بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
وبعد, يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي رب إشرح لي صدري و
Segala
puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan
kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan
kejelekan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak
ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak
ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar
kecuali Allah semata-mata, tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya
Nabi Muhammad Saw. adalah hamba dan Rasul-Nya.
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah (kamu) kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Muslim.”
Surah
Ali ‘Imran (3) : ayat 102
Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah Kitabullah (Al Qur’an) dan
sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Saw. (As-Sunnah). Seburuk-buruk
perkara adalah perkara yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang
diada-adakan (dalam agama) adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah sesat, dan
setiap kesesatan tempatnya di neraka. Amma ba’du.
Beliau adalah Amirul
Mukminin Abu Hafsah Umar Al Faruq bin
Khattab dilahirkan 13 tahun setelah
kelahiran Rasulullah Saw. Ayahnya bernama Khattab dan ibunya bernama
Khatmah. Perawakannya tinggi, besar, pemberani, gagah dan tegap dengan
otot-otot yang menonjol dari kaki dan tangannya, janggut yang lebat dan
berwajah tampan, serta warna kulitnya putih kemerah-merahan. apabila
berbicara didengar dan apabila memukul menyakitkan.
Nasab
penuhnya adalah Umar bin Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Riyah bin
Abdullah bin Qarth bin Razah bin 'Adiy bin Ka'ab bin Lu'ay bin Ghalib. Nasab
beliau bertemu dengan nasab Nabi Saw. pada moyangnya Ka'ab. Antara beliau
dengan Nabi Saw. selisih 8 datuk. lbu beliau bernama Khatmah binti Hasyim bin
al-Mughirah al-Makhzumiyah. Beliau dibesarkan di dalam lingkungan Bani Adiy,
salah satu qaum dari suku Quraisy.
Di masa mudanya
zaman jahiliyah, dia dididik oleh sang ayah, al-Khattab, dengan didikan yang
keras. Ia dibebani untuk menggembala untanya setiap hari. Hari-hari yang
melelahkan dan memberatkan sering dia lalui, dan dia pun sering mendapat pukulan
bila pekerjaannya tersebut ada yang kurang. Hal itu semakin menambah kekerasan
hati Umar seterusnya menjadikan dia seorang yang sangat berani. Zaman dewasanya, beliau merupakan salah
seorang pemuka terhormat qaum Quraisy yang amat digeruni, terkemuka dan kaya
raya.
Rasulullah
Saw. memberi beliau "kun-yah/gelaran" Abu Hafsh (bapa Hafsah) kerana
Hafsah adalah anaknya yang paling tua dan memberi "laqab" (julukan) Al
Faruq kerana sifat beraninya.
Selain menjadi seorang sahabat aqrab kepada Nabi Saw., hubungan mereka juga
sangat rapat berikutan menjadi bapa mertua kepada Nabi Saw. apabila anaknya
Hafsah bernikah dengan Baginda. Beliau digelari
“Al Faruq” kerana beliau-lah yang menampakkan Islam di Makkah, dan kerananya
Allah Ta’ala menampakkan secara jelas antara kekufuran dan kebathilan. Sahabat Abdullah
Ibnu Abbas Rhu. mengatakan : Orang
pertama yang berani menampakkan Islam di Makkah adalah Umar bin Khattab.
Sebelum masuk Islam, Umar bin Khattab dikenal sebagai
seorang yang sangat keras permusuhannya dengan kaum Muslimin dan Nabi Saw.,
bertaqlid serta berpegang teguh kepada ajaran nenek moyangnya dan melakukan
perbuatan-perbuatan jelek yang umumnya dilakukan qaum jahiliyah, namun tetap
boleh menjaga harga diri. Ia termasuk orang
yang paling banyak menyakiti dan menyiksa qaum Muslimin, sehingga sebahagian
qaum Muslimin merasa putus asa akan keislaman Umar kerana kekerasan dan
kegarangan perangainya. Sampai dikatakan, Umar tidak akan masuk Islam sampai
ada keldainya Al Khattab yang masuk Islam terlebih dahulu.
Namun, semua
ubun-ubun manusia di bawah kekuasaan, pengurusan dan kehendak Allah Ta’ala Yang
Maha Memiliki kemampuan atas segala sesuatu. Rasulullah Saw. pernah mengatakan
kepada isteri Baginda Ummu Salamah :
“Wahai Ummu
Salamah, hati seorang anak Adam berada dalam jari-jemari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Barang siapa
yang Allah kehendaki akan diberi petunjuk dan barang siapa yang Dia kehendaki
ia akan disesatkan.”
Hadits riwayat
imam Tirmidzi Rhm. no. 3522, dan beliau mensohihkannya
Beliau masuk Islam pada bulan Dzulhijjah tahun ke-6 kenabian,
tiga hari setelah Hamzah bin Abdul Muthalib masuk Islam. Secara ringkas, pada suatu malam beliau
datang ke Masjidil Haram secara sembunyi-sembunyi untuk mendengarkan bacaan solat
Nabi Saw. Waqtu itu Baginda membaca surat Al
Haqqah. Umar bin Khattab
kagum dengan susunan kalimatnya lantas berkata pada dirinya sendiri : Demi
Allah, ini adalah syair sebagaimana yang dikatakan oleh qaum Quraisy.
Kemudian
beliau mendengar Rasulullah membaca ayat 40-41 (yang menyatakan bahawa Al
Qur'an bukanlah syair), lantas beliau berkata : Kalau begitu berarti dia itu saorang
dukun. Kemudian beliau mendengar bacaan Nabi ayat 42, (Yang menyatakan bahawa
Al-Qur'an bukan perkataan dukun.) akhirnya beliau berkata : Telah terbetik
lslam di dalam hatiku. Akan tetapi dek kerana kuatnya adat fahaman jahiliyah,
fanatik buta, pengagungan terhadap agama nenek moyang, maka beliau tetap
memusuhi Islam.
Kemudian
pada suatu hari, beliau keluar dengan menghunus pedangnya bermaksud membunuh
Nabi. Dalam perjalanan, beliau bertemu dengan Nu`aim bin Abdullah al 'Adawi,
seorang laki-laki dari Bani Zuhrah. Lelaki itu berkata kepada Umar bin
Khattab : Mahu kemana wahai Umar?" Umar bin Khattab menjawab : Aku
ingin membunuh Muhammad. Lelaki tadi berkata : Bagaimanakah kamu akan aman dari
Bani Hasyim dan Bani Zuhrah, kalau kamu membunuh Muhammad?
Maka
Umar menjawab : Tidaklah aku melihatmu melainkan kamu telah meninggalkan agama
nenek moyangmu. Tetapi lelaki tadi membalas dengan sinis : Mahukah aku
tunjukkan yang lebih mencengangkanmu, hai Umar? Sesungguhnya adik perempuanmu
dan iparmu telah meninggalkan agama kamu yang kamu yaqini.
Merasa
terpukul dengan perkhabaran itu, kemudian dia bergegas mendatangi adiknya yang
sedang belajar Al Qur'an, Surah Thaha kepada Khabab bin Al Arat. Tatkala
mendengar Umar bin Khattab datang, maka Khabab pun bersembunyi di
balik rumah. Umar bin Khattab masuk ke rumahnya dan menanyakan suara apa
yang didengarnya.
Rupanya Umar telah mendengar bacaan Khabbab,
lalu dia bertanya : Suara apakah yang tadi aku dengar dari kalian?
Lalu adiknya Fathimah dan suaminya menjawab :
Tidak ada suara apa-apa kecuali perbualan kami berdua saja. Jawab mereka.
Pasti kalian telah murtad dari agama nenek
moyang ; kata Umar kepada keduanya dengan geram dan amarah yang amat sangat.
Wahai Umar, bagaimanakah pendapatmu jika
kebenaran bukan berada pada agamamu? ; jawab adik ipar Umar.
Mendengar jawaban tersebut, Umar amat marah
langsung menendangnya dengan keras hingga jatuh dan berdarah. Fathimah segera
membangunkan suaminya yang berlumuran darah, namun Fathimah pun turut ditampar
dengan keras hingga wajahnya luka dan berdarah, maka berkatalah Fathimah kepada
abangnya Umar dengan penuh amarah :
Wahai Umar, jika kebenaran bukan terdapat pada agamamu, maka aku bersaksi
bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, dan aku bersaksi
bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah.
Melihat keadaan saudara perempuannya dan adik iparnya dalam keadaan luka dan
berdarah, timbul penyesalan dan rasa malu di hati Umar. Lalu Umar bin Khattab berkata : Berikan kitab yang ada
pada kalian kepadaku, aku ingin membacanya.
Maka adik perempuannya berkata : Kamu itu kotor. Tidak
boleh menyentuh Al Kitab itu kecuali orang yang bersuci. Mandilah terlebih
dahulu!
Lantas Umar bin Khattab mandi mengikut suruhan
itu dan mengambil kitab yang ada pada adik perempuannya.
Umar membaca lembaran tersebut, lalu membaca :
Bismillahirrahmanirrahim. Kemudian dia berkomentar : Ini adalah nama-nama yang
sungguh indah nan suci,
Kemudian
beliau terus membaca : طه hingga ayat :
إنني أنا الله لا إله إلا أنا فاعبدني وأقم الصلاة لذكري
“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang
haq) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku”
Surah. Thaha : ayat 14
Beliau lalu berkata : Betapa indah dan mulianya ucapan ini. Tunjukkan
padaku di mana Muhammad.
Tatkala Khabab mendengar perkataan Umar bin Khattab
itu, dia muncul dari persembunyiannya dan berkata : Aku akan beri khabar
gembira kepadamu, wahai Umar! Aku berharap engkau adalah orang yang didoakan
Rasulullah Saw. pada malam Khamis : Ya Allah, muliakan Islam dengan
Umar bin Khatthab atau Abu Jahl (Amru) bin Hisyam. Sungguh pada waqtu
ini, Rasulullah berada di sebuah rumah di kaki bukit Safa.
Umar bin Khattab mengambil pedangnya dan menuju rumah tersebut,
kemudian mengetuk pintunya. Ketika ada salah seorang melihat Umar bin
Khattab datang dengan pedang terhunus dari celah pintu rumahnya, dikhabarkannya
kepada Rasulullah. Lantas mereka berkumpul.
Hamzah bin Abdul Muthalib bertanya : Ada apa kalian? Mereka menjawab : Umar
(datang)!. Hamzah bin Abdul Muthalib lalu berkata : Bukalah pintunya. Kalau dia menginginkan
kebaikan, maka kita akan menerimanya, tetapi kalau dia menginginkan kejelekan,
maka kita akan membunuhnya dengan pedangnya sendiri.
Rasulullah Saw. memberi isyarat agar Hamzah menemui
Umar. Lalu Hamzah segera menemui Umar, dan membawanya menemui Rasulullah Saw. Kemudian
Rasulullah Saw. memegang baju dan gagang pedangnya, lalu ditariknya dengan
keras, seraya berkata :
“Engkau wahai Umar, akankah engkau terus begini hingga kehinaan dan adzab Allah
Ta’ala diturunkan kepadamu sebagaimana yang dialami oleh Walid bin Mughirah ?
Ya Allah inilah Umar bin Khattab, Ya Allah,
kuatkanlah Islam dengan Umar bin Khattab. Dan dalam riwayat lain : Ya Allah, muliakanlah
Islam dengan Umar bin Khattab.
Maka berkatalah Umar : Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang disembah selain
Allah, dan Engkau adalah Rasulullah.
.
Sebaik Umar mengisytiharkan
keIslamannya, dan orang-orang Muslimin yang berada di rumah tersebut bertakbir
dengan keras. Sebahagian riwayat menyatakan takbir itu bergema hingga ke
Masjidil Haram. Menurut pengakuannya, dia adalah orang yang ke 40 masuk Islam.
Masuk Islamnya Umar bin Al Khattab Rhu. menimbulkan
kegemparan di kalangan orang-orang musyrikin jahiliyah, sebaliknya disambut
dengan penuh suka cita oleh qaum Muslimin. Abdullah bin Mas'ud Rhu. berkomentar :
Kami senantiasa berada dalam kejayaan semenjak Umar bin Khattab masuk
Islam.
Sesungguhnya, Rasulullah Saw. ada
berdoa : Ya Allah...buatlah Islam ini kuat dengan
masuknya salah satu dari kedua orang ini, Amr bin Hisham (Abu Jahal)
atau Umar bin Khattab. Ini salah satu dari
doa Rasulullah Saw. pada saat Islam masih dalam tahap awal penyebaran dan
masih lemah. Doa itu segera diqabulkan oleh Allah. Allah Ta’ala
memilih Umar bin Khattab sebagai salah satu tonggak kekuatan Islam,
sedangkan Amr bin Hisham meninggal sebagai Abu Jahal.
Semoga solawat dan salaam senantiasa dilimpah-kan kepada
Rasulullah Saw., keluarga dan para Sahabat Baginda, para Salafus Solih, para
syuhada’ serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah mereka dengan kebaikan
hingga hari qiyamat.
والله تعالى أعلم , وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه
أجمعين.
Yang
benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari
saya yang amat dhaif ini.
سكيان , والسلام
0 ulasan:
Catat Ulasan