Khamis, 24 Ogos 2017
Pengajaran Dari Hadith Jibril ahs (Siri 2)
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
و رحمة الله و بركاته
وبعد , يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي رب إشرح لي
صدري و
Segala puji bagi Allah Swt., Pencipta
sekelian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw.
Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait, SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut
Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta orang-orang yang mengikut mereka
dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma ba'du.
Saya mendoakan agar Allah Swt. sentiasa
menerima semua amalan kita seterusnya melimpahkan segala rahmat dan
keampunan-Nya di hari dan bulan yang mulia ini, Insya’Allah. Juga saya memohon
perlindungan, rahmat dan bimbingan dari Allah Swt. dari sebarang kesilapan
dalam menuliskan nukilan ini.
Para sahabat jamaah yang dikasihi, pilihlah jalan kebenaran agar redho
Allahu Ta’ala senantiasa menaungi hidup kita.
--/
sambungan ……
3. Memakai Pakaian Yang Bagus Saat Menghadiri
Majlis Ilmu.
Jibril ahs. datang menggunakan pakaian yang
sangat putih, yang menunjukkan pakaian yang beliau pakai adalah pakaian yang
bersih dan bagus. Baju putih juga adalah warna yang disukai oleh Rasul Saw.
Dari Abdullah Ibnu ‘Abbas rhu. bahawa
Rasulullah Saw. bersabda :
الْبَسُوا مِنْ ثِيَابِكُمُ الْبَيَاضَ فَإِنَّهَا
مِنْ خَيْرِ ثِيَابِكُمْ
“Pakailah oleh kalian pakaian yang putih
kerana itu termasuk pakaian yang paling baik”
Riwayat imam Abu Daud, no. 4061, hasan
Oleh kerana itu, seyogianya bagi penuntut
ilmu untuk berhias diri dengan pakaian dan penampilan yang baik tatkala
menghadiri majlis ilmu. Ilmu adalah kemuliaan yang mengangkat martabat para
pemiliknya, seharusnya ia didatangi dengan cara sebaiknya dan selayaknya dengan
kemuliaan ilmu itu sendiri.
4. Hendaknya Murid Mengambil Posisi Yang
Dekat Dengan Guru.
Dalam kisah tersebut diceritakan :
فجلس إلى النبي صلى الله عليه وسلم فأسند ركبتيه
إلى ركبتيه
“Lalu ia duduk di hadapan Rasulullah dan
menyandarkan lututnya kepada lutut Rasulullah”
Jibril ahs. menempelkan lutut beliau dengan
lutut Nabi Saw. Ini menunjukkan beliau mengambil posisi duduk yang sangat dekat
dan juga menghadap kepada Nabi yang akan menyampaikan ilmu.
Dengan posisi demikian, beliau bulih menyemak
dengan saksama ilmu yang disampaikan dan mendapat faidah yang lengkap. Inilah
di antara adab dalam menuntut ilmu, yaitu mengambil posisi yang dekat dengan
guru yang akan mengajarkan ilmu.
5. Fokus Dan Konsentrasi Dalam Belajar.
Dalam kisah tersebut diceritakan :
ووضع كفيه على فخذيه
“dan beliau (Jibril) meletakkan tangannya di
atas pahanya sendiri”
Tatkala duduk, Jibril meletakkan kedua
tangannya di atas paha beliau sendiri. Ini menunjukkan sikap duduk yang
sempurna dan posisi yang fokus dalam mempelajari ilmu.
Demikianlah seharusnya duduknya saorang
penutut ilmu di majlis ilmu. Mengambil posisi duduk yang benar dan sikap yang
fokus memperhatikan guru.
Tidak duduk asal-asalan, sibuk bersembang
sendiri, mengantuk dan tidur, atau bahkan bermain telefon ketika di
majlis ilmu.
6. Qaidah Tanya Jawab Dalam Mengajarkan Ilmu
Cara seperti ini adalah di antara qaidah yang
amat efektif dalam belajar, yaitu berdialog atau tanya jawab sehingga baik yang
mengajarkan mahu pon yang diberi pelajaran sama-sama aktif dalam proses
pembelajaran.
Hal ini akan mudah dipahami dan juga mudah
untuk diingat. Qaidah seperti ini banyak dipraktikkan oleh Nabi Saw.
sebagaimana disebutkan dalam banyak hadits.
7. Boleh Bertanya Tentang Sesuatu Yang Sudah
Diketahui Dalam Rangka Mengajarkan Ilmu Kepada Orang Lain
Jibril bertanya kepada Nabi Saw. bukanlah
berarti beliau tidak tahu. Akan tetapi, ini dalam rangka pengajaran kepada para
sahabat yang hadhir pada saat itu.
Dengan sebab pertanyaan Jibril, Nabi Saw. memberikan
banyak penjelasan ilmu tentang Islam, Iman, ihsan, tanda hari qiyamat, dan
lain-lain perkara, sehingga para sahabat yang hadhir upaya mendapatkan tambahan
ilmu.
8. Anjuran Mengucapkan Salaam Ketika
Menghadhiri Majlis Ilmu.
Dalam riwayat yang lain, disebutkan bahawa
Jibril mengucap salam kepada Nabi Saw. ketika beliau memasuki majjlis. Jibril
mengucapkan :
“Assalaamu ‘alaika Yaa Muhammad”, dan Nabi
pon menjawab salam tersebut, sebagaimana hal ini disebutkan dalam hadits Abu
Hurairah dan Abu Dzar yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud.
9. Tidak Boleh Menjawab Pertanyaan Tanpa
Dasar Ilmu
Tidaklah boleh sesaorang menjawab pertanyaan
tanpa dasar ilmu. Oleh kerana itu, jawaban Nabi Saw. ketika ditanya tentang
bilakah terjadinya hari qiyamat, Baginda membalasnya :
. ما المسؤول عنها بأعلم من السائل
“Orang yang ditanya itu tidak lebih tahu dari
yang bertanya.”
Baginda menjawab demikian kerana memang
Baginda tidak mengetahui ilmu tentang hal tersebut. Inilah cara yang paling
benar dalam menyampaikan ilmu daripada berbohong dan berdusta berlagak tahu
sedangkan tidak, seterusnya merosakkan pengetahuan dan kefahaman para khalayak
pendengar. Beginilah trend yangn banyak berlaku sekarang, sehinggakan terlalu
kerap didengar hadits dhoif, palsu dan cerita mengarut yang disebarkan dalam
masyarakat.
10. Keutamaan Dan Pentingnya Mempelajari
Serta Menda'wahkan ‘Aqidah
Datangnya Jibril kepada Nabi dan disaksikan
oleh para Sahabat adalah suatu detik yang mulia dan istimewa. Ilmu yang
diajarkan dalam majlis tersebut adalah ilmu tentang pokok-pokok agama Islam
yaitu tentang iIlam, Iman, Ihsan, dan juga tanda hari qiyamat.
Ini menunjukkan, pengajaran tentang ilmu
tersebut adalah sangat penting dan sangat diperlukan oleh ummat. Oleh kerana
itu para, da‘ie hendaknya menjadikan aqidah sebagai bahan asas utama dalam
da'wah.
Satu pengajaran lagi, kedatangan Jibril
secara jahar dan berdepan dengan disaksikan oleh para Sahabat, membuktikan
bahawa Islam adalah agama mulia dan suci, yang mana ilmu dan pengajarannya
datang dari Allah 'Azzawajalla secara langsung kepada seluroh ummat manusia.
Justeru, benarlah Islam itu satu-satunya
agama disisi Allah dan satu-satunya yang Dia redhoi. Maka beruntunglah
mereka-mereka yang telah mengakusaksi dengan Allahu Ta'ala dan rosul-Nya, untuk
berada di dalam agama yang haq ini.
Antara pengajaran lain :
Islam, Iman dan Ihsan merupakan suatu
tingkatan, yang paling bawah adalah Islam kemudian Iman dan tingkatan tertinggi
adalah Ihsan. Sehingga orang yang berihsan (Muhsin) adalah seorang yang beriman
(Mukmin) dan berislam (Muslim), sedangkan seorang Mukmin adalah Muslim namun
belum tentu Muhsin, dan seorang Muslim belumlah dianggap Mukmin dan Muhsin
hingga memenuhi syaratnya. Sebagaimana firman Allah Swt:
"Orang-orang
Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah: "Kamu
belum beriman, tetapi katakanlah ´kami telah tunduk (berislam)´, kerana iman
itu belum masuk ke dalam hatimu;..."
Surah Al Hujurat : 14
Iman, Islam, dan Ihsan diakui sebagai perbendaharaan kunci dalam pola
keberagaman Islam. Pada awalnya, konsep keimanan tersebut didasarkan pada
sebuah hadits terkenal di atas yang dikunnah Wal Jamaah perihal adanya 6 rukun iman, 5 rukun Islam dan satu ajaran tentang penghayatan terhadap Allah Azza
Wa Jalla. Akan tetapi, dalam dimensi terdalam iman, tidak cukup hanya dengan
percaya atau mempercayai sesuatu yang belaka, tetapi ia juga perlu
perwujudan/eksternalisasi dalam pola perilakunya.
Sehinggakan
ulama’ agung, Ibnu Rajab Al Hanbali berkata : "Ini adalah hadits agung yang
mengandung keterangan (tentang) seluruh agama ini, oleh sebab itulah Nabi Saw. berkata di akhir hadits : "Dia adalah
Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajarkan kamu (tentang) agama
kamu.", setelah menjelaskan tingkatan Islam, Iman, dan Ihsan dan
menjadikan semuanya itu adalah (bahagian dari) agama."
Kitab Jami'ul Ulum
wal Hikam, Jilid 1 halaman 97
Demikian beberapa faidah serta pengajaran
sangat berguna tentang ilmu Islam yang dapat kita petik dari kisah datangnya malaikat
Jibril ‘ahs.
Semoga catatan ringkas ini, menambah ilmu dan
mendatangkan munafaat seterusnya meningkatkan tahap keimanan kita.
Wallahu ta'ala a‘lam. Wassolawaatu wassalaamu
‘alaa Nabiyyinaa Muhammad.
Maraji' :
Al-Minhatu Ar-Rabaniyyah Fii Syarhi al
Arba’in an Nawawiyyah : Syaikh Dr. Fauzan bin ‘Abdillah Al Fauzan hfzh.
Syarhu Al-Arba’in An-Nawawiyyah : Asy Syaikh
Al 'Allamah Muhammad bin Solih Al Utsaimin rhm.
Syarhu Al-Arba’in An-Nawawiyyah : Syaikh
Solih bin ‘Abdil ‘Aziiz ‘Muhammad ‘Alu Syaikh hfzh.
Syarhu Hadiitsi Jibril Fii Ta’liimiddiin :
Syaikh ‘Abdul Muhsin bin Hamd al ‘Abbaad al Badr hfzh.
والله تعالى أعلم , وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه أجمعين.
Yang
benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari
saya yang amat faqir dan dhoif ini.
سكيان
, والسلام
eddzahir @ 38
tanah liat, bukit mertajam
Pengajaran Dari Hadith Jibril ahs (Siri 1)
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
وبعد , يسرلي
أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي رب إشرح لي صدري و
Segala puji bagi Allah Swt., Pencipta
sekelian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw.
Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait, SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut
Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta orang-orang yang mengikut mereka
dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma ba'du.
Saya mendoakan agar Allah Swt. sentiasa
menerima semua amalan kita seterusnya melimpahkan segala rahmat dan
keampunan-Nya di hari dan bulan yang mulia ini, Insya’Allah. Juga saya memohon
perlindungan, rahmat dan bimbingan dari Allah Swt. dari sebarang kesilapan
dalam menuliskan nukilan ini.
Para sahabat jamaah yang dikasihi, pilihlah jalan kebaikan agar redho
Allahu Ta’ala senantiasa mengiringi hidup kita.
Nukilan kali ini : 10 Pengajaran dari
Datangnya Jibril ahs. (Siri 1)
Redaksi hadits :
عَنْ عُمَرَ
رَضِيَ اللهُ تَعَالَى عَنْهُ أَيضاً قَال: بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ
رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ
شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ لاَ يُرَى عَلَيْهِ
أَثَرُ السَّفَرِ وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِـي
صلى الله عليه وسلم فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَوَضَعَ
كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِي عَنِ الإِسْلاَم،
فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: (الإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ
إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ أَنَّ مُحَمَّدَاً رَسُولُ الله،وَتُقِيْمَ الصَّلاَة،
وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ،وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ البيْتَ إِنِ اِسْتَطَعتَ
إِليْهِ سَبِيْلاً)، قَالَ: صَدَقْتَ. فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ،
قَالَ: فَأَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِيْمَانِ، قَالَ: (أَنْ تُؤْمِنَ بِالله،وَمَلائِكَتِه،وَكُتُبِهِ،
وَرُسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الآَخِر،وَتُؤْمِنَ بِالقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ)،
قَالَ: صَدَقْتَ، قَالَ: فَأَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِحْسَانِ، قَالَ: (أَنْ تَعْبُدَ
اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ)، قَالَ:
فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ، قَالَ: (مَا الْمَسئُوُلُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ
السَّائِلِ)، قَالَ: فَأَخْبِرْنِيْ عَنْ أَمَارَاتِها، قَالَ: (أَنْ تَلِدَ
الأَمَةُ رَبَّتَهَا،وَأَنْ تَرى الْحُفَاةَ العُرَاةَ العَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ
يَتَطَاوَلُوْنَ فِي البُنْيَانِ)، ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيَّاً ثُمَّ
قَالَ: (يَا عُمَرُ أتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ؟) قُلْتُ: اللهُ وَرَسُوله أَعْلَمُ،
قَالَ: (فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِيْنَكُمْ). رواه مُسلِمٌ
Dari Umar Rhu. dia
menceritakan : “Ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah Saw.,
tiba-tiba muncul seorang laki-laki yang pakaiannya sangat putih, rambutnya
sangat hitam, pada dirinya tidak ada bekas-bekas datang dari perjalanan, namun
tidak ada satu pun di antara kami yang mengenalnya.
Kemudian, dia duduk di
dekat Nabi Saw. Dia menempelkan lututnya ke lutut Nabi Saw. dan
meletakkan telapak tangannya di atas paha Nabi Saw. Kemudian, dia
bertanya, ‘Wahai Muhammad, sampaikan kepadaku, apa itu Islam?
Nabi Saw. menjawab :
“Islam adalah engkau bersyahadat bahawasanya tiada sesembahan yang berhak
disembah kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, menegakkan solat,
menunaikan zakat, berpuasa ramadhan, dan melaksanakan haji ke Baitullah jika engkau mampu pergi ke sana.’
Orang ini berkata, ‘Engkau benar.’
Umar pun mengatakan :
“Kami terhairan; dia bertanya lalu dibenarkannya sendiri.
Orang tersebut bertanya :
‘Sampaikan kepadaku tentang apa itu iman!’ Nabi Saw. menjawab, ‘Iman itu :engkau
beriman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, dan
hari akhir, serta beriman kepada takdir baik maupun buruk.’ Orang tersebut
menyahut, ‘Kamu benar.
Sampaikan kepadaku tentang
apa itu ihsan!’ Nabi Saw. menjawab : ‘Ihsan itu, engkau beribadah kepada
Allah seolah engkau melihatnya. Jika engkau tidak bisa, maka sesungguhnya Allah
melihatmu.’
Orang itu bertanya :
‘Sampaikan kepadaku, bilakah qiyamat terjadi?’ Nabi Saw. menjawab : ‘Orang
yang ditanyai tidak lebih tahu daripada orang yang bertanya.’
Orang itu bertanya lagi,
‘Sampaikan kepadaku tentang tanda-tandanya!’ Nabi Saw. menjawab :
‘Budak-budak wanita akan melahirkan tuannya, dan engkau akan melihat orang yang
tidak memakai alas kaki, suka tidak memakai baju, miskin, dan penggembala
kambing berlomba-lomba dalam membuat bangunan yang tinggi.’
Kemudian, orang tersebut
pergi, sementara aku (Umar) diam (tidak mencari) beberapa hari. Setelah itu,
Nabi Saw. bertanya : ‘Wahai Umar, tahukah kamu, siapa orang yang kelmarin bertanya
itu?’ Umar mengatakan : ‘Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.’ Nabi Saw. bersabda :
‘Sesungguhnya, dia adalah Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajarkan
agama kamu.''
Riwayat imam Muslim, no. 1
Disebut
“hadits Jibril”, kerana
hadis ini menceritakan tentang malaikat Jibril yang datang mengajarkan islam,
iman, dan ihsan kepada Nabi Saw. dan dihadapan para sahabat. Hadis ini
ditempatkan oleh Imam Muslim sebagai hadits pertama dalam kitab kitab Sohihnya.
Demikian pula, Imam Al-Baghawi
menempatkan hadis ini sebagai hadits pertama dalam dua kitabnya : Syarhus Sunnah dan Masobih As-Sunnah.
Sementara, Imam Yahya bin Sharaff An-Nawawi menempatkan
hadits ini sebagai hadits kedua dalam Matan Al-Arba’in
An-Nawawiyah (Kumpulan 42 Hadis Penting). Hadits ini memiliki
banyak redaksi riwayat yang berbeda-beda, padahal kisah yang diceritakan hanya
terjadi sekali.
Banyak
ulama’ yang menyebutkan bahawa “hadis Jibril” ini merupakan hadis yang agung
dan mendapatkan banyak perhatian, kerana hadits ini mencakup semua pokok amal
zahir dan batin, sehingga semua ilmu dan pengetahuan syari’ah masuk dalam
lingkup “hadits Jibril”.
Mengingat
status “hadits Jibril” memuat semua ilmu sunnah, maka Ibnu Daqiqil ‘Id
menggelari hadis ini sebagai Ummus
Sunnah (induk sunnah), sebagaimana “Al-Fatihah” digelari sebagai “ummul Qur’an” (induk Al Qur’an),
kerana kandungannya mencakup seluruh makna Al Quran.
Syarah Matan Arba’in An-Nawawi, Ibnu
Daqiqil ‘Id, halaman 7
Salah satu detik yang paling istimewa adalah
suatu pertemuan yang amat istimewa : ya.ni, datangnya malaikat yang paling
mulia, menemui Nabi yang paling mulia, dengan disaksikan oleh para sahabat yang
mulia, tentulah sekali ini merupakan hal yang amat istimewa.
Dalam hadits ini,
Nabi Saw. menjelaskan Islam dengan amal zahir (baca : Rukun Islam) dan
iman dengan amal bathin (baca : Rukun Iman). Namun, dalam riwayat Ibnu Abbas
Rhu., Nabi Saw. bertanya kepada para sahabat : “Tahukah kamu, apa
itu iman kepada Allah?” Para sahabat menjawab : “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”
Kemudian, Baginda menjelaskan : “(Iman kepada Allah adalah) bersyahadat ‘la ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah’,
menegakkan solat, membayar zakat, puasa ramadan, dan memberikan seperlima
ganimah kepada Baitul Mal.”
Riwayat Al-Bukhori, no. 53.
Di hadits ini, Nabi Saw. menjelaskan iman dengan amal zahir (Rukun Islam)
Sebahagian lagi ulama’
menjelaskan, di “hadits Jibril”, Nabi Saw. membezakan antara iman dan Islam,
sementara di hadits Ibnu Abbas, beliau hanya menyebut iman dan beliau
menafsirkannya dengan rukun Islam. Ini menunjukkan bahwa kata “iman” dan “Islam”
memiliki hubungan erat. Jika disebut bersamaan maka maknanya berbeda, dan jika
disebut sendirian maka maknanya mencakup keduanya. Artinya, jika disebut “iman”
saja maka maknanya mencakup “iman” dan “islam”, dan jika disebut “islam” saja
maka maknanya mencakup “iman”.
Kitab Hushulul Ma’mul, halaman
116
Pastinya banyak sekali faidah yang ada di
sana. Kali ini, bersama kita akan mengambil beberapa faidah tentang ilmu dari
kisah tersebut.
Mendulang Faidah Dari Kisah hadits Ini :
Dalam kisah datangnya Jibril ini, kita boleh
mengambil beberapa faidah tentang ilmu :
1. Anjuran Untuk Aktif Menghadiri Majlis Ilmu.
Tatkala malaikat Jibril ahs. datang, para
sahabat sedang duduk bermajlis bersama Nabi Saw. Demikianlah kebiasaan para
sahabat. Mereka datang kepada Nabi Saw. untuk mendapatkan ilmu dan meminta
nasihat kepada Baginda. Mereka adalah orang yang selalu semangat untuk mencari
ilmu.
Hendaknya kita dapat mengambil pengajaran
dari kisah ini, dan menjadi motivasi bagi kita untuk aktif mendatangi majlis
ilmu. Sesaorang tidak akan bulih mendapat ilmu jika tidak datang menghadiri
majlis ilmu, sebagaimana perkataan Imam Malik rhm. :
العلم يؤتى ولا يأتي
“Ilmu itu didatangi, dia tidak akan datang
sendiri.”
Dan, majlis imu yag turut dihadiri oleh
makhluq mulia malaikat, adalah bukti bahawa majlis ilmu (baca : majlis zikr)
sememangnya suatu kemuliaan.
2. Anjuran Bagi Para Da'ie Untuk Aktif
Mengajarkan Ilmu.
Datangnya Jibril ahs. tujuannya adalah untuk
mengajarkan ilmu kepada para sahabat. Kedatangan beliau bukan kerana diminta oleh
Nabi dan para sahabat. Malah perkara-perkara yang beliau perkatakan dan
sebutkan, adalah sesuatu yang baharu dalam ilmu.
Oleh yang demikian, semestinya saorang da'ie
dan juru da'wah, adakalanya dia harus aktif dan punya inisiatif sendiri untuk
mengajarkan ilmu tanpa harus diminta oleh muridnya atau harus menunggu diundang
oleh panganjur pengajian. Dan, pastikan juga, setiap kuliyah dipenuhi dengan
ilmu-ilmu pengetahuan yang baharu dan berterusan
---/ bersambung ………
Moga artikel kecil-kecilan, marhaen dan serba
kekurangan ini, memberi munafaat kepada para sahabat jamaah, insya”Allah.
Akhirul kalam, Allahu Ta'ala tidak
berhajatkan kepada sekutu~sekutu daripada apa jua macam kesyirikan, Dia tidak
sekali~kali menerima ibadah yang disekutui di dalamnya dengan selain~Nya,
tidaklah dianggap beriman sesiapa yang menyembah, menjadikan gandingan,
menjadikan setarafan terhadap Allah Ta'ala dengan sesuatu selain~Nya. Dan,
sesunggohnya syirk dosa tidak terampunkan.
والله تعالى أعلم , وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه أجمعين.
Yang
benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari
saya yang amat faqir dan dhoif ini.
سكيان
, والسلام
eddzahir@38
tanah
liat
bukit
mertajam
Langgan:
Catatan (Atom)