Janganlah engkau turut apa yang engkau tidak tahu.

    

    فاسئلوا اهل الذكران كنتم لا تعلمون. ( سورة النحل 43 )                                         

    Ertinya: Tanyalah kepada ahli zikr (ahli Al Qur’an), kalau kamu tidak tahu.

    

    Bertanya kepada ahli Al Qur'an itu, tentulah dari hal Al Qur'an / Hadiets shohih bukannya hukum fikiran, pendapat, qiyas, takwil, prasangka, adat dan sebagainya. Kepada sesiapa yang mendakwa bahawa itulah pendirian Imam Muhammad bin Idris Asy Syafi’ie rh., ingatlah bahawa Beliau amat tegas menyatakan “apabila shohih sesuatu hadis, itulah mazhabku”. Tidaklah Beliau berpegang kepada hadis dhoif sebagai dalil hukum.

    

    Sekian.


    والسلام


    Zainol Zainudin

    al Mizan, Perlis

    9 Jun 2010

MAKLUM BALAS DARI SAUDARA MOHD POZI ATAN

    السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

    Disertakan maklumbalas dari Sdr Pozi Atan, beserta beberapa suntingan dan penambahan dari saya.

    



    Minggu, 20 April 2008 17:04:05

    Edit  13/06/2010   21:10 pm  30 Jamadilakhir  1431 H  

    Dari : MOHAMMAD POZI ATAN (buat semua yang mengni’mati as-sunnah & mengamalkannya)


    HUKUM MEMBACA AL-QUR’AN BAGI ORANG JUNUB, WANITA HAID DAN NIFAS

    “Artinya : dari Ibnu Umar, dari Nabi saw. beliau bersabda, “Janganlah perempuan yang haid dan orang yang junub membaca sedikit pun juga dari (ayat) Al-Qur’an.”

    Dalam riwayat yang lain, “Janganlah orang yang junub dan perempuan yang haid membaca sedikit pun juga dari (ayat) Al-Qur’an”

    DHO’IF : Dikeluarkan oleh Tirmidzi (no. 121). Ibnu Majah (no. 595 dan 596). Ad-Daruquthni (1/117) dan Baihaqiy (1/89), dari jalan Ismail bin Ayyaasy dari Musa bin Uqbah dari Naafi, dari Ibnu Umar ra. (ia berkata seperti di atas)

    Berkata Imam Bukhari rh., “Ismail (bin Ayyaasy) munkarul hadits (apabila dia meriwayatkan hadits) dari penduduk Hijaz dan penduduk Iraq” [1]

    Saya berkata : Hadits di atas telah diriwayatkan oleh Ismail bin Ayyaasy dari Musa bin Uqbah seorang penduduk Iraq. Dengan demikian riwayat Ismail bin Ayyaasy, dho’if.

    Imam Az-Zaila’i rh. di kitabnya Nashbur Raayah (I/195) menukil keterangan Imam Ibnu Adiy di kitabnya Al-Kaamil bahwa Ahmad dan Bukhari dan lain-lain telah melemahkan hadits ini dan Abu Hatim menyatakan bahwa yang benar hadits ini mauquf kepada Ibnu Umar (yakni yang benar bukan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam akan tetapi hanya perkataan Ibnu Umar).

    Berkata Al-Hafidzh Ibnu Hajar di kitabnya Talkhisul Habir (1/138) : Di dalam sanadnya ada Ismail bin Ayyaasy, sedangkan riwayatnya dari penduduk Hijaz dla’if dan di antaranya (hadits) ini. Berkata Ibnu Abi Hatim dari bapaknya (Abu Hatim), “Hadits Ismail bin Ayyaasy ini keliru, dan (yang benar) dia hanya perkataan Ibnu Umar”. Dan telah berkata Abdullah bin Ahmad dari bapaknya (yaitu Imam Ahmad ia berkata), “(Hadits) ini batil, “Beliau mengingkari (riwayat) Ismail. Sekian dari Al-Hafidz Ibnu Hajar.

    Hadits yang lain dari jalan Ibnu Umar ra.

    “Artinya : dari jalan Abdul Malik bin Maslamah (ia berkata) Telah menceritakan kepadaku Mughirah bin Abdurrahman, dari Musa bin Uqbah dan Naafi, dari Ibnu Umar, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw., “Tidak boleh bagi orang junub membaca sedikitpun juga dari (ayat) Al-Qur’an”

    DHO’IF. Diriwayatkan oleh Ad-Daruquthni (1/117)

    Al-Hafidz Ibnu Hajar telah melemahkan riwayat di atas disebabkan Abdul Malik bin Maslamah seorang rawi yang dho’if (Talkhisul Habir 1/138)

    Hadits yang lain dari jalan Ibnu Umar ra.

    “Artinya : Dari seorang laki-laki, dari Abu Ma’syar, dari Musa bin Uqbah, dari Naafi, dari Ibnu Umar, dari Nabi saw. beliau bersabda, “Perempuan yang haid dan orang yang junub, keduanya tidak boleh membaca sedikitpun juga dari (ayat) Al-Qur’an”

    DHO’IF. Diriwayatkan oleh Ad-Daruquthni (1/117)

    Saya berkata : Riwayat ini dho’if karena : Pertama : Ada seorang rawi yang mubham (tidak disebut namanya yaitu dari seorang laki-laki). Kedua : Abu Ma’syar seorang rawi yang dho’if.

    Hadits yang lain dari jalan Jabir bin Abdullah ra.

    “Artinya : Dari jalan Muhammad bin Fadl, dari bapaknya, dari Thawus, dari Jabir, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw., “Tidak boleh bagi perempuan yang haid dan nifas (dalam riwayat yang lain : Orang yang junub) membaca (ayat) Al-Qur’an sedikitpun juga (dalam riwayat) yang lain : Sedikitpun juga dari (ayat) Al-Qur’an)”

    MAUDHU' : Diriwayatkan oleh Ad-Daruquthni (2/87) dan Abu Nua’im di kitabnya Al-Hilyah (4/22).

    Saya berkata : Sanad hadits ini maudhu' (palsu) karena Muhammad bin Fadl bin Athiyah bin Umar telah dikatakan oleh para Imam ahli hadits sebagai pendusta sebagaimana keterangan Al-Hafidz Ibnu Hajar di Taqrib-nya (2/200). Dan di kitabnya Talkhisul Habir (1/138) beliau mengatakan bahwa orang ini matruk.

    Ketika hadits-hadits diatas dari semua jalannya dho’if bahkan hadits terakhir maudhu', maka tidak bisa dijadikan sebagai dalil larangan bagi perempuan haid dan nifas dan orang yang junub membaca Al-Qur’an. Bahkan telah datang sejumlah dalil yang membolehkannya.

    Pertama : Apabila tidak ada satu pun dalil yang sah (shohih dan hasan) yang melarang perempuan haid, nifas dan orang yang junub membaca ayat-ayat Al-Qur’an, maka hukumnya dikembalikan kepada hukum asal tentang perintah dan keutamaan membaca Al-Qur’an secara mutlak termasuk perempuan haid, nifas dan orang yang junub.

    

    Kedua : hadits Aisyah ra. ketika dia haid sewaktu menunaikan ibadah haji.
    “Artinya : Dari Aisyah, ia berkata : Kami keluar (menunaikan haji) bersama Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam (dan) kami tidak menyebut kecuali haji. Maka ketika kami sampai di (satu tempat bernama) Sarif aku haid. Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam masuk menemuiku dan aku sedang menangis, lalu beliau bertanya, “Apa yang menyebabkanmu menangis?” Jawabku, “Aku ingin demi Allah kalau sekiranya aku tidak haji pada tahun ini?” Jawabku, “Ya” Beliau bersabda, “Sesungguhnya (haid) ini adalah sesuatu yang telah Allah tentukan untuk anak-anak perempuan Adam, oleh karena itu kerjakanlah apa-apa yang dikerjakan oleh orang yang sedang haji selain engkau tidak boleh thawaf di Ka’bah sampai engkau suci (dari haid)”

    Shahih riwayat Bukhari (no. 305) dan Muslim (4/30)

    Hadits yang mulia ini dijadikan dalil oleh para Ulama di antaranya amirul mu’minin fil hadits Al-Imam Al-Bukhari di kitab Shahih-nya bagian Kitabul Haid bab 7 dan Imam Ibnu Baththaal, Imam Ath-Thabari, Imam Ibnul Mundzir dan lain-lain bahwa perempuan haid, nifas dan orang yang junub boleh membaca Al-Qur’an dan tidak terlarang. Berdasarkan perintah Nabi saw. kepada Aisyah untuk mengerjakan apa-apa yang dikerjakan oleh orang yang sedang menunaikan ibadah haji selain thawaf dan tentunya juga terlarang shalat. Sedangkan yang selainnya boleh termasuk membaca Al-Qur’an. Karena kalau membaca Al-Qur’an terlarang bagi perempuan haid tentu Nabi saw. telah menjelaskannya kepada Aisyah. Sedangkan Aisyah saat itu sangat membutuhkan penjelasan dari Nabi saw. apa yang boleh dan terlarang baginya. Menurut ushul “mengakhirkan keterangan dari waktu yang dibutuhkan tidak boleh.

    Ketiga : Hadits Aisyah.

    “Artinya : dari Aisyah ra., ia berkata, “Nabi saw. biasa berdzikir atas segala keadaannya” [Hadits shohih riwayat Muslim (1/194 dan lain-lain]

    Hadits yang mulia ini juga dijadikan hujjah oleh Al-Imam Al-Bukhari dan lain-lain imam tentang bolehnya orang yang junub dan perempuan haid atau nifas membaca Al-Qur’an. Karena Nabi saw. berdzikir kepada Allah atas segala keadaannya dan yang termasuk berdzikir ialah membaca Al-Qur’an. Firman Allah swt..

    “Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Adz-Dzikra [2] (Al-Qur’an) ini, dan sesungguhnya Kami jugalah yang akan (tetap) menjaganya” [Al-Hijr : 9]

    “Dan Kami turunkan kepadamu Adz-Dzikra (Al-Qur’an) supaya engkau jelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka dan agar supaya mereka berfikir” [An-Nahl : 44]

    Keempat : Surat Rasulullah saw. kepada Heracleus yang di dalamnya berisi ayat Al-Qur’an sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dan lain-lain. Hadits yang mulia inipun dijadikan dalil tentang bolehnya orang yang junub membaca Al-Qur’an. Karena sudah barang tentu orang-orang kafir tidak selamat dari janabah, meskipun demikian Nabi saw. menulis surat kepada mereka yang didalamnya terdapat firman Allah.

    Kelima : Ibnu Abbas mengatakan tidak mengapa bagi orang yang junub membaca Al-Qur’an (Shahih Bukhari Kitabul Haidh bab 7).
    Jika engkau berkata : Bukankah telah datang hadits bahwa Nabi saw. tidak membaca Al-Qur’an ketika janabah?
    Saya jawab : Hadits yang dimaksud tidak sah dari hadits Ali bin Abi Thalib dengan lafadz.

    “Sesungguhnya Rasulullah saw. keluar dari tempat buang air (wc), lalu beliau makan daging bersama kami, dan tidak ada yang menghalangi beliau sesuatupun juga dari (membaca) Al-Qur’an selain janabah:

    DHO’IF : Diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 229), Tirmidzi (no 164), Nasa’i (1/144), Ibnu Majah (no. 594), Ahmad (1/83, 84, 107 dan 124), Ath-Thayaalis di Musnad-nya (no. 94), Ibnu Khuzaimah di Shahih-nya (no. 208), Daruquthni (1/119), Hakim (1/152 dan 4/107) dan Baihaqiy (1/88-89) semuanya dari jalan Amr bin Murrah dari Abdullah bin Salimah dari Ali, marfu (Rasulullah saw. berbeda seperti diatas)


    Hadits ini telah dishohihkan oleh Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, Hakim, Adz-Dzahabi, Ibnu Sakan, Abdul Haq, Al-Baghawiy dan Syaikhul Imam Ahmad Muhammad Syakir di takhrij Tirmidzi dan takhrij musnad Ahmad.


    Dan hadits ini telah didhoifkan oleh jama’ah ahli hadits –dan inilah yang benar- Insya Allah di antaranya oleh Syu’bah, Syafi’iy, Ahmad, Bukhari, Baihaqiy, Al-Mundziriy, An-Nawawi, Al-Khathaabiy dan Syaikhul Imam Al-Albani dan lain-lain.

    Berkata Asy-Syafi’iy, “Ahli hadits tidak mentsabitkan (menguatkan)nya”. Yakni, ahli hadits tidak menguatkan riwayat Abdullah bin Salimah. Karena Amr bin Murrah yang meriwayatkan hadits ini Abdullah bin Salimah sesudah Abdullah bin Salimah tua dan berubah hafalannya. Demikian telah diterangkan oleh para Imam di atas. Oleh karena itu hadits ini kalau kita mengikuti kaidah-kaidah ilmu hadits, maka tidak ragu lagi tentang dho’ifnya dengan sebab di atas yaitu Abdullah bin Salimah ketika meriwayatkan hadits ini telah tua dan berubah hafalannya. Maka bagaimana mungkin hadits ini sah (shohih atau hasan)!. Selain itu hadits ini juga tidak bisa dijadikan dalil larangan bagi orang yang junub dan perempuan yang haid atau nifas membaca Al-Qur’an, karena semata-mata Nabi saw. tidak membacanya dalam junub tidak berarti beliau melarangnya sampai datang larangan yang tegas dari beliau. Ini kalau kita takdirkan hadits di atas sah, apalagi hadits di atas dho’if tentunya lebih tidak mungkin lagi dijadikan sebagai hujjah atau dalil!

    Meskipun demikian menyebut nama Allah atau membaca Al-Qur’am dalam keadaan suci (berwudlu) lebih utama yakni hukumnya sunat berdasarkan hadits shahih di bawah ini.

    “Artinya : Dari Muhaajir bin Qunfudz, sesungguhnya dia pernah datang kepada Nabi saw. dan beliau sedang buang air kecil (kencing), lalu ia memberi salam kepada beliau akan tetapi beliau tidak menjawab (salam)nya sampai beliau berwudlu. Kemudian beliau beralasan dan bersabda : ”Sesungguhnya aku tidak suka menyebut nama Allah (berdzikir) kecuali dalam keadaan suci (berwudlu)” [Hadits shahih riwayat Abu Dawud dan lain-lain]

    [Disalin dari buku Tiga Hukum Bagi Perempuan Haid Dan Junub (Menyentuh/Memegang Al-Qur; Membacanya dan Tinggal atau Diam Di Masjid, Penulis Abdul Hakim bin Amir Abdat, Penerbit Darul Qolam]
    _________
    Footnotes
    [1]. Saya nukil dari Baihaqiy dengan ringkas yang menukil dari Bukhari
    [2]. Adz-Dzikra adalah salah satu nama dari nama-nama Al-Qur’an

       

    سكين والسلام

SOALAN 2

salaam ustaz mad,

terima kasih kerana hantar artikel begini baik dan memberi penjelasan dan keterangan. Alhamdulillah, saya telah dapat memahami maksudnya, Insya Allah akan saya perpanjangkan ke rakan2 yang lain.

saya terkeliru sikit berkenaan bagaimana dengan menyentuh al Qur'an yang tidak ustaz sebutkan pun. sepanjang pengetahuan saya "tidak boleh menyentuh akan Al Qur'an melainkan orang yang suci". Ini adalah perintah ayat Al Qur'an yang jelas dan tetap.

harap dapat ustaz memberi penjelasan hal ini.

Wassalam.

JAWAPAN 2

بسم الله الرحمن الرحيم                                                                                                

و                        السلام عليكم ورحمة الله وبركاته                                                                     


        إنّ الحمدَ لله، نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذُ بالله مِن شرور أنفسنا، ومِن سيئات أعمالنا، مَن يهده الله فلا مُضِلَّ له، ومَن يُضلِل فلا هادِيَ له . وأشهدُ أن لا إله إلا الله وحده لا شريكَ له, وأشهد أنّ محمداً عبدُه  ورسولُه.   وبعد

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Saudara Mad Zahir dan Ustaz Zainol yang bertungkus lumus serta bersungguh-sungguh menjawab persoalan-persoalan yang dihadapi oleh para jamaah kita. Mengajar, Menyeru dan Mendakwah Manusia ke jalan  ALLAH SWT. dan SUNNAH NABI SAW. yang didasari ILMU. Ilmu yang di maksudkan adalah 1. Qa'lullah  2. Qa'la rasul wa 3. Qa'la Sahabat. Alhammdulillah. Moga usaha mereka berdua ini akan sentiasa dipermudahkan dan diberkati Allah swt.


Disini, saya ingin berkongsi sedikit ilmiah dan pengetahuan dengan para rakan jamaah, berkenaan tajuk diatas ini, mudah-mudahan dapat menguatkan lagi hujah-hujah dan dalill, serta memperjelaskan lagi apa yang patut, sebagai dokongan kepada yang telah di tulis oleh saudara Mad Zahir dan Ustaz Zainol, Insya'Allah.



Hukum Menyentuh Atau Memegang Al-Qur'an Bagi Orang Junub, Wanita Haid Dan Nifas

Sabtu, 19 April 2008 23:10:58

Edit  12/06/2010   21:10 pm  29 Jamadilakhir  1431 H

Dari : MOHAMMAD POZI ATAN (buat semua yang mengni’mati as-sunnah & mengamalkannya)

Sebenarnya, tidak ada satu pun dalil yang secara langsung dan jelas melarang menyentuh atau memegang Al-Qur’an bagi orang junub, perempuan haid dan nifas. Allahumma, kecuali mereka yang melarang atau mengharamkan itu adalah berdalil dengan firman Allah Azza wa Jalla di dalam Al Qur'an :.

“Tidak ada yang menyentuh (Al-Qur’an) kecuali mereka yang telah disucikan” [Surah Al-Waqi’ah (56) : ayat 79]

Yang hak, yang dimaksud oleh ayat di atas ialah : Tidak ada yang dapat menyentuh Al-Qur’an yang ada di Lauhul Mahfudz sebagaimana ditegaskan oleh ayat yang sebelumnya (ayat 78) kecuali para Malaikat yang telah disucikan oleh Allah swt. Demikianlah tafsir dari Ibnu Abbas ra. dan lain-lain sebagaimana telah diterangkan oleh Al-Hafidzh Ibnu Katsir di dalam tafsirnya. Maka, perkataan "mereka yang telah disucikan itu" adalah merujuk kepada para Malaikat.


Secara lughah (bahasa), lafadz "mereka yang telah disucikan itu" adalah Ism Faa'il Majhul iaitu para Malaikat itu telah dibersihkan oleh Allah swt. Sekiranya lafadz Ism Faa'il Makruf, ia membawa maksud yang para Malaikat itu membersihkan diri mereka sendiri.


Adapun pemahaman orang ramai ke atas makna ayat ini adalah adalah sebaliknya iaitu tidak boleh menyentuh atau memegang Al-Qur’an kecuali orang-orang yang bersih dari hadats besar dan hadats kecil. Kalau betul demikian maksudnya tentang firman Allah swt. di atas, artinya ayat ini akan menjadi : "Tidak ada yang menyentuh Al-Qur’an kecuali mereka yang suci/bersih", yakni dengan bentuk faa’il (yang membuat) bukannya maf’ul (yang kena buat). Sedangkan, hakikat kenyataannya adalah firman Allah swt iaitu  : Tidak ada yang menyentuhnya (Al-Qur’an) kecuali mereka yang telah disucikan, yakni dengan bentuk maf’ul (yang kena buat) bukannya sebagai faa’il (yang membuat).

Selain itu, adalah merekapun berdalil dengan hadits berikut :

“Tidak ada yang menyentuh Al-Qur’an kecuali orang yang suci”

Shohih riwayat Daruquthni dari jalan Amr bin Hazm. Dan dari jalan Hakim bin Hizaam diriwayatkan oleh Daruquthni, Hakim, Thabrani di kitabnya Mu’jam Kabir dan Mu’jam Ausath dan lain-lain. Dan dari jalan Ibnu Umar diriwayatkan oleh Daruquthni dan lain-lain. Dan dari jalan Utsman bin Abil Aash diriwayatkan oleh Thabrani di Mu’jam Kabir dan lain-lain. [1]

Yang hak, yang dimaksud oleh "orang yang suci" dalam hadits di atas ialah : Tidak ada yang menyentuh Al-Qur’an kecuali orang mu’min, karena orang mu’min itu suci tidak najis sebagaimana sabda Nabi saw. “Sesungguhnya orang mu’min itu tidak najis”

Hadis shohih riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad dan lain-lain,

"dari jalan Abu Hurairah ra., ia berkata : “Rasulullah saw. pernah menjumpaiku di salah satu jalan dari jalan-jalan yang ada di Madinah, sedangkan aku dalam keadaan junub, lalu aku menyingkir pergi dan segera aku mandi kemudian aku datang (menemui beliau), lalu Beliau bersabda, “Kemana engkau tadi wahai Abu Hurairah?” Jawabku, “Aku tadi dalam keadaan junub, maka aku tidak suka duduk bersamamu dalam keadaan tidak bersih (suci)”. Maka Beliau bersabda, “Subhanallah! Sesungguhnya orang mu’min itu tidak najis” (Dalam riwayat yang lain Beliau bersabda, “Sesungguhnya orang muslim itu tidak najis”).


Pengertian hadis ini adalah, Rasul saw. memberitahu bahawa Abu Hurairah ra, boleh duduk bersama-sama dengan Baginda, sekalipun dalam keadaan junub. Ini membuktikan bahawa orang yang dalam keadaan junub atau hadas itu bukannya najis atau kotor sehingga memerlukan ia mandi atau wudhu' terlebih dahulu untuk dikatakan suci.


Oleh itu, bukanlah yang dimaksud dengan "orang yang suci" itu ialah suci dari hadats besar dan hadats kecil sahaja, karena lafadz "thaahir" dalam hadits di atas ialah satu lafadz yang mempunyai beberapa arti (musytarak) yaitu :


1. Suci dari hadats besar

2. Suci dari hadats kecil, dan

3. Suci dalam arti orang mu’min (bermaksud suci aqidah - bertauhid kepada Allah swt. dan tidak syirik).


Untuk menentukan salah satu dari tiga macam arti "thaahir" diatas harus ada qarinah (tanda dan alamat) yang membawa dan menentukan salah satunya. Apakah arti "thaahir" di atas maksudnya bersih dan hadats besar atau bersih dari hadats kecil atau bersih aqidah?

Untuk yang pertama dan kedua, yaitu bersih dari hadats besar dan hadats kecil tidak ada satupun qarinah yang menetapkannya. [2]. Sedangkan untuk yang ketiga yaitu orang mu’min (suci aqidah) telah datang qarinah dari hadits shahih di atas yaitu sabda Nabi saw. "sesungguhnya orang mu’min itu tidak najis”, Yakni orang mu’min itu suci, karena najis lawan dari suci, ketika Nabi saw. menafikan (meniadakan) kenajisan bagi orang-orang yang beriman (mu’minun), maka mafhumnya bahwa orang-orang yang beriman itu suci.


Istimewa apabila kita melihat kepada sebab-sebab Nabi saw. (sabaabul wuruudil hadits) bahwa orang mu’min itu tidak najis, yaitu kejadian pada diri Abu Hurairah yang sedang janabah dan tidak mau ia duduk bersama Nabi saw. dengan anggapan bahwa dia sedang tidak suci!? Nabi saw. telah menyalahkan anggapan tersebut.


Maka itu, lafadz

“Tidak ada yang menyentuh (Al-Qur’an) kecuali mereka yang telah disucikan” [Surah Al-Waqi’ah  (56) : ayat 79] dan hadis

"Tidak ada yang menyentuh Al-Qur’an kecuali orang yang suci” shohih riwayat Daruquthni dari jalan Amr bin Hazm.


bukanlah alasan atau dalil untuk membuat hukum bahawa mesti dan wajib mandi junub atau berwudhu' terlebih dahulu sebelum memegang atau menyentuh naskhah Al Qur'an kerana,


1. Ayat Al Qur'an itu merujuk kepada Malaikat yang telah disucikan oleh Allah swt. tanpa diceritakan pula bagaimana proses pensucian itu.


2. Maksud "orang yang suci' dalam hadis tersebut telah tidak dijelaskan sama ada setelah mandi junub atau berwudhu' sahaja baharulah ia menjadi suci.


3. Dalam hadis shohih riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad dan lain-lain dari jalan Abu Hurairah ra., diterangkan bahawa ummat Islam adalah suci bersih sekalipun tidak mandi junub, maka maksud sebenarnya adalah adalah suci a'qidah bukannya suci tubuh badan dari junub, haid atau nifas. Pengertian inilah yang paling tepat kerana jika tidak berpegang kepada pengertian ini, maka bukan Islam lah orang yang dalam keadaan hadas besar.


Membersihkan tubuh badan dan anggota sebelum memegang atau menyentuh Al Qur'an adalah perbuatan mulia, dan saya amat menggalakkan ummat Islam membuat seperti itu. Namun menghukum mesti atau wajib mandi junub atau berwudhu' terlebih dahulu bukanlah ia satu hukum berdasarkan syara'.


[Dipetik dari buku Tiga Hukum Bagi Perempuan Haid Dan Junub (Menyentuh/Memegang Al-Qur; Membacanya Dan Tinggal Atau Diam Di Masjid, Penulis Abdul Hakim bin Amir Abdat, Penerbit Darul Qolam]
_________
Footnotes
[1]. Irwaa-ul Ghalil no. 122 oleh Syaikhul Imam Al-Albani. Beliau telah mentakhrij hadits di atas dan menyatakannya shahih
[2]. Karena tidak datang satupun dalil yang melarang menyentuh atau memegang Al-Qur’an bagi orang yang junub, perempuan haid dan nifas.

0 ulasan: