----- Forwarded Message -----
Cc:
Sent: Monday, November 14, 2011 7:54 AM
Subject: Ibadah Qurban : Siri 1
Assalamu’alaikum Wr Wbt,
Moga Ustaz Mad dalam suasana sihat wal afiat sentiasa. Terima kasih banyak-banyak atas artikel Ibadah Korban yang sangat memberi kefahaman dan manfaat. Diharap artikel siri 2 akan menyusul dalam tempoh terdekat.
Saya ada soalan tambahan berkenaan ibadah korban ini :
Adakah disyaratkan oleh syara’ untuk bertakbir terlebih dahulu sebelum penyembelihan dilakukan. Sekiranya disyari’atkan, bagaimana contoh yang sebenar. Saya bertanya ini kerana ketika menghadiri upacara penyembelihan korban baru-baru ni, setiap kali nak sembelih sahaja, orang ramai bertakbir macam takbir raya. Nasib baiklah hanya 2 ekor, maka 2 kali takbir. Ada rasa hairan dan lawak timbul dipemikiran saya, kalaulah sepuluh ekor nak dikorbankan maka sepuluh kali lah ditakbirkan. Bukankah ini menyusahkan dan ini amalan yang pelik.
Satu lagi, ada beberapa kalangan orang alim yang mengatakan adalah sunat sekiranya dilaungkan azan seperti azan masuk waktu sebelum membuat sembelihan. Adakah perbuatan ini juga berasal dari tuntutan syari’at dan dicontohkan oleh nabi Muhammad dan para sahabatnya. Hal ini pun saya berasa pelik juga.
Saya mohon penjelasan lanjut berkenaan cara sembelihan yang sebenar mengikut syara’ serta penjelasan atas hal-hal yang saya tanyakan di atas. Supaya dapat saya beriman dan beramal dengan cara yang benar, insyaAllah.
Thanks.
Best Regards,
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
وبعد, يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي رب إشرح لي صدري و
Segala puji bagi Allah Swt., Pencipta sekelian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait, SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta orang-orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma ba'du.
Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat menjalani ibadah hari raya I’edul Adha kepada semua. Juga mendoakan agar Allah Swt. sentiasa menerima semua amalan kita seterusnya melimpahkan segala rahmat dan keampunanNya di hari dan bulan yang mulia ini, InsyaAllah. Sebenarnya hal qurban dan sembelihan serta persoalan yang tuan tanyakan telah saya sebutkan dalam 2 siri kuliah, tetapi tuan tak dapat hadir atas sesuatu kekangan. Namun tak mengapa, saya tuliskan disini setakat yang saya mampu. Moga semua kita boleh mendapat manfaat darinya.
Dalam bab sembelihan saya ambil huraian lengkapnya daripada artikel tulisan sahabat saya Abu Numair An Nawawi. Sebarang tambahan atau penjelasan lanjut dari saya sendiri, akan dicatatkan dibawah “Nota Tambahan”. Saya nukilkan tatacara sembelihan secara umum ini kerana hanya terdapat amat sedikit perbezaan antara sembelihan biasa dan sembelihan untuk qurban. Perbezaan itu ada saya nyatakan di dalam artikel.
Tatacara dan Adab-adab Menyembelih Haiwan Menurut Sunnah
Contoh Gambarajah 1.0 : Urat Dan Saluran Yang Dipotong Semasa Sembelihan
Gambar Rajah 2.0 : Lokasi Pemotongan Di Leher
Nota Tambahan : Tempat pemotongan sebenar yang diamalkan adalah lebih atas daripada garisan merah (dalam Gambar Rajah 2.0) yaitu lebih hampir ke pangkal leher. Gambar Rajah ini hanyalah pedoman, yang dipetik dari satu artikel lain. Kami tidak mampu untuk membuat lukisan sendiri yang lebih menepati lokasi sebenar. Sekian.
Dalam hadis-hadis yang sahih, Rasulullah Saw. apabila menyembelih haiwan sama ada untuk qurban (udhiyah) atau hadyu (ketika haji), Baginda menyembelih dengan tangannya sendiri. Dari sini menunjukkan sebahagian dari sunnah-sunnah penyembelihan haiwan adalah berusaha untuk menyembelih dengan tangan sendiri.
Tetapi sayangnya pada hari ini ramai dari kalangan umat Islam yang tidak mampu untuk melaksanakan penyembelihan secara individu atau dengan tangannya sendiri. Antaranya disebabkan tidak memiliki ilmu, takut, tidak biasa, dan tidak yakin (was-was). Maka, tulisan ini penulis usahakan dari hasil bacaan dan catatan peribadi penulis sebagai perkongsian buat para pembaca semua yang memiliki semangat dan minat untuk memahami persoalan ini dari kaca-mata yang syar’i dan sunnah.
Semoga Allah Swt. menjadikannya bermanfaat buat diri penulis dan para pembaca di luar sana sama ada di dunia mahupun di akhirat. Kepada Allah Swt. jualah penulis mengharapkan kebaikan, rahmat, dan petunjuk yang berterusan.
[Pertama] Ihsan Terhadap Haiwan Sembelihan
Di antara cara dan sikap ihsan yang disunnahkan ketika melaksanakan penyembelihan haiwan adalah :
1. Tidak menajamkan pisau di hadapan haiwan yang akan disembelih.
2. Tidak menyembelih haiwan di hadapan haiwan-haiwan lain yang akan disembelih. Dalam amalan biasa, hadangan dibuat.
3. Tidak membawa haiwan ke tempat sembelihan dengan cara yang kasar.
4. Memilih cara paling mudah dan yang paling kurang menimbulkan rasa sakit.
Perkara ini dinyatakan oleh Imam Nawawi rh. dalam kitab Syarah Sahih Muslim, Jilid 13 halaman 106 serta dicatatkan juga oleh Syaikh Abdurrahmaan Al Mubarakfuri dalam kitab Tuhfah Al Ahwadzi, Jilid 4 halaman 553.
Nota Tambahan : Rahsia penyembelihan, yaitu melepaskan nyawa binatang dengan jalan yang paling mudah, yang kiranya meringankan dan tidak menyakiti. Untuk itu, adalah dikehendaki alat yang digunakan harus tajam, supaya lebih cepat memberi pengaruh. Disamping itu, dipersyaratkan juga, bahawa sembelihan itu harus dilakukan pada leher, kerana ini tempat yang paling hampir untuk memisahkan hidup binatang dengan lebih mudah.
Nabi Saw. bersabda :
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ
“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan supaya sentiasa bersikap ihsan (baik) terhadap segala sesuatu. Apabila kamu hendak membunuh, maka bunuhlah dengan cara yang paling baik. Apabila kamu hendak menyembelih haiwan, maka sembelihlah dengan cara yang paling baik iaitu dengan menajamkan alat sembelihan dan hendaklah meletakkan haiwan dalam keadaan yang selesa”.
Hadis sahih riwayat imam Muslim rh., Jilid 10 halaman 122, no. 3615
“Yang dimaksudkan dengan, “... hendaklah meletakkan haiwan dalam keadaan yang selesa” adalah dengan menajamkan pisau dan mempercepatkan pergerakan pisau ketika menyembelihnya”.
Imam Nawawi rh. dalam kitab Syarah Sahih Muslim, Jilid 13 halaman 106
Pisau (alat menyembelih) hendaklah ditajamkan lebih awal sebagaimana sabda Nabi Saw. :
أتريد أن تُمِيتَها موتاتٍ هَلاَّ حَدَدْتَ شَفْرَتك قبل أن تُضْجِعَها
“Adakah kamu mahu membunuhnya dua kali? Tajamkanlah pisau terlebih dahulu sebelum kamu membaringkannya”.
Hadis riwayat Al Hakim rh., Jilid 4 halaman 257, no. 7563. Dinilai sahih oleh imam Adz Dzahabi rh.
Di antara hikmahnya adalah supaya haiwan tidak dibiarkan berada dalam keadaan tertunggu-tunggu, ketakutan, dan tidak selesa.
Rasulullah Saw. melarang membunuh haiwan tanpa sebab yang wajar. Baginda bersabda :
مَا مِنْ إِنْسَانٍ قَتَلَ عُصْفُورًا فَمَا فَوْقَهَا بِغَيْرِ حَقِّهَا إِلَّا سَأَلَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَنْهَا قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا حَقُّهَا قَالَ يَذْبَحُهَا فَيَأْكُلُهَا وَلَا يَقْطَعُ رَأْسَهَا يَرْمِي بِهَا
“Sesiapa dari kalangan manusia yang membunuh seekor burung atau yang selain darinya tanpa haknya, maka Allah akan meminta dia bertanggungjawab kelak di akhirat.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apa haknya?” Rasulullah menjawab, “Disembelih lalu dimakan, dan janganlah seseorang memotong kepalanya (membunuhnya) lalu dibuang”.
Hadis riwayat imam An Nasaa’i, Jilid 13 halaman 312, no. 4274. Dinilai dhaif oleh Syaikh Muhammad Nasiruddin Al Albani rh.
Selain itu, Rasulullah Saw. juga melarang memukul muka haiwan, melarang mencaci haiwan, berlaku kasar, menyakitinya, serta melarang melaknat atau mengejek haiwan. Ini disebutkan dalam hadis-hadis yang lain.
Dalil-dalil yang dibentangkan ini menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang sangat menganjurkan sikap ihsan bukan sahaja kepada sesama manusia, tetapi juga terhadap para haiwan. Bukan sahaja ketika haiwan tersebut hidup, tetapi juga ketika hendak menyembelih atau setelah membunuhnya.
[Kedua] Haiwan Yang Boleh Disembelih
Haiwan yang boleh disembelih adalah dari jenis haiwan darat yang mengalirkan darahnya dan halal dimakan. Ini adalah seperti unta, lembu, kerbau, rusa, arnab, kambing, kambing biri-biri, kijang, pelandok, ayam, itik, dan angsa.
Imam An Nawawi rohimahullah menyebutkan :
قال بعض العلماء والحكمة فى اشتراط الذبح وانهار الدم تميز حلال اللحم والشحم من حرامهما وتنبيه على أن تحريم الميتة لبقاء دمها
“Sebahagian ulama menyatakan bahawa hikmah pada syarat sembelihan (adz-Dzabh) dan mengalirkan darah (an-nahr) adalah bagi membezakan di antara kehalalan daging dan lemak dari yang mengharamkannya. Perlu diperhatikan bahawa bangkai diharamkan (antaranya) kerana ia tidak mengalirkan (mengeluarkan) darah di dalam tubuhnya”.
Kitab Syarah Shahih Muslim, Jilid 13 halaman 123
Nota Tambahan : berdasarkan hadis-hadis sahih, Rasulullah Saw. dan para sahabatnya hanya menyembelih unta, lembu, kambing dan kambing biri-biri (domba, kibas) bagi menjalankan ibadah qurban pada hari Nahar dan hari-hari tasyriq.
Adapun haiwan darat dari jenis yang mengalir darahnya yang tidak halal dimakan berdasarkan dalil-dalil yang telah ditentukan, maka ia adalah haram walaupun setelah disembelih, dan matinya tetap dihukumkan sebagai bangkai.
Manakala haiwan yang tidak memiliki darah yang mengalir atau tidak boleh disembelih (kerana tidak memiliki leher), jika ia mati maka matinya dianggap sebagai bangkai. Kecuali bangkai setiap jenis haiwan air dan bangkai belalang, ia halal dimakan walaupun tanpa melalui proses sembelihan.
Sabda Rasulullah Saw. :
أُحِلَّتْ لَنَا مَيْتَتَانِ، وَدَمَانِ. فَأَمَّا الْمَيْتَتَانِ: فَالْحُوتُ وَالْجَرَادُ، وَأَمَّا الدَّمَانِ: فَالْكَبِدُ وَالطِّحَالُ
“Dihalalkan bagi kita dua bangkai dan dua jenis darah. Dua bangkai tersebut adalah bangkai ikan dan belalang, manakala dua darah tersebut adalah hati dan limpa”.
Hadis riwayat imam Ahmad rh., Jilid 10 halaman 16, no. 5723. Dinilai sahih oleh Syaikh Al Albani rh. dan dinilai hasan oleh Syaikh Syu’aib Al Arnauth rh.
Juga sebagaimana sabda Baginda yang lain :
هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ الْحِلُّ مَيْتَتُهُ
“Laut itu suci airnya dan halal bangkainya”.
Hadis riwayat imam Malik rh., imam Abu Daud rh., imam Tarmidzi rh., imam Nasaa’i rh. dan imam Ibnu Majah rh. Imam Tarmidzi rh. mengatakan ia hasan sahih
Nota Tambahan : binatang laut yaitu binatang yang hidup di dalam laut adalah semuanya halal semasa hidup atau telah mati, tenggelam atau terapung. Allah Swt. berfirman :
“Dihalalkan bagimu binatang buruan laut, dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lazat bagimu dan orang-orang yang dalam perjalanan………………..”.
Surah Al Maaidah (5) : sebahagian ayat 96
Dalam hal ini Allah Swt. memberikan keleluasaan kepada hambaNya dengan memberikan perkenan (mubah) untuk makan semua binatang laut, tidak ada satu pun yang diharamkan dan tidak ada satu pun persyaratan untuk menyembelihnya seperti yang berlaku pada binatang lainnya.
Syeikh Prof. Dr. Muhammad Yusuf Bin Abdullah Al Qaradhawy, Kitab Halal Wal Haraam Fil Islam, Bab Penyembelihan Mengikut Syara’ halaman 84
[Ketiga] Membaringkan Haiwan (yang berupa kambing atau sejenisnya)
Rasulullah Saw. pernah memerintahkan supaya dibawakan dua ekor kibas kepadanya untuk dikorbankan sebagaimana hadis daripada ‘Aisyah rha.
“Dari Aisyah rha. ia berkata : Bahawasanya Rasulullah Saw. memerintahkan seseorang untuk membawakan kibas bertanduk bagus yang berkaki, perut dan sekitar matanya berwarna hitam. Maka kibas itu didatangkan kepada Baginda untuk disembelih. Baginda pun bersabda : Wahai Aisyah, bawalah pisau kemari. Kemudian Baginda mengatakan : Asahlah pisau itu dengan batu : Maka Aisyah pun melakukannya dan Baginda pun mengambilnya. Setelah itu Baginda membawa kibas dan membaringkannya lalu menyembelihnya. Baginda menyebut “Dengan nama Allah, Ya Allah, Terimalah dari Muhammad, Keluarga Muhammad dan Ummat Muhammad”, kemudian Baginda menyembelih kibas tersebut”.
Hadis sahih riwayat imam Muslim rh. (no. 5064) dan imam Abu Daud rh. (no. 2792)
Telah berkata Imam Muhammad bin Amir As Son’ani rh. :
فيه دليل على أنه يستحب إضجاع الغنم ولا تذبح قائمة ولا باركة لأنه أرفق بها وعليه أجمع المسلمون ويكون الإضجاع على جانبها الأيسر لأنه أيسر للذابح في أخذ السكين باليمنى وإمساك رأسها باليسار
“Ini adalah dalil yang menjelaskan anjuran merebahkan haiwan yang hendak disembelih (dari jenis kambing), dan ia tidak disembelih dalam keadaan berdiri atau duduk. Kerana keadaan tersebut lebih mudah baginya dan ini adalah ijma’ (kesepakatan) al muslimun. Ia dilakukan dengan merebahkan haiwan di atas sisi kirinya di mana ia lebih memudahkan orang yang menyembelih sambil memegang pisau di tangan kanan dan memegang kepala haiwan dengan tangan kirinya”.
Kitab Subul As Salam, Jilid 4 halaman 162 – Maktabah at-Taufiqiyah
Dalam hadis daripada Anas bin Malik rhu. ia menjelaskan posisi perletakan kaki kanan ketika menyembelih. Kata Anas :
ضَحَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ فَرَأَيْتُهُ وَاضِعًا قَدَمَهُ عَلَى صِفَاحِهِمَا يُسَمِّي وَيُكَبِّرُ فَذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ
“Nabi Saw. berqurban dengan dua ekor kibas yang warna putihnya lebih banyak dari warna hitam. Aku melihat beliau meletakkan kaki beliau di atas rusuk kibas tersebut sambil menyebut nama Allah dan bertakbir, lalu beliau menyembelih kedua-duanya dengan tangan beliau sendiri”.
Hadis sahih riwayat imam Al Bukhari, Jilid 17 halaman 255, Bab: Menyembelih Haiwan Korban Dengan Tangannya, no. 5132
Manakala bagi unta, ianya disembelih dalam keadaan berdiri di atas tiga kakinya dan kakinya yang kiri bahagian hadapan diikat dengan tali. (Syaikh Abu Malik Kamal, dalam kitab Sahih Fiqhus Sunnah, Jilid 2 halaman 364 – Maktabah at-Taufiqiyah)
[Keempat] Menghadapkan Haiwan Sembelihan Ke Arah Kiblat
Disunnahkan agar haiwan (yang telah dibaringkan) dihadapkan ke arah kiblat ketika hendak menyembelihnya.
Imam Nafi’ rh. mengatakan :
أن بن عمر كان يكره أن يأكل ذبيحة ذبحه لغير القبلة
“Bahawasanya Ibnu ‘Umar tidak suka makan daging haiwan yang tidak menghadap kiblat ketika disembelih”.
Dalam Al Musannaf ‘Abdurrazzaq, Jilid 4 halaman 489, no. 8585
Demikian juga dengan imam Ibnu Sirrin rh., beliau mengatakan :
كان يستحب أن توجه الذبيحة إلى القبلة
“Dianjurkan supaya menghadapkan haiwan ketika disembelih ke arah kiblat”.
Dalam Al Musannaf ‘Abdurrazzaq, Jilid 4 halaman 489, no. 8587
Ini adalah sebagaimana perbuatan Rasulullah Saw. sendiri ketika Baginda menyembelih unta hadyu di Mina. Baginda hadapkan unta-unta yang hendak disembelih ke arah kiblat. Riwayat ini diriwayatkan oleh Imam Malik rh. dalam Al Muwaththa’, Jilid 2 halaman 554-555, no. 1405. Dinilai sahih oleh Syaikh Abdul Qadir Al Arnauth rh. dalam Tahqiq Jami’ Al Usul, Jilid 3 halaman 342.
[Keempat] Membaringkan Haiwan (yang berupa kambing atau sejenisnya)
Rasulullah Saw. pernah memerintahkan supaya dibawakan dua ekor kibas kepadanya untuk dikorbankan sebagaimana hadis daripada ‘Aisyah rha.
“Baginda Saw. berkata (kepada ‘Aisyah), “Wahai ‘Aisyah, bawakanlah pisau ke sini.”
Kemudian Baginda bersabda, “Asahlah pisau ini dengan batu (pengasah).” ‘Aisyah pun melakukan apa yang di perintahkan Baginda. Setelah diasah, Baginda mengambilnya dan mengambil kibas tersebut lalu membaringkannya dan menyembelihnya...”.
Hadis sahih riwayat imam Muslim rh. , Jilid 10 halaman 149, no. 3637
Telah berkata Imam Muhammad bin Amir As Son’ani rh. :
فيه دليل على أنه يستحب إضجاع الغنم ولا تذبح قائمة ولا باركة لأنه أرفق بها وعليه أجمع المسلمون ويكون الإضجاع على جانبها الأيسر لأنه أيسر للذابح في أخذ السكين باليمنى وإمساك رأسها باليسار
“Ini adalah dalil yang menjelaskan anjuran merebahkan haiwan yang hendak disembelih (dari jenis kambing), dan ia tidak disembelih dalam keadaan berdiri atau duduk. Kerana keadaan tersebut lebih mudah baginya dan ini adalah ijma’ (kesepakatan) al muslimun. Ia dilakukan dengan merebahkan haiwan di atas sisi kirinya di mana ia lebih memudahkan orang yang menyembelih sambil memegang pisau di tangan kanan dan memegang kepala haiwan dengan tangan kirinya”.
Kitab Subul As Salam, Jilid 4 halaman 162 – Maktabah at-Taufiqiyah
Dalam hadis daripada Anas bin Malik rhu. ia menjelaskan posisi perletakan kaki kanan ketika menyembelih. Kata Anas :
ضَحَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ فَرَأَيْتُهُ وَاضِعًا قَدَمَهُ عَلَى صِفَاحِهِمَا يُسَمِّي وَيُكَبِّرُ فَذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ
“Nabi Saw. berqurban dengan dua ekor kibas yang warna putihnya lebih banyak dari warna hitam. Aku melihat beliau meletakkan kaki beliau di atas rusuk kibas tersebut sambil menyebut nama Allah dan bertakbir, lalu beliau menyembelih kedua-duanya dengan tangan beliau sendiri”.
Hadis sahih riwayat imam Al Bukhari, Jilid 17 halaman 255, Bab: Menyembelih Haiwan Korban Dengan Tangannya, no. 5132
Manakala bagi unta, ianya disembelih dalam keadaan berdiri di atas tiga kakinya dan kakinya yang kiri bahagian hadapan diikat dengan tali. (Syaikh Abu Malik Kamal, dalam kitab Sahih Fiqhus Sunnah, Jilid 2 halaman 364 – Maktabah at-Taufiqiyah)
[Kelima] Menyembelih Dengan Alat yang Tajam Selain Kuku, Tulang, Gading, dan Gigi
Sebagaimana telah disebutkan dalam hadis-hadis sebelumnya, disunnahkan supaya menyembelih haiwan menggunakan pisau atau alat penyembelih yang tajam. Kemudian Rasulullah Saw. mengecualikannya dengan gigi dan tulang.
Ketika seorang sahabat membunuh seekor unta yang bertindak liar dengan tikaman (lemparan) tombak, Rasulullah Saw. bersabda :
مَا أَنْهَرَ الدَّمَ وَذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ فَكُلُوهُ لَيْسَ السِّنَّ وَالظُّفُرَ وَسَأُحَدِّثُكُمْ عَنْ ذَلِكَ أَمَّا السِّنُّ فَعَظْمٌ وَأَمَّا الظُّفُرُ فَمُدَى الْحَبَشَةِ
“Setiap apa yang ditumpahkan darahnya dengan disebut nama Allah maka makanlah kecuali yang ditumpahkan darahnya dengan gigi dan kuku, dan akan kusampaikan tentang itu. Adapun gigi, ia termasuk tulang. Manakala kuku, ia adalah pisaunya orang-orang Habsyah”.
Hadis sahih riwayat imam Al Bukhari, Bab 8 halaman 391, no. 2308
Telah berkata Imam AnNawawi rohimahullah (Wafat: 676H):
وفى هذا الحديث تصريح بجواز الذبح بكل محدد يقطع إلا الظفر والسن وسائر العظام
“Hadis ini menjelaskan tentang dibolehkan menyembelih haiwan dengan apa jua alat yang tajam selagi mana boleh untuk memotong selain kuku, gigi dan segala jenis tulang”.
Kitab Syarah Sahih Muslim, Jilid 13 halaman 123
[Keenam] Dibenci (makruh) Menyembelih Haiwan Hingga Terputus Lehernya
Ini adalah berdasarkan penjelasan dari kalangan sahabat dan ulama dari kalangan Tabi’in. Mereka membenci perbuatan tersebut dan sebahagiannya enggan untuk memakannya.
Imam Nafi’ rh. mengatakan :
أن بن عمر كان لا يأكل الشاة إذا نخعت
“Sesungguhnya Ibnu ‘Umar enggan memakan daging kambing yang disembelih sehingga lehernya terputus”.
Dalam Musannaf ‘Abdurrazzaq, Jilid 4 halaman 490, no. 8591
Imam Atha’ rh. (ulama Tabi’in) berkata :
إن ذبح ذابح فأبان الرأس فكل ما لم يتعمد ذلك
“Jika ada orang yang menyembelih haiwan sehingga kepala terpisah dari tubuhnya maka kamu makanlah asalkan orang tersebut melakukannya tanpa sengaja”.
Dalam Musannaf ‘Abdurrazzaq, Jilid 4 halaman 491, no. 8599
Imam Thawus rh. berkata :
لو أن رجلا ذبح جديا فقطع رأسه لم يكن بأكله بأس
“Jika ada orang yang menyembelih haiwan sehingga lehernya putus maka daging haiwan tersebut tetap boleh dimakan”.
Dalam Musannaf ‘Abdurrazzaq, Jilid 4 halaman 491, no. 8601
Imam Ma’mar rh. mengatakan :
سئل الزهري عن رجل ذبح بسيفه فقطع الرأس قال بئس ما فعل فقال الرجل فيأكلها قال نعم
“Ketika Imam Az Zuhri (ulama dari kalangan Tabi’in) ditanya tentang seseorang yang menyembelih dengan menggunakan pedang sehingga leher haiwan yang disembelih putus. Jawab beliau, “Buruk sungguh perbuatan tersebut.” Beliau ditanya lagi, “Adakah dagingnya boleh dimakan?” Az Zuhri menjawab, “Boleh”.
Dalam Musannaf ‘Abdurrazzaq, Jilid 4 halaman 492, no. 8600
Setakat ini dahulu nukilan saya buat masa ini.
والله اعلم , bersambung
Yang benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari saya yang amat dhaif ini.
سكيان
والسلام
eddzahir@38
Tanah Liat, Bukit Mertajam
0 ulasan:
Catat Ulasan