Apa khabar sekarang ?
Disini pun hebat juga dikalangan orang Malaysia yang baru datang ke Saudi ni sebab perkara-perkara seperti dibawah ini yang terbawa- bawa dari Malaysia semasa berada disini dan ada yang baru menyedari mengenai perkara itu bidaah.
Tapi, bagi yang tidak mahu menerima hakikat apa itu bidaah, masih kuat pegangan mereka sebab mereka juga di bantu dari belakang dengan hujah-hujah dari Ustad ustaz yang terbilang di Malaysia.
Sila beri komen dengan soal jawab yang di berikan oleh individu individu seperti dalam email dibawah ini.
Ada lagi issu isu yang saya akan hantar lagi lepas ni untuk dikomen dengan bersandarkan Quran dan Hadits supaya mendapat pertunjuk untuk dikongsi bersama.
Wassalam
Salaam,
May be Bro Dr Ismail can give some example, how the the Khalifah ie Syadina Abu Bakar, Syadina Omar, Syadina Othman or Syadina Ali celebrated the birthday ( Maulid) of Our beloved Prophet.
As recorded in authentic books of Tradition, including Bukhari and Muslim, God’s Messenger, upon him be peace and blessings, declared:
The best of people are those living in my time. Then come those who follow them, and then come those who follow them. Those will be followed by a generation whose witness is sometimes true, sometimes false.4
In his Hilyat al-Awliya’, Abu Nu‘aym quotes ‘Abdullah ibn ‘Umar as saying:
Whoever desires to follow a straight path, should follow the path of those who passed away. They are the Companions of Muhammad, upon him be peace and blessings. They are the best among his Ummah, the purest in heart, the deepest in knowledge, and the farthest from false display of piety. They are a community whom God chose for the company of His Prophet and the conveyance of His religion. Try to be like them in conduct and follow their way. They are the Companions of Muhammad, upon him be peace and blessings. I swear by God, the Lord of the Ka‘ba, that they were on true guidance.5
Asalamualaikum,
I have been asked many times about the Miladu Nabi SAW
Herwith i attach those that critize about the participation on the Majlis Maulidu Rasul SAW.
I have referred to many JAKIM - JAIS and YADIM books and they have more than 350 Sanads
and evidences that Maulidu Rasool SAW as a well regarded act that brings Blessings, Mercy, Peace
Happiness into the Life of the believer of the Holy Prophet (SAW). Below questions and answers are
very good for the wahabbis and those who avoid participating in the majlis. If it is bidaah Sayeeah definetely
JAKIM and YADIm will never promote it to create confusion and chaos of Aqeedah among the Ummah.
Allah SWT Does Make Salawat to His Beloved Prophet (SAW) with all Malaikaats every moment of the time.
Dr Ismail Kassim
SOALAN
Ada Nabi Mulia SAW meraikan hari jadi baginda?
Pada suatu hari, ramai sahabat mendapati Nabi (SAW) berpuasa pada hari Isnin - dan bertanya Ya Rasool Allah , kenapa RasulALLAH SAW Berpuasa pada hari Isnin dan apa ke istemewaan-nya?
- Jawab Nabi SAW - Hari ini adalah hari kelahiran aku.
Ada Rasool SAW mengalakan pembacaan Qasidah dan syair-syair memuji Nabi SAW semasa beliau di Madinah dan Makkah?
Ramai dari para kalangan Sahabat - sahabat Nabi SAW yang membacakan Qasidah kepada Nabi (SAW) dan Nabi SAW memuji mereka dan memberi bermacam gelaran yang terpuji dihadapan para-para sahabat. ( Banyak Hadis dari Kitab Tarmizi , Sanad Abu Sunan dan lain-lain)
I will try to get the full hadis ( this is good enough to let everyone Know - It was our Holy Prophet (SAW) that celebrated his Own birthday)
Adakah Nabi SAW mendengar dan mempergalakan para sahabat-sahabat membaca Qasidah dan juga sambutan meriah ke Madinah oleh para ansar ?
Terbukti dalam sejarah Nabi SAW dan juga para sahabat yang di sambut dengan Semulia -mulia sambutan memperdengarkan Qasidah Tholaal Badru Alaina , dan beberapa Qasidah yang lain. Ini sduah cukup sebagai bukti kukoh bahawa Qasidah dan Bacaan Kisah kelahiran Nabi Mulia Muhamaad (SAW) adalah satu amalan yang di kasihi Nabi SAW sendiri dan membawa Rahmat dan berkat.Dan dengan bacaan salawat dan Qasidah itu Allah SWT dan Para Malaikat -malaikat membaca Salawat bersama-sama mereka yang bersalawat pada Nabi (SAW).
Kenapa kita ucapkan selawat ke atas Rasulullah SAW sahaja, sedangkan Nabi-nabi dan Rasulul-rasul yang lain kita hanya ucapkan selamat sejahtera?
Jawapan
Selawat ke atas Nabi SAW adalah perintah wajib daripada Allah SWT. Selawat ke atas Nabi-nabi yang lain tidak diperintah, cuma adabnya apabila kita menyebut nama mana-mana Nabi atau Rasul adalah elok kalau diucapkan selamat atau sejahtera (‘Alaihi al-Salam).
Manakala apabila kita mendengar orang menyebut Rasulullah atau apa-apa nama baginda hendaklah berselawat ke atas baginda (Sallallahu alaihi wa sallam). Bagi mereka yang tidak mengendahkan selawat ke atas baginda digolongkan dalam golongan yang bakhil dan rugi serta macam-macam ancaman lain.
Maka ada beberapa perkara yang perlu diketahui umum kenapa wajib kita berselawat ke atas Nabi SAW berbanding Nabi-Nabi yang lain.
1- Apabila seseorang itu berselawat ke atas Rasulullah SAW kerana menurut perintah Allah SWT sedang Allah juga berselawat ke atas baginda maka selawat Allah SWT bermaksud pujian dan kemuliaan baginda berbanding Rasul dan Nabi yang lain. Manakala selawat manusia ke atas baginda bermaksud doa supaya Allah SWT mengangkat kedudukan baginda ke tempat yang lebih terpuji.
2- Sebagai mentaati perintah Allah SWT ke atas hamba-hambanya agar berselawat ke atas baginda SAW. Dalam surah al-Ahzab Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SWT); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (al-Ahzab: 56).
Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan bahawa berterusan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Juga bermaksud kedudukan baginda serta kenikmatan yang diperoleh baginda sama ada di dalam alam barzakh mahupun di dalam syurga adalah sentiasa bertambah dan lebih mulia berbanding dengan Nabi-nabi yang lian.
Sekali gus para ulama berpendapat bahawa Allah SWT hanya berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW secara khusus berbanding dengan Nabi-nabi yang lain. Adapun Nabi dan Rasul-rasul yang lain menerima ucapan kesejahteraan dengan ucapan salam tanpa selawat. Di dalam sepotong hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat yang bernama Bashir bin Sa’ad:
Kami diperintah Allah agar mengucapkan selawat ke atas kamu wahai Rasulullah, maka bagaimana caranya kami harus mengucapkan selawat itu, lalu baginda diam terlalu lama sehingga ada yang mengharap alangkah baiknya kalu dia tidak bertanya soalan itu kepada baginda. Kemudian barulah baginda bersabda bahawa: ” Ya Allah selawatlah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau telah memberikan selawat ke atas Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Dan anugerahi ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau anugerahi Nabi Ibrahim dan ahli keluarga Nabi Ibrahim di dalam alam sekelian, sesungguhnya engkau adalah yang Maha terpuji lagi Maha Mulia. Kemudian ucapkanlah salam sebagaimana yang telah kamu ketahui. (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasaie, al-Tarmidzhi).
3- Berselawat ke atas Rasulullah SAW adalah wajib berdasarkan ayat di atas. Kewajipan ini ditunaikan melalui solat lima waktu yang menjadi selawat itu wajib dalam setiap tasyahud.
3- Baginda Rasulullah SAW adalah penghulu kepada Semua Para Rassol dan Anbiya dan juga penutup seluruh Anbiya, baginda telah menyempurnakan syariat bagi panduan hidup manusia.
4- Baginda Rasulullah SAW adalah pemilik syafaat di mahsyar, bagi mereka yang taat kepada perintah Allah dan Rasulul-Nya juga memperbanyakkan selawat ke atas baginda akan mendapat syafaat.
5- fadilat selawat yang sangat agung, melalui selawat Allah menjanjikan keampunan, kelapangan, keberkatan, kerahmatan dan banyak lagi kelebihan-kelebihan yang menanti orang yang banyak berselawat.
-
Dr Ismail Bin Hj Kassim
Subject: Maulid Rasul SAW - Bahagian 1
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji bagi Allah swt., Pencipta Sekelian Alam. Shalawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait, SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan Shalafus Sholeh. A'mma ba'du.
Terima kasih atas pertanyaan yang dikemukakan oleh Abang Zin. Saya mengambil sedikit masa bagi menyediakan maklumbalas berikutan memerlukan beberapa rujukan. Menerusi artikel ini saya mencuba sebaiknya untuk memberikan fakta sebenar tentang perayaan maulid rasul. Saya juga turut dipanggil memberikan kuliah sempena sambutannya beberapa kali. Dan setiap kali itu juga saya menceritakan fakta tepatnya. Pernah ada soalan dari hadirin mengenai hukum orang menyambut dengan begitu-begini, lantas jawaban mudah, saya hanya memberitahu apa yang sebenarnya untuk kebaikan semua dan itulah hakiki peranan saya. Hal hukum ke atas orang yang tahu tetapi masih melakukan, Allah dan Rasul-Nya telah pun memberikan jawabannya. Besar amat beban yang saya sendiri tanggung sekiranya tidak menyampaikan kebenaran, berbanding memikirkan hukuman ke atas perbuatan orang lain yang saya tiada kuasa pun ke atas mereka.
Kurun utama yang disabdakan oleh Rasul SAW iaitu abad pertama, kedua dan yang ketiga Hijriyah telah berlalu. Dalam tempoh itu, tiada tercatat walau seorang pun Sahabat, Tabiin, Tabiut Tabiin, imam mahazibul arbaah dan para ulamak selepasnya melakukan ritual perayaan maulidur rasul ini. Padahal, berbanding sesiapapun di kalangan kita yang mutakhirin ini, mereka adalah orang paling hampir kepada Nabi SAW, mengenali Baginda lahir batin, mencintai Baginda melepasi kecintaan dunia dan diri sendiri selain Allah SWT, paling tahu dan taati sunnahnya dan paling komited mengikuti perintah dan syariatnya. Jika benar sambutan maulid itu mulia, dituntut dan disunnahkan oleh Rasul SAW, apa mungkin golongan mulia ini menolak sunnah Rasul dan meninggalkannya?
Kelompok pertama yang mengadakan sambutan maulidur rasul ini adalah Bani Ubaid Al Qaddah, yang mengangkat diri mereka sendiri sebagai Fathimiyyin dengan, menisbatkan diri kepada keturunan Amirul Mukminin Ali Bin Abi Talib KMWJ. Padahal, sebenarnya mereka adalah pendiri dakwah Batiniyyah, disebabkan nenek moyang mereka adalah aslinya Ibnu Dishan (juga dikenal al Qaddah), berasal dari Al Ahwaz (kota antara Basrah dengan Farsi) yang turut dikenali sebagai salah seorang pendiri mazhab batiniyyah. Lantas dakwaan nasab mereka kepada Ali KMWJ adalah pembohongan semata-mata. Imam Ahmad bin Muhammad Ibnu Khallikan rohimahullah (608H - 681H) dalam kitab kibarnya Wafayaatul Ayaan (Jilid III/ms 117-118), telah menghuraikan panjang lebar kisah penipuan nasab (garis keturunan) mereka ini dengan menyimpulkan 'para ulamak yang terpecaya dalam bidang ilmu nasab telah menyanggah dakwaan garis keturunan mereka itu'.
Imam Al Hafiz Ismail bin Umar Ibnu Katsir rohimahullah (700H-774H) mencatatakan dalam kitabnya al Bidayah wan Nihaayah (XI/ms 306) menyebutkan 'kolompok Ubaidiyun batiniyyah mengaku Fathimiyyin ini telah mula memerintah Mesir pada Ramadhan 362H. Perlu diketahui, dalam tempoh pemerintahan kelompok inilah bermula adanya berbagai sambutan maulid dan perayaan yang tak pernah ada sebelumnya di dalam syariat islam, khususnya sambutan maulid Rasul. Tidak pernah ada sesiapapun yang pernah mendahului mereka dalam melakukannya'. Disinilah asal sambutan perayaan maulidur rasul ini bermula.
Imam Ahmad bin Ali Al Ubaidi Ibnul Muqrizi rohimahullah (766H-845H) dalam kitabnya al Khuthathul Muqriziyah (I/ms 490) yang banyak menceritakan perihal perayaan kelompok Ubaidiyun batiniyyah ini berikutan, beliau adalah pemuka kelompok ini dengan mencatatkan 'para khalifah Dinasti Fathimiyyah memiliki beberapa hari raya dan hari peringatan dalam setahun penuh yaitu : perayaan tahun baru dan awal tahun, perayaan hari Asyuura, perayaan maulid Nabi, perayaan maulid Ali bin Abi Talib, perayaan maulid Hassan bin Ali, perayaan maulid Hussin bin Ali, perayaan maulid Fathimah binti Muhammad SAW, perayaan maulid khalifah yang sedang berkuasa, perayaan awal Rajab, perayaan malam nisfu Rajab, perayaan awal Sya'ban, perayaan malam nisfu Sya'ban, perayaan awal dan tengah dan akhir Ramadhan, perayaan Iedul Fitri, Perayaan Iedul Adha, perayaan upacara kematian, perayaan menyambut musim hujan, perayaan menyambut musim kemarau, perayaan penaklukan Teluk Arab, perayaan hariraya Nairuz (tahun baru Iran), perayaan hari al Ghutas (hari ke 6 bulan Januari), perayaan hari ulang tahun, perayaan hari khamisal ads (membawa kacang ads pada hari Khamis), perayaan hari Rukubat (hari keluarnya khalifah ke tempat rekreasi dengan menaiki kenderaan, Sabtu dan Selasa) dan sebagainya'. Malah Ibnul Muqrizi menceritakan mengenai bentuk dan perlaksanaan setiap perayaan tersebut.
Saya petik penjelasan dari imam Ibnul Muqrizi ini lantaran beliau adalah pemuka kelompok Ubaidiyun sendiri bukannya musuh mereka supaya faktanya adil, bagi menegaskan bahawa kelompok Ubaidiyun inilah penyebab terjadinya bencana ke atas umat muslimin dengan membuka pintu perayaan tanpa contoh rasul SAW dan diluar syariat Allah SWT seluasnya. Hinggakan mereka merayakan hariraya majusi dan kristian (hari Nairuz, tahun baru Iran yang orang saling menumpahkan air diantara mereka/ hari al Ghutas/ hari ulang tahun/ hari Khamis Ads). Sekilas pandang tiada apa yang tidak kena dengan sambutan perayaan ini, namun hakikatnya itu adalah bukti nyata mereka menjauhi Islam. Kelompok ini menghidupkan 6 bentuk maulid sekaligus, maulidur Rasul salah satunya, bukannya atas hasrat cinta kepada Rasul SAW dan ahlul baits Baginda, akan tetapi sebenarnya mahu menyebarluaskan fahaman Ismailiyah Batiniyah anutan mereka serta menyerukan aqidah sesat itu kepada manusia. Mereka hakikatnya menjauhkan muslimin daripada aqidah suci menerusi perayaan sebegitu dengan cara menggalakkan muslimin menghidupkannya. Barang tentu juga, supaya mereka boleh mendapat faedah dan keuntungan harta dari ritual perayaan sebegitu.
Dasar kelompok Ubaidiyah Batiniyah yang taksub Syiah dan memusuhi Islam dan para Muslimin amat jelas seperti yang diceritakan oleh Ibnul Muqrizi dalam al Khuthathul Muqriziyah (II/ms 246) 'pada bulan Safar 395H, cercaan dan laknat untuk para salaf (yakni para sahabat dan orang bukan Syi'ah) ditulis diseluruh masjid, termasuk di masjid Al Atiq (di Qahirah, masjid pertama di Mesir) baik di bahagian atas, bahagian bawah malah sekelilingnya. Cercaan dan laknat itupun ditulis dipintu-pintu kedai, di batu, dan dimakam-makam. Bahkan, cercaan dan laknat itu diukir dan diberi warna dengan warna tembaga dan warna emas. Hal itu juga dilakukan dipintu-pintu rumah dan pintu kompleks rumah besar. Lebih dari itu, orang ramai dipaksa untuk terlibat dalam perlaksanaannya'. Dan di dalam kitab Wafayaatul A'yaan (III/ms 110) menceritakan 'hampir sepanjang pemerintahan Ubaidiyun, laknat terhadap Ahlus Sunnah terus mengalir dibibir para khatib diseluruh Mesir. Pemandangan tersebut berterusan hinggalah kepada zaman pemerintahan Al Adid (khalifah terakhir) yang amat fanatik terhadap mazhab Syiah dan berlebihan dalam mencela para sahabat. Sampaikan, ia menghalalkan darah setiap Ahlus Sunnah yang dilihatnya'.
Namun begitu, terdapat riwayat lain yang menyatakan maulid rasul ini dimulakan di tempat lain seperti :
A. Imam Abu Syamah rohimahullah dalam kitabnya al baits Ala Inkaril Bidah wal Hawadis yang menyebut 'maulid nabi merupakan bidah terbaik dilakukan pada masanya. Orang pertama sekali melakukan perayaan itu di kot Mosul (Iraq) adalah Syeikh Umar bin Muhammad Al Mala, seorang salih yag terkenal kemudian diikuti oleh Penguasa Irbil'.
B. Imam Al Hafiz Jalaluddin As Suyuthi rohimahullah dalam kitabnya Husnul Maqsud fi Amali Maulid yang menyebut 'orang yang pertama melakukan maulid nabi adalah penguasa Irbil yaitu raja Abi Said Kaukaburi bin Zainudin Ali, salah seorang raja yang mulia'.
C. Syeikh Muhammad bin Ibrahim Alu Syeikh rohimahullah (1311H-1398H) dalam kitabnya Majmuu Fatawa war Rasaail (III/ms 59) menyebutkan 'bidah maulid nabi ini pertama kali diadakan oleh Abu Said Kaukaburi pada abad keenam hijrah'.
Contoh 3 riwayat tersebut setelah disemak juga adalah benar tsiqah, sama seperti pernyataan imam-imam sebelumnya di atas. Setelah disemak dari sudut tarikhnya, didapati yang zaman pemerintahan Ubaidiyun Batiniyah di Mesir adalah berlaku terlebih dahulu (bermula 362H) berbanding catatan oleh Imam Abu Syamah dan Imam Suyuthi yang merujuk peristiwa di Mosul dan Irbil (Iraq) yang bermula pada 549H. Tiada apa yang bercanggah pun dalam dua keadaan ini melainkan satu menceritakan apa yang berlaku di Mesir (yang lebih dahulu) dan satu lagi di Mosul dan Irbil (Iraq, yang terkemudian).
Adalah jelas disini, berdasarkan catatan sejarah yang tsiqah ini, perayaan maulid nabi ini adalah mula dirayakan di Mesir oleh kelompok pemerintah Bani Ubaidiyun sekitar pertengahan kurun ke 4 Hijrah seterusnya dibuat di Iraq pada pertengahan kurun ke 6 di Iraq. Ia bukanlah amalan Nabi SAW sendiri dan kurun-kurun generasi mulia selepas Baginda wafat. Bagaimana perayaan maulid ini berkembang dan diamalkan di nusantara melayu ini, tidak pula saya ketahui. Mungkin ada sarjana lain yang membuat kajian khuus tentang hal ini.
Wallahu a’lam...bersambung
Setakat inilah yang mampu saya nukilkan. Moga saya telah membantu. Yang benar itu datang dari Allah swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari saya yang amat dhoif ini.
سكين
والسلام
eddzahir@38
Tanah Liat, Bukit Mertajam
2 ulasan:
Tolong lah jangan mengikut puak wahabi dan anti hadis yang di murkai Allah SWT, Mawlid adalah satu amalan yang amat di Cintai dan di kasihi Allah SWT.
Kerana Majlis Mawlid itu di penuhi dengan Selawat-Selawat Nabi SAW , Puisi [ yang digalakan oleh nabi SAW sendiri] di mana Hassan Bin Thabit ra membaca banyak syair dan puisi tentang kemulian Nabi SAW. Banyak Bukti Nabi SAW memuliakan Kelahiran Nabi SAW dengan puasa pada hari Isnin Hari Kelahiran Nabi SAW Yang Mulia. Berselawatlah banyak-banyak pada hari Mawlid Nabi SAw dan jangan buat-buat yang lain dari luar Syariah. Mawlid nabi SAW yang di penuhi dengan Qasidah dan Bacaan Kisah Nabi-Nabi dan Nabi SAW [ di perintahkan dalam Al Quraan] sesiapa yang mempertikaikan perkara ini akan mengkufurkan Ayat-ayat Allah SWT.
Mawlid majlis yang di penuhi dengan Salawat, dan Qasidah amat di galakan.
Wasalam
Dr Ismail kassim
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Artikel di atas telah membentangkan serinci mungkin asal usul bermulanya sambutan maulidur rasul. Ikhwan yang terbuka minda dan hatinya, yang terbimbing dengan ilmu wahyu dan keinsafan tentang kebesaran Allah Swt. dan kemuliaan nabi-Nya, pasti faham dengan jelas bahawa bagaimanakah ia berasal dan tiada apa yang tersembunyi pun dari artikel ini. Bahkan ia hanyalah sekadar petikan kecil yang termampu dinukilkan dalam ruang sebegini terhad disebalik sebegitu banyak maklumat berkenaan hal ini. Yang ringkasnya termaktub bahawa, menjelaskan bahawa amalan ini bukan amalan Nabi Saw. dan para salafus solih.
Ini kerana tidak pernah ada seorang pun di kalangan ulamak Ahlis Sunnah Wal Jamaah yang mula dahulu (salaf), bermula dengan para sahabat Rasulullah Saw., kemudian diikuti oleh para ulamak di kalangan tabi’en yang mengadakan sambutan maulidur rasul. Para Imam Mazhab Empat, Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam As-Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal tidak pernah mengadakan sambutan maulidur rasul. Demikianlah juga keadaannya, para Imam Hadis yang terkenal seperti Bukhari, Muslim, Tarmizi, Ibnu Majah, Abu Daud, Nasai dan lain-lain tidak pernah kedengaran di telinga kita mereka ini telah mengadakan sambutan maulidur rasul sebagaimana yang diadakan sekarang.
Ulamak dan Para Imam yang tersebut di atas adalah sudah diterima dan disepakati oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia sebagai muktabar. Ilmu, pandangan dan mazhab serijtihad mereka dipegang dan diamal oleh umat Islam sehingga kini. Tiada apa kurangnya mereka ini berbanding kita hari ini, malah mereka jauh lebih hebat, lebih hampir dengan Nabi Saw. dan lebih dekat dengan Allah Swt. dalam segala segi yang tidak dapat dibandingkan oleh sesiapa pun. Apakah manusia-manusia mulia ini cuai, lalai atau leka untuk mencatatkan dalam tinta-tinta emas mereka tentang hal ini.
Nabi Muhammad Saw tidak pernah merayakan atau menyuruh ummatnya untuk merayakan hari kelahirannya. Malah Nabi Saw. telah menekankan agar jangan memperbesarkannya sepertimana orang kristian memperbesarkan Nabi Isa Ahs. Ini dijelaskan di dalam hadis sahih riwayat imam Bukhari Rhm. : Baginda bersabda, “Jangan memperbesarkan mengenai aku seperti Kristian memperbesarkan mengenai anak Maryam. Aku hanyalah hamba, jadi katakanlah, ‘hamba Allah dan pesuruh Nya.”(Au Qoma Qol)
Dalam seluruh hayat, Baginda mengalami sebegitu banyak kelahiran dan kematian, termasuklah para isteri, anak, anak-anak, saudara mara, para sahabat Rhu. dan yang agungnya kelahiran Baginda sendiri, yang tidak pernah satu pun Baginda ada lakukan sambutan maulid. Telah sepakat semua ulama’ dan fuqaha sejak 1500 tahun dahulu lagi, tidak pernah ada dicatat atau pun diucapkan bahawa ada Nabi Saw. pernah melakukan sambutan maulid ini. Jika benar perkara ini mulia dan agung, apa mungkin Nabi Saw. tidak melakukan? atau adakah kita lebih pandai dan lebih tahu lagi dari Baginda apa amalan yang lebih betul?
Lantaran berulang kali disebutkan bahawa amalan diadakan berdasarkan dari AL Qur’an dan As Sunnah, maka tolong jelaskan satu persatu :
1. Ayatullah mana yang menyuruh melakukan maulid ini. Jika benar ada, jelaslah bahawa Nabi Saw. sendirilah menjadi orang yang pertama-tama mengingkarinya.
2. Hadis sahih mana yang menceritakan Baginda Saw. ada membuat majlis maulid. Jika benar ada, maka jadilah para Solafus Solih tadi seorang munafiq dan penipu kerana telah menyembunyikan fakta kebenaran.
Sesungguhnya al haq itu tetap berdiri teguh selamanya sekali pun cuba dututupi oleh sekuat mana pun kepalsuan dan kebathilan. Dipersilakan.
والسلام
Catat Ulasan