Khamis, 22 Disember 2016

Hanya Allah Yang Disembah : Pengagungan Quburan Perosak Aqidah Ummat

0 ulasan
حمن الرحيم بسم الله الر
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
وبعد , يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي  رب إشرح لي صدري و

Segala puji bagi Allah Swt., Pencipta sekelian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait, SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta orang-orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma ba'du.

Saya mendoakan agar Allah Swt. sentiasa menerima semua amalan kita seterusnya melimpahkan segala rahmat dan keampunan-Nya di hari dan bulan yang mulia ini, Insya’Allah. Juga saya memohon perlindungan, rahmat dan bimbingan dari Allah Swt. dari sebarang kesilapan dalam menuliskan nukilan ini.

Para sahabat jamaah yang dikasihi, pilihlah jalan kebaikan agar redho Allahu Ta’ala senantiasa mengiringi hidup kita.

Hanya Allah Yang Disembah : Pengagungan Quburan Perosak Aqidah Ummat

Sunggoh Nabi Saw. dalam seluroh usia da'wah Baginda :  menyeru ummat untuk meninggalkan dan menjauhi kesyirikan. Bahkan, Baginda Saw. telah menghancurkan patung-patung berhala ketika Fathu Makkah dan mengutus para sahabat Baginda untuk menghancurkan berhala-berhala yang telah dijadikan sesembahan selain dari Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Di antara hal yang juga Baginda Saw. ingatkan untuk dijauhi oleh ummatnya adalah sifat ghuluw (berlebih-lebihan) terhadap orang solih dan mengagungkan, sujud sembah, merintih, merayu, memohon niyat di quburan mereka.

Beginilah perbuatan yang semakin berleluasa dalam kalangan ummat, sedangkan Rasulullah Saw. dengan terang jelas telah menyatakan bahawa para penyembah quburan ini, adalah orang-orang terburuk (dan terkutuk).

Ketika Ummu Salamah Rha. menceritakan perbuatan kaum Nasrani yang beliau lihat di Habasyah, Rasulullah Saw. bersabda balas :

أُولَئِكَ قَوْمٌ إِذَا مَاتَ فِيهِمُ الْعَبْدُ الصَّالِحُ أَوِ الرَّجُلُ الصَّالِحُ بَنَوْا عَلَى قَبْرِهِ مَسْجِدًا وَصَوَّرُوا فِيهِ تِلْكَ الصُّوَرَ، أُولَئِكَ شِرَارُ الْخَلْقِ عِنْدَ اللهِ

“Mereka itu, jika ada orang solih (meninggal) di antara mereka, mereka membangun masjid di atas quburnya dan membuat gambarnya (untuk dipuja dan disembah). Mereka adalah orang-orang terjelek di sisi Allah.”
Riwayat imam Bukhori dan Muslim Rhm.

Al Allamah Asy-Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah Baaz Rhm. menerangkan :

“Maqsud ucapan Rasulullah Saw. ini adalah peringatan agar perbuatan mereka tidak sekali~kali layak diikuti. Namun, ada dari ummat ini yang terjatuh dalam perbuatan tersebut. Yang paling banyak melakukannya adalah Syiah Rafidhah yang ghuluw terhadap ahlul bait.”* 
Lihat : Syarah Kitabut Tauhid, hlm. 105

Bahkan sekarang ini, yang terjatuh ke dalam kesyirikkan ini adalah golongan sufi yang ghuluw. Mereka menuruti jejak Syi’ah dalam pengagungan terhadap qubur para manusia yang mereka sendiri tetapkan ia sebagai wali dari dalam kalangan mereka sendiri, tanpa landasan kebenaran syara’.

Dan, lima hari menjelang wafat, Baginda Saw. telah bersabda, sesuatu wasiyat yang amat penting kepada seluroh ummatnya :

أَلَا وَإِنَّ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ كَانُوا يَتَّخِذُونَ قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ وَصَالِحِيهِمْ مَسَاجِدَ، أَلَا فَلَا تَتَّخِذُوا الْقُبُورَ مَسَاجِدَ إِنِّي أَنْهَاكُمْ عَنْ ذَلِكَ

“Ketahuilah, orang-orang sebelum kalian telah menjadikan quburan para nabi dan orang solih sebagai masjid (ya'ni pusat pengibadahan / pengabadian kepada Allahu Ta'ala).
Ketahuilah, janganlah kalian menjadikan quburan sebagai masjid kerana aku melarang dari hal tersebut.”
Riwayat imam Muslim Rhm.

Bahkan, ketika sedang sakaratul maut, Baginda Saw. telah bersabda lagi :

لَعْنَةُ اللهِ عَلَى الْيَهُودِ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ؛ يُحَذِّرُ مَا صَنَعُوا

“La'nat Allah atas Yahudi dan Nasrani kerana mereka telah menjadikan qubur nabi-nabi mereka sebagai masjid. Baginda memperingatkan (agar jangan sampai mengikut) perbuatan mereka….”*
Riwayat imam Bukhori dan Muslim Rhm.

Justeru, hanya Allahu Ta'ala lah satu~satunya Dzat Yang Berhak Disembah dan tiada suatu apa pon lagi yang ada hak sebegitu selain dari~Nya. Dan Allahu Ta'ala telah menegaskan lewat Kalam~Nya :

.... ولم يكن له كفوا احد

Pengibadahan, pengabadian juga kepercayaan bahawa adanya sesuatu selain~Nya yang boleh memberi munafaat dan/atau mudhorat, jelas sekali suatu kesyirikan. Dan kesyirikan itu benar-benar telah diperlakukan dengan menyembah dan memuja quburan, bertawassul, isti’anah dan istighotsah kepada mayyit, juga dengan meyaqini bahawa mayyit boleh mendatangkan mudhorat atau munafaat.

Semoga semua kita terhindar dari segala macam syirik akbar ini.

Wa sollallahu wa salaamu ‘alaa Nabiyyinaa Muhammad

والله تعالى أعلم  ,  وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه أجمعين.

Yang benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari saya yang amat faqir dan dhoif ini.

سكيان , والسلام

eddzahir@38 tanah liat
bukit mertajam


Read more...

Hanya Allah Yang Berhak Disembah : Tiada Tuhan (Arbab) Selain Dia

0 ulasan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
وبعد , يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي  رب إشرح لي صدري و

Segala puji bagi Allah Swt., Pencipta sekelian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait, SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta orang-orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma ba'du.

Saya mendoakan agar Allah Swt. sentiasa menerima semua amalan kita seterusnya melimpahkan segala rahmat dan keampunan-Nya di hari dan bulan yang mulia ini, Insya’Allah. Juga saya memohon perlindungan, rahmat dan bimbingan dari Allah Swt. dari sebarang kesilapan dalam menuliskan nukilan ini.

Para sahabat jamaah yang dikasihi, pilihlah jalan kebaikan agar redho Allahu Ta’ala senantiasa mengiringi hidup kita.

Hanya Allah Yang Berhak Disembah : Tiada Tuhan (Arbab) Selain Dia

Saudaraku se~manhaj yang dimuliakan, semoga Allahu Ta'ala memberikan kepada kita kefahaman dan munafaat, dari apa yang dinukilkan di bawah ini :

عَنْ عَدِىِّ بْنِ حَاتِمٍ –رَضِي الله عَنْهُ-قَالَ أَتَيْتُ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- وَفِى عُنُقِى صَلِيبٌ مِنْ ذَهَبٍ. فَقَالَ « يَا عَدِىُّ اطْرَحْ عَنْكَ هَذَا الْوَثَنَ ». وَسَمِعْتُهُ يَقْرَأُ فِى سُورَةِ بَرَاءَةَ (اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ) قَالَ « أَمَا إِنَّهُمْ لَمْ يَكُونُوا يَعْبُدُونَهُمْ وَلَكِنَّهُمْ كَانُوا إِذَا أَحَلُّوا لَهُمْ شَيْئًا اسْتَحَلُّوهُ وَإِذَا حَرَّمُوا عَلَيْهِمْ شَيْئًا   حَرَّمُوهُ »

Dari Adi bin Hatim Rhu, dia berkata : Aku pernah menemui Nabi Saw. sedangkan di leherku terdapat salib dari emas (saat itu Adi bin Hatim masih Nasrani).
Melihat keadaanku maka Rasulullah bersabda : “Wahai Adi, buanglah berhala ini darimu!. Aku mendengar Baginda membaca firman Allahu Ta'ala : 

 ...... اتخذوا احبارهم ورحبانهم اربابا من دون الله
Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai sesembahan selain Allah..
Surah At Taubah ayat 31.

Baginda bersabda : “Sesungguhnya mereka tidak menyembah orang-orang alim dan rahib-rahib mereka itu dengan ritual-ritual ibadah, namun apabila orang-orang alim dan rahib-rahib mereka menghalalkan sesuatu untuk mereka maka mereka menghalalkan apa yang mereka halalkan itu. 
Dan apabila orang-orang alim dan rahib-rahib mereka mengharamkan sesuatu atas mereka maka mereka pun mengharamkan sesuatu yang diharamkan itu.
Riwayat imam At Thirmidzi Rhm. dihasankan oleh Syaikh Al Albani Rhm. dalam Sohih wa Dho’if Sunan At-Thirmidzi no. 3092

Dalam kitab at-Tanbihaat al Mukhtasharah Syarhu Al Waajibaat al Mutahattimaat al Ma’rifah ‘alaa Kulliy Muslimin Wa Muslimatin disebutkan sebagai berikut :

أي : النوع الثالث من أنواع الشرك الأكبر: شرك الطاعة، فمن أطاع المخلوقين         في تحليل ما حرّم الله أو تحريم ما أحلّ الله و يعتقد ذلك بقلبه مع علمه بأنه مخالف للدين فقد اتخذهم أربابا من دون الله أشرك به الشرك الأكبر

Macam ketiga dari syirk besar adalah syirk dalam ketaatan. Maka siapa yang mentaati makhluq dalam penghalalan apa yang diharamkan Allah atau pengharaman apa yang dihalalkan Allah dengan keyaqinan hatinya sedangkan ia tahu bahawa hal itu menyelisihi agama Islam, maka orang yang berbuat demikian telah mengambil mereka sebagai sesembahan (tuhan/arbab) selain dari Allah dan ia telah berbuat syirk kepada Allah dengan syirk yang besar. 
Kitab At Tanbiihaat hal. 105

Ingatlah para saudara yang dikasihi, tidak sekali~kali ada ketaatan kepada makhluq dalam perkara yang dilarang oleh Allahu Ta'ala. Ketaatan hanyalah dalam perkara yang ma’ruf, perkara yang dikenal atau diketahui benar-benar diperintah atau dibolehkan oleh Al Qur’an dan As Sunnah semata.

Dari Ali bin Abi Tholib Rhu. bahawasanya Rasulullah Saw. telah bersabda :

لاَ طَاعَةَ فِى مَعْصِيَةِ اللَّهِ إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِى الْمَعْرُوفِ

Tidak ada ketaatan dalam ma'siyat kepada Allah. Sesunggohnya ketaatan itu hanyalah dalam perkara yang ma’ruf.
Riwayat imam Muslim Rhm. no. 4871(sohih) 

Lihatlah, berapa banyak manusia yang telah menjadikan kalam~kalam, pendapat~pendapat, pandangan~pandangan, jua perasaan, persangkaan dan pemikiran dangkal makhluq sebagai dasar hukuman, mentaqlidinya membuta tuli, mentaatinya tanpa soal, walhal dalam segala macam hal Allahu Ta'ala dan rosul~Nya, telah pon menetapkan urusan mereka.

Begitulah sifat manusia sesat dari jalan kebenaran, dengan mengambil apa jua ketetapan hanya berdasarkan dengar cakap manusia, tanpa sekali~kali merujuk, kembali dan menyerahkan urusan kepada Allahu Ta'ala dan Pesuroh~Nya. Sesunggohnya, mereka telah syirk yang besar disebabkan ada sebahagian perkara dalam kehidupan, mereka meletakkan makhluq lebih tinggi, lebih ditaati, lebih ditundokpatuhi selain dari Allahu Ta'ala dan Pesuroh~Nya. Lantaran apa yang mereka tundokpatuhi tanpa soal itu, haqiqinya berupa sesembahan, tuhan, arbaaban yang mereka sembah selain dari Allahu Ta'ala.

Demikianlah yang dapat disampaikan, untuk kemunafaatan kita bersama.

Semoga Allah melindungi kita dari apa-apa yang menimbulkan murka dan siksa-Nya. Dan semoga kita semua termasuk hamba-hamba Allah yang ditetapkan oleh-Nya selamat di dunia dan di akhirat kelak, aamiin.

Wa sollallahu wa salaamu ‘alaa Nabiyyinaa Muhammad

والله تعالى أعلم  ,  وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه أجمعين.

Yang benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari saya yang amat faqir dan dhoif ini.

سكيان , والسلام

eddzahir@38 tanah liat
bukit mertajam








Read more...

Jumaat, 2 Disember 2016

Solat Jumaat : Penjelesan Mengenai Azan 2 Kali Dan Solat Sunat Qabliyah

0 ulasan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Nak tanya tentang keadaan ni. Masa cuti sekolah minggu lepas, saya ada sertai rombongan company ke Langkawi. Kami ejen-ejen di Penang tumpang bas dari KL. Sampai di Kuala Perlis dalam 12.40, hari Jumaat.

Saya dan beberapa orang terus pi solat Jumaat kat masjid terapung. Ramai yang tak solat, takpa la mungkin depa jama’ qasar. Tapi lepas tu ada berbunyi macam-macam, antaranya :
1.    Risau tak sah solat kerana orang Perlis wahabi.
2.    Azan depa sekali saja, ini tak sama dengan ahli sunnah wal jamaah
3.    Orang Perlis tak buat sunat qabliyah Jumaat, ini pun tak sama dengan ahli sunnah wal jamaah
4.    Paling penting risau tak sah solat kerana imamnya wahabi

Saya nak tau, betulka apa yang depa ni dok cakap. Macam mana depa faham bab solat Jumaat ni. Kritikal ni, melibatkan sah tak sah solat.
Macam tu la ustad.

والسلام

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
وبعد , يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي  رب إشرح لي صدري و

Segala puji bagi Allah Swt., Pencipta sekelian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait, SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta orang-orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma ba'du.

Saya mendoakan agar Allah Swt. sentiasa menerima semua amalan kita seterusnya melimpahkan segala rahmat dan keampunan-Nya di hari dan bulan yang mulia ini, Insya’Allah. Juga saya memohon perlindungan, rahmat dan bimbingan dari Allah Swt. dari sebarang kesilapan dalam menuliskan nukilan ini.

Saya berasa amat hairan dan sedih dengan bentuk keta’suban bersalut kejahilan seperti yang tuan kisahkan. Moga Allahu Ta’ala jauhi kita dari sifat-sifat sebegitu, dan agar Allahu Ta’ala menjadikan kita ummat yang meletakkan aqal berganding ilmu itu lebih tinggi dan utama, berbanding hawa nafsu dan/atau sentimen dalam berkata-kata dan berperilaku. Namun, mungkin saja mereka tidak tahu hal sebenarnya sehingga tergamak berfahaman sebegitu.

Secara ringkas sahaja saya membalas, itu pun dalam hal Solat Jumaat sahaja. Hal wahabi dan solat orang Perlis tak betul tu, insya”Allah di masa yang lain.

Pada zaman Nabi Saw, Khalifah Abu Bakar Rhu, Khalifah Umar Rhu, Khalifah Ali Rhu. laungan azan bagi Solat Jum’at hanyalah satu kali, yaitu apabila khatib telah pon menaiki mimbar dan selesai mengucapkan salam kepada jamaah.

Laungan azan dua kali sepertimana yang diamalkan oleh sekumpulan besar ummat Muslimin di nusantara didakwa diqiyaskan kepada perbuatan/ijtihad oleh Khalifah Utsman bin Affan Rhu. Haqiqinya, dakwaan qiyasan diikuti amalan oleh orang banyak itu sendiri tidak sekali-kali menepati sifat amalan Khalifah Utsman Rhu.

Kisahnya, Khalifah Utsman telah menugaskan sesaorang ke tengah pasar (luar masjid) Madinah sebelum masuk waqtu zuhur lagi dan melaungkan azan, sebagai mengingatkan ummat mengenai hari Jum’at, dan kewajiban solat Jum’at untuk bersegera ke masjid. Keadaan ini diperbuat berpunca daripada : Khalifah Utsman ada melalui pasar Madinah dan beliau dapati orang banyak masih lagi sibuk berjual beli sedangkan waqtu zuhur sudah hampir, fenomena yang menunjukkan seakan-akan situasi hadhir awal ke masjid telah mula diabaikan.Kerana itu beliau telah memutuskan / berijtihad supaya azan dibuat ditengah pasar. Pembuatan ijtihad ini menepati salah satu asbab dalam bidang usul fiqh yaitu al-Masalih ul-Mursalah, yang diperlukan dalam keadaan masa itu.

Wajib difahami benar-benar, ijtihad beliau ini tidaklah disepakati oleh semua sahabat Nabi Saw. yang masih hayat ketika itu. Antara yang tidak menerima ijtihad ini adalah Abdullah Ibnu Umar Rhu. dan Khalifah Ali bin Abi Tholib. Sebab itu, pada zaman khalifah Ali, amalan azan awal itu tidak lagi berlaku.

Tiada masalah dalam hal ini sebenarnya, lantaran secara jelasnyata, ijtihad memang boleh diterima atau ditolak, ia bukanlah sesuatu yang bersifat qot’ie sepertimana hukuman syara’ dan, ijtihad diperlukan dalam sitiasi yag menjadikan ia diperlukan dalam sesuatu hal, bagi memberikan jawaban/keputusan ke atas sesuatu yang dahulunya tiada ketetapan, maka itu, ia kena dibuat, akan tetapi, apabila sesuatu hal itu telah dapat diatasi, situasi wajib kembali kepada keadaan asal lantaran itulah kebenaran syara’ yang wajib dipatuhi.

Harus diingat, azan awal yang dibuat oleh Khalifah Utsman itu, dilaungkan ditengah pasar dan sebelum masuk waqtu. Ini berbeza sama sekali dengan amalan semasa di tempat kita yang dibuat setelah masuk waqtu zuhur dan di dalam masjid. Justeru itu, menasabkan / qiyasan perbuatan sebegitu kepada Khalifah Utsman Rhu. sama sekali tidak benar dan pendustaan semata-mata atas nama insan mulia yang juga ahli syurga ini.   

Justeru, yang benarnya adalah ikuti sifat azan Jum’at amalan Nabi Saw.

Selepas azan dan sebelum khutbah tidak ada solat sunnat qabliyah. Telah jelasnyata disebutkan pada awal-awal lagi, Nabi Saw. hadhir dan terus naik ke mimbar lalu mengucapkan salaam kepada makmum setelah masuk waqtu. Jelas sekali sifat perbuatan Baginda tidak mengadakan solat qabliyah Jum’at.

Mari kita ulangsorot, solat qabliyah membawa maqsud solat sunnat 2 raka’at sebelum solat fardhu dan ia bersifat mengiringi (rawatib) solat-solat fardhu. Solat iringan ini sohih ada pada solat-solat fardhu yang lain, tetapi langsung tidak pernah ada diriwayatkan sama sekali, yang ia ada mengiringi Solat Jum’at ya’ni, tidak ada dasarnya sama sekali ke atas perbuatan itu.

Justeru, yang benarnya adalah ikuti sifat solat Jum’at amalan Nabi Saw.

Dan jelas sudah, tidak azan 2 kali dan tidak mengerjakan solat qabilyah, langsung tidak menjadi asbab tidak sahnya solat Jum’at. Sah atau tidak solat Jum’at, langsung tidak kena mengena dengan 2 hal itu.

Entah apa jenis jakun, keta’suban dan kejahilan, dek kerana 2 perkara ini sahaja telah diistinbatkan hukum : solat Jum’at di Kuala Perlis tidak sah. Apa jenis Islam yang dia itu faham, baiklah dia sendiri yang jawab. Jelasnya, fahaman saya tak sama dengan dia.

Sekian dahulu.

Semoga maklumbalas saya ini telah menjawab pertanyaan dan telah membantu.

والله تعالى أعلم  ,  وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه أجمعين.

Yang benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari saya yang amat faqir dan dhoif ini.

والسلام




Read more...

Hanya Allah Yang Layak Disembah, Dia Tiada Tandingan

0 ulasan
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
وبعد , يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي  رب إشرح لي صدري و

Segala puji bagi Allah Swt., Pencipta sekelian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait, SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta orang-orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma ba'du.

Saya mendoakan agar Allah Swt. sentiasa menerima semua amalan kita seterusnya melimpahkan segala rahmat dan keampunan-Nya di hari dan bulan yang mulia ini, Insya’Allah. Juga saya memohon perlindungan, rahmat dan bimbingan dari Allah Swt. dari sebarang kesilapan dalam menuliskan nukilan ini.

Para sahabat jamaah yang dikasihi, pilihlah jalan kebaikan agar redho Allahu Ta’ala senantiasa mengiringi hidup kita.

Nukilan kali ini :

Seruan Tauhid bermaqsud meng~Esakan Allahu Ta'ala dalam ibadah dan mengkhususkannya hanya kepada~Nya, tanpa dikongsi dengan sesembahan yang lain. Inilah dasar Tauhid suci murni Islam ya'ni meng~esakan Allahu Ta'ala semata~mata sepertimana firman~Nya :

... هل من خالق غير الله يرزقك من السما' والارض لا الاه الا هوا ...
... Tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Dia memberi rizqi kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada tuhan (yang berhak disembah dan ditundukpatuhi) melainkan Dia ....
Surah Fathir : ayat 3

Para musyrikin dan pengekor mereka tidaklah mengingkari tuntutan ini, malah para rasul meminta kepada mereka agar meng~Esakan ibadah hanya kepada Allah. Mereka langsung tidak pernah mengingkari Allah, tidak juga mengatakan "sesunggohnya Dia tidak berhak disembah" bahkan mereka mengakui pada lisan~lisan mereka bahawa hanya Dia yang berhak disembah, namun mereka mengingkari keadaan~Nya yang wajib di~Esakan itu dalam ibadah.

Sifat perbuatan sesembahan  syirik mereka sebegini dijelaskan oleh Allahu Ta'ala lewat Kalam~Nya :

ويعبدون من دون الله مالا يضرهم ولاينفعهم ويقولون ها'ولا' شفعونا عند الله .....
Dan mereka menyembah selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan mudhorat kepada mereka dan tidak dapat juga mendatangkan munafaat kepada mereka (walau sedikit pon), dan mereka berkata pula : Mereka (yang kami sembah itu) adalah pemberi~pemberi syafaat kepada kami disisi Allah ....
Surah Yunus : ayat 18

Demikianlah yang mereka lakukan dalam pengibadahan kepada Allahu Ta'ala. Lalu mereka menyembah Allahu Ta'ala bersama seiring dengan selain~Nya, ya'ni mereka sekutukan dengan selain~Nya, dengan mempercayai adanya dzat selain~Nya mahu pon yang dianggap setaraf disisi~Nya yang boleh memberikan syafaat juga munafaat. Walhal, perkara~perkara yang diharapkan dalam arti penyembahan mereka itu adalah hak muthlaq Allah Ta'ala semata yang tiada sesuatu apa pon lagi yang ada hak sebegitu.

Sifat perbuatan ibadah syirik para musyrikin itu telah dijelaskan sepertimana firman Allahu Ta’ala :

.... فلا تجعلوا لله اندادا وانتم تعلمون
..... Maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah sebarang sekutu (tandingan, gandingan) padahal kamu semua mengetahui ...
Surah Al Baqarah : ayat 22

Dan Allahu Ta'ala menjelaslan lagi bahawa segala apa dzat yang mereka sembah itu, dalam apa jua bentuk, yang diharapi, yang diyaqini boleh memberi kesan, yang dipercayai boleh memberi munafaat, hanyalah palsu, bathil dan tidak berguna sama sekali, malah seqadar membawa mereka ke dasar kesyirikan yang amat dalam akibat kebodohan dan mengikut hawa nafsu. Inilah yang Allahu Ta'ala jelaskan :

.... ان الذين تدعون من دون الله لن يخلقوا ذبابا ولو اجتمعوا له ....
.... sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, selain dari Allah itu, tidak sekali kali akan dapat mencipta seekor lalat, walau pon mereka berhimpun beramai ramai untuk membuatnya ...
Surah al Hajj : ayat 73

Seluroh musyrikin mengakui kebenaran Kalamullah ini tanpa nafi, namun sifat kemusyrikan yang menebal menjadikan mereka pekak dan buta dari kebenaran dengan menganggap tetap ada sesuatu selain~Nya yang boleh memberi rekomendasi, menyampaikan hasrat، menyempurnakan niyat. Kepada seluroh musyrik ini, Allahu Ta'ala telah meninggalkan khabar ancaman~Nya :

....قل اتنب'ون الله بما لا يعلم فى السماوات ولا فى الارض سبحانه وتعالى عما يشركون
..... Katakanlah (wahai Muhammad) : Adakah kamu hendak memberitahu kepada Allah akan apa yang Dia tidak mengetahui akan adanya (apa apa yang) di langit dan dibumi? (walhal Allah Maha Mengetahui) Maha Suci Allah dan Tertinggi keadaan~Nya dari apa yang mereka sekutukan.
Surah Yunus : ayat 18

Allahu Ta'ala menjadikan perbuatan mengambil selain~Nya sebagai boleh memberi munafaat dan syafaat sebagai suatu perbuatan syirik ya'ni menggandingkan~Nya dengan sesuatu, dan Dia mensucikan diri~Nya daripada perbuatan itu. Lantaran tiada sesuatu apa pon yang boleh memberi syafaat juga munafaat melainkan setelah diizinkan~Nya. Maka bagaimana boleh mereka menetapkan adanya pemberi syafaat dan munafaat sedangkan langsung tidak pernah ada termaktub Allah memberi keizinan kepada mereka itu.

Justeru, sembahlah Allahu Ta'ala semata, pusatkan segala ibadah kepada~Nya semata. Tiada apa pon du'a, permohonanan, hasrat, isti'anah dan istighotsah melainkan langsung kepada~Nya. Sunggoh Allahu Ta'ala Maha Mendengar, Maha Kuasa, Maha Pengasih dan Maha Dermawan. Kembalilah kepada tauhid ibadah yang suci murni, berhentilah memuja qubur, ruh-ruh, mayyit-mayyit dan apa jua makhluq.

Allahu Ta'ala tidak berhajatkan kepada sekutu~sekutu daripada apa jua macam kesyirikan, Dia tidak sekali~kali menerima ibadah yang disekutui di dalamnya dengan selain~Nya, tidaklah dianggap beriman sesiapa yang menyembah, menjadikan gandingan, menjadikan setarafan terhadap Allah Ta'ala dengan sesuatu selain~Nya.

والله تعالى أعلم  ,  وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه أجمعين.

Yang benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari saya yang amat faqir dan dhoif ini.

سكيان , والسلام





Read more...

Muzabzib : Siapa dan Tuduhan?

0 ulasan
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Semoga ustad dalam keadaan sihat dan sejahtera sentiasa. In shaa Allah

Lama dah saya nak tanya, dah tu terlepas pulak kuliah minggu lepas, katanya ustaz ada jawab perkara ini. Rugi sungguh. Begini sajalah, lama dah kecoh seantero Malaya dalam kalangan sahabat-sahabat kita sendiri je pun, yang saling menuduh dan berbalas hujah, kekadang berupa kata mengata, mencela, mencaci. Selalunya juga, hal itu disiarkan dalam  media social yang ditatap umum. Ini sungguh memalukan dan amat saya rasa sedih.

Salah satunya, yang paling laku sekali adalah dakwaan dan perkataan “muzabzib” yang ditujukan kepada seorang mufti. Banyak orang dok sebut benda ini, macam dah jadi zikr harian pula, malah memang jelas ditujukan kepada dia pun.

Yang saya nak tahu, apa maksud sebenar muzabzib tu, mengapa orang tu digelar muzabzib dan apa hukumnya muzabzib, betulkah dia tu muzabzib ?

Setakat ni dulu ustad, banyak banyak soal pun buat serabut saja, Lain kali saya tanya lagi, memang ada yang nak ditanya lagi pun, in shaa Allah

والسلام

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
وبعد , يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي  رب إشرح لي صدري و

Segala puji bagi Allah Swt., Pencipta sekelian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait, SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta orang-orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma ba'du.

Saya mendoakan agar Allah Swt. sentiasa menerima semua amalan kita seterusnya melimpahkan segala rahmat dan keampunan-Nya di hari dan bulan yang mulia ini, Insya’Allah. Juga saya memohon perlindungan, rahmat dan bimbingan dari Allah Swt. dari sebarang kesilapan dalam menuliskan nukilan ini.

Pertamanya, saya mohon maaf kerana lewat membalas. Jawaban secara ringkas sahaja.

Lafadz “Muzabzib” atau “Muzabzab” yang disebut-sebutkan itu adalah berdasarkan Kalamullah yang membawa maqsud “Mereka yang dalam keadaan ragu-ragu diantara iman atau kafir”, sepertimana termaktub dalam :



“Mereka dalam keadaan ragu-ragu antara yang demikian (iman dan kafir); Tidak masuk pada golongan ini (orang-orang beriman) dan tidak (pula) kepada golongan itu (orang kafir).”
Surah An-Nisa (4) : 143

Sifat/perangai muzabzib ini adalah sebahagian daripada sifat dan ciri-ciri keburukan orang munafiq. Dan sememangnya juga, Kalamullah Surah An Nisa’ bermula ayat 137 hingga 147 adalah pemerihalan sifat-sifat dan keburukan orang munafiq. Maka itu, para penuduh itu memang memaqsudkan beliau yang kena tuduh itu adalah benar-benar saorang munafiq.

Setakat yang saya ikuti, lihat dan fahami, tuduhan itu memang ditujukan kepada beliau, oleh sekumpulan orang (pengikut kepada satu pihak bertentangan), dilakukan secara terbuka tanpa sembunyi biar sedikit pon. Ia bermula dari beberapa isu kecil/picisan yang satu dua kepalanya tidak sepandangan dan bersilang pendapat dengan beliau.

Sebenarnya, masing-masing sudah pon menjelaskan hujjah dan asas kepada pendirian mereka. Dan ia jelas merupakan cara pemahaman mereka terhadap isu, juga telah menjelaskan cara mereka menafsirkan dalilnya mengikut teks dan konteks kefahaman mereka sendiri. Dalam kata lain, haqiqinya mereka telah ijtihad ke atas sesuatu perkara/isu itu.

Justeru, tiada apa pon isu dan masalah terhadap keputusan mereka itu. Sesiapa yang mahu menerima, terimalah sahaja dan sebaliknya, malah boleh saja tak ambil tahu. Maka, tuduhan “muzabzib” itu tidak sekali-kali layak dilemparkan kepada beliau dan perbuatan itu salah.

Harus difahami, haqiqinya keadaan tuduh menuduh, kata-mengata dan tahzir mentahzir ini, melibatkan kedua-dua pihak, bukan satu pihak sahaja. Sunggoh ini tidak sekali-kali patut berlaku dalam kumpulan yang mengakui manhaj yang sama. Beginilah situasinya, apabila kepala tidak lagi dapat mengawal ekor, maka berbondong-bondonglah para ekor menjulurkan pucuk masing-masing, menjadi lebih tiang dari bendera, lebih sudu dari kuah.

Malang sekali, keadaan ini masih berterusan sesudah bertahun-tahun lamanya, malah setakat yang saya ketahui, para kepala itu tidak pernah ada mengeluarkan pernyataan melarang para pengikut masing-masing, supaya menghentikan hasrat dan kalam-kalam buruk itu. Dan ini memang situasi yang amat memalukan.

Setakat itu yang dapat saya sebutkan, sekiranya mahukan penjelasan tuntas yang lebih dari itu, tanyakan sahaja kepada pihak-pihak yang terlibat itu sendiri, mereka lebih pandai menjawab segala macam persoalan dalam bab ini.

Akhiirul Kalam, semoga maklumbalas saya ini telah menjawab pertanyaan dan telah membantu.

والله تعالى أعلم  ,  وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه أجمعين.

Yang benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari saya yang amat faqir dan dhoif ini.



Read more...