On Tuesday, December 17, 2013 9:30
AM, Abdurrazaq Muhammad wrote:
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ
اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
…… Syukron Syeikh
Sangat berguna kuliyah ilmu nih, lebih-lebih lagi kat
ana yang bakal …… beberapa hari lagi nih. Banyak membantu sungguh
Majlis.sebelah perempuan, insyaAllah pada 31/1/2014.di Alor Gajah, Melaka. Tempat
ana pulak insyaAllah pada 8/2/2014...
Ana dan keluarga tengah usaha nak dapatkan dewan kat UPM ni. InsyaAllah,
once dah dapat tempat yang sesuai, barulah akan print kad.jemputan dan diwar-warkan
kepada jemputan.
Majlis ana nih ringkas dan sangat
simple saja, bertunang pada hari Sabtu ni. Tempoh tunang nih pun pendek sangat,
fasal niyat kita nih nak bernikah bukan nak bertunang sampai tak tahu bila nak
nikah.
Kawan kuliyah dan sekolah kita nanti, insyaAllah tidak akan dilupakan. Yeap
tentulah sekali berdasarkan kemampuan yang ada. Setakat yang termampu. Macam
yang enta sebut : utamakan maqasid syari’ah dan tanda kesyukuran kepada Allah
Swt. InsyaAllah begitulah.
Email nih jugak adalah sebagai
jemputan istimewa untuk enta dan seisi keluarga daripada ana dan keluarga.
Marilah bersama. Reserve.lah tarikh tu awal-awal lagi yer..., ana menunggu,
lama pun tak jumpa enta. Banyak hal yang boleh disibuk-sibukkan nanti
Syukron atas doa dan usaha enta yang
tak pernah putus.
Wassalam.
Regards,
Abdurrazaq
On Wednesday, December 18, 2013 11:04
AM, Ernest Ibrahim wrote :
Wa’alaikumussalaam banyak-banyak
abang syeh ustaz Mad. Memang betul orang-orang kita dalam kenduri kendara nih
sangat banyak dah jadi,
bukannya dapat berkat, tapi
mengumpat (perangai nak berjoli, dikata dek orang)
bukannya sunnah, tapi punah
(gila-gila dok harap kutipan tol)
bukannya baik, tapi sakit (hutang
kenduri tak habis bayar lagi, anak menantu dah bercerai berai)
bukannya pahala, tapi dosa (segala
macam budaya amalan khurafat/merapu dibuat sekali)
bukannya kenyang, tapi kebulur di
akhirat (majlis penuh pembaziran)
bukannya bahagia, tapi derita (elok
habis kenduri, ceti dok hambat sana sini)
bukannya senang, tapi tambah susah
(fasal nak berlawan hebat, jadi papa kedana lepas kenduri)
Bla…..Bla…. Bla… macam-macam lagi
Pernah juga saya tengok, dek kerana
sikap sombong dan besar diri dengan jiran-jiran sekampung yang dianggap tak
berguna belaka, pemalas nak beramah mesra dengan rakan dan jiran-jiran, kena masa
nak buat kenduri anak-anak atau ada kematian,barulah terhegah-hegeh, buat-buat
senyum kelat, tersengih sana tersengih sini tunjuk bagus. Tiba-tiba saja pulak
boleh tunjuk baik kat orang, tu pun memang sah ada udang sebalik batu. Nasib
baiklah masyarakat kita nih bukan pendendam. Kalau tidak bertambah punah ranah.
Maap la syeh, panjang saya celoteh,
bercerita itu ini. Apa pun, terima kasih la atas kiriman kuliyah nih. Cuma
segan silu pun dok ada, lama dah saya tak joint kuliyah dan usrah, ada hal.
InsyaAllah lain kali. Memang memberi manfaat.
Wassalam.
On Wednesday, December 18, 2013 11:04
AM, Haniffa Syazman wrote :
Wa’alaikum syeh, tak dak apa nak
dikata, tiada yang tidak benar, melainkan betul-betul belaka. Memang camtu la
orang kita dok berkenduri. Tapi yang betul ikut syari’at ada juga, cuma mungkin
tidaklah lembu terlihat dalam kawanan kerbau.
Tentu sekali, majlis orang apa kita
boleh kata, hak kita sendiri mai kita buat betul-betul. InsyaAllah setakat gu
ja mungkin yang mampu kita buat. Nak pi habaq kat orang pun boleh, Cuma harap
dia mahu dengar dan ambil pelajaran. Kalau tak mahu ikut jugak, memang dia
punya fasal lah, kita hanya mampu tengok ja lagi.
Aaaa…. haaaa…! Saya paling setuju
dengan syeh Brahim nih, yang dia mengaku dah sedar sendiri, dia suka celoteh
panjang berjela, padahai kuliyah tak mai pun, ada-ada saja isu nak skip dan
skip. Banyak yang tak kena ni woooooo! awat tidoq lama sangat
Bila nak mai, jangan berguru dengan
internet dan tanya habaq kut talipon ja! Kalut nanti syeh, kami dah melangkaui beratus
mukasurat, rugi tuh…… takkan tak teringin mee kari lagi dah. Tak pun sup ekor!
Tapi bila dah ada kesedaran tu pun
dah kira bagus. So mai la kuliyah syeh, kami dok tunggu, tak meriah enta tak
dak. Atau, Lamaaaaaa daaaaah! Lupaaaa daaaah
Wassalam
On Wednesday, December 18, 2013 2:38
PM, Mohdpoziatan wrote :
Assalamu’alaikum Wr Wbt.
Moga kenduri kendara semua kita ini
mengikut syari’at. Yang terlepas pandang tu selalunya kerana terikut-ikut
dengan persekitaran sahaja. Bercampur dengan ada rasa tak mahu kalah, nak lebih
gah lagi. Kadang-kadang lebih kesian lagi kat tuan rumah yang tak mampu,
terpaksalah juga kena sedia itu ini kerana kaum keluarga dok minta macam paksa
pula (alasan takut malu kat orang).
Baik sekali, mari bersama kita didik
diri – berkenduri ikut syari’at, apa-apa yang bukan dari itu, kita tolak.
Jadikan majlis walimah benar-benar – suatu acara menzahirkan kesyukuran kepada
Allah Swt.
Kepada sahabat yang bakal melangsungkan
walimah diucapkan : Selamat Penganting baharu dan Semoga Allah memberi barokah kepadamu (ketika dirimu bahagia dan
harmoni), dan semoga Allah (tetap) memberi barokah ke atasmu (ketika
keadaanmu bergolak), dan semoga Allah (senantiasa) mengumpulkan kamu
berdua dalam kebaikan.”
Wassalam
On Thursday, December 19, 2013 11:42
AM, Bukhari Shamsudin wrote :
Assalamualaikum wr wbt.
Jazakallahu khair, moga saudaraku ini sihat dan dirahmati Allah sentiasa.
Moga-moga do’a ini sentiasa Allah maqbulkan. Maap kerana tak dapat ziarah
sepanjang saudara dalam perawatan, ada hal yang perlu disegerakan dan tidak
dapat dielak.
Ini kuliyah ilmu dan maklumat yang sangat bermanafaat untuk
diamalkan. Dah pun terjadi dan bakal terjadi lagi, tentunya. Banyak sungguh
manfaat dari kiriman email nih. InsyaAllah memberi iktibar untuk diri, dan
mudahan boleh juga nanti disambung-sambungkan kepada yang lain, jika ada
kekuatan, insyaAllah.
Terima kasih saudaraku... Hanya Allah yang boleh membalas segala jasa baik, dan
saya ini hanya dapat mendo’akan disamping mendapat manfaat darinya
InsyaAllah.
On Friday, December 20, 2013 3:52 PM,
Armina Amisha Shamsuri wrote :
Wa’alaikumussalam ustaz,
Syukran bebanyak atas pencerahan
nih. Saya nak bercerita pengalaman sendiri untuk iktibar semua. Nak buat
kenduri besar-besaran bukannya mampu sangat. Saya bergaji kecil dan baru
bekerja. Lainlah yang kerja gomen ada macam-macam kemudahan. Macam-macm cara
nak pekin duit untuk membuat persiapan diri sendiri. Tunang pun hampir serupa
saja. Bukan senang nak mulakan hidup.
Tapi keluarga mintak macam-macam
untuk kenduri. Bila dibantah kita kena tengking dan dimarah. dikata
macam-macam. Antara yang paling tak boleh didengar dan tak munasabah adalah :
1. Nanti apa orang kata, malu la
2. Orang itu ini kenduri macam tu lah, ini lah, kita tak boleh
la macam lain
3. Kena bersandinglah, ikut adat lah, kena itu ini
4. Majlis kena grand la, paling kurang kena sama dengan orang
itu ini.
5. Habis kesemua orang satu negara nak kena dipanggil, kena
prepare makanan itu ini
Semua melibatkan kos tinggi dan
memang saya tak mampu pun. Tapi macam dipaksa untuk buat itu ini, suka atau tidak kena buat juga. Setakat mana
lah kita nak bertegang leher dengan mak bapak. Memang la orang tua rasa suka,
tapi kesan sungguh teruk kepada saya dan suami. Anak dah ada tapi hutang dulu
kami tak habis bayar lagi pun. Dah ada anak, usaha juga beli kereta proton lama
yang murah, cukuplah untuk keperluan, itu pun kena marah juga.
Bila lihat kami susah, kata-kata
pedas dan biadab pula dikata kepada kami bahawa kami lah dulu yang lupa
daratan, sangat nak majlis hebat sehingga berhutang, walhal kami memang tak
mahu dari awal lagi dan dipaksa sebenarnya.
Saya setuju dengan saranan Ustaz,
buatlah kenduri dengan kemampuan dan untuk tanda kesyukuran. Memang lain dari
itu, kesannya sangat buruk seperti yang kami tanggung sekarang. Mudahan Allah Swt.
memberikan petunjuk dan jalan keluar yang baik, insyaAllah.
Wassalam
On Friday, December 20, 2013 4:14 PM,
Cenoney Aauuss wrote :
Terima kasih sungguh atas butiran
email yang bermanfaat ni.
Alhamdulillah saya buat majlis
kenduri anak-anak setakat yang mampu sahaja. Memang macam-macam tong-tong
kosong dok berbunyi keliling kelalang. Saya buat pekak saja. Kalau dilayan kita
boleh muflis. Setakat nak cakap itu ini memang lah semua orang pandai, yang nak
tanggung tu yang teruk. Yang tukang cakap tu nanti berambus tak ambil tahu dah
kita senang ke susah dok tanggung semua beban.
Yang betulnya dan tentu sekali
betul, ikut syara’, Selesai semua masalah. Yang tuntutan syara’ itu
didahulukan, yang lain tu aksesori saja, tak ada pun tak memberi kesan apa-apa,
ada pun lebih bagi susah dan memeningkan kepala. Lain lah orang kaya, duit ada
banyak untuk di perabis. Diaorang ni tolak tak jatuh, pusing kut mana pun tak
jatuh. Kita yang tak mampu ni kena potong baju ikut badan.
Tut.. tut… dalam ramai-ramai, ada
juga yang kata kita ni kedekut, majlis tak glamer la, tak serupa orang
bla..bla..bla, macam lah dia nak tolong bagi duit, tak jugak. Saya buat setakat
yang mampu, habis cerita. Lantak pi lah apa dia orang nak kata, dah lebih
pandai, lebih kaya, lebih mampu, nanti dia orang buatlah sendiri.
Memang kalau buat kenduri kerana
ikut cakap dan syok orang lain, kita akan lebih bengkok dari udang bakar,
bankrupsi. Begitu lah……
Wassalam
On Friday, December 20, 2013 4:43 PM,
pedu_00 wrote :
Assalamu’alaikum,
Mohon izin untuk share dalam fb dan
panjangklan kepada kawan-kawan.
Wassalam.
On Saturday, December 21, 2013 10:09
AM, eddzahir wrote :
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Terima kasih atas segala
maklumbalas.
Nota : ada jua
maklumbalas yang kurang beradab, emosi kalut dan kata-katanya mencelakakan
orang sahaja, telah saya delete. Dan ingin saya maklumkan bahawa, segala komen
berbentuk begitu tidak dialukan serta tidak diperlukan disini. Langsung tiada
faedah dan tidak berguna. Sekiranya suka dan amat seronok untuk berbuat dosa,
silakan ke forum lain yang sama waqtu dengannya. Jangan heret group ini turut
sama ke dalam neraka ciptaan sendiri.
Perkara yang lepas, apa
lagi yang boleh dibuat. Segala yang baik itu dijadikan tauladan, segala yang
buruk dijadikan sempadan. Memang macam-macam cerita kita dengar alkisah orang
kita berkenduri. Yang lebih beradat dari syara’ pun ada. Yang lebih bengkok
dari udang bakar selepas kenduri pun ada. Yang kenduri gah seantero Malaya, tak
berapa bulan sudah bercerai berai pun ada. Ada juga yang sudah beranak pinak,
hutang kenduri belum habis pun ada.
Paling penting, jangan
nanti kita yang ulangi skrip yang sama pula, mengata dulang paku serpih. Mudahan-mudahan
kita-kita yang ada kesedaran, tidak ulangi apa yang tidak kena. Seperti mana
kita merasai susahnya, begitu juga orang lain. Justeru, maqasid artikel ini
adalah menyeru seluruh ummat Muslimin supaya kembali berwalimah mengikut
landasan syara’. Dalam apa keadaan pun, hak syara’ itu senantiasa didahulukan
berbanding yang lain.
Setakat itulah yang
dapat diusahakan. Semoga seruan ini boleh didengari, diberi perhatian dan
memberi manfaat.
Wassalam
0 ulasan:
Catat Ulasan