On Monday, December 2, 2013 2:03 AM,
abu_hadhari wrote :
Assalamu’alaikum ustaz mad,
Nilai
keajaiban dari amal sedakah ini sebenarnya telah terungkap pada arti namanya,
sedekah yang berakar dari kata Sidiq ini menunjukkan bahawa amal tersebut
merupakan batu uji yang akan menyerlahkan sejauh mana keberadaan dan kekuatan
iman yang dimiliki oleh seorang Muslim.
Sedekah memiliki khasiat yang amat menakjubkan dalam menangkal bencana, juga
sebagai ubat bagi penyakit, sekalipun mereka berbuat dosa. Ibnu Mas’ud berkata
bahawa Rasulullah bersabda,
‘Berubatlah
kalian dengan sedekah.’ Hadis hasan riwayat imam Baihaqi (III/383)]
Al-Hafidz al-Mundziri berkata bahawa dari Ali bin al-Husein bin Syaqiq berkata,
‘Aku mendengar Ibnu al-Mubarak pernah ditanya oleh seseorang, ‘Wahai Abu
Abdurrahman, aku memiliki sebuah luka, luka ini telah ada sejak 7 tahun.
Sungguh aku telah berubat dengan berbagai macam pengubatan, aku bertanya pada
para tabib, dan aku tidak mengambil manfaat darinya.’
Abdullah
bin Mubarak berkata, ‘Carilah tempat manusia memerlukan air dan galilah sumur
di sana, aku berharap semoga memancar mata air darinya, dan air tersebut dapat
menahan darah dari tubuhmu.’ Lalu orang tersebut melakukannya, ia pun sembuh
dari penyakitnya.”
Lihat
At Targhib wa Tarhib karya Syeikh Al-Albani, hadis no. 953 dan 954
Demikian
hebat dan mulianya sedekah. Apa lah malang dan bebalnya ada orang berstatus
ustaz pula dok jadikan amal sedekah orang bahan hinaan dan cacian. Ingatkan
orang awam saja yang jahil, rupanya dah menjadi ustaz pun jahil jugak, mungkin
ini yang dikatakan jahil murakkab (bodoh 2 kali ganda).
Wallahu
a’lam
On Monday, December 2, 10:42 AM, ernest
prtdi wrote :
Assalamu’alaikum, moga tuan ustaz mad baik-baik saja. Apa pun
syukron atas artikel yang memberi menafaat banyak ni.
Mula-mula
baca ada rasa tak percaya yang ada lagi ustaz perangai macam ni. Macam ni punya spesis pun masih dok ada lagi
kah! Ingatkan dah habis pupus dah. Selagi dok ada spesis macam ni, selagi
itulah dunia takkan aman dan Islam akan terus difitnah. Macam manalah jadi
ustaz pastu dipuja puji orang sedangkan perangai macam ………
Tapi
lama-lama dok pikir, apalah yang nak dihairankan, malah tak pelik langsung pun
hal adanya penceramah ugama merapu macam ni. Dia ingat hukum hakam sedekah ni seperti
yang keluar dari akal pikiran dia saja. Memang la kalau ikut akal dia, bagi
semua sedekah tu kat dia lagi bagus. Dan haktu lah yang dia mahu sangat pun.
Saya
setuju dengan syeih Mad, orang berilmu takkan berperangai macam ni, mustahil
tak tahu hukum hakam, adab sopan dan cara berda’wah. Bukan nak tuduh tapi nak
kata saja ; dia nak duit tu sebetulnya. Banyak dah penda’wah yang macam tu,
cakap punya lah sedap. Walhal akhir-akhirnya jelas sekali matlamatnya menuju ke
RM.
Memang
dunia akhir zaman penuh dugaan, so teruskan ja sedekah apa yang kita mampu, dengan
sebaik mungkin supaya mendapat redho Allah, bukan kerana yang selainnya. Lagi
pun, bukan ustaz tu pulak yang boleh jadi hakim dan bagi pahala.
Wassalam
On Monday, December 2, 10:42 AM, mohdpoziatan
wrote :
Assalamu’alaikum, moga semua rakan jamaah khususnya al fadhil
ustaz abang mad dalam rahmat Allah sentiasa. Saya pun nak ambil kesempatan
menulis dalam suasana yang baik ini.
Dari Salim bin Abdullah bin Umar dari ayahnya Rhu. bahawasanya Rasulullah
Saw. telah memberi sesuatu kepada Umar bin al-Khattab. Maka Umar berkata :
Berikanlah kepada orang yang lebih fakir daripada aku. Nabi bersabda : Ambillah
lalu kembangkan atau engkau sedekahkan. Sesuatu yang datang kepada mu dari
harta ini sedangkan engkau tidak mengharap dan tidak memintanya maka ambillah
dan sesuatu yang tidak datang kepada mu maka janganlah engkau ikutkan diri mu
pada sesuatu itu."
Hadis sahih riwayat imam Muslim
kita-kita sekarang ni lebih mudah dan senang bersedekah. Ini bersesuaian dengan
arus semasa yang membolehkan kita bersedekah menggunakan potongan bank, mnerusi
SMS dan macam-macam kemudahan lain. Lebih-lebih lagi sebahagian besar ummat
muslimin boleh dikatakan sudah memiliki lebih dari keperluan diri sendiri.
Sekarang ni pun ramai manusia
sanggup menipu untuk mendapatkan sedekah. Penipu amatur dan pro ribuan tahun
dah ada. Yang paling ditakuti sekarang penipu atas nama agama : jual jampi, jual
serampah, jual ayaq sejuk, upah amal, upah buat ibadah, upah baca ayat Allah dan
macam-macam perbuatan karut lagi, yang nampak macam alim sesangat, walhal nak
cari duit saja. Yang tepatnya menjual agama untuk mendapat untung wang mudah.
Lagi pun orang ramai dah macam kena psiko : takkan bertanya banyak kerana nak
menyumbang kepada agama.
Cerita dan penjelasan dari ustaz mad
ni memang betul. Terpulang lah kepada kita untuk membuat penilaian, supaya
jangan kerana nak taat ugama rupanya kita tertipu atas kebatilan yang disangka
agama.
Moga Allah Swt. rahmati kita semua.
Nak sedekah pun ada tatacaranya, nak meminta pun ada tatacaranya. Dengan
menghalusi hal ini, takkan kita tertipu dan dapat tangkap penipu jual agama.
InsyaAllah.
On Monday, December 2, 3.03 PM, poison_ivy
wrote :
Wa’alaikumussalam ustaz,
Terima kasihlah atas pencerahan
ustaz, panjang berjela, baca 3 round baru abis.
Marilah kita terus bersedekah dengan
apa yang kita mampu. Kalau nak ikut apa orang kata, memang susah hidup, tambah
lagi yang ada kepentingan sebalik mee, apa saja yang kita sedekah pun semua tak
betul, maksud sebenar, bagi kat dia baru betul, lagi banyak lagi bagus.
Ramadhan lepas, ada cara kutip duit
baru – upah sembahyang sunnat, upah baca Al Qur’an, baca doa, berzikir lengkap
dengan pakej-pakej dan rating lagi. Apa nak jadi dah nih, harap dapat al fadhil
ustaz tulis juga hal trend baru kutip duit ni. Lama-lama nanti orang dah tak
mau buat amal ibadat lagi dah, upah orang tolong buat sudah la.
Terima kasih la atas artikel yang
bermanfaat nih.
Wassalam.
On Tuesday, December 3, 10.41 AM, Jalal
Unimap wrote :
Assalamu’alaikum
Terima kasih tuan, tak henti-henti
memberi kat saya nih kuliah yang bagus, mudah-mudahan mendapat balasan kebaikan
dan saya pun mendapat banyak pengajaran. Banyak perkara yang tak kena berlaku
dan masih berlaku dalam masyarakat Melayu Islam kita nih, begitulah hakikatnya.
Cara teguran diikuti pesanan dan
pengajaran macam nih memang bagus. Memang inilah cara terbaik, bukan setakat
komen dan bangkang sahaja yang tahu, semua perkara nak bangkang saja, mendorong
ke jalan yang betul tak tahu pula, malah tak satu apa pun yang tahu. Inilah
penyakit yang lebih teruk.
InsyaAllah, kalau ada kesempatan
nanti saya singgah di rumah. Nak joint kuliah pun payah, duduk jauh ni. Apa pun
selamat maju jaya
Wassalam
On Tuesday, December 3, 11.54 AM, Wan
Arzuan wrote :
Assalamu’alaikum Wr Wbt.
Terima kasih atas pencerahan nih.
Sungguh pelik kalau usaha sedekah orang yang menjadi bahan cercaan dan hinaan.
Apa tiada modal lain kah untuk di kuliyahkan selain mengata kepada orang yang
bersedekah. Memang pelik. Lagi pelik pulak, dalam masjid/rumah Allah yang mulia
jadi tempat membuat kata-kata nista macam ni. Na’uzubillah. Apa ustaz sekor nih
takder rasa malu kepada Allah Swt. kalau pun pada manusia dia dah tak rasa
heran.
Saya perhatikan tulisan nih,
Alhamdulillah tiada pulak nak mengata ke orang sebaliknya memberi penjelasan
yang umum iaitu semua orang, yang terkena sendiri rasa lah. Dah makan cabai
sendiri rasa pedas. Tak perlulah sampai orang tolong cabaikan mulut tuh.
Harap nanti ustaz dapat tulis fasal
peminta sedekah moden nih, dah macam-macam style. Kat tempat saya nih dah
berselang hari, ada saja orang datang mintak derma atas nama rumah anak yatim,
rumah kebajikan, pusat tahfiz, rumah orang tua-tua, sekolah agama, dan
macam-macam lagi. Rata-rata orang tempatan, Tapi ada juga yang mengaku datang
dari Kemboja, Myanmar, Bangladesh, Pakistan, Siam dan semuanya bawa trend yang
serupa – atas jenama Islam. Merayu-rayu dan bercerita macam-macam.
Tak nak bagi ada jga rasa nak
menyumbang kepada so called Islam, mahu tak mahu kita bagi juga walau pun
sikit. Dengan harapan sumbangan kita itu membantu. Tapi bila terdengar para
peminta sedekah pro atau semi pro nih dok buat kekayaan, malah dah jadi macan
orang kaya, rasa lemas pun ada. Segala macam rasa dah bercampur baur.
Harap dapat al fadhil ustaz
ceritakan hal ini dan bongkarkan alkisah sebenarnya. Supaya yang benar itu
terserlah. Akhirnya yang benar itu diperkuatkan dan para penipu pula dihukum
berat-berat, jangan dibiar bermaharajalela membuat fitnah ke atas Islam.
Setakat itu saja, wassalam
On Tuesday, December 3, 10.44 PM, eddzahir
wrote :
Wa’alaikumussalaam,
1.
Terima kasih kerana ulasan Tuan serta
rakan-rakan lain amat baik dan bernas.
2.
Tidak patut sama sekali gunakan
media untuk pin point mengata / mencerca satu orang lain. Ini hal personality
orang itu, baik sekali jika ada rasa tidak berapa kena padanya, hulurkan
teguran secara peribadi, bukan diumumkan.
3.
Niyat di hati pabila menegur adalah
supaya kesilapan itu disedari dan diperbaiki, seterusnya semua pihak mendapat
manfa’at. Bukannya memalukan dan mengata kembali menerusi media. Ini perbuatan
bukan nak memperbaiki tetapi mengata, menghina, membuka aib dan mencerca. Sikap
ini lebih membawa keburukan bukan kebaikan.
4.
Untuk mengawal para peminta sadaqah
pro / semi pro ni adalah 1. Menerusi ketetapan undang-undang (pihak yang
memerintah kenalah membuat tindakan sepatutnya), dan 2. Orang ramai hendaklah jangan
bagi sekiranya ada rasa was-was, kerana selalunya mereka ini bersemangat kerana
banyak mendapat habuan.
5.
InsyaAllah, saya akan tulis
sekiranya ada kesempatan. Cuma baik sekali dinyatakan awal-awal lagi, ini kerja
berat kerana melibatkan case study dan participation observation, bukannya
boleh terhasil dari dengar cakap, cerita ceriti, mimpi-mimpi dan teka meneka
sahaja.
Wassalaam.
On Wednesday, December 4, 11.17 AM, adik
manja wrote :
Saya setuju sangat dengan saranan
supaya meletakkan balang transparent kat tengah-tengah laman majlis tu
dilupuskan. Jelas sekali ia bertentangan dengan suruhan sunnah – sembunyikan
pemberian. Macam manalah amalan ni boleh ada. Yang jelas-jelas dituntut sunnah
dalam hal jenazah seperti diletakkan menghala ke kiblat dan cepat dikebumikan
kurang pulak diambil pusing, tapi hal balang telus sekaligus matlamat RM ni jadi
hal besar pulak. Pelik sungguh orang-orang kita.
Harapnya dapatlah kita semua mulakan
dalam diri kita sendiri dan seluruh kaum keluarga kita dulu. Saya pernah cuba
dan tidak benarkan dalam kes kaum keluarga, tapi kena marah dan menjadi alasan
bermasam muka pula. Apa nak buat, kepada Allah Swt. lah dikembalikan segala
kebenarannya.
Terima kasih atas kiriman email
pencerahan ini, yang tak tahu dah jadi tahu, yang kurang jelas dah jadi jelas.
Hanya Allah Swt. yang boleh membalas segala jasa baik.
Wassalam
On Wednesday, December 4, 11.39 AM,
hadi mus wrote :
Assalamu’alaikum Wr Wbt
Apalah yang dikalutkan hal sedekah
ni, dah jelas pun yang hukumnya sunat dan ia memang pilihan pun, bukannya wajib
dan paksaan pun. Ribuan tahun hukum ni dah ada, takkan la sampai sekarang tak
boleh nak faham lagi.
So, jom kita bagi apa yang kita
mampu dan apa yang kita boleh bagi seadanya. Apa yang susah sangat! Jangan
pedulikan golongan senak otak yang takdak kerja lain, selain dok komen amal
sedekah orang.
p/s ; hadis sahih sebut, yang dok
suka mengherdik, menghina dan komen amal sedekah orang ni hanyalah orang
munafiq. Moga kita terpelihara dari perangai macam nih.
Dan selalunya juga, tukang komen nih
tak pernah buat apa pun selain komen saja. Itu saja yang depa reti. Otak depa
nih memang dah rosak, depa sangka dengan komen itu ini saja perut boleh
kenyang.
Wassalam
0 ulasan:
Catat Ulasan