Isnin, 20 Jun 2016

Isra' Mi'raj: Antara Keagungan Mu'jizat Dan Penyelewengan Hikayat 2

0 ulasan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
رب اشرح لي صدري ويسر لي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي وبعد




Segala puji bagi Allah Swt., Pencipta sekelian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait, para Sahabat Radhiallahu’anhuma, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta orang-orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma ba'du.

.......... sambungan

Quraisy mendustakan Rasulullah Saw dan diperlihatkan Baitul Maqdis :
Ia diceritakan oleh Ibn Abbas rhu, Abu Hurairah rhu dan Jabir bin Abdullah rhu dengan jalur-jalur yang sahih (lihat takhrij perjalanan ke Baitul Maqdis). Hadis Ibnu Abbas rhu adalah seperti berikut :

(( لَمَّا كَانَ لَيْلَةُ أُسْرِيَ بِي، وَأَصْبَحْتُ بِمَكَّةَ، فَظِعْتُ بِأَمْرِي، وَعَرَفْتُ أَنَّ النَّاسَ مُكَذِّبِيَّ فَقَعَدَ مُعْتَزِلًا حَزِينًا، قَالَ: فَمَرَّ بِهِ عَدُوُّ اللهِ أَبُو جَهْلٍ، فَجَاءَ حَتَّى جَلَسَ إِلَيْهِ، فَقَالَ لَهُ كَالْمُسْتَهْزِئِ: هَلْ كَانَ مِنْ شَيْءٍ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: نَعَمْ قَالَ: مَا هُوَ؟ قَالَ: إِنَّهُ أُسْرِيَ بِي اللَّيْلَةَ قَالَ: إِلَى أَيْنَ؟ قَالَ: إِلَى بَيْتِ الْمَقْدِسِ؟ قَالَ: ثُمَّ أَصْبَحْتَ بَيْنَ ظَهْرَانَيْنَا؟ قَالَ: نَعَمْ قَالَ: فَلَمْ يُرِه أَنَّهُ يُكَذِّبُهُ، مَخَافَةَ أَنْ يَجْحَدَهُ الْحَدِيثَ إِنْ دَعَا قَوْمَهُ إِلَيْهِ، قَالَ: أَرَأَيْتَ إِنْ دَعَوْتُ قَوْمَكَ تُحَدِّثُهُمْ مَا حَدَّثْتَنِي؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: نَعَمْ. فَقَالَ: هَيَّا مَعْشَرَ بَنِي كَعْبِ بْنِ لُؤَيٍّ حَتَّى قَالَ: فَانْتَفَضَتْ إِلَيْهِ الْمَجَالِسُ، وَجَاءُوا حَتَّى جَلَسُوا إِلَيْهِمَا، قَالَ: حَدِّثْ قَوْمَكَ بِمَا حَدَّثْتَنِي. فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنِّي أُسْرِيَ بِي اللَّيْلَةَ، قَالُوا: إِلَى أَيْنَ؟ قَالَ: إِلَى بَيْتِ الْمَقْدِسِ، قَالُوا: ثُمَّ أَصْبَحْتَ بَيْنَ ظَهْرَانَيْنَا؟ قَالَ: نَعَمْ قَالَ: فَمِنْ بَيْنِ مُصَفِّقٍ، وَمِنْ بَيْنِ وَاضِعٍ يَدَهُ عَلَى رَأْسِهِ، مُتَعَجِّبًا لِلكَذِبِ زَعَمَ، قَالُوا: وَهَلْ تَسْتَطِيعُ أَنْ تَنْعَتَ لَنَا الْمَسْجِدَ؟ وَفِي الْقَوْمِ مَنْ قَدْ سَافَرَ إِلَى ذَلِكَ الْبَلَدِ، وَرَأَى الْمَسْجِدَ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فَذَهَبْتُ أَنْعَتُ، فَمَا زِلْتُ أَنْعَتُ حَتَّى الْتَبَسَ عَلَيَّ بَعْضُ النَّعْتِ، قَالَ: " فَجِيءَ بِالْمَسْجِدِ وَأَنَا أَنْظُرُ حَتَّى وُضِعَ دُونَ دَارِ عِقَالٍ أَوْ عُقَيْلٍ فَنَعَتُّهُ، وَأَنَا أَنْظُرُ إِلَيْهِ، قَالَ: وَكَانَ مَعَ هَذَا نَعْتٌ لَمْ أَحْفَظْهُ قَالَ: فَقَالَ الْقَوْمُ: أَمَّا النَّعْتُ فَوَاللهِ لَقَدْ أَصَابَ )).

RIWAYAT-RIWAYAT GANJIL TENTANG ISRAK MIKRAJ

Hadis Abu Sa`id Al-Khudri r.a[1]:
((....فَبَيْنَمَا أَنَا أَسِيرُ عَلَيْهِ إِذْ دَعَانِي دَاعٍ عَنْ يَمِينِي: يَا مُحَمَّدُ أَنْظِرْنِي أَسْأَلْكَ يَا مُحَمَّدُ أَنْظِرْنِي أَسْأَلْكَ، فَلَمْ أُجِبْهُ، وَلَمْ أَقِمْ عَلَيْهِ، فَبَيْنَمَا أَنَا أَسِيرُ عَلَيْهِ إِذْ دَعَانِي دَاعٍ عَنْ يَسَارِي: يَا مُحَمَّدُ أَنْظِرْنِي أَسْأَلْكَ يَا مُحَمَّدُ أَنْظِرْنِي أَسْأَلْكَ فَلَمْ أُجِبْهُ، وَلَمْ أَقِمْ عَلَيْهِ وَبَيْنَمَا أَنَا أَسِيرُ عَلَيْهِ إِذَا أَنَا بِامْرَأَةٍ حَاسِرَةٍ عَنْ ذِرَاعَيْهَا وَعَلَيْهَا مِنْ كُلِّ زِينَةٍ خَلَقَهَا اللهُ، فَقَالَتْ: يَا مُحَمَّدُ أَنْظِرْنِي أَسْأَلْكَ، فَلَمْ أَلْتَفِتُ إِلَيْهَا وَلَمْ أَقِمْ عَلَيْهَا حَتَّى أَتَيْتُ بَيْتَ الْمَقْدِسِ....))
[Al-Baihaqi, Dalail An-Nubuwwah 2/390]
Pada jalurnya terdapat Abu Harun Al-Abdiy Umarah bin Juwain. Ibn Hajar Al Atsqolany mensifatkan beliau sebagai matruk, seorang syi`ah, sebahagian ulamak mensifatkannya sebagai pendusta [At-Taqrib 4840] lihat sebagai contoh : Al-Mizzi, Tahzibul Kamal 21/232, no: 4178.

Hadis Abu Hurairah r.a[2]:
((...ثم أتاه بفرس فحمل عليه كلّ خطوة منه منتهى طرفه وأقصى بصره، قال: فسار وسار معه جبرائيل عليه السلام، فأتى على قوم يزرعون في يوم ويحصدون في يوم، كلما حصدوا عاد كما كان، فقال النبيّ صلى الله عليه وسلم: يا جبْرَائيلُ ما هَذَا؟ قال: هؤلاء المجاهدون في سبيل الله، تُضاعف لهم الحسنة بسبعمائة ضعف، وما أنفقوا من شيء فهو يخلفه وهو خير الرازقين.... ))

Hadis di atas telah dilaporkan oleh imam Ibnu Jarir dalam Tafsirnya (jilid 17, hal 336) dalam huraian ayat (1) surah Al-Israk, Al-Bazzar dalam Musnadnya (jilid 17, hal 5, no 9518 ), Al-Baihaqi dalam Dalail An-Nubuwwah (jilid 2, hal 397) daripada Abu Hurairah rhu.

Kesemua mereka melaporkannya melalui jalur Abu Ja`far ar-Razi, daripada Ar-Rabi` bin Anas, daripada Abu Al-`Aliah, daripada Abu Hurairah rhu.

Abu Ja`far Ar-Razi telah dipertikaikan riwayatnya. Imam Ahmad menyifatkan riwayatnya sebagai bercelaru (mudtharibul hadith). Abu Zur`ah menyifatkannya banyak melakukan kesalahan dalam periwayatan (yahimu fil hadith kathiran). Ibnu Kathir menyimpulkan kesemua komentar ahli Jarh dan Ta`dil dengan mengatakan beliau memiliki hafalan yang teruk (sayyi`ul hifzh) [lihat: Ibn Kathir, tafsir, 5/38]

Imam Ibn Hibban menyebut namanya dalam Al-Majruhin dan menyatakan beliau sering meriwayatkan khabar-khabar munkar daripada nama-nama yang masyhur. Hadisnya tidak boleh dijadikan hujah melainkan jika selari dengan riwayat golongan yang thiqah. Ia juga tidak boleh dinilai sebagai sokongan melainkan jika tidak bercanggah dengan riwayat golongan yang thiqah. [lihat: Ibn Hibban, al-Majruhin 2/120, no:706]

Berikut adalah komentar ulamak tentang hadis di atas :
Al-Bazzar berkata selepas meriwayatkannya :

" وهذا لاَ نَعْلَمْهُ يُرْوَى إِلا بِهَذَا الإِسْنَاد مِنْ هَذَا الْوَجْه "
Ibn Kathir berkata dalam Tafsirnya (5/38 ):

" وَهَذَا الْحَدِيثُ فِي بَعْضِ أَلْفَاظِهِ غَرَابَةٌ وَنَكَارَةٌ شَدِيدَةٌ، وَفِيهِ شَيْءٌ مِنْ حَدِيثِ الْمَنَامِ مِنْ رِوَايَةِ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدُبٍ فِي الْمَنَامِ الطَّوِيلِ عِنْدَ الْبُخَارِيِّ، وَيُشْبِهُ أَنْ يَكُونَ مَجْمُوعًا مِنْ أَحَادِيثَ شَتَّى، أَوْ مَنَامٍ أَوْ قِصَّةٍ أُخْرَى غَيْرِ الْإِسْرَاءِ، وَاللَّهُ أَعْلَمُ "
Hadis Samurah bin Jundub rhu tentang mimpi Rasulullah Saw. telah dikeluarkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih (jilid 2, hal 52, no 1143), (jilid 2, hal 100, no 1386), (jilid 3, hal 59, no 2085), (jilid 6, hal 69, no 4674 ), (jilid 8, hal 25, no 6096), (jilid 9, hal 44, no 7047) dan Imam Ahmad dalam Musnad (jilid 33, hal 284, no 20094) dan (jilid 33, hal 293, no 20101).

Dalam setengah riwayat Imam Ahmad disebut kejadian-kejadian yang dilihat oleh Rasulullah Saw. itu berlaku pada malam Israk. Namun pada jalur riwayat tersebut ada perawi bernama Abdul Wahhab bin Ata`. Beliau salah seorang rijal Imam Muslim. Tetapi sebahagian ahli Jarh wa Ta`dil melemahkan riwayatnya seperti Imam Bukhari, Imam Nasa`I, Abu Hatim dan lain-lain [lihat sebagai contoh: Al-Mizzi, Tahzibul Kamal 18/513]. Justeru Al-Hafiz Ibn Hajar [taqrib at-Tahzib: 4262] menyimpulkan komentar-komentar mereka dengan ungkapan :

"صدوق ربما أخطأ أنكروا عليه حديثا في فضل العباس يقال دلسه عن ثور"
Dalam hadis Samurah riwayat beliau telah bercanggah dengan riwayat Muhammad bin Basyar dan Ismail bin Ulaiyah yang mana kesemua mereka meriwayatkannya daripada Auf bin Abu Jamilah, daripada Abu Raja` Imran bin Milhan. Selain riwayat Muhammad bin Basyar dan Ibn Ulaiyah menyokong antara satu sama lain, riwayat mereka turut mendapat sokongan jauh daripada riwayat Jarir bin Hazim yang meriwayatkan hadis di atas daripada Abu Raja`. Oleh itu, keganjilan pada riwayat Abdul Wahhab menunjukkan illah pada riwayatnya. Wallahu a`lam.

Hadis Ali bin Abu Thalib r.a:
(( فَرَكِبَهَا حَتَّى انْتَهَى إِلَى الْحِجَابِ الَّذِي يَلِي الرَّحْمَنَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى قَالَ: فَبَيْنَمَا هُوَ كَذَلِكَ إِذْ خَرَجَ مَلَكٌ مِنَ الْحِجَابِ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا جِبْرِيلُ مَنْ هَذَا؟ قَالَ: وَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ إِنِّي لَأَقْرَبُ الْخَلْقِ مَكَانًا وَإِنَّ هَذَا الْمَلَكُ مَا رَأَيْتُهُ مُنْذُ خُلِقْتُ قَبْلَ سَاعَتِي هَذِهِ، فَقَالَ الْمَلَكُ: اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ، قَالَ: فَقِيلَ لَهُ مِنْ وَرَاءِ الْحِجَابِ: صَدَقَ عَبْدِي أَنَا أَكْبَرُ أَنَا أَكْبَرُ....))
Hadis di atas telah dilaporkan oleh Al-Bazzar dalam Musnadnya (jilid 2, hal 146, no 508) melalui jalur Ziyad bin Al-Munzir. Beliau disifatkan sebagai pendusta, ditolak riwayat dan lain-lain sifat yang bermaksud hadisnya terlalu lemah. [lihat sebagai contoh: Al-Mizzi, tahzib Al-Kamal jil 9, hal 517, no 2070].

Hadis pensyariatan Azan pada malam Israk juga dilaporkan oleh Imam At-Tobarani dalam Al-Mu`jam Al-Awsath (jilid 9, hal 100, no 9247) daripada Abdullah bin Umar rhu. Pada jalurnya terdapat perawi bernama Talhah bin Zaid. beliau disifatkan sebagai matruk iaitu tertolak riwayatnya. Bahkan sebahagian ulamak mensifatkannya sebagai pemalsu hadis (lihat Majma` Az-Zawaid  1/329).

Hadis Anas bin Malik rhu. :
((....وَسَارَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا هُوَ بِعَجُوزٍ عَلَى جَانِبِ الطَّرِيقِ فَقَالَ: «مَا هَذِهِ يَا جِبْرِيلُ؟» قَالَ: سِرْ يَا مُحَمَّدُ، فَسَارَ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ يَسِيرَ فَإِذَا شَيْءٌ يَدْعُوهُ مُتَنَحِّيًا عَنِ الطَّرِيقِ يَقُولُ: هَلُمَّ يَا مُحَمَّدُ، فَقَالَ لَهُ جِبْرِيلُ: سِرْ يَا مُحَمَّدُ، فَسَارَ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ يَسِيرَ قَالَ: فَلَقِيَهُ خَلْقٌ مِنَ الْخَلْقِ، فَقَالُوا: السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا أَوَّلُ، السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا آخِرُ، السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا حَاشِرُ، فَقَالَ لَهُ جِبْرِيلُ: ارْدُدِ السَّلَامَ يَا مُحَمَّدُ، فَرَدَّ السَّلَامَ، ثُمَّ لَقِيَهُ الثَّانِيَةَ، فَقَالَ لَهُ: مِثْلَ مَقَالَتِهِ الْأُولَى، ثُمَّ الثَّالِثَةَ كَذَلِكَ حَتَّى انْتَهَى إِلَى بَيْتِ الْمَقْدِسِ....))
Hadis di atas telah dilaporkan oleh Ibn Jarir seperti yang dinukilkan oleh Ibn Kathir dalam Tafsirnya (jilid 5, hal 11), Ibnu Marduyah dalam tafsirnya seperti yang dinukilkan oleh imam As-Suyuti dalam Al-Khashaish ( jilid 1, hal 258) dan Al-Baihaqi dalam Dalail An-Nubuwwah ( jil 2, hal 361 ) daripada Anas rhu.

Pada jalurnya terdapat perawi bernama Abdul Rahman bin Hasyim. Beliau tidak diketahui statusnya.

Ibn Kathir dalam tafsirnya (5/11) menyatakan : "Pada sebahagian lafaznya terdapat kejanggalan".

((.....فَرَكِبْتُ وَمَعِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ فَسِرْتُ فَقَالَ: انْزِلْ فَصَلِّ فَفَعَلْتُ. فَقَالَ: أَتَدْرِي أَيْنَ صَلَّيْتَ؟ صَلَّيْتَ بِطَيْبَةَ وَإِلَيْهَا الْمُهَاجَرُ، ثُمَّ قَالَ: انْزِلْ فَصَلِّ فَصَلَّيْتُ، فَقَالَ: أَتَدْرِي أَيْنَ صَلَّيْتَ؟ صَلَّيْتَ بِطُورِ سَيْنَاءَ حَيْثُ كَلَّمَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ، ثُمَّ قَالَ: انْزِلْ فَصَلِّ فَنَزَلْتُ فَصَلَّيْتُ. فَقَالَ: أَتَدْرِي أَيْنَ صَلَّيْتَ؟ صَلَّيْتَ بِبَيْتِ لَحْمٍ حَيْثُ وُلِدَ عِيسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ....... ))
Hadis di atas telah dilaporkan oleh Nasa`i dalam Sunannya (jilid 1, hal 221, no 450) daripada Anas rhu. Pada jalurnya terdapat perawi bernama Sai`d bin Abdul Aziz. Ingatan beliau telah berubah pada akhir usia. Tidak dapat dipastikan adakah Makhlad bin Yazid meriwayatkan hadis ini daripadanya sebelum atau selepas ingatannya berubah.

Selain itu, Yazid bin Abu Malik, perawi hadis ini daripada Anas telah dinilai sebagai mudallis pada darjat yang ketiga (Ibn Hajar, Tabaqat Al-Mudallisin hal 48) dan meriwayatkan secara irsal (Az-Zahabi, Al-Mizan 7/261). Walaupun beliau terlepas daripada andaian melakukan tadlis disebabkan telah meriwayatkan dengan sighah tahdith seperti dalam Sunan Nasa`i. Namun, ulamak menegaskan, antara beliau dengan anas terdapat perawi yang disembunyikan [lihat Al-Ala`I, Jami` At-Tahsil hal: 302; Al-Mizzi, Tuhfah Al-Asyraf 1/439].

Ibnu kathir dalam tafsirnya (5/12) menyatakan terdapat kejanggalan pada matannya. Hal ini disebabkan jalur-jalur yang sahih bagi hadis Anas rhu. tidak menyebut tambahan seperti dalam hadis Yazid bin Abu Malik.

(( ....فَلَمَّا بَلَغَ بَيْتَ الْمَقْدِسِ وَبَلَغَ الْمَكَانَ الَّذِي يُقَالُ لَهُ: "بَابُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ" أَتَى إِلَى الْحَجَرِ الَّذِي ثَمَّةَ، فَغَمَزَهُ جِبْرِيلُ بِأُصْبُعِهِ فَثَقَبَهُ، ثُمَّ رَبَطَهَا. ثُمَّ صَعِدَ فَلَمَّا اسْتَوَيَا فِي صَرْحَة الْمَسْجِدِ، قَالَ جِبْرِيلُ: يَا مُحَمَّدُ، هَلْ سَأَلْتَ رَبَّكَ أَنْ يُرِيَكَ الْحُورَ الْعِينَ؟ فَقَالَ: نَعَمْ. فَقَالَ: فَانْطَلِقْ إِلَى أُولَئِكَ النِّسْوَةِ، فَسَلِّمْ عَلَيْهِنَّ وَهُنَّ جُلُوسٌ عَنْ يَسَارِ الصَّخْرَةِ، قَالَ: فَأَتَيْتُهُنَّ فَسَلَّمْتُ عَلَيْهِنَّ، فَرَدَدْنَ عَلَيَّ السَّلَامَ، فَقُلْتُ: مَنْ أَنْتَنَّ؟ فَقُلْنَ: نَحْنُ خَيْرَاتٌ حِسَانٌ، نِسَاءُ قَوْمٍ أَبْرَارٍ، نُقُّوا فَلَمْ يَدْرَنُوا، وَأَقَامُوا فَلَمْ يَظْعَنُوا، وَخُلِّدُوا فَلَمْ يَمُوتُوا. قَالَ: "ثُمَّ انْصَرَفْتُ، فَلَمْ أَلْبَثْ إِلَّا يَسِيرًا حَتَّى اجْتَمَعَ نَاسٌ كَثِيرٌ، ثُمَّ أَذَّنَ مُؤَذِّنٌ وَأُقِيمَتِ الصَّلَاةُ. قَالَ: "فَقُمْنَا صُفُوفًا نَنْتَظِرُ مَنْ يَؤُمُّنَا، فَأَخَذَ بِيَدِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ، فَقَدَّمَنِي فَصَلَّيْتُ بِهِمْ. فَلَمَّا انْصَرَفْتُ قَالَ جِبْرِيلُ: يَا مُحَمَّدُ، أَتَدْرِي مَنْ صَلَّى خَلْفَكَ؟ " قَالَ: "قُلْتُ: لَا. قَالَ: صَلَّى خَلْفَكَ كُلُّ نَبِيٍّ بَعَثَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ"......))

Hadis di atas telah dilaporkan oleh Ibn Abu Hatim seperti  yang dinukilkan oleh Ibn Kathir dalam tafsirnya (5/12) daripada Anas rhu.  Hadis ini juga telah dilaporkan oleh Yazid bin Abu Malik (lihat hadis sebelum ini) daripada Anas bin Malik rhu. Juga.

Perawi yang meriwayatkan hadis ini daripada Yazid bin Abu Malik ialah anak beliau iaitu Khalid bin Yazid. Beliau disifatkan sebagai lemah. Ibn Kathir menyatakan pada lafaz hadis ini terdapat kejanggalan yang pelik.

Tambahan yang dibawakan oleh Yazid bin Abu Malik dalam hadis di atas juga tidak terdapat dalam jalur-jalur yang sahih daripada Anas bin Malik rhu.

Wallahu ta’ala a’lam
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Insya’Allah, semoga hasil usaha amat kerdil ini, seqadar yang termampu saya nukilkan dan khabarkan, dapat membantu para sahabat jamaah yang dikasihi dan ummat Muslimin seluruhnya, yang mencintai ilmu dan kebenaran, akan beroleh munafaat dan mengenal yang haq disebalik kisah Israk Mikraj. Sesungguhnya kebenaran itu datangnya dari Allah Ta’ala dan sekali kali takkan dapat ia dikelamkan oleh rekaciptaan manusia dan bisikan syaithan.

Saya yang faqir,

                       

Helimy Aris
Sikamat, Seremban
20 Mei 2016 / 13 Sya’ban 1437




[1] Antara kandungan hadis Abu Sa`id Al-Khudri r.a:
Orang memangil dari arah kanan, kiri yang dijelaskan oleh Jibril a.s sebagai yahudi dan nasrani.
Perempuan berhias dalam keadaan menyingkap lengannya yang dijelaskan sebagai dunia.
Malaikat penjaga langit pertama bernama Ismail yang memimpin 70,000 malaikat. Setiap satu malaikat itu memimpin 100,000 malaikat yang lain.
Kejadian-kejadian di langit pertama:
Hidangan daging yang elok tetapi dibiarkan di samping hidangan daging yang busuk tetapi dimakan oleh sekumpulan manusia. Mereka ditafsirkan sebagai golongan yang meninggalkan yang halal dan mengambil yang haram.
Manusia yang memiliki perut sebesar rumah dan dipijak oleh sekumpulan manusia yang melintasinya. Mereka dijelaskan sebagai pemakan riba.
Manusia yang memiliki mulut seperti unta. Setiap kali mereka mengagakan mulut, akan disumbatkan dengan batu sehingga ia keluar dari dubur mereka. Mereka ditafsirkan sebagai pemakan harta anak yatim.
Wanita yang digantung payu dara mereka.  Mereka ditafsirkan sebagai penzina.
Manusia diberi makan daging sendiri yang ditafsirkan sebagai penyebar fitnah.
Kejadian-kejadian di langit ketujuh:
Nabi dikatakan melihat sebilangan umatnya yang memakai pakaian berwarna putih seperti kertas dan sebilangan yang lain memakai pakaian berwarna kelabu. Baginda dikatakan masuk dan solat di dalam Baitul Makmur bersama golongan yang berbaju putih sementara golongan yang berbaju kelabu dihalang daripada memasukinya.
Rasululah s.a.w dikatakan mandi di sungai rahmah yang mengalir di bawah sidratul Muntaha yang menyebabkan segala dosa-dosa baginda diampunkan oleh Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w bertemu dengan bidadari kepunyaan Zaid bin Harithah r.a di dalam syurga.
Rasulullah s.a.w melihat neraka yang jika dicampak ke dalamnya batu dan besi, nescara kedua-duanya akan terbakar.
Rasulullah s.a.w melihat kafilah quraisy semasa israk.

[2]  Antara kandungan hadis Abu Hurairah r.a:
Kejadian-kejadian sebelum sampai ke Baitul Maqdis:
Kaum yang dipecahkan kepala mereka dengan batu. Jibril a.s mentafsirkannya sebagai golongan yang berat untuk mendirikan solat.
Golongan yang menutup kemaluan mereka dengan potongan kain sambil memakan buah berduri dan buah Zaqqum dari api neraka. Dikatakan mereka adalah golongan yang tidak membayar zakat harta.
Golongan yang memakan daging busuk dan membiarkan daging elok.
Kayu yang mengoyakkan setiap baju yang melaluinya. Dikatakan ia adalah perumpamaan bagi perompak jalanan.
Orang yang cuba memikul kayu api yang tidak mampu dipikul. Dikatakan ia adalah perumpamaan bagi orang yang tidak mampu melaksanakan amanah tetapi tetap mahu menyandangnya.
Golongan yang digunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi. Dikatakan mereka adalah pemidato yang tidak melakukan apa yang disampaikan dan selalu menimbulkan fitnah.
Lubang kecil yang keluar daripadanya lembu yang besar. Ia tidak mampu masuk kembali setelah keluar daripadanya. Dikatakan ia adalah perumpamaan orang yang mengucapkan sesuatu yang besar. Walaupun dia telah menyesalinya tetap tidak dapat menarik semula kata-katanya.
Lembah yang dingin, berbau harum dan kembah yang panas berbau busuk. Dikatakan ia adalah dari syurga dan neraka.
Kejadian-kejadian di langit ketujuh:
Kaum berwajah putih dan kaum lain yang berwajah gelap. Lalu kaum yang berwajah gelap memasuki tiga sungai sehingga warna mereka menjadi putih. Dikatakan mereka adalah golongan yang bertaubat.
Dialog Allah s.w.t dengan Rasulullah s.a.w dan kurniaan kekasih Allah s.w.t, sungai kauthar, surah Al-Fatihah, umat pertengahan dan lain-lain.

0 ulasan: