Jumaat, 2 Disember 2016

Iqrar Kita : Hanya Allah Yang Disembah.

0 ulasan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
وبعد , يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي  رب إشرح لي صدري و

Segala puji bagi Allah Swt., Pencipta sekelian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait, SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta orang-orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma ba'du.

Saya mendoakan agar Allah Swt. sentiasa menerima semua amalan kita seterusnya melimpahkan segala rahmat dan keampunan-Nya di hari dan bulan yang mulia ini, Insya’Allah. Juga saya memohon perlindungan, rahmat dan bimbingan dari Allah Swt. dari sebarang kesilapan dalam menuliskan nukilan ini.

Para sahabat jamaah yang dikasihi, pilihlah jalan kebaikan agar redho Allahu Ta’ala senantiasa mengiringi hidup kita.

Nukilan kali ini :

Antara syarat kebenaran dalam iman kepada Allahu Ta'ala adalah tidak bertawakkal (berserah diri) melainkan hanya kepada~Nya semata, dan mengesakan~Nya dengan tawakkal sebagaimana wajib mengesakan~Nya dalam du'a dan istighfar.

Allahu Ta'ala memerintahkan kepada hamba~hamba~Nya agar mengatakan dengan insaf dan sadar : ..... hanya kepada~Mu kami sembah, sepertimana lewat Kalam~Nya,

……. فاياى فاعبدون
‘ ….. maka kepada Aku sajalah kamu perlu sembah”
Surah al Ankabut : 56

Dan tidaklah benar orang yang mengatakan perkataan ini, melainkan jika dia benar~benar telah mengesakan ibadahnya kepada Allahu Ta'ala semata. Jika tidak! dia hanyalah pendusta yang terlarang dari menyebut kalimah ini, kerana ma'nanya perkataan itu :

.... kami mengkhususkan segala ibadah hanya kepada~Mu tanpa menyembah tiap~tiap sesuatu selain~Mu, menepati lewat Kalam~Nya,

...واياى فاتقون
 “ ….. dan kepada Aku sahajalah kamu perlu bertaqwa”
Surah al Baqarah : 41

Sepertima difahami dari ilmu Bayan (penjelasan), bahawa Taqdim (mendahulukan) apa yang sepatutnya Ta'khir (dikemudiankan) membawa maqsud al Hasr (pembatasan), sekaligus menjadikan i'tiqad sebenarnya :

Jangan kamu sembah melainkan Allahu Ta'ala
Jangan sekali~kali kamu sembah selain~Nya
Jangan kamu takut melainkan kepada Allahu Ta'ala
Jangan sekali-kali kamu takut kepada selain~Nya

Mengesakan Allahu Ta'ala tidak akan sempurna melainkan dengan menjadikan kesemua du'a dan istighfar itu selurohnya untuk~Nya. Seruan dan permohonan dalam keadaan kesusahan mahu pon kesenangan tidak boleh diperlakukan melainkan hanya untuk Allahu Ta'ala semata, istighosah dan isti'anah (memohon pertolongan) hanya kepada Allahu Ta'ala satu~satunya, kembali kepada~Nya, nazar dan sembelihan hanya untuk~Nya, dan kesemua jenis ibadah diperlakukan dengan penoh kerendahan kepada Allahu Ta'ala, ruku', sujud, thawaf, ihram, bercukur, munajat malah kesemua ibadah itu sama sekali terlarang diperlakukan melainkan hanya kerana dan kepada Allahu Ta'ala.

Sesiapa yang melakukan sesuatu dari ibadahnya untuk dan demi makhluq, atau mencamporadukkan ibadahnya kepada Allahu Ta'ala dengan  sesuatu selain-Nya, sama ada orang yang hayat, yang maut, atau benda yang jamad (tidak hidup) atau selain~Nya, maka sesunggohnya dia telah melakukan syirk (persekutuan) dalam ibadahnya. Dan makhluq itu telah dijadikan sembahan, sama ada ia dari malaikat, nabi, ulama', wali, pokok, qubur, batu~batu, patung~patung, jin malah apa sahaja yang hayat atau maut.

Maka, mereka-mereka ini telah menjadi hamba kebathilan dalam bentuk peribadahan sebegini lagi mensyirikkan Allahu Ta'ala, walau pon kelihatannya mereka mengakui Allahu Ta'ala sebagai Tuhannya dan seolah-olah menyembah~Nya dengan rupa alim dan taat. Kalau pon jua, mereka mempercayai bahawa yang disembah dan diharapi itu tidak lain hanyalah penghubung hasrat atau pon dilapikkan seqadar ikhtiar saja.

Beginilah ciri rupa pengibadahan musyrikin terhadap Allahu Ta'ala dengan menyembah batu-batu, hantu-hantu dan ruh-ruh. yang kononnya inilah cara mereka bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada~Nya, dan sunggoh ini tidak sedikit pon mengeluarkan mereka dari kesyirikan terhadap Allahu Ta'ala kalau pon mereka menyangka dan menda'wa bahawa merekalah pihak yang benar, dan meyaqini bahawa yang mereka sembah itu tidak lebih dari wasilah semata.

Demikianlah bentuk peribadahan musyrikin yang telah mensekutukan Allahu Ta’ala dalam ibadah mereka. Dan tidak kurang juga dalam kalangan ummat mengaku Muslimin sendiri, yang kurang berhati-hati dalam ibadah mereka, tertipu dengan bisikan iblis syaithon, turut mengikut sama bentuk peribadahan para musyrikin ini. Justeru, tidak hairan masih lagi berleluasa pengekor penyembah quburan, pemuja mayyit, penyembah batu, percaya hantu-hantuan, ruh-ruh, istighotsah dan isti’anah kepada selain Allahu Ta’ala, dan berbagai lagi.

Moga artikel kecil-kecilan, marhaen dan serba kekurangan ini, memberi munafaat kepada para sahabat jamaah, insya”Allah.  

Akhirul kalam, Allahu Ta'ala tidak berhajatkan kepada sekutu~sekutu daripada apa jua macam kesyirikan, Dia tidak sekali~kali menerima ibadah yang disekutui di dalamnya dengan selain~Nya, tidaklah dianggap beriman sesiapa yang menyembah, menjadikan gandingan, menjadikan setarafan terhadap Allah Ta'ala dengan sesuatu selain~Nya. Dan, sesunggohnya syirk dosa tidak terampunkan.

والله تعالى أعلم  ,  وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه أجمعين.

Yang benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari saya yang amat faqir dan dhoif ini.

سكيان , والسلام



0 ulasan: