Isnin, 29 November 2010
Menasik Haji & Upah Haji.
Subject: Manasik Haji dan Umrah - Upah Haji
soalan 1
Salam,
Ustaz Mat dan jemaah sekalian.
Mohon penjelasan tentang urusan UPAH HAJI terhadap kedua ibu dan bapa. Persoalan ni timbul selepas kematian emak saya yang mana, sebelum ni saya buat2 tak kisah saja walaupun kita boleh lihat banyak promosi upah haji melalui poster/sign board di tepi2 jalan.
Persoalannya, adakah ia satu amalan atau tuntutan dalam Islam. Kalau ia boleh, dimanakah dalilnya dan adakah ia menjadi satu budaya amalan yang diada-adakan umat melayu di negara ini. Mohon penjelasan dari yang lebih arif.
Sekian.
Subject: Manasik Haji dan Umrah - Upah Haji
Jawapan 1
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Segala puji bagi Allah swt. Shalawat dan salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad saw, Sejahtera ke atas para ahlul bait, sahabatNya, tabi'in, tabi'ut tabi'in, para syuhada dan shalafus sholeh.
Terima kasih kepada Sdr Shamsuri kerana memberikan pertanyaan ini. Memang hal ini telah banyak dibincangkan dari dahulu lagi sebenarnya. Banyak timbul perselisihan dan perbalahan kerananya juga. Maklumbalas saya adalah begini,
Banyaknya orang yang mengamalkan dan membolehkan waris-waris simati untuk membayar upah haji itu (membuat Badal Haji atau haji ganti) kepada seorang wakil adalah berdasarkan keterangan ini,
"telah berkata seorang perempuan kepada Rasul saw., Ya Rasulullah, bahawa bapa saya telah sampai kewajibannya mengerjakan hajji di waqtu ia telah tua, dan dia tidak kuasa mengenderai untanya? Jawab Nabi saw, Kalau begitu engkau kerjakanlah hajji ganti daripadanya". Hadis shohih riwayat iman Bukhari dan imam Muslim rh.
Hadis shohih di atas dengan jelas memberitahu seseorang yang telah memenuhi syarat untuk mengerjakan haji tetapi atas sebab tua yang tidak akan lagi sihat, maka anak-anaknya (lelaki atau perempuan) boleh berbuat manasik haji itu bagi pihak dirinya.
Dalam satu riwayat yang lain,
"bahawa seorang perempuan dari bangsa Juhainah telah datang kepada Nabi saw. bertanya, Bahawa ibu hamba telah bernazar akan naik hajji, maka ia belum mengerjakan hajji hingga dia meninggal dunia, adakah boleh hamba hajjikan ganti daripadanya? Jawab Nabi saw., Hajjikanlah, Kalau ada ibumu berhutang, tidakkah engkau akan bayar? Bayarlah, kerana haq Allah itu lebih patut dibayar". Hadis shohih riwayat imam Bukhari rh.
Hadis shohih di atas dengan jelas memberitahu sekiranya seseorang telah bernazar untuk mengerjakan haji tetapi, tidak dapat ia berbuat haji itu kerana terlebih dahulu meninggal dunia, maka anak-anaknya (lelaki atau perempuan) boleh berbuat manasik haji itu bagi pihak dirinya.
Hadis-hadis shohih diatas jelas memberitahu bahawa, manasik haji boleh dilakukan oleh orang lain sekiranya,
1. Orang itu telah penuhi syarat kerjakan haji tetapi tidak dapat berbuat kerana terlalu uzur. Dalam kata lain, dia telah menunjukkan keinginan dan berusaha untuk pergi ke haji.
2. Orang itu telah bernazar tetapi terlebih dahulu meninggal dunia.
Orang lain yang diperintahkan dan dibolehkan untuk mengganti manasik haji itu adalah anak-anak dan para waris. Tidak dinyatakan langsung yang lain daripada itu. Berdasarkan 2 hadis shohih di atas, kedua-dua anak itu telah berbuat manasik haji bagi dirinya terlebih dahulu, selepas itu mereka pergi semula di tahun berikutnya buat mengerjakan manasik haji untuk ayah/ibu mereka. Amalan manasik haji ganti ini adalah oleh satu orang buat satu orang yang digantinya, bukan satu orang untuk banyak-banyak orang.
Oleh itu, keterangan 2 hadis shohih di atas samasekali tidak menyatakan boleh berbuat upah haji seperti yang diamalkan dalam masyarakat sekarang ini. Adalah lebih baik kepada pemegang fahaman sebegitu memberikan hadis sohih lain yang membenarkan Upah Haji (memberi upah dan mengambil upah). Hadis-hadis tersebut di atas tidak membawa maksud seperti yang mereka fahami.
Sekiranya ada hadis shohih yang membuktikan boleh berbuat Upah Haji seperti yang diamalkan dan difahami oleh masyarakat semasa ini, maka bolehlah ia diamalkan.
سكين
والسلام
eddzahir@38
Tanah Liat, Bukit Mertajam
Soalan 2
Terima kasih la atas penerangan ustaz berkenaan hal ini. Info ini amat baik sekali. InsyaAllah akan saya beritahu kepada sedara mara dan rakan-ralkan lain lagi.Saya ingin tahu lebih sedikit, macam mana sebenarnya amalan upah haji itu dibuat. Harga tawaran berbeza-beza antara syarikat, terbuka sepanjang tahun dengan tawaran-tawaran menarik lagi.
Saya nak tahu dari pengalaman dan penelitian ustaz sendiri sebagai pengetahuan dan pedoman.
Sekian.
dari
izanahani@yahoo.com
Jawapan 2
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Segala puji bagi Allah swt. Shalawat dan salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad saw, Sejahtera ke atas para ahlul bait, sahabatNya, tabi'in, tabi'ut tabi'in, para syuhada dan shalafus sholeh.
Maklumbalas saya begini,
Saya sendiri tidak pernah melakukan upah haji itu. Apa yang bakal saya katakan ini adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian sama ada di negara kita sehingga di Tanah Suci. Ia adalah catatan penceritaan sebagai pengetahuan dan pedoman semua rakan-rakan.
Harga upah haji mengikut iklan sekeliling kita adalah sekitar RM1200 (Saudi Riyal 1380) hingga RM1500 (SR 1725). Terdapat beberapa perkara yang mahu saya hujahkan sedikit tentang hal ini. Sebenarnya, bayaran visa haji adalah sekitar SR800 bagi setiap individu yang memasuki Tanah Haram Makkatul Mukarramah bagi mengerjakan haji dan, visa itu dilekatkan pada passportnya. Tanpa visa itu tidak boleh memasuki Tanah Haram untuk membuat haji, lainlah jika masuk tanpa kebenaran.
Baki sekitar SR 500 untuk satu orang menanggung kos lain seperti pengangkutan, makan dan minum memang tidak mencukupi untuk tempoh haji paling pendek iaitu sekitar 7 hari. Tempoh ini hanyalah bagi orang yang memang berada di Makkah ataupun bagi yang telah pun berada di Saudi atas sebab bekerja di Saudi. Ini hal yang amat saya pelik kerana sekiranya orang yang mengambil upah itu dari luar Saudi, dia perlukan sekurang-kurangnya RM12,000 (SR 13,800) bagi pakej paling murah dan seluruh perbelanjaan lain (sekitar 40 hari). Bagi pakej tempoh lebih pendek, bayaran akan lebih mahal.
Memang telah disepakati oleh para ulama', tanpa mengira apa pun mazhab dalam Islam ini, satu orang hanya boleh menjadi badal (ganti) kepada satu orang, jumlah sekitar SR 1500 untuk satu orang berbuat haji memang tak boleh dilakukan. Lainlah orang itu percaya yang dia boleh buat badal haji itu untuk sekurang-kurangnya 10 orang sekaligus.
Ramai yang mengatakan mereka mengguna pelajar-pelajar yang berada di Saudi untuk membuat badal haji, kenyataan ini pun saya khuatir juga kerana semua orang luar malah rakyat Saudi sendiri mesti mendapatkan visa haji kecuali yang memang telah berada dalam Tanah Haram. Maksudnya, mereka juga mesti membayar visa dan peluang untuk masuk itu juga adalah mengikut kuota, bukannya bebas sesuka hati masuk keluar Tanah Haram di musim haji. Jumlah pelajar yang berpeluang itu sendiri hanyalah beberapa kerat, tak setara pun dengan jumlah pesanan badal haji dari seluruh negara.
Semasa di Tanah Haram, boleh dikatakan setiap hari, sangat ramai orang Indonesia (mendakwa pelajar) memohon membuat badal haji di depan hotel (maktab). Saya dapati dia mendapat beberapa orang dengan kadar bayaran sekitar SR1200 (RM1020). Kumpulan yang sama juga saya lihat memohon buat badal haji di hampir semua maktab. Tidak pula saya temui pelajar Malaysia berbuat seperti itu. Tak tahulah apa sebenarnya yang berlaku. Ramai juga rakan dalam maktab yang membayar badal haji menerusi ustaz TH dengan bayaran juga SR1200. Hampir disemua maktab juga seperti itu.
Menurut pendapatan saya, sekiranya dicampur semua pesanan asal dalam negara dan di Tanah Suci itu, jumlahnya sangat ramai. Jika dicampur pula dengan negara-negara lain, jumlah pesanan badal haji itu jauh lebih ramai. Saya berasa khuatir dengan situasi ini kerana rata-rata jamaah yang saya temui (dalam atau luar negara), tiada satu pun yang kata dia datang untuk badal haji disebalik pesanan sebegitu banyak. Mungkin boleh dibuat kajian perbandingan seluruh negara (maupun sedunia), berapa ramaikah pesanan badal haji seluruhnya satu tahun berbanding jumlah semua orang yang mengerjakan haji. Mungkin menerusi cara itu, persoalan saya tadi terjawab.
Jawaban lebih tepat dan canggih, boleh diperolehi daripada orang mengamal dan menguruskan upah haji sahaja. Saya sekadar memberikan perkongsian pengalaman, untuk pengetahuan bersama.
سكين
والسلام
eddzahir@38
Tanah Liat, Bukit Mertajam
Maklum Balas 1.
salam
Saya setuju dengan point Mat, cuma nak tambah sikit.
1. Sebaiknya ahli keluarga yang buat.
2. Isu agensi yang mengutip duit tambahan (Wakalah)
3. Isu mereka yang buat lebih daripada seorang.
4. Agensi yang keluarkan sijil-sijil badal haji dan tambahan air zam-zam ada unsur perniagaan, mark up daripada harga asal.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
daripada : sabja114@yahoo.com
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Segala puji bagi Allah swt. Shalawat dan salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad saw, Sejahtera ke atas para ahlul bait, sahabatNya, tabi'in, tabi'ut tabi'in, para syuhada dan shalafus sholeh.
Terima kasih atas maklumbalas dan tambahan dari Sdr. Pyan. Memang itulah isu-isu sebenar yang hangat disembangkan. Sdr. Pyan memang lebih tahu kerana menjalankan bisnes umrah, ziarah, haji dan pelancongan. Saya menyeru dan menggalakkan rakan-rakan supaya mendapatkan perkhidmatan beliau untuk ke Tanah Suci. Diyaqini harga adalah berpatutan.
Tidak saya tuliskan secara jelas dalam tulisan sebelum ini, fakta-fakta seperti yang dinyatakan oleh Sdr Pyan, khuatir juga nanti disaman kerana mengacau periuk nasi orang pula. Sekalipun saya memang berasa amat pelik macam mana upah haji itu dapat dilaksanakan. Dengan kadar sebegitu, hampir-hampir mustahil ibadat haji boleh dibuat oleh satu orang.
Secara ikhlas dari hati, berdasarkan syarat/peraturan semasa dan kekangan yang telah saya nyatakan, saya tak percaya upah haji itu boleh dibuat dengan kadar itu.
Apa pun, baiklah kiranya, rakan-rakan lain turut memberikan pandangan sekalipun berlainan perspektif untuk pedoman dan ilmiah bersama. Banyak lagi fakta lain yang boleh kita kongsi bersama.
سكين
والسلام
Maklum Balas 2
Salam.
Sedikit tambahan.
1. Ada yg buat upah untuk bawa org cium hajar ul aswad dgn kos SR500 dalam apa juga waktu.
2. Upah jadi tekong bacaan ketika tawaf.
Kebanyakkan yang mintak upah tu adalah orang indon, kebanyakkan yg berlanggan pula orang Malaysia. Sekarang semua kena duit.
Daripada hidup sampai mati, dah mati, pi Mekah semua ada bentuk urusniaga ibadat yang mengarut.
Ramadhan ini sudah tentu ada ustaz2 yang buat edaran untuk baca yasin untuk arwah, caj nya satu malam berapa? Kena tanya Ustaz Sobri Arshad.
Di Muzdalifah dan Arafah, jemaah mana yang baca yasin kuat-kuat dan solat taubat berjemaah. Yang lebih teruk kena caj extra..
Kalau ada kelapangn mungkin boleh tulis karut marut Tanah Suci Mekah, sahabat saya pernah sebut baca buku Ustaz Daud Che Ngah, tentang kisah Tanah Suci, dah cukup mengarut dah.
Maaf semua
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
daripada : sabja114@yahoo.com
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Saya akui, memang terlalu banyak benda merapu dan mengarut, dah berlaku dan dilakukan di Tanah Suci. Tak masuk dek aqal pun ada. Ada juga kes, membuat hati benar-benar tersentuh dan sedih. Ukuran ajaran dan amalan Islam, semua dah dengan duit. Saya rasa ada group orang dok berniaga agama kat Tanah Suci. Macam-macam tawaran membuat amalan berbayar disediakan. Pelik tapi benar, itulah dia.
Moga Allah memberi saya kelapangan, akan saya tuliskan nanti untuk tatapan, ilmiah dan pedoman rakan-rakan. InsyaAllah
سكين
والسلام
eddzahir@38
Tanah Liat, Bukit Mertajam
Soalan 2
Terima kasih atas penjelasan.
Saya ingin tanya lebih sikit berkenaan pahala dan berkah haji yang dibuat oleh orang lain itu, Adakah orang yang tidak pergi/melakukan haji itu atau yang telah mati itu mendapat pahala haji yang dibuat oleh orang lain.
Selalu benar dalam komuniti kita ini orang minta upah sembahyang hajat, doa, baca fatihah, tahlil dan bacaan yassin, terutamanya dalam bulan Ramadhan yang bakal datang nanti, untuk sedekah pahala kepada datuk nenek yang dah mati. Ada orang yang kata boleh dan ada yang kata tidak.
Harap dapat ustaz beri penjelasan. Terlebih dahulu saya ucapkan setinggi penghargaan atas kesediaan ustaz memberi keterangan.
Sekian.
daripada:
izanahani@yahoo.com
Jawapan 2
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Saya sertakan dibawah ini, maklumbalas daripada Ustaz Zainol dengan sedikit suntingan dan penambahan oleh saya, untuk ilimiah dan kefahaman bersama semua rakan-rakan. InsyaAllah.
Moga mendapat manfaat daripadanya.
سكين
والسلام
eddzahir@38
Tanah Liat, Bukit Mertajam
بســم الله الرحمــن الرحيــم
Subjek : Soalan Upah Hajji : oleh shamsuri@asemal.com.my dan penjelasan oleh edd zahir@38
Marilah kita perhatikan dan memahami dengan minda terbuka berkenaan tajuk Upah Haji itu, dengan berlandaskan Al-Quran ul Kabiir & Hadith yaitu, bolehkah kita menghajikan orang yang telah mati itu, dan adakah sampai pahala Haji itu kepadanya?
Menurut Hadith Nabi saw., harus bagi anak menghajikan orang tuanya yang telah mati .
Diriwayatkan :
قالت امرأة من خثعم : يا رسول الله انّ ابي ادركته فريضة الله فى الحجّ و هو شيخ كبيرلا يستطيع ان يسـتوي على ظهرالبعير؟ قال : حجّي عنه .( ر. البخاري و مسلـم )
Artinya :
"Berkata seorang perempuan kepada Rasulullah :Ya Rasulullah, bahawa bapa saya telah sampai kewajipannya mengerjakan Haji di waktu ia telah tua, dan dia tidak berupaya mengenderai untanya ? jawab Nabi : Kalau begitu engkau kerjakanlah Haji ganti darinya". Hadis shohih riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim rh.
Dan diriwayatkan :
أن امرأة من جهينة جائت الى النبيّ ( ص ) فقالت : انّ امّي نذرت ان تحجّ فلم تحجّ حتى ماتت افاحجّ عنها ؟ قال : نعم حجّي عنها ارايت لو كان على امّك دين أ كنت قاضيته ؟ اقضوا الله فالله احق بالوفاء . ( روا ه البخاري )
Artinya:
"Bahwa seorang perempuan dari Juhainah telah datang kepada Nabi bertanya : bahwa ibu hamba telah bernazar akan naik Haji maka ia belum mengerjakan haji hingga dia meninggal dunia, adakah boleh hamba Hajikan ganti daripadanya? jawab Nabi : Hajikanlah kalau ada ibumu berhutang, tidaklah engkau akan bayar? Bayarlah, kerana haq Allah itu lebih patut di bayar". Hadis Shohih riwayat Imam Bukhari rh.
Dengan dua Hadith ini cukuplah keterangan bahwa, orang yang tidak kuat berjalan (tua) dan maiyit yang telah wajib Haji itu, boleh dihajikan oleh orang yang hidup yaitu anaknya sendiri.
Adapun kita, Ahli Sunnah Wal Jamaah berkeyakinan bahawa tidak sampai pahala yang dikerjakan oleh orang yang hidup untuk simati, kerana kita berdalil dengan Ayat al-Quran ul Aziiz :
فاليوم لا تظلم نفس شـيئا ولا تجزون الا ما كنتم تعملون ( يس 54 )
Artinya:
"Maka pada hari (qiamat) ini tidaklah seorangpun akan dianiaya sedikitpun, dan tidak akan dibalas kamu, kecuali apa yang kamu kerjakan". Surah Yaasin (36) : ayat 54.
Dan ayat al-Quran ul Jamiil :
...و ان ليس للانسـان الا ما سـعى ( النجم 39)
Artinya :
"Bahwa manusia tidak akan dapat (ganjaran) melainkan dari apa yang ia telah usahakan". Surah an Najm (53) : ayat 39.
Dua ayat itu dengan terang menunjukan bahwa, seseorang itu tidak akan di beri ganjaran dan tidak akan dapat pahala, melainkan pahala usaha sendiri sahaja, tidak dari usaha orang lain .
Kalau orang bertanya kepada kita, bagaimanakah Hadith yang menunjukkan sampai pahala, ganjaran upah haji kepada simati itu?
Jamaah Sunnah Wal jamaah menjawab cuma begini saja :
Ahli Hadith mengatakan, bahwa syarat Hadith yang shohih itu, yaitu tidak boleh berlawan Ayat Al-Quran sedangkan Hadith yang tertera di atas itu ada berlawan dengan beberapa Ayat Quran, maka menurut ahli Hadith, kedua dua Hadith diatas itu tidak kuat, cuma shohih menurut sanadnya, dan tidak shohih isinya (matannya), atau shohih sepanjang riwayat, dan tidak shohih menurut makna. Memandangkan ia shohih, boleh diperbuat haji badal (ganti) itu, bagi memenuhi syarat yang diperakui dan disuruh oleh Rasul saw. secara a'maliah. Namun, bagi hal pahala dan ganjaran, tetaplah ia diberi kepada orang yang melakukan manasik haji itu seperti mana yang dijelaskan oleh Allah swt. di dalam ayat-ayat Al Qur'an ul Haaq di atas.
Maka, boleh kah Hadith Rasulullah saw berlawan dengan firman Allah swt.? Sedangkan sumber Agama Islam yang pertama mestilah dengan al-Quran yang kedua barulah Hadith, pastinya jawaban adalah tidak. Kerana itulah bani melayu ini mestilah faham sungguh sungguh Al-Quran itu barulah bisa faham Hadith, jika tidak bani melayu ini beragama main angan-angan, qias dan sebagainya. Rosaknya, hancurnya hukum (keputusan) agama itu kerana qias melulu, taksub, taqlid buta dan pakai pendapat mazhab shafi'eyah (mengaku pengikut Imam Shafie), sedangkan Imam Shafie rh. sendiri menganjurkan kembali memahami al-Quran dan Hadith, bagitulah juga pendapat Imam–Imam yang lain .
Dengarlah sabda Nabi s.a.w :
اذا مات ابن ادم انقطع عمله الا من ثلاث : صـدقة جارية او علم ينتفع به او ولد صالح يدعوله (رواه ابوداود )
Artinya :
"Apabila anak Adam itu mati, maka putuslah amalannya, kecuali tiga perkara. Pertama sedekah jariah (waqaf), ilmu yang orang ambil manfa’at dengannya, ketiga anak soleh yang mendoakan dia". Hadis shohih riwayat Imam Abu Dawud rh.
Maksud jelas daripada Hadith itu bahwa amalan simati itu tidak akan bertambah, kecuali dengan tiga yang disebutkan itu ; dan yang disebutkan adalah dari usaha sendiri pada waktu hidupnya .
Kalau pahala itu boleh dihadiahkan, mengapa tidak dihadiahkan pahala kepada orang yang hidup atau bolehlah kita yang hidup ini bertukar-tukar pahala, suka sama suka.
Wassalam, anak dagang dari Perlis. Bong cili api.
14/07/2010 bersamaan 2 Shaaban 1431
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan