Jumaat, 25 Mei 2012
RISALAH JUMAAT: Merenung Keagungan Dan Rahsia Suruh Al-Fatihah (SIRI 1)
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
وبعد, يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي رب إشرح لي صدري و
Para
Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah Swt., sukacita dimaklumkan bahawa
kumpulan Tazkiran Jumaat ini adalah artikel mingguan yang dikeluarkan dan
diedarkan oleh Lajnah Da’wah dan
Tarbiyah, Persatuan Muhammadiyah Pulau Pinang dalam rangka usaha
menyebarkan risalah Islam yang mulia kepada segenap lapisan masyarakat.
Keizinan
telah diberikan kepada moderator/administrator weblog www.salnboru.blogspot.com untuk
menyiarkannya secara umum. Sebarang petikan dan sebaran lanjut oleh sesiapa jua
adalah dibenarkan dan dihalalkan, malah sangat digalakkan supaya ilmu Allah
Swt. dapat dikembang-sebarluaskan. Akan tetapi, sumber rujukan asalnya
hendaklah dicatatkan dan tidak dibenarkan sama sekali digunakan bagi tujuan
keuntungan komersil.
Sebarang
pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh hubungi email dibawah :
rezan@ymail.com dan/atau edd_zahir@yahoo.com
MERENUNG
KEAGUNGAN DAN RAHSIA SURAH AL-FATIHAH
Syeikh Prof. Dr. ‘Aidh
Abdullah Al-Qarni
Ini adalah
renungan bersama surah al-Fatihah. Semoha Allah swt. Memberikan manfaatnya
untuk kita, menjadikannya sebagai amal saleh pada timbangan kebajikan, serta
menjadikan surah al-Fatihah sebagai orang yang akan membela, penawar dan
mencukupkan kita dari yang lainnya.
Surah inilah
yang membuat Rasulullah saw merasa sangat bahagia, senang dan gembira. Beliau
saw mengabggapnya sebagai surah yang paling mulia diantara surah-surah lainnya.
Pada Hakikatnya, bahawa perincian dan permasalahan Al-Quran, serta yang
dihadapi manusia dan segala yang diperhatikan dan difikirkannya, telah
tercantum dalam tujuh ayat surah al-Fatihah.
Pada
hakikatnya surah al-Fatihah adalah syafiyah (penawar), yang keampuhan -nya
dapat dirasakan secara lahir dan batin. Ia dapat menyembuhkan dari
fikiran-fikiran asing yang dapat merosak, seperti atheist, kekufuran dan lain
lainnya. Dan ia juga dapat menyembuhkan penyakit luar.
Disebutkan
dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Said kisah seorang yang disengat
kala jengking. Orang tersebut sembuh setelah dibacakan surah al-Fatihah.
Apabila peristiwa itu diceritakan kepada Rasullullah saw beliau bertanya kepada
Abu Said :
“Apa
yang telah kamu baca sehingga orang yang disengat kala jengking itu sembuh”. Ia
menjawab:”Aku hanya baca surah al-Fatihah”. Sambil tersenyum Rasullah saw
berkata:” Kamu tahu dari mana, kalau surah al-Fatihah adalah ruqyah. (sesuatu
yang dibaca diair dan diberi minum kepada orang yang sakit) HR Bukhari (2276,5007), Muslim(2201)
1.
“SEGALA
PUJI HANYA MILIK ALLAH”
1.1
Kenapa
Allah swt memuji dirinya sendiri?
Pada
kalimat ini Allah swt memuji zatnya sendiri, diwaktu kelapangan dan kesusahan.
Tidak ada orang yang memuji diwaktu lapang dan susah selain Allah. Kenapa?
Kerana kejahatan dan keburukkan tidak dapat disandar -kan kepada Allah swt. Hal
ini dikuatkan oleh sebuah hadith Rasulullah saw: ”Dan kejahatan bukan berasal
dari Allah”(HR Muslim
(77) dari Ali bin Abu Thalib`ra)
Sebab
qadha dan qadar yang telah ditentukan Allah swt adalah yang terbaik untuk
manusia. Oleh sebab itu kita perlu mengatakan,”Segala puji bagi Allah dalam keadaan
apapun yang terjadi.
1.2 Bila puji-pujian harus
diucapkan?
Ada
beberapa waktu dimana puji pujian harus dipanjatkan, antara lain diwaktu suka
dan duka. Allah swt berfirman pada awal surah al-An’am :
“Segala
puji bagi Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dan
mengadakan
gelap dan terang”
Ayat
ini adalah bantahan terhadap dua golongan :
Pertama: Golongan
orang-orang musyrik yang menyakini bahawa Allah memiliki sekutu dalam mengatur
langit dan bumi.
Kedua: Aliran
al-Manawiyah yang mengatakan bahawa tuhan kebajikan adalah cahaya, dan tuhan
kejahatan adalah kegelapan.
Maka
Allah swt menegaskan kepada mereka, bahawa dialah yang telah menciptakan malam
dan siang. Begitu pula, Rasulullah saw sering mengucapkan “segala puji milik
Allah, memenuhi timbangan (HR Muslim-223 dari Abu malik al-Asy’ari ra).
Oleh
sebab itu kalimat yang paling mulia setelah kalimat la ilaha illllah adalah
ucapan “Alhamdulillah”.
1.3 Sikap Manusia Terhadap
Pujian.
Ketika
dihadapkan dengan”segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,” manusia
terbahagi kepada tiga golongan.
Golongan
pertama: Orang orang yang kufur terhadap nikmat Allah swt.
Golongan
ini ingkar dengan nikmat yang diberikan Allah swt, mereka kufur secara zahir
dan batin, ucapan, perbuatan dan keyakinan. Tidak menerima pujian terhadap
Allah swt dan tidak mensyukuri pemberiannya. Bahkan nikmat Allah swt yang
mereka dapatkan diguna untuk maksiat dan memusuhi Allah swt.
Golongan
kedua: Para pembohong yang mengaku telah memuji Allah swt.
Golongan
ini memuji Allah swt dengan lidah, namun perbuatan mereka sangat bertentangan
dengan ucapan yang keluar dari mulut. Lidah mereka memang benar mengucapkan
syukur kepada Allah swt. Namun perbuatan maksiat, melanggar aturan Allah swt,
melampaui batasan-batasan yang telah ia gariskan dan memusuhi yang maha esa,
adalah bukti nyata yang mendustakan kalimat (pujian) yang mereka lontarkan. Pengakuan
yang tidak dikuatkan oleh bukti, hanyalah bohong belaka. Sebab Allah swt tidak
akan menerima perkataan yang tanpa dibuktikan dengan perbuatan. Orang-orang
seperti mereka sebagimana kebanyakan manusia memuji Allah swt diwaktu makan dan
minum. Namun makanan dan minuman yang masuk keperut mereka dan menjadi tenaga,
ternyata digunakan untuk memusuhi Tuhan yang sebelumnya mereka puji.
Golongan
ketiga: Orang-orang beriman yang mengesakan Allah swt. Orang-orang yang
termasuk dalam golongan inilah yang memuji Allah swt dengan lidah, hati dan
perbuatan.
1.4 Rukun-rukun
Pujian.
Menurut
ulama, rukun-rukun syukur dan pujian ada tiga perkara:
a. Memuji dengan lidah, iaitu
mengerakkan lidah memuji Tuhan Yang Maha Esa.
b. Memuji dengan perbuatan.
Iaitu menggunakan kekuatan dan anggota tubuh untuk beribadah kepada Allah swt
yang maha esa.
c.
Memuji
dengan hati. Iaitu dengan menyakini bahawa orang yang memberi, mengambil dan menahan
nikmat adalah Allah swt. Dan orang yang menghidupkan dan mematikan adalah Allah
swt.
d.
Salah
seorang sahabat bernama Imran Bin Husain, pernah diserang penyakit sehingga
selama tiga puloh tahun. Ia tidak dapat bangun dari tempat tidurnya. Dalam
keadaan demikian mulutnya selalu mengucapkan: “segala puji bagi Allah, Tuhan
semesta alam, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, segala puji bagi
Allah, Tuhan semesta alam.
(kitab al-ishabah dan al- Isti’ab karya ibnu Abdi al-Bar)
Ulama-ulama
dahulu berkata: “ Penganut agama Islam dimuka bumi ini hanya sedikit. Dan orang
Islam yang mengikuti sunnah Rasulullah lebih sedikit lagi. Bahkan menurut
hematku: “ Orang-orang pengikut sunnah Rasulullah saw yang ikhlas, jauh lebih
sedikit lagi”.
Suatu
hari Umar Ibn Khattab turun ke pasar. Tiba-tiba beliau mendengar seorang
berkata:”Ya Allah, jadikanlah aku termasuk hamba-hamba mu yang jumlahnya
sedikit. Lalu Umar berkata:” Doa apa yang sedang engkau panjatkan?”. Orang itu
menjawab:” Wahai Amir al-Mukminin..bukankah Allah swt telah berfirman: “Dan
sedikit sekali dari hamba-hamba ku yang berterima kasih”. Oleh sebab itu aku
memohon kepadanya, agar termasuk orang-orang yang sedikit itu. Umar berkata:
“Wahai Umar semua orang lebih pintar dari kamu”.
2.5
Konsep
Lafaz “Allah”
Sebahagian
pakar ilmu nahu tidak menyetujui pendapat yang mengatakan bahawa lafaz “Allah”
diambil dari kalimat lain. Mereka mengatakan : ”lafaz Allah adalah kalimat yang
tersendiri, ia adalah nama Tuhan”. Namun sebahagian ulama nahu berpendapat
bahawa lafaz “Allah” berasal dari kalimat “alaha”, yang ertinya merasa tenang.
Dan ini ada kaitannya dengan hati manusia. Sebab ia hanya merasa tenang apabila
kembali kepada Allah swt. Dimanakah ia akan menemukan ketenteraman-nya?. Ia
akan tenang bersama Allah. Firman Allah swt:
“Hanya
dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram” (Al-Ra’ad:28)
Dan
firmannya lagi:
“Dan
mereka mempertakuti kamu dengan (sembahan-sembahan) yang selain Allah? Dan
siapa yang disesatkan Allah maka tidak seorang pun pemberi petunjuk baginya”
Oleh
sebab itu, semua yang ada didunia ini hanyalah bagaikan jarring labah-labah.
Dan Allah akan tetap selalu menjadi tumpuan hati dan ketenteraman jiwa.
Ada
pula pendapat lain yang mengatakan bahawa lafaz “Allah” berasal dari suku kata
“walaha” yang bererti kebingungan. Makna ini juga berhubungan dengan lafaz
“Allah” sebab akal manusia sangat bingung dan tak sanggup mencernanya dengan
logik manusia tentang kekuasan Sang pencipta. (Bersambung di Jumaat minggu
depan)
Mutiara Kata
ibadah adalah kebahagiaan,kesolehan adalah keberhasilan,dan siapa yang
terus berzikir,sentiasa beristighfar dan memperbanyakkan doa,maka ia adalah
seorang hamba allah yang soleh dan solehah
Mutiara Kata
tanda kebodohan adalah
menyia-nyiakan waktu, menangguh-nagguhkan taubat, memusuhi manusia, derhaka
kepada kedua ibu bapa, dan menyebarkan rahsia...
Bersambung
di minggu hadapan
Khamis, 10 Mei 2012
PTPTN : Antara Hutang Dan Riba.
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
وبعد, يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي رب إشرح
لي صدري و
Segala puji bagi Allah Swt., Pencipta sekelian alam. Salawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera ke atas para
Ahlul Bait, SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan Salafus
Soleh serta orang-orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke hari
kemudian. A'mma ba'du.
Saya mendoakan agar Allah Swt. sentiasa menerima semua amalan kita
seterusnya melimpahkan segala rahmat dan keampunanNya di hari dan bulan yang
mulia ini, InsyaAllah. Saya memohon perlindungan, rahmat dan bimbingan dari
Allah Swt. dari sebarang kesilapan dalam menuliskan nukilan ini.
Bersama ini saya sertakan artikel jawaban yang saya poskan pada
Ahad 22 April 2012, terhadap satu soalan yang dikemukakan. Selalunya
maklumbalas begini saya berurusan secara individu sahaja, namun kali ini saya
siarkan atas permintaan jamaah sebagai pedoman, panduan dan manfaat ilmiyah
bersama. Tambahan pula sekarang ini, isu ini sudah sejuk. InsyaAllah tidak akan
terlibat dengan kontroversi.
From
: tajdid_hadhari@yahoo.com
Sent
: Sunday, April 22, 2012 6:37:23 AM
Subject: Demo PTPTN
Assalamu’alaikum
Pak Lang, saya nak bertanya sikit, yang mudah-mudah saja, untuk mendapatkan
kepastian sebenarnya.
Malam
tadi kami kat sini dok bincang macam-macam idea macam mana nak berpendirian
mengenai demo PTPTN. Sampai lewat pagi. Jadi ramai juga yang subuh gajah. Ceritanya
hampir semua kami ini mendapat pinjaman PPTN pun. Sebab tu, dok bercakap itu
ini hal PTPTN ini pun bagus juga untuk kami
Ada yang sokong kata bagus, ada yang nak joint demo, ada yang bantah
kata mengarut, paling ramai yang tak ambil pusing hal ni, dia orang nak mengaji
saja, nanti bekerja dan bayar setakat yang mampu.
Saya
nak mohon sedikit pandangan, macam mana nak berpendirian dalam hal ini. Kalau
nak ikut ikutkan kami student ni, macam-macam pandangan ada. Malah yang
pelik-pelik pun ada, sampai takder satu apa pun yang betul pun ada, semuanya
betul dan molek belaka saja pun ada, habis semua orang jadi kafir pun ada juga.
Macam tu lah agaknya cara student pikir.
Harap
dapat berikan sedikit pandangan.
Wassalam.
Maklumbalas
السلام
عليكم و رحمة الله و بركاته
Moga
dalam sihat-sihat saja ya Along. Terima kasih lah kerana mengacau pagi-pagi
buta ni. Takpe, dah cancel jogging pun, nak mencoret serba sikit pandangan kat
sini. Anyway, nanti petang main bola.
Komen
no. 1 : Bagus benarlah adanya aktiviti bersembang tak tentu hala tuju sampai
pagi, berselang seli dengan hisap rokok lagi, pastu pakat buat subuh gajah (itu
pun kalau buat). Mungkin di alaf baru ni, inilah ciri-ciri student yang bakal
dapat 1st Class Hons. agaknya. Sekadar nak tanya, baca buku ilmiyah
sanggup tak berjaga malam macam ni?
Saya
bukan lagi student U, zaman itu sudah pun berlalu 16 tahun dulu. Apa yang
dialami dulu hampir semuanya tak sama dengan sekarang. Terlalu banyak beza. Generasi
dulu tak tahu guna duit pinjaman untuk beli pre-paid, beli HP hebat, beli
gadget, beli I-pad. Mereka betah naik bas mini dan bersesak-sesak berjam-jam,
naik keretapi kelas 3 (gayut di tangga sepanjang perjalanan), beratur panjang
dan berebut buku kat library kerana masa tu mahaguru yahoo.com tak ada
(sekarang hanya tekan butang, mahaguru sediakan semua ilmu, yang serba lengkap
lagi). Berebut manual typewriter untuk buat assignment. Study group hanya kat
bawah pokok ketapang. Hambat lecturer kat mana saja untuk dapat detail sesuatu
perkara. Teringin nak pakai kain baju jenama gah, hanya mampu beli di kedai
bundle. Kumpul duit beberapa lama, maka dapatlah : motor kapcai second hand. Demikianlah
sedikit ulang-sorot cerita dulu-dulu, yang menjurus kepada : serba tak senang, waima
nak dapat ilmu dan sekeping ijazah pun. Namun ada juga dikalangan generasi ini
anak taukeh balak atau pun pegawai tinggi, maka tak samalah dia dengan mereka-mereka
yang marhaen ni.
Suasana
sekarang sudah berbeza sangat, study group kat KFC, McD, atau pun paling lekeh
di kedai mamak (ada WiFi). Semua artikel ilmiyah, buku-buku dan assisgment
telah disediakan oleh mahaguru yahoo.com, cuma perlu layari kemudian copy &
paste saja. Buku-buku juga hanya perlu di download, tak perlu lagi bersesak di
kedai photostat. Segalanya sangat mudah. Gadget, HP, laptop, pakaian, fasiliti
dan amenities yang dinikmati para pelajar jauh lebih hebat waima berbanding
orang yang sudah bekerja pun. Demikianlah hebatnya pelajar masakini berbanding generasi
dulu-dulu. Namun tetap juga saya akui, zaman telah pun berubah, mana mungkin
kita berundur ke belakang, sesukar mana pun zaman dulu-dulu, segalanya kini
hilang ditelan waqtu, sekadar menjadi lipatan sejarah.
Namun,
ada perkara dalam hal berbeza ini yang ingin sangat saya ketengahkan. Generasi pelajar
dulu yang menuntut ilmu dengan susah payah, serba tidak senang dan, sama juga seperti
pelajar sekarang, mereka turut sama memikul beban hutang pinjaman pendidikan.
Bezanya adalah, generasi ini tidak pernah menuntut dilupuskan semua hutang atau
menuntut segalanya dinikmati percuma. Mereka menerimanya dengan redha segala
tanggungjawabnya, sedia membayarnya, mensyukurinya dan memanfaatkan ia
sebaiknya untuk ilmu (diakui sungguh – yang merapu pun ada).
Tidak
mereka kira pun jumlahnya (sama ada pelajar dalam negara mahu pun luar negara -
yang barang tentu jumlah hutang lebih besar). Mereka tukarkan segala bebanan dan
kekurangan itu kepada keazaman dan usaha untuk mendapat kecemerlangan dalam
akademik dan sahsiah, supaya dengannya hutang itu boleh ditukarkan kepada
dermasiswa, diberikan apa-apa pengecualian setimpal atau pun diberi keringanan
(diskaun). Tuan boleh rujuk ke MARA dan JPA (PTPTN tiada pada masa itu), berapa
orang daripada generasi ini yang tidak membayar balik. Dipersilakan dengan penuh
hormatnya.
Justeru
itu, amat sukar untuk saya memberikan pandangan dalam hal ini. Julat pemikiran
dan zaman telah berubah. Perspektif dan paradigma orang-orangnya juga jauh
tidak sama. Apa yang bakal saya katakan nanti, mungkin benar dan mungkin juga salah.
Jadikanlah ia pandangan orang lama yang tetap kekal sebagai pandangan sampai
bila-bila pun, boleh saja diterima atau boleh saja dicampakkan ke dinding. Saya
sendiri pun hakikatnya kurang berminat nak mengulas isu semasa yang
berbelit-belit, memeningkan dan bercampur unsur busuk politik. Maka itu, saya sekadar
menjawab soalan sahaja sebenarnya.
Mari
kita selusuri secara langsung kepada soalan yang ditanyakan.
Saya
ikuti juga sikit-sikit perjuangan dan tuntutan para mahasiswa masakini menerusi
media cetak juga media elektronik. Memang bermacam-macam hal yang saya lihat,
perhati dan dengari. Oleh kerana terlalu banyaknya cakap-cakap, dalam berbagai
nada dan maksud (termasuk memperli, memaki hamun, menghina, mencela dsb.),
menjadikan apa yang dicari, yang dimaksudkan dan yang diperjuangkan itu tak
menentu hala sebenarnya.
Sepanjang
pengetahuan saya, turutan isu yang dibangkitkan :
1. PTPTN dituntut hapuskan
4% caj pengurusan
2. PTPTN dituntut hapuskan
1% caj pengurusan
3. PTPTN diminta beri
diskaun atau tukar status pinjaman kepada dermasiswa kepada pelajar yang
cemerlang
4. PTPTN dituntut beri
kelonggaran jumlah dan tempoh membayar kepada peminjam
5. PTPTN mengamalkan riba
yang haram (disebabkan jumlah yang semakin meningkat)
Akhir-akhir
ini menjadi begini pula :
6. PTPTN adalah along
(maksudnya pemeras ugut peminjam, lintah darat, zalim, jahat dsb.)
7. PTPTN dituntut lupuskan
semua hutang dan ditukar jadi dermasiswa
8. PTPTN dibuat untuk
kayakan kroni
9. Kolej swasta kaya dengan
duit PTPTN
10. Bubarkan PTPTN dan berikan pendidikan percuma
Secara
kritikal dengan jelas saya mahu katakan, perkara 1 – 5 menunjukkan ciri
tuntutan yang ilmiyah, matang dan munasabah. Yang perkara 6 – 10, jelas
nampaknya ini bukan inisiatif pelajar, tapi dari pihak lain sebenarnya. Jika
dilihat dari segi turutannya juga, ketara sekali bersifat “sudah dapat betis
nak paha”.
Kepada
tuan penanya, ingin saya bertanya pula, yang mana satukah yang benar-benar
pelajar mahukan? Sila nyatakan dengan jelas. Pernahkan survey sistematik/komprehensif
dibuat dan consensus dikalangan pelajar dibuat terlebih dahulu tentang apa sebenarnya
yang mahu dituntut, berbanding terlalu banyak pihak yang mengaku bertindak kononnya
bagi pihak pelajar sekarang ini. Atas kapasiti apa pula satu dua kerat manusia
ini mengaku mewakili pelajar. Asas wakalah apa yang dipakai? Atau pun, selepas
ini ada lagi berpuluh-puluh perkara yang mahu dituntut.
Kalau
pun kata-kata saya ini sangat pedas, provokatif dan tak sedap didengar, yang
mahu saya serukatakan adalah, para pelajar mesti berdiri atas kaki sendiri,
tuntutlah sesuatu yang jelas dan munasabah bersandarkan keupayaan dan
kewibawaan diri demi kepentingan dan keperluan pelajar sendiri, bukannya
terbelenggu dalam kata-kata retorik dan hipotesis palsu. Dengan sebegitu banyak
tuntutan itu ini, bersimpang siur, sekadar menjelaskan kedangkalan cara fikir
lantaran tidak dapat menetapkan hala tuju. Juga hanya menyerlahkan sikap lalang
yang berubah-ubah, jelas terpengaruh dan diperkotak-katikkan mengikut arus
semasa sahaja. Ini bukanlah mentality, daya keintelektualan, sahsiah dan
kualiti kesarjanaan pelajar yang mahu dibentuk dalam mana-mana negara pun. Tak
pernah ada satu cabang ilmu mahu pun sebuah institusi pengajian yang melatih
pelajar untuk menjadi begini.
Setakat
ini sahaja saya nak berbicara hal ini. Dikhuatiri lagi banyak saya berbicara,
bertambah banyak pula kontroversi. Seterusnya, kita masuk ke bab lain.
Kepada
para pelajar, saya mahu sampaikan sabda junjungan mulia Rasulullah Saw. :
Dari
Abdullah bin Amru bin Al As Rhu. ia berkata, bahawasanya Rasulullah Saw.
bersabda : Semua dosa orang yang mati syahid akan diampuni, kecuali hutangnya".
Hadis sahih riwayat Muslim rh. no. 4860
Dari Abu Hurairah Rhu. ia mengatakan bahawa Rasulullah Saw. bersabda
: Jiwa (roh) seseorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hingga hutangnya
dilunasi".
Hadis riwayat imam Tarmidzi rh, imam Ibnu Majah rh. dan imam Baihaqi
rh.
Lebih
buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk
tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi Saw. :
Dari Abu Hurairah Rhu. ia mengatakan bahawa Rasulullah Saw.
bersabda : Siapa pun yang mengambil (meminjam) harta orang lain
dengan niat membayarnya kembali, Allah akan membayarnya atas namanya. Dan siapa
pun yang mengambil wang orang lain dengan niat merosakkannya, Allah akan membinasakannya".
Hadis
sahih riwayat imam Bukhari rh. no. 2387
Dari
Salamah bin Akwa’ Rhu. dia menceritakan bahawasanya janazah seseorang dibawa
kehadapan Rasulullah Saw. untuk baginda solati. (Lalu) Nabi Saw. bersabda :
Apakah dia memiliki hutang?. Orang-orang menjawab : tidak. Maka baginda
mensolatinya. Janazah lain dibawa kehadapan baginda, (lalu) Nabi Saw. bertanya
: Apakah dia mempunyai hutang?. Mereka berkata : Ya. Baginda (menolak
mensolatinya dan) bersabda : Kalau begitu, kerjakanlah solat oleh kamu.
(Kemudian) Abu Qatadah Rhu. berkata : Ya Rasulullah! aku yang akan membayarkan
hutangnya. Maka baginda pun memimpin solat janazah untuknya.
Hadis
sahih riwayat imam Bukhari rh. no. 2295
Malah
betapa Islam menitikberatkan hal hutang ini sehinggakan pembahagian harta
simati pun hanya dibuat selepas hutang dilangsaikan telebih dahulu. Begitulah
perintah Allah Swt. dalam kalamNya :
Firman
Allah yang bermaksud: “Allah mensyari’atkan tentang (pembahagian harta pusaka)
anak-anakmu…….. (pembahagian-pembahagian tersebut dibuat) sesudah diselesaikan
wasiyat yang dia (simati) buat, dan sesudah dibayar hutangnya……….”.
Surah
An Nisaa’ (4) : ayat 11
Demikianlah
ketetapan hukum Allah dan rasulNya bahawa hutang wajib dbayar. Dan perintah itu
qati’e tanpa boleh dipertikaikan. Amat pelik dan menjengkelkan apabila
sekumpulan orang yang berhutang, bukannya berusaha untuk membayarnya atau pun
mendapatkan keringanan padanya, tetapi menuntut ia dilupuskan pula. Ini kerja
mengarut dan menentang hukum syara’, wajar tidak dilayan sama sekali.
Kepada pihak
PTPTN dan Pemerintah, ingin juga saya berpesan :
"Hai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan
bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan".
Surah Ali
Imran (3) : ayat 130
Imam Ismail
bin Umar Ibnu Katsir rh. ketika menafsirkan ayat ini berkata : Allah Ta'ala
melarang hamba-hamba-Nya kaum mukminin dari praktik dan memakan riba yang
senantiasa berlipat ganda. Dahulu, di zaman jahiliyyah, bila piutang telah
jatuh tempo mereka berkata kepada yang berhutang, ‘engkau melunasi hutangmu
atau membayar riba’, bila ia tidak melunasinya, maka pemberi hutang pun
menundanya dan orang yang berhutang menambah jumlah pembayarannya. Demikianlah
setiap tahun, sehingga boleh saja piutang yang sedikit menjadi berlipat ganda
hingga menjadi besar jumlahnya beberapa kali lipat. Dan pada ayat ini Allah
Ta'ala memerintahkan hamba-Nya untuk senantiasa bertaqwa agar mereka selamat di
dunia dan di akhirat".
Tafsiir ul
Qur’an ul Adziim (Tafsir Ibnu Katsir),
Jilid 1 halaman 404
"Wahai orang-orang yang beriman,
bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu
benar-benar beriman. Jika tidak, Allah dan RasulNya mengisytiharkan perang terhadap
kamu. Dan jika kamu bertaubat, maka bagimu pokok hartamu, agar kamu tidak
menganiaya dan tidak (pula) dianiaya".
Surah Al Baqarah (2) : ayat 278-279
Juga juga sabdaan junjungan mulia Nabi Saw. :
“Dari Abu Hurairah Rhu. bahawasannya Rasulullah Saw. bersabda :
Jauhilah olehmu tujuh dosa besar yang akan menjerumuskan (pelakunya ke dalam
neraka). Para sahabat bertanya : Ya Rasulullah, apakah dosa-dosa itu?. Baginda
bersabda : Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah
kecuali dengan alasan yang dibenarkan, memakan harta anak yatim, memakan riba,
melarikan diri dari medan peperangan, dan menuduh wanita mukmin yang menjaga
(kehormatannya) lagi baik (bahwa ia telah zina)”.
Hadis sahih riwayat imam Bukhari rh. (2615) dan imam Muslim rh. (89)
“Dari
Jabir Rhu ia berkata bahawasanya, Rasulullah Saw. telah melaknat pemakan riba,
orang yang memberikan/membayar riba (nasabah), penulisnya dan juga dua orang
saksinya. Dan baginda juga bersabda : ‘Mereka semua sama (dalam hal
dosanya)’".
Hadis
sahih riwayat imam Muslim rh. no. 1219
Riba jika dilihat dari segi istilah
bermaksud mengambil atau mengenakan tambahan ke atas harta atau nilai pokok
atau modal secara batil. Secara umumnya riba boleh disimpulkan sebagai
pengambilan tambahan, baik dalam transaksi jual beli mahupun pinjam-meminjam
secara batil (tindas menindas) yang bertentangan dengan prinsip muammalat
Islam.
Ingatlah sesungguhnya bahawa Allah
Swt. telah berpesan :
“Wahai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu
sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan
jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu......”
Surah An Nisaa' (4) : ayat 29
Dan
pesanan junjungan mulia Nabi Saw. lagi :
“Dari
Abu Said Al Khudri Rhu. bahawasanya Rasulullah Saw. bersabda : Emas hendaklah dibayar dengan emas, perak
dengan perak, gandum dengan gandum, tepung dengan tepung, kurma dengan kurma,
garam dengan garam, dengan ketentuan (kualitinya) harus sama dan serupa (jumlahnya),
dan harus dilakukan (bayaran) dengan kontan (tunai). Barang siapa yang memberi
tambahan atau meminta tambahan, sesungguhnya ia telah berbuat riba. Penerima
dan pemberi itu sama-sama bersalah”.
Hadis
sahih riwayat imam Muslim rh. no. 1584 (Bab : Tentang Riba)
Tindakan
atas apa alasan sekalipun tidak dapat menghalalkan perbuatan mengenakan bunga
yang sentiasa beranak pinak ke atas pinjaman pelajar. Ini jelas suatu perbuatan
riba yang diharamkan oleh syara’. Buruk benar mencari kesenangan menerusi segala
macam birokratik dengan menjarah jerih perih hamba rakyat. Justeru itu,
tuntutan pelajar supaya unsur riba ini dibatalkan memang munasabah. Memang
tuntutan pelajar dalam kes ini wajar sangat diberi perhatian.
Akhirul
Kalam : Pada hemat saya, persoalan sebenarnya hanyalah berkisar di antara
wajibnya membayar hutang kepada semua peminjam dan haramnya mengenakan caj
berlebihan (riba) oleh PTPTN. Apa jua perbincangan seharusnya berkisar kepada
persoalan ini. Dimasa yang sama, para peminjam memang berhak mendapat apa-apa
jua keringanan dalam pinjaman dan tempoh masa bayaran balik yang setimpal. Isu
selain daripada hal-hal disebutkan ini tidak lebih dari sensasi kepentingan politik,
bukannya hakiki manifestasi hasrat para pelajar.
Yang
mahu saya peringatkan adalah, tuntutlah sesuatu yang munasabah lantaran PTPTN
bukanlah badan kebajikan penuh akan tetapi sebuah badan pemberi pinjaman
pelajaran yang hakikatnya telah membantu ramai pelajar selama ini mendapat
peluang pendidikan. Malah mesti juga difahami bahawa, PTPTN mendapat mendapat
dana dari beberapa bank komersil yang mesti dibayar semula manakala setiap
bayaran semula dari pelajar adalah pusingan modal untuk kegunaan sekumpulan
pelajar lain.Justeru itu, para penerima pinjaman ini wajib melatih diri menjadi
warga yang bersyukur.
Saya
mencadangkan kepada pemerintah supaya mewujudkan satu forum pelajar di
peringkat kebangsaan supaya pandangan dan permintaan pelajar dapat didengari
secara serius. Tidak semua perkara yang dibangkitkan oleh para pelajar ini tidak
berasas malah banyak pula yang bernas selaras dengan tahap daya keintelektualan
mereka. Mekanisme sedia ada semasa kurang berkesan sebenarnya. Pengalaman saya
sendiri sebagai Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dahulu, lebih
banyak idea dan pandangan yang dikemukakan pelajar kepada unit HEP,
dibakulsampahkan sahaja tanpa ada sebarang susulan membina dan kebanyakan suara
pelajar itu diperlekehkan sahaja.
Sekiraanya
tuan berminat untuk berdemontrasi, rasanya tiada siapa pun yang dapat menghalang
lantaran demontrasi aman adalah sah disisi undang-undang. Yang mahu saya
tekankan adalah, tolong fikirkan dalam-dalam dengan fikiran bukan perasaan,
adakah dengan berdemontrasi itu matlamat yang dihasratkan akan dapat dicapai,
atau pun sekadar mahu mendapatkan liputan, sensasi dan popularity, sedangkan
halatujunya entah dimana, malah menguntungkan sesetengah pihak yang menangguk
di air keruh, mempergunakan kenaifan para pelajar demi keuntungan hasrat mereka
sendiri.
Gunalah
akal dan fikiran dalam menuntut apa pun, bukannya nafsu dan perasaan. Tuan
telah berada di puncak menara ilmu, tiada lain telah sepatut dan selayaknya
berdiri di atas kaki sendiri dalam menentukan apa yang buruk dan apa yang baik.
Juga dengan waras tuan sudah tahu setiap perbuatan akan ada balasannya yang
setimpal. Ingatlah juga, sebagai seorang mukminin sewajibnya kita menyikapi
setiap perbuatan dalam konteks taqwa dan iman, bukannya seronok-seronok di
dunia sahaja, bahawa tidak dapat kita lari dari mekanisme pahala membawa ke
syurga manakala dosa pasti membawa ke neraka.
Maka
itu, tuan pilihlah yang terbaik lantaran pilihan itu ditangan tuan sendiri.
Gunalah akal dan fikiran yang sihat dalam menuntut dan berperilaku apa jua pun,
bukannya berlandaskan nafsu dan perasaan, selaras dengan ketinggian martabat
ilmu yang telah tuan miliki. Setakat ini sahaja komentar saya. Yang lain dari
itu, ditangan dan pilihan tuan sendiri. Akal yang waras berlandaskan taqwa dan
iman, pasti akan mendapat petunjuk yang haq dari Yang Ma’bud, Allah ‘Azza wa
jalla.
والله اعلم
Yang benar itu datang dari Allah Swt. dan
Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari saya yang amat dhaif ini.
سكيان
والسلام
والسلام
Langgan:
Catatan (Atom)